Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 12, 2013

Lain yang dicari, lain yang dibeli.. hehh..

Assalamualaikum...

Lain yang dicari, lain yang dibeli.. hehh..


Walaupun aku ni agak kerap pergi rumah kakak kat Nilai tu, tapi aku amat jarang pergi ke Nilai 3 yang banyak tempat untuk merabakkan dompet tu.. Kalau setakat nak jalan-jalan tanpa arah tujuan, hanya sekadar window shopping je, jangan harap la aku nak pergi situ.. Buang masa je.. huhuhu.. Baik aku duduk rumah, golek-golek baca novel.. ehehh...


Hari tu, aku ajak kakak aku pergi Nilai 3.. Kakak aku just temankan aku je sebab dia sebenarnya nak beli barang dapur kat Giant tu.. Aku pulak sebenarnya nak cari sepasang kain je.. Ada la sebabnya kenapa aku nak cari kain tu.. kehkehkeh...


Cari punya cari, *walhal cari kat dua tiga buah kedai je, akupun buat kesimpulan bahawa jenis kain yang aku cari tu takde kat situ.. hehh.. Sebetulnya kaki dah lenguh dok jalan-jalan. Dah la cuaca panas terik... Hampir kering air kat badan den.. hehhh...


Akhirnya, sebelum balik, sangkut pulak kat kedai jual kain langsir.. Ikut kakak aku masuk dua tiga kedai langsir.. Sudahnya, dia tak beli apa-apapun. Aku pulak yang sangkut kat kain langsir ni.. kehkehkeh...


Ya, aku tau peten ni peten lama.. Tapi baru sekarang aku mampu nak beli. So, aku beli je la... hehh...


Sebenarnya aku memang dah lama berkenan kat corak kain langsir macam dalam gambar ni.. Masa mula-mula keluar jenis ni dulu, harga semeter amatlah mahal bagi aku yang sengkek ni. Kalau harga semeter sampai RM18-RM20++ tu, memang la aku tak mampu nak beli. Aku cuma mampu pandang je la, pastu telan air liur... huhuhu... 


Langsir yang paling mahal aku beli harga dia RM14 semeter.. Itupun aku beli masa aku masih lagi bekerja kat Johor dulu.. Aku beli takde la banyak manapun. Bak kata orang, berbaloi la beli sebab sampai sekarang langsir tu masih elok lagi, takde koyak-koyak.. Cuma warna tu je la pudar sikit... 


So, masa aku beli kain langsir yang ini, harga dia pada aku dah murah dah.. Kain diapun agak tebal.. Kata budak kat kedai tu, kain cotton dah turun harga dah.. Mujur kakak aku ada sekali masa beli langsir ni.. Diapun mintak turunkan sikit lagi harga langsir ni sebab aku beli banyak meter jugak la.. Dapat la kurang sikit. Jadi la.. 


Langsir kat rumah aku ni dah lebih dari 5 tahun tak berganti. Mungkin dalam 7 tahun kot.. Langsir yang aku beli ni hanya untuk ruang tamu depan je.. Kalau nak beli langsir untuk satu rumah, mau aku kena kerja sebulan kat kedai tu.. *pitam den... hehh..


p/s: Nasib baik mak aku tak bising.. Mungkin dia tau langsir kat rumah ni dah berkurun tak berganti.. Aku tukang beli je tapi guna duit mak aku la... Duit aku buat beli novel je.. hehh....

Monday, March 11, 2013

The making of Pavlova...

Assalamualaikum...

The making of Pavlova...


Aku cakap kat anak buah aku, kita buat pavlova nak tak..? Nampak resepi kat majalah ni macam senang je nak buat.. Pastu diapun cakap, boleh.. Bahan-bahanpun ada. Yang takde cuma buah kiwi dengan buah strawberry je. Lepas tu macam buntu la sikit sebab buah untuk hiasan takde.. Aku cakap kat dia, kita guna buah epal hijau tak boleh ke..? Kita hiris la nipis-nipis.. hehh.. Bukan apa, macam malas la pulak nak keluar pergi Giant Nilai tu semata-mata nak cari dua jenis buah ni..


Bincang punya bincang, akhirnya aku putuskan untuk pergi jugak ke Giant tu. Sambil tu ajak sekali mak aku dengan anak-anak adik yang baru sampai. Kiranya sessi jalan-jalan la ke Giant tu.. hehh.. Konon nak beli dua jenis buah sahaja tapi bila balik dok jinjing dengan beberapa beg plastik.. kehkehkeh..








Pavlova ni anak buah aku yang buat.. Aku cuma tengok dan tolong sikit-sikit je.. hehh...


p/s: Nak cuba buat ke..? Nak resepi..? Taknak..? Takpe kalau taknak.. hehh.. Siapa yang nak, boleh la cuba resepi tu kat blog dapo aku yang dah lama tak berasap... hehe..

Saturday, March 9, 2013

Bila popia jadi lempeng.. huhuhu..

Assalamualaikum...

Bila popia jadi lempeng.. huhuhu..


Beberapa hari lepas, aku cuba nak buat popia basah ni.. Kalau ikutkan, memang dah berzaman nak belajar buat kulit popia basah ni tapi manjang takde masa je.. MALAS sebenarnya... kehkehkeh... So, hari tu akupun cuba la buat dengan berbekalkan resepi popia daripada fb Anak-anak Negeri Sembilan.. Ikut betul-betul arahan dan bahan yang digunakan.. Aku buat dengan anak buah aku.. 


Mula-mula anak buah blend adunan tepung tu dan perap.. Lepas tu aku buat sos cili. Tunggu masak. Lepas tu, goreng pulak sayur untuk inti popia basah tu..




Lepas tu, akupun mula la nak buat kulit popia ni. Kalau bab popia basah ni, saat nak buat kulit tu la yang paling kritikal. Mula-mula gunakan kuali biasa, buat macam nak buat kuih gulung. Tak menjadi. Lepas tu aku tukar kuali, gunakan kuali leper pulak. Tak mau jugak kulit tu jadi.. Bak kata anak buah aku, dah macam lempeng dah.. adoyaii..


Lepas tu, aku cuba cari lagi resepi lain untuk kulit popia ni. Lebih kurang sama je bahan yang digunakan. Bezanya, resepi yang aku gunakan cuma letak putih telur je dan resepi yang aku cari tu gunakan keseluruhan telur - putih dan kuning. Maka, akupun masukkan pulak kuning telur kat dalam bancuhan kulit popia tadi..




Lepas tu, okay la sikit kulit popia tu kat dalam kuali.. Takde la nak melekat sampai rabak macam yang mula-mula tu.. Tapi kulit tu masih lagi tebal, tak nipis macam biasa. Lagipun bancuhan tepung tu cair, bukannya  boleh dicekut-cekut dan tepek kat kuali.. Mujurlah bancuhan tepung tu sikit je.. So, takde la jemu sangat bila asyik-asyik jadi lempeng je.. hahaha...


Lepas je habis bancuhan tepung tu, akupun mula la givap.. Boring siyot sebab manjang tak menjadi je kulit popia aku.. Sama macam buat kuih gulung.. Sokmo tak menjadi.. Manjang melorot je adunan tepung tu dalam kuali... Jenuh dok pusing-pusing kuali tu tapi dok pi dok mai dok tang tu jugak... gggrrr... Kena cuba buat lagi tapi untuk waktu terdekat ni, aku MALAS.. huahuahua...


Bila dah givap tu, apa lagi, layan mata laa.. Tapi takde la buat aksi macam meow kat bawah ni.. muahahaha... 


eeeiii... tak mayuuuuu.... tettt....!!!


p/s: Nak sambung baca novel Jangan Merajuk, Sayang.. Siapa merajuk, sila la pujuk diri tu sendiri ehh.. Aku  kalau bab-bab memujuk ni memang fail.. Kalau bab menghempuk tu, aku terer la... kehkehkeh...

Thursday, March 7, 2013

Buah kanser...

Assalamualaikum...

Buah kanser...


Aku masih lagi berada di rumah kakak kat Nilai. Aku datang sini sejak hari Sabtu lepas. Ahad minggu lepas ada kenduri kawen anak sepupu aku kat Taman Tunku Jaafar manakala Sabtu minggu ni pulak, sorang lagi anak sepupu yang lain akan berkawen kat Lavender Heights, Senawang. 


Untuk mengelakkan dari berulang-alik dari Pahang, maka mak akupun menetapkan untuk tinggal selama seminggu kat sini.. Kalau lepas kenduri Ahad lepas dah balik Pahang, jangan harap la nak turun Nilai ni semula.. Tak dayo doh nak isi minyak keto.. huhuhu..


Okay, kat atas ni mukadimah ya.. hehe.. Kat bawah ni pulak aku kongsikan gambar buah kanser yang ada kat rumah kakak aku ni.. Aku tak tau apa nama saitifik untuk buah ni. Dan akupun memang malas nak tanya kat atok gugel.. Sapo ghajin, silo la tanyo kek atok tu.. hehh...




Kakak aku cakap, benih pokok ni dia dapat dari rumah seorang kawan berbangsa Cina kat Nilai ni jugak. Cara nak gunakan buah ni pun aku tak tau macam mana.. haiisshhh... Siapa yang tau tu, silalah rajinkan jari untuk bagitau.. ehehh...




Dulu, masa mula-mula je terpandang kat buah ni, aku ingatkan buah limau sebab buah dia memang besar, macam buah limau barli.. Bezanya cuma kulit buah kanser ni licin dan berkilat.. Cantik sangat kalau tengok secara live.. Macam bola bowling pun ya jugak.. Ada kan bola bowling kaler hijau..? Mujurlah aku ni bukannya jenis main terkam je.. Kalau tidak, dah selamat dah buah ni aku kerjakan.., kehkehkeh...


Buah ni dikatakan boleh merawat luka akibat pembedahan kanser iaitu untuk luka luaran/kulit sahaja. Gunakan buah yang dah betul-betul masak, warna kekuningan, belah dan tampalkan pada luka tadi.. Samada info ni betul ataupun tidak, tidaklah aku ketahui.. Jadi, para doktor semua, tolong la jangan marah aku ya... huhuhu.. Mungkin kerana pokok ini dinamakan pokok kanser, maka secara automatiknya bila ada buah, maka buahnya dinamakan buah kanser... errrr.... 


p/s: Jangan mudah percaya akan sesuatu perkara yang kita sendiri tak berapa nak pasti akan kesahihannya.. So, kalau korang tak yakin dengan info mengenai buah kanser ni, janganlah percaya... Lagi selamat kalau korang cari sendiri jawapannya... heeeeeeee....

Boleh rujuk kat sini dan sini..

Tuesday, March 5, 2013

Doa kami untukmu...

Assalamualaikum...

Doa kami untukmu...


Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau lindungilah setiap langkah-langkah angkatan keselamatan kami. Ya Allah, Engkau lindungilah mereka daripada segala mara bahaya yang ada di langit dan di bumi. Ya Allah, Kau lindungilah kami, juga negara kami dari segala ancaman musuh. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...


Ya Allah, lindungilah semua anggota keselamatan serta penduduk yang terlibat dengan isu Sulu ini.. Berikanlah mereka kesabaran, kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi situasi genting itu.. Ya Allah, Kau perkenankanlah doa kami ini... Amin.. Amin.. Amin..


Selagi isu ini tidak selesai, selagi itulah hati tidak tenang.. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul tanggungjawab yang besar ini.. 


p/s: Berhentilah memberikan sebarang komen yang tidak berakal.. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat..

Saturday, March 2, 2013

Dah lama tak membakar... hehh...

Assalamualaikum...

Dah lama tak membakar... hehh...


Dah agak lama aku tak letak gambar makanan kat blog ni, kan..?
So, apa kata hari ni aku letak balik semula.. 
Hehh....


Sebenarnya aku agak kebosanan.. Nak baca novel, trauma baca novel budak-budak yang hari tu tak hilang lagi.. Jadi, akupun ambil keputusan untuk buat kek ni.. Lagipun memang dah agak lama aku tak buat kek ni.. Dah lebih dari dua bulan rasanya aku tak mem-baking.. Malas ya amat.. Korang jangan ikut perangai malas aku ni tau.. hehh..




Aku buat dua jenis kek iaitu satu kek butter tapi sengaja aku letak pewarna hijau dan satu lagi kek lemon. Kek lemon tu bukannya letak perahan lemonpun. Mana nak cekau buah lemon tu malam-malam buta camni.. Aku main tibai je guna emulco lemon.. 




Kedua-dua kek ni menggunakan resepi yang sama. Bezanya, satu letak pewarna dan esen vanila dan satu lagi letak emulco lemon.. Sonang gilo punyo kojo.. hahaha.. Kalau tengok dari rupa, macam menjadi je, kiranya macam pass la jugak.. Tapi tang rasa tu aku tak berani nak cakap la.. huhuhu...




Dulu pernah gak buat kek ni.. Rupa masa mula-mula tu nampak cantik je.. Lepas tu bila makan, bantat sudaaaa... kehkehkeh... Entah apa yang tak kena, tak tau la.. Padahal resepi dok sama je macam biasa.. Mungkin terkurang ataupun terlebih putar agaknya.. Nasib baik la habis jugak dorang makan.. hehehe..


p/s: Tak potong lagi kek ni... Tak tau samada bantat ataupun tidak.. Harap-harap okay la.. Kalau bantat lagi, harus la aku makan perli lagi.. ehehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)