Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Chobey. Show all posts
Showing posts with label Chobey. Show all posts

Tuesday, February 13, 2018

Chobey dan Sylvester.

Assalamu'alaikum.

Chobey dan Sylvester.


Inilah namanya, takde kerja, cari kerja. Dah tak tau nak buat apa, dengan kucingpun boleh buat main. Haha.


Kaki tu buat macam aku buat la. Ishh..





Hei Sylvester, pandang atas la. Buat macam aku buat ni. Yang pandang bawah tu kenapa.. 


Ni baru betul. Sama-sama pandang bawah. Haha.


Bila nak terbang ni.. 
Kehkehkeh.



Sayang Sylvester. Peluk dia ketat-ketat. 


Dah kena kurung balik. Sylvester temankan dari luar sangkar je la ya.


Chobey ni jari kaki dia cedera. Tu yang aku kurung dia tu sebab luka dia tak kering betul-betul lagi. Hari tu, kaki dia membusuk dan berulat. Lepas hantar pergi klinik, barulah nampak okay luka tu. Doktor bagi ubat sembur ni dan juga satu lagi ubat macam air. Kalau letak ubat tu, nanti dia akan berbuih. Doktorpun injek dia. Mungkin injek nak buang kutu sebab aku tengok kutu dia dah tak banyak macam dulu. Nampak bersih sikit badan dia. Alhamdulillah.




Nak kena babap dia ni. Biasa tu dok kangkang-kangkang macam tu.




Pandai pulak tu buat muka kesian. Haha.



Kesian Sylvester kena buli. Heh.


p/s: Terapi. Heh.
.

Masa kecil la nak ajar.

Assalamu'alaikum.

Masa kecil la nak ajar.

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Itulah antara pepatah lama yang masih lagi digunakan.


Jadinya, akupun kenalah mulakan dari sekarang untuk melentur rebung tu. Nanti kalau rebus tu dah keras, dia dah jadi buluh dah. Memang susah la nak lentur. Silap haribulan, boleh patah terus buluh tu. Lagi haru, dah la buluh tu patah, lepas tu kena pulak kat muka kita serpihan yang patah tadi. Tak ke naya namanya. 



Ishh...! Mengacau pulak si Messi ni. Haha.






Ni anak buah aku. Sesekali balik ke sini, rajin jugak dia tolong sapu laman tu tanpa disuruh. Tapi aku kenalah mulakan menyapu dulu. Nanti diapun follow la. Kena psiko sikit dengan budak-budak ni. Heh.


Yang kelakarnya, lepas habis sapu, ada la daun yang gugur balik. Diapun mula la dok ishh.., kononnya marah la daun tu gugur tapi dia kutip jugak daun tu. Gelak aku tengok gelagat dia. Hehe.



 ^
Dah bersih dah lamannya. Alhamdulillah. 
v


Orang lain yang menyapu sakan tapi dia yang sakan membuta. Sabar je la dengan si Chobey ni. Haha.




p/s: Anak orang, tak boleh la nak letak gambar yang nampak muka. Sipi-sipi dah la. Lain la kalau anak selebriti. :D
.

Tuesday, January 2, 2018

Teman pengacau.

Assalamu'alaikum.

Teman pengacau. 

Mula-mula, dia dok landing kat atas katil. Kepoh betul mulut dia dok miau, miau, miau. Tapi aku buat tak tau je sebab aku sibuk melipat kain sambil layan drama Melayu kat tv. 


Alih-alih, dia turun ke bawah pulak. Mula la dia mengacau aku lipat kain. Ditariknya kain yang aku pegang. Dicakar-cakarnya paha aku. Digigit-gigitnya spender yang dah berlipat. Hahaha. Sabar je la dengan budak sekor ni. 






Aku berhenti la sekejap dari melipat kain. Layan la dia sekejap. Kesian pulak dia, kan? 






Akhirnya, siap jugak lipat kain walaupun ada pengacau. Haha.

 


p/s: Yang sebenarnya, kucing ni bukanlah pengacau kita dalam buat urusan kerja di rumah. Yang jadi pengacau nombor satu adalah gadget yang sentiasa melekat di tangan yang menyebabkan kerja jadi lambat nak siap.
.

Tuesday, November 28, 2017

Pokok durian belanda.

Assalamu'alaikum.

Pokok durian belanda.

Sepagi ini, aku dok sibuk kemas kini anak pokok durian belanda aku ni. Isi tanah dan susun balik semula serta trim pucuk dia supaya nanti boleh jadi bercabang-cabang.




Aku ajak sekali budak-budak bulus ni untuk temankan aku. Maklum la, anak pokok durian belanda ni rimbun sangat. Takut jugak aku kalau-kalau ada pulak yang melingkar kat bawah tu. Tambahan pulak sekarang ni musim hujan, kan? Kata orang, beringat sebelum kena. Tu yang panggil geng bulus tu buat teman. Tapi jenuh aku panggil, dorang buat tak tau je. Sudahnya, sekor ni je la yang datang. Itupun sekejap je. Caitt..! Haha.







Gigih tu pi belah buluh bekas isi lemang ni untuk buat pancang sebab anak pokok tu dah tinggi. Jadinya, kenalah bagi dia sokongan supaya tak rebah.





Sambil isi tanah, sambil letak baja dan letak buluh pancang tu sekali. Lepas tu, kambus balik baja tu. Stok tanah aku dah habis dah. Sekejap je habis sepuluh beg besar. Adeh..







Dah siap, barulah susun balik semula polybag anak pokok durian belanda tu. Gigih jugak pi lapik simen tu dengan plastik untuk elakkan rumput liar tumbuh. 




Dah siap dah kemaskan kawasan anak pokok durian belanda ni. Ada dalam 54 polybag semuanya. Itu tak termasuk dengan 4 polybag dah bagi kat orang dan dua polybag dah tanam atas tanah.




Aku semai benih durian belanda ni untuk projek kakak aku lepas dia pencen nanti. Dah lama dah aku semai. Kisahnya ada di sini. Sila klik jika nak baca. Heh. Sekarang ni umur anak pokok durian belanda ni lebih kurang lapan bulan tapi ada jugak yang tak sampai lapan bulan sebab aku semai tak sama waktu.


Oh, rupanya aku semai benih durian belanda ni sejak dari bulan tiga lagi. Mujur ada post kat fb. Boleh la imbas kembali. Haha.


p/s: Kita usaha je. Yang menjadikan ia berjaya adalah dengan izin Allah jua.

Wednesday, September 6, 2017

Merajuk la tu..?

Assalamu'alaikum.

Merajuk la tu..?


Eleh..! Dapat anak cicak yang sebesar taik idongpun nak eksen depan aku. Cehh...! Beria-ia dia dok lambung-lambung cicak cinonet tu. Kononnya dah terror sangat la tu dapat tangkap cicak. 


Sekali aku buang anak cicak tu, terus dia membebel. Cari punya cari, tak jumpa jugak. Ater, kalau aku dah bungkus anak cicak tu dengan tisu, lepas tu aku buang ke dalam bakul sampah, memang la hidung dia tak boleh nak bau. Haha.






Penat mencari, akhirnya dia pasrah. Merajuk la tu. Hahaha. Kesian Chobey.







Siap mengadu lagi tu kat auntie dia. Kehkehkeh. 




p/s: Tak payah la makan cicak tu. Nanti mulut busuk..! Bunuh je cicak tu. Nanti aku tolong buang. Haha.

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)