Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255
Pada 17. 12. 2022 yang lepas, aku kehilangan seekor lagi kucing angkara virus. Kali ini si Debot yang jadi mangsa virus jahanam tu. Sebulan lepas, abang Debot iaitu Panjang, juga mati akibat virus. Panjang mati pada 16. 11. 2022.
Layankan aje la budak Debot ni. Ada sehelai rambut kat dalam lubang bontot dia. Aku nak tarik keluar rambut tu tapi Debot tak bagi kerjasama. Habis aku ditendangnya. Kurang asam betul budak bertuah ni. Ada jugak yang kena smackdown ni karang 🤭🤭🤭
p/s: Aku ada tiktok. Mai la follow aku kat sana. 🤭🤭🤭
Aku saja je cuba-cuba buat hobo bag ni. Sebetulnya, masa ni mood nak mencuba buat sesuatu yang baharu tu sedang datang. Maka, lepas satu, satu aku buat. Malahan, apabila salah buatpun, gigih aku baiki balik semula sebab nak jugak tengok hasilnya macam mana.
Gambar kat bawah ni, sebenarnya aku salah letak pola. Pola tu aku salah tanda pada bahagian lipatan. Apabila dah salah tanda, maka salah jugalah apabila letakkan pola tu atas kain. Masa ni aku tak tahu lagi pola tu salah. Tu yang aku terus je sambung buat kerja tanpa ada rasa bersalah. Haha.
Dah siap potong semua kain, masa nak cantum kain tu baru aku perasan yang aku dah tersalah potong kain tu. Allahu..! Apa lagi, terduduk la sekejap sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Haha. Tapi, macam yang aku bagitahu tadi yang aku nak jugak tengok hasilnya, maka aku kuatkan semangat aku. Jadi, aku ambil keputusan untuk potong di tengah-tengah kain tu. Kalau nak potong kain yang baharu, rasa sayang pulak dengan kain yang dah tersalah potong tu. Takpe, kita buat dia, kan?
Dan, beginilah hasilnya hobo bag aku yang tersalah potong tu. Akhirnya, jadi jugak dia beg. Cuma dia punya ukuran tu aku tak sangka pulak besar jadinya. Haha.
Lepas tu, aku buat pulak hobo bag guna peten yang lain pulak. Aku follow video kat bawah ni. Tapi apabila beg tu siap, pun besar gedoboh beg-nya. Haha. Hentam aje la labu...
Awal pagi ini (Isnin) lebih kurang pukul 7.40 pagi, #Debot kesayangan aku akhirnya pergi untuk selama-lamanya. 😢😢😢Menangis aku dibuatnya.
Selamat jalan Debot. 😥😥😥
Debot ni aku perasan mula monyok masa hari Sabtu. Selalunya, mana aje aku pergi, dia akan sibuk mengacau tapi hari Sabtu tu, masa aku sedang menyapu daun gugur di laman, dia takde pulak datang. Tertanya-tanya jugak dalam hati tapi aku fikir mungkin dia malas. Lepas je siap menyapu, aku tengok dia ada lagi kat tepi longkang sebelah laman tu. Dia diam je kat situ. Aku rasa tak sedap hati. Akupun panggil la Debot tapi dia masih lagi diam tak menyahut langsung panggilan aku sedangkan jika dia sihat, aku panggil sekali je dia terus datang berlari-lari. Maka, akupun ambil la dia kat tepi longkang tu. Allah..! Allah..! Allah...! Aku tengok mulut dia ada buih sikit dan dah ada bau busuk. Terus aku angkat dia masuk dalam rumah. Terkial-kial aku bagi dia minum air. Aku takut dia jadi macam kes #Olen hari tu.
Akupun terus masukkan Debot dalam sangkar dan selang dua jam, aku bagi dia minum air guna syringe. Mula-mula dia macam susah nak telan air tu dan mula terjeluek dan muntahkan air tu balik tapi aku tetap bagi dia air. Esoknya, aku bagi pulak dia minum air kelapa. Lepas bagi air kelapa tu, bau busuk mulut dia dah kurang dan dia takde la susah sangat nak telan air. Cuma sesekali tu dia terjeluek jugak. Akupun rasa lega la sikit sebab aku rasa mungkin dia dah okay sikit. Rupanya, telahan aku tersasar.
Pagi ni, aku cakap kat abang aku, minta tolong dia bawa Debot pergi klinik sebab aku tengok dia makin lemah. Lepas tu, aku bagi dia ubat sebab dia dah boleh menelan. Lepas je bagi ubat tu, terus dia meronta-ronta. Tak lama lepas tu, terus dia diam dan badan dia terus lembik terkulai. 😿😿😿 Akupun apa lagi, terus aje la meleleh air mata. Aku dah cuba tahan air mata tu supaya jangan keluar tapi dia tetap jugak nak keluar. Sekarang ni masa aku taip kisah ni pun air mata aku bergenang kembali. 😭😭😭
Takpe la Debot. Pergilah. Masa untuk dia dah sampai. Allah pinjamkan sekejap je dia untuk hiburkan hati aku, untuk jadi teman aku di rumah ni. Kalau siapa yang ada dalam senarai kawan-kawan aku di facebook, mesti dorang dah biasa tengok aku selalu post cerita fasal si Debot ni.
Aku letak gambar Debot kat dalam entri ini untuk dijadikan kenangan abadi. Memang banyak gambar dan video dia yang aku ambil.
Ini video terakhir #Debot. Lepas ni, dah takde dah video terbaharu dari Debot. Aku pasti akan merindui dan teringat-ingat ragam dan aksi dia sebagaimana aku ingat pada si #Momok, #Cogheng dan #Cobey.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)