Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, August 4, 2022

DIY: Paip pvc untuk hidroponik.

 Assalamu'alaikum.

DIY: Paip pvc untuk hidroponik.


Ni kisah pagi semalam. Hajatnya nak tanam sayur #hidroponik guna batang paip pvc ni. Jadi, kenalah sediakan tempatnya dulu. Gigih aku tebuk lubang tu guna pisau yang dipanaskan atas dapur gas. Sambil masak, sambil panaskan pisau tu bawah kuali. Boleh jugak jimatkan gas. 😁😁😁


 


 







Lubang tu sebenarnya aku dah tebuk separuh dah minggu lepas. Ada la dalam 4 lubang yang dah siap tapi tergendala sebab banyak pulak kerja lain yang aku kena buat. Jadinya, pagi ni aku sambung la tebuk lagi 5 lubang guna pisau panas tu. So, hasilnya takde la kemas macam guna alat penebuk drill ke apa entah namanya tu. Lepas tu, gigih pulak aku asah keliling lubang tu guna pengikir tu. Tak tau la apa nama benda alah tu. Yang pasti, ianya adalah peninggalan Omak dan Abah aku. So, aku jaga la dengan sebaiknya. 😊😊😊



Bila dah siap yang sebatang tu, adik aku tolong tebuk lubang untuk paip kedua guna penebuk dia. Hari tu, benda alah tu dia cari tapi tak jumpa. Tu yang aku tebuk guna pisau panas. Berhari-hari jugak la nak siapkan lubang tu. Guna penebuk dia tu, sekejap je la siapnya. Itupun bergegar-gegar tangan dia dok tekan penebuk tu. Aku tolong pegang batang paip tu je. 😝😝😝







Tapak untuk letakkan paip pvc tu. Letak batu dalam dia sebagai pemberat. Takde la nanti tergolek-golek batang paip tu.


Sekarang semuanya dah siap dah. Tinggal nak masukkan air baja dan semai benih sayur je. Sementara tu, tunggu la gam kat end cap tu betul-betul kering. Mudah-mudahan takde la air tu keluar ikut end cap tu. Risau jugak ni. Hope everything will be okay. Aku tengah bersemangat nak cuba tanam sayur hidroponik guna batang paip ni. Jangan pulak ada yang buat spoiler.


Belum isi air lagi. Biar gam pada end cap tu kering dulu.



Benih sawi yang direndam semalaman.


Alhamdulillah. Tiada kebocoran.


Dah letak benih sawi dah. Mudah-mudahan cambah la dan hidup dengan subur tanpa gangguan dari serangga perosak.

p/s: Jom la kita tanam sayur. Daripada bazir masa layan drama korea sampai bersambung-sambung ceritanya, baiklah layan tanam sayur. Bukannya kenyangpun layan drama semua tu. ✌✌✌

.

Wednesday, July 1, 2020

Jahit baju untuk akad nikah.

Assalamu'alaikum.

Jahit baju untuk akad nikah.

Alhamdulillah. Setelah berkurun lamanya aku tak jahit baju untuk orang kawen, kali ni aku jahit semula baju tu. Kalau ikutkan, aku tak berani nak terima tapi dah orang paksa, maka aku terima la jugak. Aku anggap ini cabaran untuk diri aku jugak. Lagipun, rezeki dah datang. Kenapa nak tolak rezeki, kan?




Cabaran pertama adalah buat pola untuk kain seperti yang dikehendaki. Berpeluh-peluh ketiak dibuatnya. Haha. Selalunya aku buat kain duyung yang biasa tu je tapi kali ni kain duyung tu nak ada ekor la pulak. Nak berenang ke laut mana agaknya duyung tu nanti ehh.. 😁😁😁






Disebabkan rasa tak sabar nak tengok hasil kain duyung berekor tu, maka akupun pakaikanlah kain tu pada patung aku tu walaupun kain tu tak siap lagi. 😂😂😂





Cabaran kedua adalah untuk jahitkan lace ni pada badan baju dan hujung tangan baju. Jenuh la jugak menelek dan membelek. Aku jahit sembat/jelujur biasa je untuk tampal lace ni. Aku tak jahit guna mesin sebab aku takut baju tu berkedut.




Okay la kot.. Takde la nampak berkedut sangat.





^
Lace pada hujung lengan baju.
v





Cabaran seterusnya adalah jahit zip sorok pada bahagian belakang baju. Ini adalah kali pertama aku jahit zip sorok pada baju. Sebelum ni aku tak pernahpun jahit zip sorok ni. Terkial-kial la jugak aku belajar. Gigih la aku google dan search di facebook. Akhirnya aku jumpa satu cara yang aku rasakan paling senang di antara banyak cara yang lain sebab cara yang ini hanya gunakan tapak mesin biasa dan tapak zip biasa. Kiranya tak perlulah bersusah-payah gunakan tapak khas untuk zip sorok tu. 


Mula-mula tu aku guna tapak zip sorok. Habis berkedut dibuatnya. Lepas tu, aku cari pula cara yang lain. Alhamdulillah, jumpa dan okay.




Aku belajar cara jahit zip sorok di sini. Sila klik. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Alhamdulillah.





Cabaran terakhir adalah jahit lapik leher pada bahagian yang ada zip tu. Selama ini aku buat leher baju kurung biasa je yang takde zip. Kiranya senang la buat lapik leher macam tu. Ni dah ada zip kat belakang baju tu, macam susah jugak la aku nak buat. Tapi nak tak nak, kena buat jugak. Jadinya, sudah pasti ada kerja tetas-menetas. Haha.






Akhirnya, alhamdulillah, siap sudah baju ni. Mudah-mudahan customer selesa memakainya dan tidak ada alteration.


p/s: Patung (mannequin) aku tu tak stabil. Maklum la, patung DIY je. Jadinya, kedudukan baju yang dipakai tu nampak tak berapa kemas. 
.

UPDATE:
Hari ini, 19/7/2020, tuan punya baju datang untuk fitting. Alhamdulillah, tiada alteration apa-apa. Syukur sangat.


 ^
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menempah. 💗💗💗 Upah tu termasuk bayaran untuk jahit enam helai sarung bantal. 😁😁😁
v


Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan.
.

Saturday, June 13, 2020

Video: DIY loop turner untuk face mask.

Assalamu'alaikum.

Video: DIY loop turner untuk face mask.

Sejujurnya, aku baru tau apa bendanya loop turner ni. 😂😂😂 Aku taupun sebab ada ternampak orang share gambar loop turner dia tapi yang dia punya tu dibeli sedangkan loop turner aku ni aku buat sendiri je. Maklum la, nak jimat punya fasal. 😁😁😁 Takde la. Sebenarnya malas nak beli online. Nak keluar ke bandar semata-mata nak beli benda alah ni, lagi la aku tak kuasa. Heh.




Aku gunakan dawai yang kecil dan lembut sebab nanti senang nak bentukkan dia. Lepas tu, bahagian hujung dawai tu, aku balut dengan selotape. Tujuannya adalah untuk menutup kesan tajam dawai tu supaya tak sangkut pada kain masa masukkan loop turner tu dalam lubang. Lusanya, aku ambil pula besi payung yang dah rosak dan aku masukkan dawai tadi ke dalam lubang batang besi tu untuk bagi dia keras sikit. Akhir sekali, aku bungkus besi tu dengan selotep sebab besi ni nanti lama-lama akan ada bau karat. Tu yang aku bungkus siap-siap.















p/s: Aku memang suka buat benda-benda #diy ni. Apa-apa yang menjimatkan, memang aku suka buat sebab aku tak suka membazir.
.

Friday, December 6, 2019

DIY: Buat sendiri getah ikat rambut.

Assalamu'alaikum.


DIY: Buat sendiri getah ikat rambut.


Sebagai tukang jahit, ada masanya rasa bosan tu datang jugak. Lagi-lagi bila dok jahit benda yang sama je. Jadinya, untuk menghilangkan rasa bosan tu, kenalah buat acara selingan. Haha.


So, acara selingan aku adalah buat getah ikat rambut ni. Tengok gambar ya.









Mula-mula tu nak buat tiga getah rambut je. Lepas tu, rasa seronok la pulak. Haha. Gigih pergi selongkar plastik kain perca. Maka, inilah hasilnya. Jimat banyak oii.. Tak payah dah beli getah ikat rambut ni lagi. Sedap pakai getah ni sebab dia kejap dan ketat. 





Ehh, makin banyak la pulak. Kau beranak ke apa ni? Hahahaha.




Terima kasih pada mereka yang rajin berkongsi ilmu. Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk anda semua. Aamiin.


Aku juga ada kongsikan album ni dalam satu grup di facebook. Sila la klik. Haha.


p/s: Media sosial ni, jika perkara baik yang kita cari, maka yang baiklah yang kita dapat. Tapi jika perkara tak elok yang kita cari, maka itulah yang kita jumpa. Jangan salahkan media sosial tapi salahkan nafsu kita yang tidak pandai untuk mengawal jari-jemari. Gittew..!
.
Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)