Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 10, 2010

Ada kerja ada gaji.... Malas kerja pergi mati.... huhuhu...

Assalamualaikum...

Ada kerja ada gaji.... Malas kerja pergi mati.... huhuhu...

Dua tiga hari ni aku agak sibuk menyiapkan baju-baju kastemer aku ni termasuklah blouse kakak aku dan baju kurung anak dia. Dah lama sebenarnya blouse tu siap, tapi disebabkan nak pos sekali dengan baju anak dia tu, makanya baru hari ni segalanya selesai. Alhamdulillah...


Sekarang ni pulak, aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan baju-baju kastemer yang lain. Cuma yang sedikit melemahkan semangat aku ialah bila ada seorang kastemer ni dah mula buat perangai. Baju dia dah lama aku siapkan dan dah bagipun kat dia, tapi dia masih lagi belum bayar upah untuk 2 pasang baju kurung ber"cuff" tu. Dia kata nak bayar sekali dengan baju yang baru dia bagi kat aku.






Bold
Ni la proses pembungkusan sebelum diposkan. Dah alang-alang nak pergi pejabat pos, apa kata bayar sekali bil-bil yang dah sampai tu. Tinggal bil letrik je yang belum datang lagi ni. Entah berapa la yang kena bayar kali ni.... Adehh.... makin lama makin naik tarif letrik ni kann.... huhuhu....

Maksudnya, dia nak bayar sekali harung la. Alamatnya lambat lagi la aku nak dapat upah dari dia sebab aku kena siapkan dulu baju-baju kastemer lain yang terdahulu hantar kain-kain dorang kat aku. Ya la kan, kena ikut giliran la menjahit ni. Mana boleh dahulukan yang kemudian, dan kemudiankan yang dahulu. Itu dah dikira tak adil dah tu. Lepas tu dia bagitau kakak ipar aku yang dia nak hantar lagi kain untuk buat baju dia dan baju anak murid dia. Takpe la, aku terima je sebab ini dah dikira rezeki untuk aku. Nak buat macam mana kan.... huhuhu...


Hari ni dari pagi tadi aku menjahit dua helai blouse regular kastemer aku. Dah siap dahpun. Tinggal nak jahit baju kurung mak dia lak. Terbantut sekejap kerja ni sebab kena pulak potong kain untuk seorang lagi regular kastemer yang nak pakai baju tu Isnin depan ni. Macam mana aku nak caj untuk kerja yang ASAP ni ehh.. Susah la nak letak harga kat sini. Sedangkan naik harga 2 hengget setahunpun dorang dah bising-bising dan canang sana sini.. Kalau macam ni, lambat lagi la aku nak pegi haji.... sobbssss....


Aku nak fokus pada kerja aku ni. Kadang-kadang rasa menyesal pulak bila buat kerja main-main ni. Tapi nak buat macam mana, sebab nak menjahit ni kena ada mood. Bila mood okay, segala-galanya bermula dari memotong kain, menjahit dan sehinggalah baju tu dipakai oleh kastemer, akan turut okay jugak. Takde dah yang nak komplen kata baju tu tak sedap pakai ke apa ke. 


p/s: Menjahit ni bukan macam buat cokodok pisang ya kawan-kawan. Cokodok pisang tu kalau keras kematu, boleh je baling kat tanah bagi ayam itik makan. Memotong dan menjahit ni kalau dah silap, alamat kena keluar duit sendiri gantikan kain yang rosak tu. Ada sesiapa ke nak tolong bayarkan kain yang salah potong tu??

Tuesday, March 9, 2010

YANG DITUNGGU DAH TIBA.....muahahahaha.....

Assalamualaikum.....

Panas lagi....?? Mestilah panas...!! Selagi kucing jantan tu menempel kat rumah aku ni, selama itulah hati aku panas je. Ni pun dari malam tadi aku tak dapat tidur dengan lena. Pukul 3 pagi dia dok main kejar2 kat atas bumbung rumah ni. Ingat ni citer hindustan ke....?? Adehhh...

Yang satu ni pun panas gak ni. Panas sebab baru je sampai semalam. Apa dia..?? Ni la dia cek dari HSBC berkaitan nuffnang tu. Bukannya banyakpun macam yang orang lain dapat tu. Takpe la kan. Aku sengaja cash-out yang ni dulu sebab nak jugak tengok betul ke tidak seperti yang kebanyakan blogger gembar-gemburkan pasal duit nuffnang ni. Kiranya memang betul la... hehehehe.... Nak tunggu pihak nuffnang hantar cek yang cuma sebanyak inipun memakan masa hampir 3 bulan bebb.... Kalau yang cash-out ribu2 tu mesti makan masa lagi lama agaknya....




RM52.50 pun nak tayang ke..?? Mesti laa... sebab ini semua adalah hasil dari titik peluh jari korang yang setia mengklik nuffnang aku ni. Tapi aku dah ada rancangan dengan duit dari nuffnang ni.... Mudah2an rancangan aku tu berjaya.... Kena kumpulkan sedikit demi sedikit... Lambat takpe, janji ada.... huhuhuhu....



Anak kucing aku dah bukak mata.... Hoyeaaaa.... Punya la siksa nak ambil gambar dia ni. Asek merayap je.... hahaha...


p/s: Streamyx aku lembab macam siput. Gara2 inilah yang mematahkan semangat aku untuk meneruskan misi mengklik nuffnang, blogwalking apatah lagi meninggalkan komen. Aku hanya dapat singgah ke beberapa blog sahaja... Kalau berterusan macam ni, lama kelamaan mood aku untuk berblogging juga turut terjejas...

*Nak tinggalkan komen pun asek page load error je... Waduhhhh... Benar2 gawattt ni....!!
.

Monday, March 8, 2010

PANAS YANG SEMAKIN PANASSSS....... gggrrrrr.....

Assalamualaikum....

Panasnya la sekarang ni. Duduk dalam rumah dengan kipas angin berpusing 24 jam pun masih terasa bahangnya. Rumah aku (mak aku) takde aircond, dan akupun tak minat nak pasang aircond ni walaupun ada 2/3 orang adik beradik yang suruh pasang. Dorang tu suruh pasang je, tapi lepas tu bila masing2 dah balik, bilnya mak aku yang bayar... Mana boleh tahan... Lagipun tak bagus guna aircond selalu, nanti badan jadi lemah... Pandai2 je aku buat kenyataan palsu.... muahahahaha...

Ni bukan nak cerita pasal aircond ke apa ke... Ni haa, cuba la korang tengok bahana yang ditinggalkan oleh kucing jantan jiran aku ni.. Hampess sungguh kucing tu. Itu belum lagi masok bab taik kucing aku yang bersepah2 kat ruang tamu masa kena serang dek kucing jantan tu. Jenuh aku mengutip taik tu, pastu mengemop lantai yang berbau hancing. Dan sekarang ni, 24 jam kucing jantan tu memekak keliling rumah aku. Naik pening aku dibuatnya.. adehh..

Kadang2 dia masuk kat dalam rumah aku ni semata2 nak menekel kucing2 betina yang ada ni. Dan yang paling aku hangen, bila mak aku bagitau kat jiran tu yang kucing jantan dia tu buat perangai, selamba je jiran aku tu cakap.. "ya ke Citam yang buat.. Citam tu baik je...".. Depan engkau memang la dia baik... Sebab tu la ada peribahasa alim2 kucing ataupun malu2 kucing...!!! Mengong punya orang...!!!





Haiiyaaa..... melopong sudaaaa.... Bahang dari atap zink tu masuk kat dalam bilik jahit aku ni...



Pokok keladi ni baru je nak membesar, dah kena sondol... huhuhu...


Kerja aku semakin bertambah sekarang. Asal dengar je suara menggatal kucing jantan tu, cepat2 aku bangun halau dia balik. Agaknya la, macam ni kot perangai orang yang gila talak. Pagi petang siang malam dok mengegeh je. Haiiihhh... tak sanggup aku jadi sampai macam ni sekali...

p/s: Terima kasih la pada korang semua atas sokongan untuk cerita yang tergantung tu. Buat masa sekarang ni, aku belum lagi ada idea untuk menyambung cerita tu. Nampak gayanya, aku kena masuk dalam gua tempurung balik semula ni... hahaha.....

(Komen2 korangpun aku tak sempat nak balas. Aku tengah blank dan blur laa.... Jangan marah ehhh.... ekekekekeke....)

Friday, March 5, 2010

LUKANYA SUDAH SEMBUH....NAMUN PARUTNYA MASIH ADA.... Episod 1

Assalamualaikum.....

LUKANYA SUDAH SEMBUH....NAMUN PARUTNYA MASIH ADA.... Episod 1:

Pagi Jumaat yang indah...! Seorang gadis cilik berusia 9 tahun yang tubuhnya agak tembam sedang bersiap2 untuk ke sekolah. Sementara menunggu si ibu menyiapkan sarapan pagi, si gadis cilik ini duduk di tangga sambil menyarung stokin di kaki. Manakala si abang pula telah siap menanti si adik di luar rumah sambil sesekali menjerit supaya cepat sedikit. Namun si adik masih terus setia menanti pisang goreng panas yang bakal dihidangkan oleh si ibu...

Si cilik terus menanti dan menanti dengan penuh kesabaran. Sesekali terdengar suara 'manjanya' bertanyakan si ibu.. "Mak nak goreng apa tu...". Dan si ibu dengan lembut akan menjawab.... "Nak goreng pisang ni haa...". Dan jawapan ringkas si ibu membuatkan si gadis cilik itu tersenyum gembira...

Si cilik manis terus memerhatikan ibunya membuat kerja. Mula2 ibu menuang minyak kelapa ke dalam kuali. Angin pagi yang nyaman bertiup dengan ramahnya menerusi tingkap yang terbuka luas di depan tungku dan seterusnya keluar menerusi tingkap yang berada di sebelah tangga tempat si anak memakai stokin. Kemudian si anak melihat si ibu menuang sekali lagi minyak ke dalam kuali sambil berkata2 di dalam hatinya sendiri... "tadi kan dah tuang... Apsal nak tuang lagi...?".

Belum sempat si anak bertanyakan soalan itu kepada si ibu, tiba2 dia terbau sesuatu yang hangit dan dalam masa yang sama dia dapat merasakan bahawa kepalanya panas seketika. Si anak jadi kaget seketika dan terus meraba2 kepalanya. Manakala si ibu terus sahaja berlari mendapatkan si anak dan memasukkan kepala si anak ke dalam kain batik yang sedang dipakainya. Sambil menangis kesal, si ibu terus menggosok2 kepala si anak untuk memadamkan api yang sedang rakus membakar rambut si anak..!!!

Setelah pasti tiada lagi api yang merebak, si ibu teringat pula pada kuali yang masih ada sisa bola2 api di dalamnya. Segera si ibu mengangkat kuali tersebut dengan jarinya tanpa menggunakan pelapik, dan terus mencampakkan kuali tersebut ke luar dapur. Akibatnya, ibu jari si ibu melepuh sedikit. Tak apalah.... kerana yang penting sekarang ialah si anak yang sudah terbakar rambut dan melecur kedua lengannya..!!!

Si abang yang sedang menanti di luar terus meluru masuk ke dapur dan bertanya kenapa..? Tatkala melihat keadaan si adik comelnya itu, terus si abang menangis. Si adik pula rilek je... ishh... ishhh... ishhhhh... Terus si ibu menyuruh si abang pergi ke sekolah sendirian dan ibu membawa si adik berjalan kaki hampir 3 kilometer menuju klinik desa yang berhampiran. Untuk ke klinik tersebut, terpaksa melintasi kelas si anak tadi kerana klinik terletak bersebelahan dengan kawasan sekolah. Dan kedua beranak ini terus di bawa ke hospital daerah yang berhampiran dengan menaiki ambulan...

Sesampai sahaja ke hospital tersebut....

Ehhh.... panjang la pulak cerita ni. Sambung lain kali je la ehh... Itupun kalau ada permintaan la kann... Kalau takde yang minta sambung tu, aku ucapkan terima kasihhhhhhhhhhhh....... ( sila sebut seperti Datok David Arumugam yaa.... hikhikhik...).

p/s: Hidup ini umpama roda. Ada kalanya kita berada di atas dan ada ketikanya kita terus jatuh bedebappp ke bawah... Apa yang pasti lagi nyata adalah kita semua tetap akan kekal di bawah SANA....

Sunday, February 28, 2010

KENALI KARAKTER MELALUI TARIKH LAHIR...(sambungan....)

Assalamualaikum....

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku sambung balik semula
entry yang tergantung tak bertali hari tu... hehehe.... Harap2 lepas ni takde la orang yang merajuk lagi ehh.... ekekekekeke.... Seperti biasa, jangan percaya sangat kerana semuanya adalah kebetulan sahaja ya... ..


20 haribulan:
~> Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan:
~> "Angin" tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai/melepak di cafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan:
~> Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu.

23 haribulan:
~> Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga amat mementingkan kawannya.

24 haribulan:
~> Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan:
~> Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan:
~> Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai "koleksi" kekasih...!!!

27 haribulan:
~> Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan:
~> Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda... (adik aku ok je... haha...)

29 haribulan:
~> Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan:
~> Boros berbelanja terutama "menyolek" kereta kesayangan. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan:
~> Gemar bergaya dan pentingkan keterampilan. Si dia juga sukakan gadis/jejaka yang ada personaliti...

p/s: Pantun dua kerat untuk hujung minggu ni.... muahahaha....

Pinggan tak retak, nasi tak dingin....
Orang tak hendak, cari je la yang lain...

"Sayangi diri sendiri adalah lebih baik daripada menyayangi orang yang tidak tahu menghargai kasih sayang yang kita berikan kepadanya...."
.

Friday, February 26, 2010

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT: AKHIRNYA.....

Assalamualaikum....

ARKIB : 25/02/2010 (Utusan Malaysia)

Eksekutif telekomunikasi ditahan

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi terbongkar tengah malam tadi, apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan.

Pegawai itu berkata, setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta.

Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.

Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan.

Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.

Syarikat telekomunikasi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. - Bernama


p/s: Kalau betul memang dia punya kerja, aku harap dia dapat hukuman yang setimpal. Kepada sesiapa yang dapat sms seperti yang pernah aku masukkan kat dalam post aku sebelum ni, korang jangan berdiam diri... Korang bagi je nombor enpon orang yang suka forward sms lucah ni kat polis, tak pun sebarkan je nombor tu kat blog/wall FB korang tu. Jangan suka forward2 sms bodoh macam ni ya adik2... abang2... kakak2... makcik2... pakcik2... ??? Kelak nanti korang lak yang akan kena "forward" ke dalam lokap... "MAKAN FREE" bebbb... huahuahua...
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)