Assalamu'alaikum.
Hari Peneroka 2022 di Felda Rentam.
Aku ikut rombongan pergi ke Felda Rentam ni pada 14 Julai hari tu. Kalau takde program macam ni, sampai sudah aku tak tau ada felda nama Rentam ni. Ni la salah satu sebab kenapa aku suka pergi rombongan masa hari peneroka. Sebabnya, nak tengok tempat orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Gittew... Tapi, bergerak waktu malam, apapun tak nampak. Hahaha.
Tunggu bas depan masjid. Tunggu dari pukul 11.15 malam tapi bas sampai pukul 12.15. Dekat pukul satu pagi baru bergerak.
Aku tak boleh tidur dalam bas. Orang belakang aku siap berdengkur lagi. 😴😴😴
Sangkut pulak dengan jammed di Raub. Hampir satu jam stuck kat sini sebab ada accident. Sepatutnya sampai di lokasi dalam pukul 4 pagi tapi kami sampai ngam-ngam waktu azan subuh berkumandang.
Tahniah kepada seluruh warga Felda Jengka 25 dari Wilayah Jengka atas kemenangan menjadi Johan AKRF 2022. Aku dari Wilayah Mempaga tumpang seronok sebab kali ni Felda dari Pahang yang jadi juara. 😊😊😊
0 Tukang Tembak:
Post a Comment