Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, June 14, 2012

Mana lagi sakit..?

Assalamualaikum...

Mana lagi sakit..?


Sakit ditipu hidup-hidup...?

atau....

Sakit bila tahu tentang kebenaran...?


Kredit kat aku sendiri.. ahaha....


p/s: Mana satu yang harus dipilih...? Kedua-duanya tetap menyakitkan.. Kalau aku, aku pilih kebenaran... Tak sanggup aku ditipu hidup-hidup...

Wednesday, June 13, 2012

Dia buat balik... adehh...

Assalamualaikum...

Dia buat balik... adehh...

Dia pusing, bunyi kuat, pastu dia stop pusing dan senyap...
Okay, lega bila dia dah senyap.. 
Tak lama lepas tu dia buat balik... 

Dah kenapa hard disc laptop aku ni.. 
Banyak habuk atau dah nazak... 
Adehh... 
Tensen denn...

Ataupun mungkin dia penat sebab aku asyik repeat lagu Stay je kat WMP...
Sabar je la...




Buat masa ni, aku tak nak hantar ke kedai atau sebagainya.. Aku nak tunggu adik aku balik dulu.. Biar dia yang tengok apa masalah laptop aku kali ni.. Kalau dulu tu, dia kena set-up balik semula dan install apa yang perlu. Tapi semua gambar dengan video yang ada ikut hilang. Tak kisah sangat pasal tu.  Janji laptop masih boleh berfungsi dengan baik.. 





Alahaii, jangan la buat perangai... 
Aku takde bajet yang berkaitan dengan laptop ni.. 
Huhuhu....

p/s: Pasrah dan redah... Apa nak buat... Setiap kali hard disc ni berbunyi kuat, lebih kuat lagi debaran kat dada aku.. Bukan apa, takut laptop aku ni demam je.. Jangan laa... huhuhu...

Tuesday, June 12, 2012

Kuih UFO... Ko ada..??

Assalamualaikum...

Kuih UFO... Ko ada..??

Haaa.... Ni la namanya kuih UFO.. Akupun tak tau kenapa nama dia macam tu.. Mungkin sebab alien UFO je yang makan kuih ni kot... Ataupun, siapa yang makan kuih ni terus bertukar menjadi alien UFO tu.. hahahaha... Mengarut je kan... hehe...




Kuih UFO ni aku beli masa pergi Port Dickson hari tu.. Beli dua bungkus tapi sebungkus lagi dah lenyap ditelan mulut.. hehe... Sebenarnya dah hampir terlupa dah kat kuih ni.. Hari tu lepas balik dari Nilai, Jumaatnya pula ada sedara datang bertandang ke rumah sebab anak dia kawen dengan anak jiran aku.. So, agak sibuk jugak.. Tu yang main letak je kuih ni kat celah mana entah.. Kuih penderam atau telinga keling yang dibeli langsung tak nampak bayang dah.. Sebungkus lagi memang dah licin dikerjakan dek anak-anak buah aku.. Dorang suka makan kuih tu sampai tak tinggalkan sekepingpun kat aku... Ni yang rasa nak merajuk pergi kat gua Batu Belah Batu Bertangkup ni.. huhuhu...




Kuih UFO ni kalau dah masuk angin, memang tak sedap langsung.. Alamatnya masuk mulut tong sampah la.. Sebab tu, kena pastikan kuih ni tidak dibiarkan terdedah kepada udara.. Rasanya tak manis sangat.. Kalau tawarpun tak sedap jugak.. Selalunya kuih ni ada dalam tiga warna iaitu hijau, kuning dan merah jambu tu.. Warna lain tu aku belum pernah nampak lagi.. Kalau adapun, rasanya aku tak beli kot.. Pelik semacam je.. haha..

p/s: Siapa yang belum pernah makan kuih ni, boleh la cuba makan.. Jangan takut la.. Takdenya korang bertukar wajah menjadi alien UFO tu... adehh...

Monday, June 11, 2012

Biasa la tu... Apa nak dihairankan...

Assalamualaikum....

Biasa la tu... Apa nak dihairankan...




p/s: Kadang-kadang orang buat kat kita.. Kadang-kadang jugak, kita buat kat orang.. Barulah adil dan saksama.. Tak gitu...? Masa kita buat kat orang, memang sedap... ehehh.. Jadi, bila orang buat kat kita, jangan la sentap... :D

Sunday, June 10, 2012

Ada berani...???

Assalamualaikum...

Ada berani...??? 

Hahahaha....!!!
Apa-apa hal aku gelak dulu ya... adehhh....

Aku ni baru je tengok cenel 707 iaitu cenel TLC kat astro.. Ingatkan nak tengok la kot-kot ada tunjuk program masakan eksotik ke, apa ke, kan... Tup-tup keluar lak satu rancangan pasal tandas ni.. 

Ingatkan nak tukar cenel je la.. Ehh..., takpe la, tengok je dulu.. ehehh.. Tengok punya tengok, rupanya kisah tentang toilet yang dikenali sebagai pop up toilet... Pop up toilet ni fungsi di sudah tentulah untuk membuang air.. Tapi cuma untuk buang air kecil atau kencing sahaja ya.. Kalau nak berak, sila cari toilet lain ataupun sembunyi dalam semak... kehkehkeh....

Sayangnya aku tak sempat nak rakam apa yang aku tengok tu.. Nak bangun pergi ambil enpon, takut terlepas peluang nak tengok benda baru ni (bagi aku la...). Sudahnya, aku tengok je la sampai habis..

Menurut dari apa yang disampaikan, pop up toilet ni setakat ni ada kat London, Belfast dan Amsterdam.. Tempat lain tu tak tau la.. Ianya seperti lift, dikawal dengan button dan akan dimasukkan semula ke dalam (tanah..?) bila takde orang yang menggunakannya.. Dan apa yang istimewanya (????), pop up toilet di direka hanya untuk orang lelaki.. Ini adalah kerana orang lelaki memang jenis manusia yang suka memancut merata-rata... huahuahua... Bukan aku memandai-mandai cakap tau.. Tapi orang yang mereka benda ni yang cakap sebab diapun lelaki jugak.. hahaha...

Ada juga diajukan pertanyaan kepada pencipta pop up toilet ni iaitu kenapa cipta benda alah ni hanya untuk kegunaan orang lelaki je..? Kenapa tidak cipta atau buat untuk kaum wanita sekali..? Dan seperti yang dinyatakan di atas tadi, toilet ni direkacipta kerana untuk mengelakkan orang lelaki dari kencing merata-rata.. Dan agak susah nak reka untuk kaum wanita kerana memerlukan banyak ruang (mungkin..). Lagipun orang perempuan mana ada kencing berdiri, ya tak..? Ada ke..? Kalau ada, itu hantu la tu... hahaha...

Ada jugak komen dari seorang mamat ni.. Dia kata, orang perempuan boleh je kalau nak gunakan pop up toilet ni tapi kena kangkang lebar sikit la.. Siap dia buat aksi lagi tu... Sambil cakap tu, sambil dia gelak.. Aku rasa macam nak lempang je mamat tu... hohoho...

Okay la.. Kat sini aku sertakan dua buah video pasal pop up toilet ataupun ada yang panggil Urilift atau Pop Up Urinal.. Kalau rajin, sila la google.. Video pertama tu menunjukkan bagaimana toilet tu bergerak keluar dari dalam tanah.. Manakala video kedua pula menunjukkan bagaimana 'mereka' menggunakan kemudahan toilet pancutan ni.. Apa macam..? Ada berani...???



Buatnya tengah berdiri kat atas penutup tu, pastu tiba-tiba je penutup tu bergerak naik ke atas.. Mau terkujat sekejap, ya tak..? Hahaha...



Selamba je dia ni... Korang (lelaki..) berani ke nak buat macam ni..?

Kat Malaysia tak nak buat ke..? Kalau buat, agak-agaknya siapa yang selalu memancut kat situ ehh..? Lelaki Melayu kita atau lelaki asing..? Ataupun makhluk paling seksi..? 

p/s: Orang lelaki kat Malaysia ni kena stenbai helmet ataupun kain sarung kalau nak gunakan tandas macam ni.. Itupun kalau masih ada perasaan malu la.. Kalau dah tak tau malu tu, tak tau la apo den nak kato... ehehh...

Saturday, June 9, 2012

STAY...

Assalamualaikum...

STAY...

Bila mood tak stabil, mula la buat yang bukan-bukan.. Salah satu daripadanya adalah merapu.. Merapu sorang-sorang kat rumah sendiri takpe kot.. Janji jangan merapu kat rumah orang.. Tak pasal-pasal keluar muka kat suratkhabar... 


I've must have been blind...
Not to see you look away from me...
Whenever you say...

 "You love me still..."

I must have been crazy...
Not to feel you slip away from me...
Day after day...

 There's a space to fill...

And I can't find the words...

To make you fall in love with me again...
And I can't find the strength...

 To let you go...
Ohh... Ohh....

And when it's all said and done...

You'll be the only one... 
Even when is nothing left for us to say.
..

As sure as the sun will rise...
 I can never say goodbye...
Even when we gone a separate ways...
In my heart you'll always stay...


uuu... huuuu....

Been spending my time...
Trying to remind you of our love...
But you're pulling away...

 With every touch...

With all we've been though...
I'd never thought I'd be losing you...
And I would give everything...

 To keep you here... 

But I can't (but I can't...)

 Find the words (find the words...)
 To make you fall in love with me again...
And I can't (and I can't...)...

 Find the strength (find the strength...)
 To let you go...
 Ohh... ooh...

And when it's all said and done...

You'll be the only one... 
Even when is nothing left for us to say...

 Nothing left to say...

As sure as the sun will rise...

 I never say goodbye...
Even when we gone a separate ways...

In my heart you'll always stay... 

I, I, I still believe our love meant to be... Ooh... 
And it will be here forever...

 Come one man (come one man...)

Oooh... oooo.... ooo...
Can you see? I love you faithfully... 
And one day the very a part of a way you back to me...

 Ooohh...

And when it's all said and done...

You'll be the only one (the only one...)
Uuuu... uuuu....

Nothing left to say...
 
As sure as the sun will rise...

 I can never say goodbye...
Even when we gone a separate ways...
In my heart you'll always stay...

uuuuu.... uuuuu....


Pheewwiitttttt.....!!!


Lirik yang berwarna to tak sure ayat dia... Puas dengar banyak kali... Hantam saja la labuuuuuu.... Lagu je pun..., kannnn... ehehh...


p/s: Best pulak layan lagu Stay dari Tonya Mitchell ni... Kalau best, layan.. Kalau tak best, boleh jalan... Ada aku kisah...? Kehkehkeh....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)