
Ayatul Kursi..
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ
Search This Blog
Wednesday, February 2, 2011
TEMPAT LEPAK TERBARU DI..??
Assalamualaikum...
Ni port baru untuk aku lepak-lepak sambil baca novel. Baru je sampai petang semalam...
Ehh.. Bukan sampai laa... Lori bawak meja ni lalu kat depan rumah. Sebelum tu aku dah bagitau kat jiran depan rumah dah, kalau nampak lori bawak meja ni, bagitau kat aku sebab mak aku nak beli. Kebetulan petang semalam lori tu lalu, maka rembat la satu set...
Ada dua jenis meja ni. Satu jenis lagi tu mahal sampai RM270. Kalau ikutkan mak aku, dia nak angkut yang mahal tu. Tapi aku bantah. Buat apa beli mahal-mahal kalau setakat nak melepak dan diletakkan kat luar. Bukankah yang mahal itu sewajarnya disorokkan... Apakah yang mahal tu agaknya ya.... **hins2...
Meja jenis ni harga dia RM150. Boleh la. Jiran-jiran kat sini dah lama beli dah meja ni. Aku je yang ketinggalan zaman.. haha. Buat apa la nak berebut-rebut, benda tu sentiasa ada. Stenbai aje la pitihnya, ya tak.. Sebab pitih tak selalu ada... hehe...
Yang bestnya, aku boleh ber-fb kat sini... kehkehkeh... Jangan pulak ada orang lain yang sengaja lepak kat sini semata-mata nak curi line kat rumah ni dah la... Kang tak pasal-pasal aku letak mangkuk kat atas meja tu. Pastu dalam mangkuk tu aku letak nota yang bertulis "Sejam 2 hengget.."... hehe.. .

p/s: Takpe ke tayang gambar ni..?? Ke nak kena bungkus dulu kerusi meja tu... =)
KONGSI... KONGSI... Laa.....
Assalamualaikum...
PERINGATAN:
Tolong jangan teruskan pembacaan jika tak suka dengan post ini. Sebarang kutuk-mengutuk tidak digalakkan di sini. Terima kasih..
ᶓᶓᶓᶓᶓᶓᶓᶔᶔᶔᶔᶔᶔᶔᶓᶓᶓᶓᶓᶓᶓᶔᶔᶔᶔᶔᶔᶔ
Petang kelmarin, aku bukak la email aku yang satu lagi tu. Tup-tup mata aku terus je terpandang kat email yang satu ni haa.. Mula-mula tu aku rasa cuak jugak nak masukkan kat dalam blog ni. Ya la, takut jugak aku kalau-kalau terjadi macam kes hari tu tentang sms palsu tu. Kang tak pasal-pasal jadi isu lagi. Tapi bila je tengok berita kat TV3 malam tadi, terus aku yakin bahawa email ni sememangnya datang dari PM kita iaitu Dato' Sri Najib Razak.
Menurut berita tersebut, email ni dihantar kepada 1.5 juta penduduk secara rambang dan aku salah seorang daripada mereka. Terima kasih PM. Terharupun ada jugak ni.. Banggapun ada jugak sebab dalam jutaan rakyat Malaysia, email aku terpilih sama. Pemilihan secara rambang atau tidak, itu tak penting. Yang penting terpilih. Dapat email sebegini lebih baik daripada dapat email yang bukan-bukan dari orang yang bukan-bukan jugak..
Aku saja la letak status kat fesbuk aku tentang email ni. Tup-tup ada 3/4 orang kawan yang dapat email yang sama. Tak dapat la nak eksen kat dorang.... kehkehkeh...
Dan, sengaja jugak aku masukkan email ni kat dalam blog aku ni sebagai satu kenangan. Kepada sesiapa yang tak suka nak tengok tu, tak mengapa. COOL bebb...!!! Jangan la HOT tak tentu pasal ya intan payung... *sigh...
Email not displaying correctly? Allow Display Images. |
Tuesday, February 1, 2011
APA KAITAN DI ANTARA HUJAN DAN TEMPE..
Assalamualaikum...
Musim hujan ni asyik lapar je kan..
Asyik nak masuk dapur je..
Asal masuk dapur je, mesti nak mengunyah..
Ikutkan hati nak melantak nasi je. Tapi kena kawal jugak la tabiat tu. Takut nanti badan makin mengembang. Nanti kalau badan kembang, terpaksa pulak beli baju baru. Tak nak la, membazir duit je. Baju lama masih elok dan boleh dipakai lagi. Dah la economy sekarang ni sudah menjadi semakin economoney...
Disebabkan itu, terpaksalah mengubah sedikit rutin pemakanan untuk sehari dua ni. Apa kata kita makan tempe goreng pulak. Jauh datangnya tempe ni tau. Anak sedara aku bawak dari Batu Pahat... hehe...
Besar jugak tempe ni. Takde la macam tempe bungkus yang ada dijual kat sini, kecik dan pendek je. Harga makin naik pulak tu.. Gerenti la tempe yang ni sedap, sebab free... haha...

Banyak pulak dia bawak tu. Masuk kali ni dah kali kedua menggoreng tempe ni. Pastu bagi la 5 keping yang mentah ni kat jiran sebelah rumah...

Kalau dah namanya tempe goreng, mestilah tak sah kalau takde sambal kicap... kan... Sememangnya sambal kicap ni sudah sedia ada disimpan dalam peti sejuk.

Dan untuk melengkapkan hidangan, aku sediakan air teh hijau panas... Biar pecah semua lemak tepu kat dalam usus ni.. =D

Mug nescafe, tapi isi kat dalam teh hijau...
Sunday, January 30, 2011
AMARAN..!!! JANGAN TENGOK GAMBAR INI..!!
Assalamualaikum....
AMARAN....!!!
Barangsiapa yang tak tahan untuk melihat gambar yang dipaparkan ini, disarankan agar tidak memandangnya sama sekali. Kalau anda ditakdirkan terpengsan, silalah bangun sendiri ya... huhuhu...
Ini adalah gambar anak-anak kucing aku yang baru semalam dilahirkan oleh ibu mereka. Aku tak tau masa bila ibu kucing tu beranak. Masa aku tengah menyapu kat beranda, tiba-tiba je aku ternampak kelibat anak-anak kucing ni kat atas lantai. Mula-mula aku ingatkan anak tikus sebab nampak semacam je kulit dorang tu. Lepas tu aku tengok la dekat-dekat.. Tiba-tiba....
Maaakkkkkkkkkkk....!!!
Ooooo......... maaakkkkkkkk....!!!
Mak aku buat tak dengar je.... huwaaaaa...!!!
Maaaakkkkkkkkkkk.....!!!
Menjerit aku memanggil mak aku sebab terkejut giler ni. Mulut akupun dah mula kembang, rasa nak muntah je tengok dua ekor anak kucing tu terbiar kat atas lantai tu. Sekor yang sebelah kiri tu masih hidup lagi manakala yang sekor lagi tu memang dah mati dah.. Aku angkat yang hidup tu dan masukkan ke dalam bakul yang biasa untuk kucing beranak tu.. Menggigil weii tangan aku nak ambil anak kucing ni. Aku ambil pakai tisu dapur tu... huhuhu...

Aku ingatkan dua ekor tu je la. Lepas tu, aku tengok ada sekor lagi kat atas rak kasut ni ha... Apa lagi, menjerit lagi sekali la jawabnya kannn... Yang sekor ni pun dah mati sebab dah kena hurung dengan semut dah. Kesiannya la haiii... Sadis sungguh laaa...

Lepas tu, aku letakkan kedua-dua anak kucing yang dah mati tu kat atas tisu dapur ni. Aku jerit-jerit panggil abang aku sebab kucing yang beranak ni kucing dia (dia yang manjakan sangat kucing ni), tapi abang akupun buat tak dengar je. Sengaja dia masuk kat dalam bilik main-main enpon. Padahal sebelum tu aku tengok dia elok je melepak kat depan tv dengan mak aku.. Cehhh..., dia nak melarikan diri la tu dari mengemop lantai yang berlendir tu...

Aku tangkap ibu kucing yang keletihan tu dan masukkan dia ke dalam bakul ni. Tujuannya supaya dia jilat-jilat badan anak dia tu. Tapi dia boleh buat tak tau je. Malahan, dihempapnya badan anak dia tu. Puas aku tonyoh-tonyoh mulut dia kat badan anak dia tu. Namun usaha aku tu tak berhasil sebab ibu kucing ni memang tak pandai nak buat semua tu. Tambahan pulak ini adalah anak sulung dia. Sama jugak dengan kes si Tett yang berciciran anaknya semasa beranak sulung dulu...

Akhirnya, anak kucing yang tinggal sekor ni pun mati jugak. Dan petang tadi, ibu kucing ni pulak yang mati. Aku suruh abang aku yang uruskan upacara menanam. Aku tak sanggup..!! Mau berjurai-jurai airmata aku keluar nanti walaupun kucing ni bukan kesayangan aku...

Selamat tinggal Bubu dan anak-anaknya.. :(
Saturday, January 29, 2011
MAAF... BUKAN NIATKU BEGITU....
Assalamualaikum...
MAAF...!!!
Aku dah delete dah entry semalam iaitu kisah tentang budak yang kena culik, yang aku copy paste dari page WHI tu. Aku ingatkan berita tu benar-benar terjadi, tapi rupa-rupanya hanyalah berita palsu yang disebarkan melalui sms. Disebabkan terlalu prihatin, aku ni cepat je keluarkan cerita tu kat blog ni. Ye la kan, tujuan aku tu hanyalah untuk menolong je dan tak sangka pulak semua ni hanya permainan belaka. Sakit hatipun ada jugak dengan si pereka sms palsu tu...
Aku harap sangat orang yang mereka sms palsu macam ni akan ditimpa kesusahan sebagaimana dia menyusahkan orang lain yang benar-benar ikhlas untuk menolong. Harap-harap lepas ni anak dia pulak yang kena culik. Takpun ahli keluarga dia dilarikan orang. Biar dia rasa macam mana perasaannya bila perkara serius macam ni dibuat mainan.. Geram ni..., huhhh...!!! Rasa macam nak gantung je orang camtu... gggrrrr....
Selebihnya, korang baca la berita penuh kat page Bernama.com ni. Aku ingat nak CnP je artikel tu, tapi tak boleh la pulak. So, aku letakkan link dan gambar yang agak blur ni je. Harap-harap page tu wujud lagi la ya, kang jenuh pulak aku nak menjawab. Kepada sesiapa yang dah share entry aku semalam tu, aku mintak maaf sangat-sangat dan tolong perjelaskan semula perkara yang sebenarnya.. Tak seronok pulak rasanya bila menyebarkan berita tak betul ni... huhuhu.. Maaf lagi sekali ya..
Baca kat sini:
▼▼▼
▼▼
▼

Thursday, January 27, 2011
PENANTIAN ITU KADANG2 MANIS, KADANG2 PAHIT
Assalamualaikum...
Pertama sekali aku nak bagitau bahawa kelembapan streamyx kat sini amatlah menjengkelkan... Terima kasih TMnet... Sekian...
ᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥ
Semalam aku dapat sms dari seorang kawan masa sama-sama kerja kat Johor dulu. Beberapa hari sebelum tu, aku memang terlebih dahulu telefon dia, sekadar untuk bertanya khabar tapi panggilan aku tu tidak berjawab. Jadinya akupun ambil keputusan untuk hantar sms je bertanya khabar, dan baru semalam dia membalas sms tersebut. Takpe, aku faham situasi kawan-kawan aku yang sibuk menguruskan rumahtangga masing-masing. Alhamdulillah...
Bila aku dapat je sms tu, terus aku telefon dia. Aku lebih senang dengan cara begini sebab dapat bertanya khabar secara langsung dan mendengar suara dia. Maklumlah, bukannya selalu kami berhubung. Kadang-kadang aku tanyakan khabar dia daripada kawan-kawan yang lain, dan begitulah sebaliknya. Apa yang penting, persahabatan kami terus terjalin. Alhamdulillah...
Mula-mula aku tanya, dia tak kerja ke.. Ye la, sebab dia jawab panggilan telefon aku tu kan... Lepas tu dia bagitau yang dia dah berhenti kerja dan aku tanyalah kenapa berhenti. Nak tau tak apa dia jawab?? Dia kata dia dah nak bersalin bulan tiga(March) nanti...!!! Haaaa...!! Serius, aku terperanjat bercampur gembira dengan berita kehamilan dia tu. Aku memang tak tahu yang dia tengah mengandung sebab takde siapa yang bagitau. Mungkin dorang sengaja nak rahsiakan. Tak kisah la, janji dia dah mengandung. Alhamdulillah...
Dia kata bila dia tau je dia mengandung, terus dia berhenti kerja. Syukur sangat-sangat sebab penantian dia selama lebih daripada 12 tahun untuk mendapatkan seorang zuriat kini sudah berhasil. Betapa sabarnya dia dan suaminya menunggu kehadiran seorang anak. Seronok betul aku bila dengar suara kawan aku tu yang penuh dengan keceriaan. Terharupun ada jugak ni.. huhuhu...
Dia pernah disarankan oleh kawan dan orang di sekelilingnya untuk mengambil anak angkat. Namun, dia dan suami masih mahu mencuba. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk melakukan permanian berhadas seperti yang kebanyakan orang buat tu la. Kos untuk rawatan tu memang agak tinggi la. Aku tanya jugak kat kawan aku tu berapa dia habis dan dia cakap tak sampai lagi puluh-puluh ribu, baru belas-belas ribu je. Tak kisah la, diapun dah lama kawen, tinggal cuma berdua pulak tu, dan sama-sama bekerja sebelum ni. Aku cukup berbangga dengan mereka berdua sebab tidak saling salah menyalahkan dan mampu bertahan untuk terus bersabar. Alhamdulillah...
Sebelum mematikan talian telefon, aku sempat berpesan kat kawan aku ni supaya sentiasa berhati-hati. Semoga penantiannya selama lebih daripada 12 tahun ini berakhir dengan kegembiraan. Ya Allah, kau permudahkanlah dia untuk melahirkan anaknya nanti. Berikanlah dia kekuatan serta kesihatan yang baik samada dari segi mental dan fizikal dalam mengharungi saat-saat getir itu nanti. Semoga kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat hendaknya. Amin...
ᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥ
Teringat pulak aku dengan seorang kawan yang lain yang dahulunya turut mengalami masalah yang sama. Tak tau la apa kisah seterusnya hidup kakak yang seorang ni. Dia dah berkahwin hampir 18 tahun tapi takde anak. Dia dah lakukan macam-macam kaedah namun takde kesannya. Dia selalu diugut oleh suaminya yang mahu berkahwin lagi satu tapi kakak tu kata dia tak nak bermadu dan lebik baik dia bercerai. Namun si suami tak nak pulak ceraikan dia. Dah la tu, suaminya pun tak mahu menghadirkan diri untuk menjalani rawatan. Suami dia tak nak mengaku yang dia takde masalah dan menyalahkan kakak tu sebab tak boleh mengandung..
Kesian, memang kesian bila dengar kakak tu bercerita tentang masalah dia. Boleh dikatakan setiap hari dia melepaskan masalah kat kami. Sambil buat kerja kejar line yang bergerak, sambil tu jugak dia bercerita. Apa yang kitorang boleh buat selain dari menyabarkan dia. Kalau menangis tu, jangan kira la. Saban hari wajahnya mendung je. Dia nak ambil anak angkat tapi si suami tak mahu. Suaminya hanya tau menyalahkan dia je. Aduhaaaii..., kenapalah kejam sangat si suami ini ya...
Entah apalah nasib kakak tu sekarang. Aku cuma mengharapkan agar dia telahpun mempunyai anak walaupun cuma seorang agar dia tidak terus dijadikan sasaran untuk suaminya melepaskan geram...
Aku kata: Ada orang yang teringin nak punya anak sendiri tapi tak dapat-dapat. Ada pula orang yang sudah punya anak tapi anak itu ditendang, dibuang dan dibunuh kejam. Ada juga yang punya anak namun anak itu tidak diberi perhatian..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Renungan bersama...
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)