Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Terima Kasih Cikgu... Show all posts
Showing posts with label Terima Kasih Cikgu... Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Thanks a lot...!

Assalamualaikum...

Thanks a lot...!

Thanx to Sha and Lana atas komen untuk entry semalam.. 


Aku suka jika ada pelbagai pendapat dan pandangan ni..
Walaupun cuma dua komen je yang aku dapat, namun itu sudah memadai kerana kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza..


Dalam satu perkataan bahasa inggeris itu, ia boleh melahirkan dua tiga makna yang berbeza.. Aku tau itu. Cuma bila perkataan itu dimasukkan ke dalam quote, ianya mungkin akan memberikan maksud yang berlainan.. Kadang-kadang ianya mengelirukan.. Lebih-lebih lagi kepada aku yang serba serbi kurang tahu ni.. Dan jika kita tidak tahu atau kurang faham, sewajarnya kita bertanya.. 


Dalam memberikan pendapat, kita tidak perlu bertegang urat menegakkan pendapat kita.. Hormati pendapat orang lain juga walaupun orang itu level dia lebih rendah dari kita...


p/s: Don't judge each day by the harvest you reap but by the seeds that you plant - Robert Louis Stevenson

Tuesday, January 11, 2011

TERIMA KASIH SEMUA ♥♥♥♥♥

Assalamualaikum...

Entri kali ni aku tujukan khas untuk semua followers blog aku ni...
Samada baru atau lama, muda atau tua, kaya atau miskin...
Yang pasti semuanya hensem, cute, pintar dan penyayang serta mesra alam...
♥♥♥♥♥

Aku dengan rasa rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian kalian untuk menjadi pengikut blog aku ni...
♥♥♥♥♥


Kalau boleh, letak la sekali link/url/add blog korang tu supaya senang untuk aku blog walking bila ada kelapangan nanti. Ramai yang tak letakkan link untuk blog sendiri dan ini menyukarkan aku untuk mengenal pasti yang mana satu blog kepunyaan korang. Ya la, kadang-kadang nak jugak melawat blog pengikut blog aku ni sebagai berbalas kunjungan. Tapi kalau dah takde link, tak tau mana satu aku nak terjah...
♥♥♥♥♥


Aku juga masih mencari-cari ke mana hilangnya blogger Chimera. Pada aku blog beliau sangat bagus dan memberi kesan pada diri aku. Diharapkan agar Chimera dapat membuka blog beliau kembali untuk tatapan umum. Sayang rasanya jika blog sebagus itu ditutup. Banyak pengajaran yang aku ambil kat situ. Kali terakhir aku baca post beliau ialah mengenai kesihatan ibunya yang tidak begitu sihat. Mudah-mudahan kini ibu Chimera sudah kembali pulih seperti sediakala...
♥♥♥♥♥





Kepada blogger yang melawat blog ini semalam dan hari ni, berbanyak terima kasih aku ucapkan untuk korang. Banyak juga info berguna serta tips yang aku dapat dari blog korang tu. Semoga kita akan terus saling kunjung mengunjungi di lain masa. Maklumlah, internet kat rumah aku ni sangat la lemau selemau-lemaunya.... huhuhu...
♥♥♥♥♥

Aku kata: Terima kasih daun palas. Setiap kunjungan pasti aku balas dengan....?? Ada laaaa.... hehehe....♥♥♥♥♥

Sunday, May 16, 2010

TERIMA KASIH CIKGU...!!!

Assalamualaikum.....

Hari ni merupakan hari guru untuk seluruh Malaysia. Dengan itu, aku ingin sekali mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI GURU terutama sekali untuk abang aku, juga untuk semua guru-guru yang pernah mengajar aku dari sekolah tadika (aku sekolah ke tak masa ni ehh...), sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah latihan menaip dan trengkas, sekolah latihan komputer juga sekolah jahitan. (Hepi besdei juga untuk anak abang aku.... Besdei aku semalam, sama dengan Hari Belia.... ngehngehngeh..)

Kita semua adalah guru untuk diri kita sendiri. Itu yang sebenarnya. Jika kita menyalahgunakan apa yang kita pelajari, ianya tidak akan memberi makna apa-apa. Jika kita tidak menyebarkan apa yang kita tahu, itu juga tidak memberi makna. Apa yang penting, sebarkanlah ilmu ke jalan yang benar walau sekelumit cuma, insyaallah akan ada ganjarannya.

Aku cuba juga la mencari gambar-gambar masa zaman persekolahan aku dulu, tapi tak jumpo wehhh... Padahal, aku rasa aku dah simpan elok-elok semua gambar-gambar tu. Ralat la juga rasanya... Mujurlah masih ada sekeping gambar ni sebagai penawar rindu kat guru-guru aku dulu. Rindu ke..??? Muahahahaha.... gerampun ada gak bila tengok muka cikgu yang pernah denda aku dulu, lebih-lebih lagi cikgu yang bagi tempat ketiga kat aku padahal aku dapat tempat pertama dalam acara sukan 100 meter tu... Haiisshhh.... tak habis-habis dok sebut pasal ni... hahakkk...



Cikgu ada fesbuk takkk...?? Mehh la saya add cikgu.... muahahahaha...


Untuk kesemua guru aku, aku doakan agar kalian beroleh kebahagiaan dunia juga akhirat. Kepada guru-guru yang terlebih dahulu pergi mengadap Illahi, aku sedekahkan Al-Fatihah dengan iringan doa agar Allah tempatkan roh mereka bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin...

Nota bernas campur sengal: Tidak semestinya yang menjadi cikgu itu pandai. Dan tidak semestinya yang pandai itu menjadi cikgu.... Motif..?? Aku frust gilerrr tak dapat jadi cikgu wehhh.... huuwaarrrgghhh...!!!
Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)