Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Pokok Putat. Show all posts
Showing posts with label Pokok Putat. Show all posts

Thursday, November 10, 2022

Cerita kebun mini lagi.

Assalamu'alaikum.

Cerita kebun mini lagi.

Alhamdulillah. Kebun mini aku nampaknya elok dan baik-baik sahaja di musim hujan ni. Cumanya siput dan semut sentiasa ada. 













 





p/s: Jom la kita berkebun.

.

Monday, September 5, 2022

Pokok jambu batu madu dah berbunga.

 Assalamu'alaikum.

Pokok jambu batu madu dah berbunga.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Pokok jambu batu madu yang aku beli masa balik kampung bulan enam hari tu dah berbunga dan berputik. Seronoknya la haihh..





Kata penjual tu hari tu, buah jambu batu madu ni takde biji. Kalau adapun, sikit je biji dia. Mudah-mudahan betul la apa yang dikatakan. Tak nak la nanti buah tu jadi yang biasa yang keras dan banyak biji tu.





p/s: Jom tanam pokok jambu batu madu ni pulak. 😁😁😁

.

Sunday, November 7, 2021

Tanam pokok putat dalam pasu.

 Assalamu'alaikum.

Tanam pokok putat dalam pasu.

Pokok putat ni dah lama aku tanam. Rasanya ada la dalam empat tahun. Aku semai biji dia dalam polybag kecil. Apabila dah tinggi sekaki lebih, barulah aku alih masukkan ke dalam pasu. Saja aku tanam dalam pasu sebab tak nak bagi dia besar dan tinggi. Nanti kalau pokoknya tinggi, susah pulak aku nak ambil pucuknya.

Ni pertama kali aku tengok pokok putat yang berbuah di depan mata sendiri. Dia punya teruja tu, jangan cakap la. Memang teruja sungguh! Lagi-lagi apabila tengok bunga dia yang cantik tu. MasyaAllah...











p/s: Pucuk putat ni sedap buat ulam. Aku tanam ni pun sebab nakkan pucuk dia tu la. 🤭🤭🤭 Buah putat ni kelat. Aku tak pandai makan dan tak suka nak makan buah tu. 

.

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)