Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, August 8, 2011

Kenapa suka sangat tidur kat rumah kawan..?

Assalamualaikum...

Kenapa suka sangat tidur kat rumah kawan..?

Ini merupakan satu fenomena yang sudah dianggap terlalu biasa di zaman kini. Ada ibubapa yang memang tak suka dengan situasi begini namun terpaksa akur dengan kehendak anak-anak dan ada juga ibubapa yang tak kisah langsung jika anak mereka bermalam di rumah orang. Kalau sayangkan anak, jangan dibiarkan anak tu keluar selalu, apatah lagi bermalam di rumah orang.  Jangan bila dah berlaku sesuatu yang buruk, baru nak melenting marah sana sini.. Dah takde pekdah dah..

Kadang-kadang aku pelik jugak, kenapa nak pergi tidur kat rumah orang? Tak kira la samada orang tu dah lama dikenali atau baru je kenal setahun dua. Tak seronok ke tidur kat rumah sendiri? Tak selesa ke tidur kat rumah sendiri? Samada rumah tu buruk atau cantik, panas atau nyaman, ianya tetap rumah kita jugak, kan.. Ataupun mungkinkah kita rasa terkongkong bila berada di dalam perhatian keluarga? Di mana letaknya perumpamaan rumahku syurgaku jika kita sendiri rasa panas sepanjang berada di rumah tu..? Ataupun, mungkin rumah tu memang dah macam neraka, itu yang terpaksa mencari syurga kat luar...

Hmmm, kalau beginilah pemikiran kita, sampai bila-bilapun institusi kekeluargaan akan terus menjadi semakin pincang.. Dan bila kepincangan ini sudah tidak terkawal, mulalah nak salahkan kerajaan, salahkan pembangunan. Kepala hot** ko.. Tak habis-habis nak salahkan pihak lain.. Salah sendiri tak nak pulak ko ukur...

Ada jugak jenis manusia yang tidur kat rumah orang tapi tetap bawak perangai buruk dia. Kalau dah tidur kat rumah orang tu, pandai-pandai la ambil hati mak bapak kawan ko tu. Tolong-tolong la mengemas bilik ke, mengemas dapur ke, tolong masak ke.. Jangan la sepanjang hari asyik mengadap game je.. Ni tak, dah la bangun pagi pukul satu tengahari, subuh tah ke mana lesapnya, lepas tu boleh pulak masuk dapur dan bawak makanan tu masuk kat dalam bilik. Alasannya, segan nak makan kat dapur tu..

Helloooo, ko ingat mak bapak kawan ko tu tak menyirap ke darah dorang bila tengok perangai buruk ko tu..? Anak dorangpun tak pernah nak bawak makanan masuk dalam bilik tidur, tup-tup bila ko datang kat rumah dorang, ko ajar benda yang tak senonoh macam ni.. 




Bila berjauhan dari keluarga, masing-masing akan berkata, rindu kat mak bapak laa... Rindu kat adik beradik laa... Rindu kat rumah la.. Tapi bila dah berada bersama keluarga, mula la berkata, bosan laa, boring laa, tensen laa, dan seterusnya mencari pelbagai alasan untuk keluar dari rumah tu. Selalunya alasan yang diberi adalah nak buat kerja sekolah ataupun assignment secara berkumpulan padahalnya haremmmm...

Apa punya perangai daaa... Apa perasaan korang jika adik beradik korang pulak yang kata bosan dengan korang..? Mesti korang akan terasa habis, ya tak..? 

Aku tak berapa suka nak bermalam kat rumah orang kecuali rumah adik beradik sendiri. Itupun tengok sebab jugak kenapa perlu bermalam kat rumah dorang tu. Mungkin sebab itu aku selesa duduk kat rumah je dan keluar jika perlu sahaja sedangkan ada orang lain yang rasa bagai nak gila jika tak dapat keluar barang sejam dua. Asalkan ada tv, radio, internet kat rumah ni, itu dah mencukupi dah untuk aku.. Opkos la kena ada makanan jugak, dan sekor dua kucing untuk aku buli... kehkehkeh...

Pandai-pandailah kawal nafsu. Jangan sampai nafsu yang kawal kita. Kalau dah bosan sangat, baik tidur je.. Tapi kalau hari-hari asyik bosan je, baik ko jangan jadi manusia laa.. Aku pulak yang bosan dengan orang macam ni... Cemuihhh haaiihh...

p/s: Siapa yang makan cili padi, dia la yang rasa pedasnya.. :P

Sunday, August 7, 2011

Iklan sat naaa.... :D

Assalamualaikum...

Iklan sat naaa.... :D

Dah ada baju raya..?

Dah ada jubah raya..?

Dah ada tudung raya..?

Belum ada..??

Okay takpe.. Jangan sedih-sedih ya.. Kat bawah ni ada jubah raya yang sangat cantik untuk digayakan masa raya nanti bahkan boleh juga dipakai untuk majlis keraian yang lain. Bila lagi nak melaram macam artis, kan... :-)

RM 220 - freesize

RM 160 - size L

RM 185 - size L (biru)

RM 160 - size M (pink)

RM 180 - size XL 

Kalau nak order, boleh la order sekarang sebab ni kira ready stok ni dan stok adalah terhad. Nanti kalau lambat order, tak sempat pulak nak pakai masa raya nanti. Korang boleh je order dan tanya kat tuan punya blog ni... Aku ni cuma tukang promot je.. :)

Pat pat siku lipat... 
Siapa cepat, dia yang dapat.. 

p/s: Harga ni dah kira berbaloi dah ni sebab kualiti kain dia memang terbaik la.. Kalau kat tempat lain, lagi la mahal harga dia.. Cayo la cakap den.. :-)

Saturday, August 6, 2011

Alasanmu..

Assalamualaikum...

Alasanmu..

Ikhlasnya hati seringkali disalah erti...
Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai...
Berlalu pergi dengan kelukaan ini...
Ku mengalah...
Ku bersabar...

Bertentang mata seolah-olah tiada apa...
Berpaling muka ada saja yang tidak kena...
Mencari sebab serta alasan yang kukuh...
Supaya tercapai hajatmu...

Manis di bibir memutar kata...
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya...
Siapa terlena pastinya terpukau...
Pujukmu...
Rayumu...
Suaramu...
Yang menagih simpati dan harapan...

Engkau pastinya tersenyum...
Dengan pengunduran diriku...
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan...

Andainya kita terus bersama...
Belum tentu kita bahagia...
Selagi tidak kau ubah....
Cara hidupmu...

Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama...
Terasa jauh diriku ini dengan dosa...
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan..
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin...
Selagi kau dapat berkata...
Memang begitu sikapmu..
Semenjak dahulu...

Andainya kita terus bersama...
Belum tentu kita bahagia..
Selagi tidak kau ubah...
Cara hidupmu...


Untuk siapa-siapa yang kecewa. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Tak perlu nak menuding jari siapa salah, siapa benar.. Apa yang penting, kita ubah diri kita sendiri supaya menjadi lebih baik dari yang sebelumnya... :-)

Ada orang yang benci dengan alasan.. Ada juga orang yang suka mencipta alasan.. Apapun alasannya, jangan sampai memudaratkan diri sendiri, persekitaran atau harta awam.. Biarlah alasan tu seiring dengan sebab musabab yang munasabah.. Jangan sampai terkantoi sudah... :P

~ Excuses hold you back. Action moves you forward ~

p/s: Aku suka lagu ni... Macam satu motivasi pulak... Sebab akupun kadang-kadang suka bagi alasan... =)))

Menu berbuka puasa hari keempat...

Assalamualaikum...

Menu berbuka puasa hari keempat...

Hari ni dah masuk hari keenam berpuasa, tapi menu ni merupakan menu berbuka puasa masa hari keempat hari tu. Saja je nak letakkan gambar kat sini... :P

Asalnya aku nak buat ikan kembung masak kicap tapi berubah arah di saat akhir. Entah la, rasa kembang semacam pulak tekak aku bila sebut masak kicap ni.. huhuhu... Sudahnya, jadi la sambal kembung.. :)

Mudah je nak buat. 

Goreng ikan macam biasa. Lepas tu tumiskan 2 ulas bawang putih + 4 ulas bawang merah + seketul halia sampai naik bau. Lepas tu masukkan 3 sudu makan cili kisar dan kacau. Biarkan sehingga cili betul-betul garing. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa + sedikit kicap manis + sedikit garam. Kacau sebati. Lepas tu masukkan hirisan 1 labu bawang besar. Kacau-kacau lagi dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Siap... :D

Lepas tu aku buat salad kobis ni. Ikut suka hati aku je penyediaan dia.. haha...

Salad kobis..

Kobis diracik-racik. Cili benggala dan bawang besar dimayang atau potong dadu. Kemudian basuh kesemua bahan ni dan toskan. Lepas airnya kering, barulah dicampurkan dengan beberapa sudu mayonis. Gaul rata. Taburkan sedikit garam + serbuk lada putih dan gaul sebati. 

Ingatkan takde orang yang nak makan salad kobis ni. Tup-tup licin la pulak. Lepas tu buat lagi sebab ada lebihan kobis racik tadi. Tup-tup licin jugak.. Suka jugak dorang ni makan sayur mentah macam ni ehh... hikhikhik..

p/s: Dah hampir seminggu puasa tapi aku belum jenguk lagi bazaar ramadhan kat sini. Takde selera pulak nak menjenguknya... adehhh...

Friday, August 5, 2011

Pasta Cili Padi

Assalamualaikum...

Pasta Cili Padi

Resepi dari rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan TV1 yang diambil secara rambang pagi tadi dengan host Sheila Rusly dan tetamu undangannya adalah si cantik manis Fauziah Latiff.. Cun ahh si Gee tu... 

1) Isi ikan merah + udang + sotong dilumurkan dengan sedikit garam dan goreng sekejap. Ketepikan.. (Goreng satu demi satu...)

2) Tumiskan bawang putih + cili padi yang dikisar/tumbuk hingga naik bau. Kacau rata..

3) Masukkan sos tiram + kicap cair + kicap pekat + pati ikan bilis + serbuk lada putih + sedikit air + susu cair dairy champ dan kacau rata.. Biarkan betul-betul masak..

4) Masukkan pula mee pasta diikuti dengan bahan-bahan yang digoreng tadi. Kacau sebati..

5) Akhir sekali masukkan daun sadri dan angkat..

Tak tau la kalau-kalau ada bahan yang tertinggal.. Sukatan bahan tu pandai-pandai la agak ya... :)

** Garam tidak diperlukan kerana bahan yang digunakan dah ada yang bergaram.. 

p/s: Lebih kurang macam nak buat mee goreng jugak.. Bezanya cuma susu cair dengan isi ikan tu je.. Ehh, sedap ke pasta ni ehh...? Aku tak pernah lak makan... Pure kampungan betul la aku ni... huhuhu...

Thursday, August 4, 2011

How to create your own blog header by using Photoscape...

Assalamualaikum....

How to create your own blog header by using Photoscape...

First of all, you need to install the software. You can go to Photoscape website or find it here.  Then, open the software and run it as usual.. :-)

Sebenarnya mudah je nak gunakan teknik Photoscape ni. Tak perlu bersusah-payah nak beli software photoshop tu.. Kita gunakan aje sotfware percuma selagi ada ruang... Buat apa nak bazir-bazirkan duit, ya tak..?

Kat sini aku sertakan cara-caranya. Perhatikan betul-betul dan replay selagi tak faham. Aku belajar buat blog header aku ni berpandukan video ni la.. hehe... Terima kasih banyak-banyak kat orang yang buat tutorial percuma ni.. =D

Perhatikan betul-betul bulatan yang berwarna kuning tu.. Step by step dia bagi.. Selebihnya, terpulanglah pada imejinasi masing-masing...



Kalau nak lagi cantik dan menarik, cari je gambar-gambar yang banyak terdapat kat internet. Nak gambar hero Korea ke, Naruto ke, Otomen ke, korang tanya aje kat pakcik Google. Konpem dia bagi punya la... hehe.. 

Bila dah jumpa gambar yang bersesuaian, korang save gambar tu dan masukkan kat dalam satu folder baru dan rename-kan folder tu supaya senang untuk korang cari balik gambar tadi. Jangan gunakan gambar yang tak senonoh dah la ya. Kang tak pasal-pasal akupun dapat 'saham'nya sekali.. huhuhu... 

Untuk header blog aku ni, aku gunakan 1000 untuk kelebaran dan 200 untuk ketinggian.. Lebar header tu bergantung jugak dengan lebar template korang. Jangan terlebih besar dari saiz template dah la. Kalau korang nak letak border kat keliling header tu, korang kena kurangkan lebar tu dulu sebab nanti lebar tu menjadi semakin besar.. Kalau nak masukkan gambar-gambar, boleh di-ejas saiz gambar tu.. Tak perlu risau ya.. :P

Selamat mencuba... Semoga masa korang tidak terbuang dengan begitu sahaja. Dan tak perlulah nak tempah header kat orang lain lagi... Lagi puas hati kalau dapat merekacipta header blog sendiri.. Jimat kos lagi.. kehkehkeh...

p/s: Kepada pembuat header yang mengambil upah mencipta header ni, jangan marah jika pendapatan sampingan anda sedikit terjejas... Apa salahnya kongsi-kongsi ilmu yang kita jumpa, kann... Peace... :-)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)