Assalamu'alaikum.
Kelas masakan KEMAS.
Selepas balik dari rombongan ke Gua Musang hari tu (entri sebelum ini), aku merempit pula untuk menghadiri kelas masakan anjuran KEMAS. Pukul dua petang sampai rumah dari Gua Musang tu, pukul dua setengah kelas tu bermula. Pergh..., padat betul aktiviti aku hari tu. Haha.
Dalam kelas tu, aku la yang paling tua. Ni pertama kali aku join kelas masakan ni sejak berpuluh tahun tinggal di sini. Rare tak? 😁😁😁
Gambar banyak. Saja la aku simpan kat sini untuk kenang-kenangan. Lagipun, semua peserta ni sporting dan sempoi. Guru yang mengajarpun mesra je. Tu yang rasa seronok tu. Alhamdulillah.
Ni partner aku. Mujur dah pernah kenal sebelum ni.
Untuk kek buah bakar ni, buah-buahan kering tu (300 gram) kena rendam dulu dengan air panas selama 15 minit. Lepas tu, toskan air dia. Lap sikit dengan tisu atau tekan-tekan je dengan tisu atau kain supaya buah tu kering sedikit. Lepas tu, gaulkan dengan dua sudu makan tepung gandum. Kemudian, terus je masukkan dalam adunan dan kaup balik adunan tu supaya sebati. Masukkan dalam acuan dan taburkan dengan buah kering yang dah digaul dengan tepung gandum.
Untuk dua jenis masakan ni, bayarannya adalah RM10. Bayaran bergantung pada jenis masakan dan jumlah peserta yang join. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu satu kumpulan cuma dua orang sahaja. Manakala yuran bulanan adalah RM5 sebulan.
Hari ni, menu masakannya ialah kek buah bakar dan spaghetti chicken buttermilk. Sepatutnya kena bawa bekas dari rumah untuk isi makanan yang dah siap masak tapi aku tak bawa sebab tak tau. Maklum la, baru pertama kali join. Mujur la ada bekas buttercup tu. Boleh la aku isikan spaghetti tu. Kalau tak, bungkus masuk plastik la jawabnya. 🤭🤭🤭
p/s: Penat tapi berbaloi. Penat yang menyeronokkan. Terima kasih pada semua peserta dan guru yang memberi kerjasama pada ahli baru macam aku.
.
0 Tukang Tembak:
Post a Comment