Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, May 10, 2011

Melayan selera yang tak pernah puas..

Assalamualaikum...

Manusia ni memang tak pernah merasa puas. Lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan selera. Melayan selera yang tak pernah puas ni amatlah menyakitkan dan meletihkan serta memudaratkan. Betul tak..? Hahaha...

Malam tadi mak aku masak lauk sambal tempoyak petai ni. Sempoi je menu makan malam kitorang. Biasa la selera orang kampung, ni je yang termampu.... Alhamdulillah...

Disebabkan aku macam takde mood nak makan nasi, maka akupun tak makan la lauk ni. Tak kan la nak ratah pulak, kan.. Tak baik moncolungap ni... ngehngehngeh.. Nampak gayanya esok je la aku makan ko ehh... hehehe...

Cuba korang tengok kepekatan sambal tempoyak petai ni. Pergghh...!!! Kalau orang yang memang jenis suka makanan kampung camni, mesti menambah nasi punya la. Aku pulak tak tahan pedas, tak berani nak makan banyak sangat. Sia-sia je jadi orang Negeri Sembilan tapi tak tahan pedas. Dulu aku makan la pedas-pedas ni. Sekarang ni je tak makan sangat sebab ada gastrik. Takut gastrik tu menyerang kembali. Tu yang kena tahan nafsu tu. Kalau tak, dah lama dah sambal tempoyak ni selamat aku bedal.. hahaha...

Wallaaaa....!!!

Sebagai gantinya, malam tadi aku makan sate warisan ni haa.. Aku mintak tolong abang aku yang belikan 20 hengget. Bukan aku makan sorang tau. Abang dengan mak akupun makan sama. Melampau la tu nak kata aku yang makan sate sampai 20 hengget tu.. caaiittt... Ni pun masih ada balance lagi. Tak larat dah nak makan padahal bukannya banyak manapun 20 hengget tu. Satu cucuk 60 sen. So, kira sendiri la ehh berapa cucuk yang dapat dengan harga 20 hengget tu. Aku tak pandai nak kira. Aku pandai makan jeww... kehkehkeh...

Ni balance sate yang tak cukup kuah... huhuhu... Nak kena komplen ni... wahahaha...

p/s: Seperti biasa, siapa yang nak cuba resepi sambal tempoyak tu, boleh la usha blog dapo aku tu ehh.. Korang boleh jugak pergi kat tab RESEPI ni untuk mencari resepi yang lain untuk dicuba. Tenkiu ya... =D

Monday, May 9, 2011

PUDURAYA: Sandarkan semua itu pada kenangan..

Assalamualaikum...

Semalam tertengok la status kat page MHI TV3 ni. Pastu tergerak pulak hati aku nak letak komen kat situ. Dah dia ajak kongsi, akupun nak jugak la kongsi komen aku bersama dengan para pengomen yang lain. Macam-macam komen yang ada baik dari komen yang berbaur busuk, lawak, mengampu, panas hangit, semuanya ada. 

Seperti biasa, identiti mereka terpaksa la disorokkan bagi mengelakkan kena serang hendap... huhuhu... Dan sebagai menepati apa yang diminta, akupun nak la kongsikan gambar kenangan kat Puduraya ni. Sejak berhenti kerja, aku tak pernah lagi singgah kat Puduraya. Rindu suasana kat situ walaupun banyak komen yang menyatakan  bahawa mereka tak suka dengan suasana Puduraya tu. Bagi aku, banyak kenangan aku kat situ kerana tempat itulah merupakan persinggahan utama aku antara sini ke Johor Baharu selama aku bekerja di sana.

Alhamdulillah, selama waktu itu, aku belum pernah kena tipu dengan ulat tiket. Walaupun seringkali kena himpit dengan dorang, namun aku menolak dengan cara baik. Apa yang penting, sediakan ongkos yang lebih sikit untuk masa kecemasan. Jangan bajet cukup-cukup je sebab kita tak tau apa yang bakal terjadi nanti. Selalunya, aku naik teksi dari Puduraya ke Pekeliling. Tambang teksi waktu tu, antara 10 hengget hingga 12 hengget terutama waktu pagi sebelum pukul 6 pagi. Aku tak kisah sangat pasal tambang ni, janji aku selamat sampai ke destinasi. Dan aku selalu gunakan teksi apek sebab aku lebih percayakan dorang dari pemandu teksi bangsa Melayu atau India. Pemandu teksi Melayu ni gatal. Geli aku haiihhh... hahaha..


Line merah dengan line biru macam nak gaduh je.. huhuhu...






Aku boleh je bergambar kat Puduraya tu. Yang berasap tu kat bahagian bawah. Kat atas okay je. Kenalah pandai cari tempat yang dekat dengan kipas angin. Selalunya yang sesak adalah kat Platform 9, 10, 11 sebab kat situ tempat turun untuk bas Transnasional dan kat Platform 10 tu ada signboard masa ketibaan dan pelepasan bas. Tu yang sesak kat situ tu...

Kalau masa nak naik bas tu lambat lagi, buat apa nak tunggu kat tempat yang sesak tu. Bagilah orang yang nak naik dulu berasak kat situ. Yang kita ni pergilah cari tempat duduk yang lain. Tak pun pergi la makan-makan dulu ke atau ronda-ronda kat dalam Puduraya tu. Aku sampai beli jam tangan Citizen dan beberapa buah novel kat ruang kedai kat belakang yang dekat dengan tandas tu. Sampai sekarang jam tangan aku tu masih elok lagi dan itulah jam yang aku pakai dari dulu hingga sekarang ni. Hitam itu menawan.. Citizen... kehkehkeh...

p/s: Jangan dihina suasana dulu. Simpanlah ia sebagai kenangan. Kalau takde yang lama, mana mungkin ada yang baru. Sandarkan semua itu pada kenangan.. ceewwaahhh.. :-)

Sunday, May 8, 2011

Kenduri kendarat membawa berkat...

Assalamualaikum....

Kenduri kendarat membawa berkat.
Mudah-mudahan berkat la segala kerja yang dibuat tu.. 
Amin... 

Semalam ada kenduri kat rumah jiran. Anak lelaki dia kawen. Kenduri menyambut menantu je, takde la buat besar-besaran. Makan semua guna katering. Tapi bab hidangan lauk-pauk untuk meja pengantin, orang-orang terdekat yang tolong buat. Kiranya masih ada lagi la sessi bergotong-royong ni walaupun sikit je kerja yang nak dibuat. Sikit-sikitpun, berpeluh la jugak ketiak. Dah la cuaca tersangat la panasnya tanpa angin yang bertiup seperti biasa..

Aku datang lewat. Kemas rumah dulu sebab rumah jadi tempat persinggahan sementara untuk pengantin bersiap. Kiranya nanti dorang berarak dari rumah aku la. Dah siap kemas yang ala kadar tu barulah aku ke rumah jiran tadi. Sampai-sampai je tengok dorang dah mula buat kerja dah. Tersipu-sipu la jugak muka aku ni. Lantak pi la haiihh depa nak kata apapun.. =)

Aku tolong je mana yang patut. Orang suruh buat itu, buat ini, aku buat je la. Malas nak cakap banyak takut nanti kerja tu jadi tak ikhlas pulak, kan... Kat sini aku kongsikan beberapa keping gambar untuk aku jadikan 'kenangan'. Gambar pengantin aku malas nak tempek, takut nanti kena saman la pulak sebab letak gambar kat sini tanpa keizinan tuan punya badan. Sebenarnya, nak elakkan blog ni dihidu oleh wartawan bebas tak bergaji tu. Ramai orang yang suka buat kerja sambilan ni... kehkehkeh...

Ni dorang buat gubahan untuk buah tembikai. Aku tak mahir dalam bab ni. Rasanya kalau cuba buat tu, boleh menjadi kot. Gubahan ni biasa-biasa je dan masih boleh makan buah tu. Takde la macam gubahan kat hotel yang siap berukir bagai tu. Kalau dah berukir cantik macam tu, camner nak makan ehh.. Takkan nak belah kot... Pakat tengok dan ambil gambar je la gamaknya... hehehe...



Aku suka tengok makcik ni mengorek isi buah tembikai ni. Dari zaman kecik dulu sampai sekarang, aku tak pernah lagi merasa mengorek camni. Nak mintak cuba, segan la pulak. Mak aku dulu ada beli alat pengorek tu, tapi dah lesap ke mana entah la. Kalau tak, boleh jugak praktis kat rumah. Harus cari dan beli ni.. 

p/s: Boleh pulak bekalan air terputus masa kenduri tu. Mujurlah pakai katering. Kalau tidak, jenuh la nak cari air buat cuci pinggan. Nampak gayanya pengantin la yang kena cuci saki baki periuk belanga yang tinggal tu. Nasib korang la kannn.... hehe...

Saturday, May 7, 2011

17 Things Your Mother Wants You To Know...

Assalamualaikum....

Selamat Hari Ibu..

Aku pernah dapat email yang mengatakan tak elok untuk kita meraikan sambutan hari ibu ni.  Tapi aku dah lupa kenapa dan email tu pulak aku dah delete. Namun, bagi aku, setiap hari adalah merupakan hari ibu kerana ibu iaitu mak aku adalah merupakan nyawa untuk aku meneruskan kehidupan walaupun kami tidak sependapat dalam beberapa hal. Normal la tu kan. 


Terpulanglah kepada pandangan masing-masing samada nak meraikannya ataupun tidak. Jangan pulak masa hari ibu tu bukan main lagi bawak dia pergi jalan-jalan makan angin, tapi lepas tu dia jadi baby sitter balik semula..

Kat sini aku nak kongsikan tentang 17 perkara yang ibu atau mak kita nak kita tahu iaitu:
    helping hand
  1. Be kind to everyone. You never know what's really going on in someone's life. -- Mary Morgan
  2. Dear child, when u grow up, remember not to give everything to a guy. -- Nadia El Ghani
  3. I have never heard one person say that life was easy. -- Chris Taylor
  4. Never become complacent in anything in life, whether it be driving, work, or relationships, you have to pay attention, and strive toward perfection. -- Elizabeth Wysocki Landino 
  5.  If a man or woman is down, you give them your hand. -- Shanesh Ranchhod
  6. Do what you can, for who you can, with what you have, and where you are. -- Uma Maheswari
  7. Always wear comfortable shoes. -- Lisa Denton Riley
  8. Never pass up an opportunity to use the restroom. -- Lisa Denton Riley
  9. Friends won't let you do stupid things...alone. -- Casey Leigh Steel Brelsford
  10. Be yourself, because unless you are true to you, there is no way you can be true to others. -- Kayleigh Bondor 
  11. I will love you enough to tell you 'no.' -- Michele Chandler Dilbeck
  12.  No matter what your financial state, if a child’s needs are met, it is good for their character not to give them everything they want, make them earn the extras. -- Barbara Jean Sunday
  13. Wear an old coat, buy a new book. -- Teressa Glazer 
  14. Doesn’t matter if you're cold or it hurts, as long as you look good -- Carla Rachael Ralls
  15. Missing... Find it for yourself...
  16.  'The best gift that can be given to a child is a Mom and Dad who love each other.' -- Leigh Ann Krohe
  17. There's always a light at the end of the tunnel, just pray it's not a train -- Casey Leigh Steel Brelsford 
Thats it..!! 
Nombor 15 tu takde kat dalam senarai. Mungkin orang yang buat entry ni terlepas pandang agaknya. Biasa la, dah namanya manusia, tak lepas dari melakukan kesalahan... 

p/s: No idea.. Till then.. Nanti bila dah ada idea, baru letak kat status p/s ni.. Boleh pulak camtu ehh... haha...

Friday, May 6, 2011

Teringin, tapi takut...

Assalamualaikum...

Teringin, tapi takut...

Korang pernah tak alami situasi sebegini...? Ye la, kadang-kadang korang teringin sangat nak buat sesuatu benda tu, ataupun teringin nak kemana-mana secara solo, tapi korang takut untuk melakukannya. Macam-macam benda yang difikirkan sehingga kadang-kadang ianya membataskan ataupun membantutkan segala keinginan tersebut.

Aku ni ada jugak keinginan untuk melakukan sesuatu perkara tu. Tapi dek kerana takut, maka segalanya hanya tinggal kenangan je la.. Ehh, bukan tinggal kenangan, tapi tinggal angan-angan... hahaha..

Aku teringin sangat nak naik kapalterbang. Bila tengok kapalterbang je, mesti cakap dalam hati, bila la aku dapat naik ko ehh... Sadis sungguh. Dah tua camni pun masih lagi takut nak naik kapalterbang. Sepupu aku ada cakap hari tu, dia kata mula-mula je rasa takut, lama-lama nanti hilang la rasa takut tu dan jadi ketagih pulak nak naik kapalterbang. Ya ke camtu...? Kalau sampai ketagih, habis la aku. Kat sini mana ada kapalterbang. Kapalterbang kertas ada la... kehkehkeh...

Pastu aku teringin nak naik gelaider tu. Wahhh, tak memadan. Nak naik gelaider cam orang putih selalu buat tu.. hahaha... Kat belakang rumah ni ada bukit yang dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Alangkan seronoknya kalau dapat terbang melayang-layang melintasi rimbunan pokok-pokok sawit tu kan.. Pastu terus je landing kat depan rumah.. =))

Dua hari lepas ada jiran yang duduk Cheras datang singgah rumah aku ni dengan anak-anak dia. Aku memang dah biasa dah dengan dorang ni sebab dulu dorangpun pernah tinggal kat sini jugak. Borak punya borak,  anak diapun ajak la aku ikut trip melancong. Dorang ni dah biasa dah dalam bab melancong ikut pakej ni. Hujung tahun lepas makcik tu dengan anak dia melancong ke Eropah. Lepas tu ke Beijing la, Vietnam la. Tu yang dorang ajak aku tu. Seronok je aku dengar sampai tak tertelan air liur dibuatnya.

Anak makcik tu cakap, kalau aku nak ikut dia melancong, bagitau je. Kalau aku risaukan mak aku, dia suruh mak aku duduk rumah mak dia. Boleh la mak aku menyembang dengan mak dia tu. Nampak keikhlasan dorang tu mengajak aku. Mungkin dorang kesian tengok aku yang dok terperap je kat rumah ni. Kalau diikutkan hati, memang la teringin. Tapi disebabkan ada sedikit perasaan takut tu, keinginan tu tiba-tiba je mati kat situ. Hmmm... Kalau selalu macam ni alamatnya tak kemana-mana la aku ni. Tak merasa la nak flying like a bird.

Macam yang aku cakap tadi, aku takut nak naik kapalterbang. Habis tu camner nak ke tempat yang dorang sebut tadi tu..? Ishhh... kalau dah takut tu, benda yang kecikpun boleh jadi besar. Benda yang sebenarnya mudah, nampak susah. Payah betul nak bina keyakinan diri. Mungkin sebab tu la aku ni mudah sangat mengalah sebelum berjuang... huhuhu.

Mungkin perkara pertama yang perlu aku buat bagi mengatasi masalah takut pada ketinggian ni adalah dengan memanjat pokok rambutan. Ataupun panjat bumbung rumah, tampal mana yang bocor. Aku ni nak panjat kerusi pun kadang-kadang baca Bismillah sampai sepuluh kali... hehehe... Takde maknanya nak panjat pokok bagai haiihh.. Peluk pokok tu boleh la... ahakk.

p/s: Teringin tapi takut = kensel.. 

Thursday, May 5, 2011

Masa bercinta panggil baby.. Bila dah putus panggil babi..

Assalamu'alaikum...

Masa bercinta panggil baby.. Bila dah putus panggil babi..



Boleh ke buat macam tu..? Panggil orang ikut suka hati je macam la orang tu takde nama. Mak bapak dorang punya la susah nak cari nama untuk anak dorang tu, tup-tup ada yang panggil babi. Namun, begitulah yang selalunya terjadi tak kira siapa orang itu. Masing-masing nak tunjuk ego. Masing-masing tak mahu mengaku kesalahan sendiri. Masing-masing nak lepaskan geram yang terbuku di hati. 



Aku selalu tengok drama Melayu yang diselitkan dengan dialog begitu. Asal bergaduh je, mula la sebut nama binatang haram tu. Bila ada masalah je, nama haram tu jugak yang disebut-sebut. Kalau la babi tu boleh faham, tentu dia melompat gembira sebab nama dia disebut-sebut selalu...


Teringat kembali dengan seorang teman waktu bekerja dulu. Akibat terkena renjatan culture shock, dia mudah sangat berkawan dengan ramai lelaki. Kalau hari cuti tu, dari pagi sampai ke malam jadual dia penuh dengan blind date. Berani sungguh dia walaupun baru sampai dari kampung. Mungkin masa kat kampung pergaulannya terbatas...



Sebelum dia datang, susah sangat aku nak dengar perkataan babi tu kat asrama. Cuma, kadang-kadang bila ada yang tension dengan kerja atau leader atau supervisor, barulah keluar perkataan tu. Aku pulak selalu gunakan perkataan bodoh kalau tengah marah sangat. Macam la diri ni pandai sangat sampai nak kata orang lain bodoh.. huhuhu...



Kawan tadi kalau ada date tapi orang yang ditunggu tu tak datang menjemput, mula la dia memaki hamun budak lelaki tu. Macam-macam la yang keluar dari mulut dia. Babi betul la. Kalau aku tau dia tak datang, baik aku keluar dengan si polan tu. Buang masa aku je tunggu dia. Begitulah selalunya ayat dia sehinggakan kawan serumah mengangkat kening. Lama-lama ada jugak yang tak tahan dan sound terus kat dia. Rimas...



Sekarang ni budak-budak kecikpun dah pandai sebut babi. Ada sorang kawan aku yang menenyeh cili padi kat mulut anak dia yang masa tu berumur 5 tahun sebab budak tu sebut babi kat abang dan kakak dia. Apa lagi, meraung la anak dia tu tapi dia kata lepas tu takde dah dengar anak dia sebut perkataan babi tu lagi. 



Macam mana pulak dengan pasangan bercinta yang asyik bergaduh yang dok sebut babi ni..? Nak kena tenyeh dengan cili api jugak ke mulut dorang tu..? Ataupun mungkin masa dorang kecik, mulut dorang tak pernah kena tenyeh, tak pernah kena tampar, tu yang selamba je sebut babi tu. Lagi ramai orang yang pandang drama dorang tu, lagi kuat pulak menjerit sebut babi tu.. Nak suruh satu dunia dengar agaknya...



Kenapa bila dah putus atau clash je, mesti nak panggil orang tu dengan nama babi? Tak ingat ke masa bercinta tu, dengan babi tu la yang ko peluk. Dengan babi tu la yang ko main suap-suap makan, kongsi satu straw main sedut-sedut air. Malahan dengan babi tu la yang ko tidur tanpa ikatan yang sah. Tak rasa jijik ke ko sebut babi tu jika ko ingat balik perbuatan ko sebelum ko putus cinta tu..?



Walau dalam apa keadaan sekalipun, janganlah panggil orang dengan panggilan babi. Kalau dia babi, ko pun sama babi jugak sebab sama-sama tersungkur..



p/s: Selalu sebut babi bila line streamyx buat hal. Tapi takde la sampai nak letak kat status fb atau twitter. Sekadar sembur depan laptop je. Maklum la, iman akupun bukannya kuat sangat... huhuhu.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)