Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 6, 2011

Terasa sangat dihargai.. :-)

Assalamualaikum...

Terasa sangat dihargai.. :-)

Terasa sangat dihargai apabila seorang penulis novel yang sedang meletup ini datang menjenguk dan meninggalkan komen kat entry aku sebelum ini.. Bertambah terharu apabila beliau meng-add aku kat fesbuk... Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada novelis Melur Jelita yang sudi singgah kat blog buruk aku ni.. Aku sangat-sangat menghargainya... ^___*

Sebelum ni, aku pernah juga buat promosi tentang novel atau buku yang aku baca. Namun, takde pula penulis tu datang menyinggah.. Kiranya novelis Melur Jelita ni benar-benar menghargai para pembaca/pembeli novel beliau... Malahan, Melur Jelita ni peramah orangnya tatkala aku berkesempatan berborak dengan beliau kat fesbuk.. :)

Lagi terharu dan terasa sangat dihargai bila Melur Jelita panggil aku adik jelita... Rasa macam nak pitam sepuluh saat.. kihkihkih...


p/s: Bertambah-tambah terharu bila kawan-kawan blogger yang lain turut sudi meninggalkan komen kat mana-mana entry kat blog aku ni. Terima kasih banyak-banyak kepada semua... Terasa sangat dihargai... Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.. :-)


***************

Mujur Dhia hidup balik... hikhikhik... 

Monday, December 5, 2011

Awak suka saya tak..?? Kalau awak suka, sayapun suka jugak... hehehe..

Assalamualaikum...

Awak suka saya tak..??
Kalau awak suka, sayapun suka jugak... hehehe..


Rasa macam dah lama je aku tak hapdet blog buruk aku ni.. Begitulah, bila kemalasan dan kelemauan mula melanda serta ideapun takde, satu apapun tak menjadi... Semuanya bersatu menjadi satu iaitu MALAS... MALAS yang teramat sangat.... kehkehkeh....


Sebenarnya ada juga benda yang nak diceritakan seperti rasa tertipu semasa membeli Tutti Frutti hari tu dan beberapa kejadian lain. Kena tunggu mood mencanak naik la baru nak buat entry pasal semua tu kot.. hehe..


Kali ni aku nak buat promosi pasal sebuah novel yang aku beli kat kedai buku Popular, kat Jaya Jusco Seremban 2, semalam. Sebenarnya aku beli empat buah novel. Yang tiga lagi tu aku beli kat MPH Store, kat Jaya Jusco tu juga. Ranap juga la duit aku dalam seratus lebih... huhuhu... 


Tapi takpe, novel yang aku nak promotkan ni memang berbaloi sangat sebab isi ceritanya yang sangat-sangat best dan sesuai dengan jiwa aku . Terima kasih kepada penulisnya iaitu Melur Jelita yang begitu pandai menyusun kata-kata untuk dijadikan satu garapan yang menarik. Membaca novel Awak Suka Saya Tak..?? ini seakan membaca karya sendiri je sebab cara penulisan dalam novel ni macam cara penulisan aku..!! Perasan sekejap.... muahahaha.... Cuma, jalan cerita novel ni tak sama langsung dengan jalan cerita hidup aku.. Kalaulah ada persamaan sikit-sikit, lagi la melonjak keperasanan aku tu... hahahahaha...


Untung siapa yang ada member card.. Aku je yang takde member card ni.. 


So, bermula daripada pukul sepuluh malam tadi, akupun memulakan sesi membaca novel setebal lebih kurang dua inci ni. Ada 1056 mukasurat yang perlu dibaca dan setakat ini aku dah baca sampai muka surat yang ke 840 sehingga pukul empat pagi...!!! Sepanjang membaca novel ni, airmata aku asyik mengalir je.. Sekejap aku ketawa, sekejap lagi aku menyeka airmata.. huhuhu... Tak tau berapa kali aku menangis.. Sadis woooo....


Dalam menangispun, aku tetap teruskan pembacaan sebab nak tau kisah seterusnya. Menyelak dari satu bab ke satu bab tanpa jemu... hahahaha.. Punyalah teruja dengan jalan ceritanya sampaikan terasa sayang nak berhenti membaca. Tapi, terpaksa juga la berhenti sebab matapun dah berat.. Kang tak faham lak apa yang dibacakan.. Bila dah tak faham, macam mana nak ada feel, ya tak..? Hikkk.....


Tak sia-sia melabur RM35 untuk sebuah bacaan yang sempoi...


Bangun pagi ni tengok novel tu takde kat sebelah aku...! Kelam kabut aku mencari.. hehehe... Rupanya kakak aku yang baca sebab diapun kaki novel jugak.. Konpem lepas ni dia akan beli novel ni untuk dijadikan koleksi novel kat rumah dia ni... Konpem punya la.... ahaha...


Salah satu lagu yang ada kat dalam novel ASST ni.. Kredit kat aku sendiri... ;)


Kepada Lynda dan Kak Erna yang suka membaca novel, bolehlah pergi cari buku ni kat kedai buku Popular kat Jaya Jusco Seremban 2 tu sebelum kehabisan stok. Semalam masih banyak lagi buku ni. Esok lusa rasanya sold out dah kot... Cepat rembat sebelum terlambat... hehe..


Jangan tanya aku sinopsis novel Awak Suka Saya Tak..?? ni.. Kalau tanya juga, jawapan aku ialah beli je terus.. Novel Ombak Rindu banyak juga tapi tak tau la kenapa aku tak teruja untuk merembatnya... Tak teringin pula nak baca buku tu.. Mungkin lain kali kot... :P


Salah satu lagu yang ada dalam novel ASST ini... Cair sekejap, dua kejap, tiga kejap, kejap-kejap tengok Hilman Yong ni... ehehh...


p/s: Awak suka saya tak..?? Please la suka... kehkehkeh...

Friday, December 2, 2011

Jangan hidup seperti lalang..

Assalamualaikum...

Jangan hidup seperti lalang..



Ramai di antara kita yang suka sangat mengikut telunjuk orang lain seolah-olah tidak tahu untuk membuat keputusan sendiri. Tidak salah jika bertanyakan pendapat mereka kerana jika ada pelbagai pendapat serta pandangan dari mereka, peluang untuk kita memilih dan membuat keputusan itu menjadi semakin luas. 

Namun begitu, kita kenalah pandai untuk memilih pandangan yang menepati kehendak kita sendiri, kerana jika tersalah pilih, yang luas tadi akan bertukar menjadi sempit dan berkemungkinan juga menjadi semakin menyulitkan... Sebab itulah kita dianjurkan untuk mengerjakan solat sunat istikharah jika tersepit dalam membuat pilihan.. 

Tersepit jari, terasa sakit di jari itu sendiri.. Tersepit hati, seluruh jiwa seakan pergi... 

p/s: Semoga hidup kita tidak menjadi seperti lalang... :-)

Wednesday, November 30, 2011

Bila mengomen status fesbuk kanak-kanak..

Assalamualaikum...

Bila mengomen status fesbuk kanak-kanak..


Hari ni hari Rabu, kan.. Dah malas pulak rasanya nak buat entry berkaitan Wordless Wednesday.. Cukuplah setakat 19 entry je yang ada title Wordless Wednesday ni.. Entahlah, kadang-kadang aku rasa macam vangang je ikut benda-benda yang tak sepatutnya dijadikan ikutan.. Ini pada pandangan kolot aku je.. Jangan pulak ada yang sentap dah laa.. Kalau korang masih rasa WW ni banyak kelebihan dan manafaatnya, just carry on.. Nobody will stop or judge you.. 

Okay la. Stop babbling... Nobody wants to hear your babbling.. :P

Seperti yang pernah aku bagitau dulu, aku ni kadang-kadang suka jugak mengomen status fesbuk anak-anak buah aku yang umur bawah 12 tahun ni.. Kadang-kadang dorang kena dengan aku.. Dan kadang-kadang aku pulak yang dorang kenakan.. Maklum la, budak-budak sekarang semakin berani dan lantang bersuara.. huhuhu...

Namun, kali ni ada sorang yang kena dengan aku.. Contohnya adalah seperti kat bawah ni.. Geram je budak tu... hahaha... Oh ya, status A dan B adalah dari orang yang sama... :P


~ A ~


~ B ~
Hahahaha... 'Induk' memang suka sakat budak sorang ni.. kehkehkeh...


p/s: Budak ni umur dia baru 9 tahun.. Tapi takde pulak ayat dia yang pelat-pelat.. Yang komen pasal twitter tu pun sebaya dia jugak.. Apsal ayat budak yang umur 14 tahun hingga 23 tahun banyak yang pelat-pelat ehh.. Jappp...., umur 23 tahun tu budak lagi ke..?? Takpe la.. Bagi la dorang peluang nak jadi budak yang perasan comel sekejap... muahahahaha....

Tuesday, November 29, 2011

Tak payah laju-laju bang, bukannya kita nak kejar apapun...

Assalamualaikum..


Tak payah laju-laju bang, bukannya kita nak kejar apapun... 

Sekarang aku ada kat Nilai, rumah kakak aku. Hari Ahad lepas aku datang sini dan akan berada di sini selama seminggu. Fuuhhh...!!! Bermulalah sessi kesengalan sebab tak tau apa nak buat. Kalau ada anak buah yang kecil tu boleh jugak aku layan keletah dia. Sambil-sambil tu boleh jugak jadikan dia model untuk video klip aku.. Yang kecil je la boleh jadi model. Yang besar jangan nak mengada-ngada. Kalau nak kena semboq dengan aku, silalah buat aksi-aksi muncung cimpanzi tu... kehkehkeh...


My little niece.. :-)

Ni nak cerita sikit la sepanjang perjalanan ke sini yang sangat-sangat menggegarkan jantung... huhu...

Sekarang ni musim hujan, kan.. Sebelum bergerak keluar dari rumah, tiba-tiba je hujan turun dengan mencurah-curah lebatnya. Maka, terpaksa menangguhkan memunggah barang masuk ke dalam bonet. Aku pulak dah mula rasa tak sedap hati. Ya la, risau jugak nak berjalan jauh dalam keadaan hujan berterusan macam ni.. Hanya Allah yang tau hati aku saat tu...

Akhirnya, bila hujan dah reda sedikit, mulalah masukkan barang ke dalam bonet. Lepas tu teruskan perjalanan tanpa henti sehinggalah sampai ke RnR Genting Sempah untuk isi minyak dan solat Asar. Punyalah ramai umat kat situ.. Semuanya mengambil kesempatan berjalan sempena cuti tiga hari tu. Malahan, ada jugak yang pergi ke zoo negara.. Musim hujan ni binatang kat zoo tu semua tidur laa.. Buaya yang suka berendam tu pun tidur jugak kot.. kehkehkeh...

Sebelum sampai ke Bentong dan Genting Sempah tu, aku dapat melihat dua kemalangan. Yang pertama tu, sebuah lori tangki yang remuk bahagian hadapannya. Mungkin lori tangki tu terbabas sebab badan lori tu dah berada di tepi ladang sawit. 

Tidak lama selepas tu, ada satu lagi kemalangan. Kali ni kemalangan maut yang membabitkan sebuah motor dengan kereta, kot.. Mulanya aku takut jugak nak tengok, siap cakap kat mak aku, mak jangan tengok la mak.. Tapi bila dah lalu kat sebelah tu, aku jeling-jeling jugak la. Ternampak la keadaan motor yang dah terpele'ot kat tepi jalan. Lepas tu mangsa yang maut tu sudahpun ditutup dengan plastik hitam untuk menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam land rover polis yang mengambil statement.. Ada enam orang polis kat situ termasuk seorang polis wanita. Tak pasti pulak mangsa tu bangsa apa. Jika beliau seorang Muslim, al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga arwah... Sampai sekarang aku masih lagi terbayang-bayang mayat yang terbujur kat tepi jalan tu... T__T

Sebelum sampai ke Nilai, ada dua lagi kemalangan. Aku nampak kereta yang kemek je. Mungkin terbabas sebab memandu laju ataupun tersondol bontot kereta di hadapan. Melihat keadaan begini, maka mulut aku dengan mak aku tak henti-henti cakap kat anak buah yang memandu tu.. Tak payah laju-laju bang, bukannya kita nak kejar apapun... 

Akhirnya, kami selamat tiba di rumah kakak aku dalam pukul 7.45 malam. Agak terlewat dari jadual gara-gara hujan yang berterusan, silih berganti. Tak kisah la lewat, asalkan selamat, kan...


Sempat merakam hujan yang turun.. :)

p/s: Sentiasalah memandu dengan berhemah. Pandu cermat, jiwa selamat.. Insyaallah....

Friday, November 25, 2011

Frankly Friday #1: Apa ada pada nama...

Assalamualaikum...


Frankly Friday #1: Apa ada pada nama...



 Nama kita mungkin sama.. Namun hati kita berbeza... :)


Saja je letak Frankly Friday tu... Maklum la, hari ni kan hari Jumaat... Be frankly with each others... :D



p/s: And, to be frank, aku baru je belasah meggi kari letup yang tak berapa nak meletup ni... hahaha.. Banyak sayur but I like... :)


Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)