Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, November 6, 2010

PHOTOSCAPE: Murah dan mudah.. =)

Assalamualaikum....

PHOTOSCAPE: Murah dan mudah.. =)

Hari tu aku dah cuba gunakan picnik untuk mengedit gambar. Okay la jugak gambar yang telah di'modify'kan. Cuma ada masalah sikit bila gunakan picnik ni. Aku rasa macam berat sikit proses untuk loading tu sebab laptop aku selalu je 'hang'. Bila dah 'hang' camtu, semua page tak boleh nak bukak. Malahan 'cursor' pun tak nak bergerak. Mungkin juga ada kaitan dengan kelembapan line internet kat tempat aku ni. Lepas tu, picnik ni ada yang tertentu je boleh gunakan khidmat percuma. Mana yang advanced sikit, kalau nak guna kena caj. Tak kuasa aku nak bazir duit haiihhh... Banyak lagi kaedah yang free, tapi kena la rajin google dan jangan malu bertanya macam aku ni... =)

Oleh sebab itu, akupun mulalah menggunakan kaedah photoscape. Dulu Nami dah pernah ajar dah cara nak gunakan photoscape ni tapi disebabkan aku ni penakutnya agak tebal, maka aku diamkan aje dulu. Baru dua tiga hari ni aku selongkar balik tutorial tu. Nasib baik la aku masih lagi simpan 'perbincangan' tu kat dalam draft. Kiranya aku ni jenis yang beringat jugak la... kehkehkeh.... Dan yang bestnya, photoscape ni tidak meng'hang'kan laptop aku...

Mula-mula kena la download software dulu. Nak download tu, kena la pegi kat web photoscape.. Kalau pegi kat web masakan, memang tak jumpa la cara nak download tu. Jumpa potatochip mungkin la kot... hahaha... Aku download yang first tu. Tak meletop pon laptop aku... :P

Lepas dah setel download, kena la 'open' dan 'run' kan file photoscape tu. Kalau biar cmtu je memang sampai bilapun tak menjadi. Ikut je apa yang disuruh buat nanti... Don't worry... ;p


Download Photoscape 3.5
Photoscape is a fun and easy photo editing software that enables you to fix and enhance photos.
To install Photoscape 3.5 on your computer, click one of the Free Download buttons below.

Get it from CNET Download.com!<=Aku download yang ni.


:: Free Download from download.cnet.com (16.5MB)


Get it from brothersoft.com!
:: Free Download from brothersoft.com (16.5MB)


Get it from softonic.com!
:: Free Download from softonic.com (16.5MB)




















Kat sini aku sertakan beberapa gambar yang telah aku edit. Mungkin tak secantik dan sehebat kerja orang yang dah biasa dalam bidang editing ni. Namun sebagai orang yang baru nak belajar, kira okay la kot.... Kalau tak okaypun, masih boleh belajar lagi. Apa susah..? Kannn... Tak payah la nak nangeh guling-guling sampai jatuh katil haiihhh... =)











p/s: Semua gambar adalah hak cipta terpelihara ya... ahakk... =D

6 Tukang Tembak:

kak Erna said...

waaa...cantik e..jeles ni..jap lagi nak pnggil emi..suroh bacao..dah faham buek kan..he he..omak e..tunggu yo..lamo2 pandai budak emi ni merungut..blog mak ko..blog emi ni..kato e..ha ha..itu kalau dia ado kojo dan omak e pakso..kot tak..gomar bona dio main bondo ni..

kakpah said...

haah.. kakpah pun guna photoscape ni. sonang..
solamat mengedit lah yo..

Sharif John said...

bgus jgk software ni

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna~> Hehehe... Mujur ado Emi yang rajin nolong akak... Jangan suruh dio buek taim dio nak pekso dah la kak... Tontu dio suko buek bondo cmni kan...

~Kak AZZ~ said...

Kak Pah~> Kigho ehh sy ni kotinggalan ketapi la ni kann... Org lain dh lamo buek, sy baru tokial2 ni haa... hehe..

~Kak AZZ~ said...

Sharif John~> Memang bagus jugak la... Buat la editing utk gambar2 ekspedisi yang banyak tu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »