Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 18, 2013

Buek apo tu..??

Assalamualaikum...

Buek apo tu..??


Bukan sonang nak tengok 'dio' lolap..
Pandai pulak tu caghi tompek strategik..




Tongah dok sibuk ambik gambar ehh, tojago lak dehh..
Tokojut gak ehh donga bunyi kamera enpon cap ayam ni..
Toghuih dio bongka molompek ke bawah..


Tengok dio molompek, sey pun ikut samo molompek..
Wa ang takajuik...
Padan muka wa ang, kacau laie dio tido...



Woooo...!! Sabar..!! Sabar..!! Jangan la marah.. Senyum la sikit.. Ahh, cun nya dia...!!


p/s: Ni la namo ehh takdo kojo, caghi kojo.. hehe... Ado kojo buek tak ghoti yoo.. huhuhu...

Lagi-lagi dia.. ehehh...

Assalamualaikum...

Lagi-lagi dia.. ehehh...


Okay, tengok gambar aje la ya..
Hewhewhew...








Oh ya, yang bawah ni bubur nasi mak aku. Ada santan.. Sedapppppp dan lemak berkrimmmm... heeee... Aku tak pandai buat bubur macam ni.. Buat tu boleh je tapi rasanya entah apa-apa. Tak sama dengan mak buat.. 


Telinga periuk dah sumbing.. Sian periuk tu, kan.. lol..


p/s: Lagi orang kata macam-macam tentang uploader gambar makanan kat laman sosial, lagi laju aku tempek gambar.. Peduli apa aku orang nak kata apapun.. Yang penting makanan tu aku buat sendiri.. Yang mengata tu pandai ke masak.. ahakkk.. *senyum je...

Kali Pertama...

Assalamualaikum...

Kali Pertama...


Kali Pertama ni merupakan gabungan cerpen yang dihasilkan oleh beberapa orang blogger. Aku sebenarnya tak tau sangat aktiviti para blogger lain ni sebab aku memang jarang blogwalking.. Tapi hari tu aku ternampak kawan blogger aku iaitu Sha upload gambar buku Kali Pertama ni dan akupun tanya la dia samada buku tu novel yang dia hasilkan. Menurut Sha lagi, cuma ada satu cerpen je yang dia punya yang dimasukkan dalam buku ni..




Maka, akupun cakap la kat Sha yang aku nak beli buku ni dengan dia sebab aku memang tak tau mana nak cekau buku ni. Sebagai kawan blogger, akupun nak jugak bagi sokongan kat Sha sebab aku tau dia memang ada bakat dalam menulis. Boleh cuba baca entry dia kat blog dia ni..




Akhirnya, buku tu sampai kat tangan aku. Terus-terang aku cakap, aku cuma baca cerpen yang Sha tulis je. Cerpen lain tu aku tak bacapun sebab aku tak kenal dorang tu.. Mungkin akan dibaca di lain kali.. 




Sha punya cerpen bertajuk Bunga Tiga Kelopak. Aku sendiri tak faham kenapa dinamakan dengan nama sebegitu. Kisah berkisar tentang kehidupan seorang budak perempuan iaitu Nina yang sedari kecil lagi sudah didedahkan kepada bola sepak oleh ayahnya.


Aku suka dengan cara penceritaan yang ada dalam Bunga Tiga Kelopak ni.. Sedikit sedih bila Nina kehilangan ibu dia.. Lucu bila baca kisah Nina belajar mengeja.. Gelak aku baca bila Nina menyebut perkataan yang tidak sepatutnya.. Ayah Nina kata kalau Nina sebut perkataan tu depan ibu dia, nanti mesti kena cubit.. Dah namanya Nina tu masih kanak-kanak, mesti la dia nak tau apa benda la perkataan kat stadium yang dia dengar tu..


p/s: Aku rasa cukup la kot sampai sini je mengenai buku Pertama Kali ni. Tak reti aku nak cerita lebih-lebih.. Kalau nak tau lebih mendalam, silalah beli sendiri dan baca sendiri jugak.. heeeeeee...

Monday, June 17, 2013

Pokok celaka..??

Assalamualaikum...

Pokok celaka..??


Sejak masuk grup tanam-tanaman ni, banyak jenis nama pokok yang aku tau. Contohnya nama Melayu pokok bunga kat bawah ni. Kalau member kat grup tu tak berkongsi benda macam ni, sampai sudah aku tak tau. 


Diam tak diam, dah setahun aku kat grup tu.. Terima kasih pada kawan-kawan siber kat grup tu.. Suka aku lepak situ sebab dorang ramah dan tak sombong serta rajin berkongsi ilmu.. Takde la macam sesetengah grup tu yang main pilih bulu.. huhuhu..


[sumber]


Nama saintifik untuk pokok celaka ni ialah plumbago zeylanica.  Zeyla tu dah macam nama orang dah.. hehh.. Sayang, bunganya cantik tapi nama Melayu dia tu aduhaiiii... 






p/s: Marilah kita bercucuk tanam demi kesihatan sejagat.. Segarkan mata dengan melihat keindahan ciptaan Allah... :)

Sunday, June 16, 2013

Batu api, batu lesung..

Assalamualaikum...

Batu api, batu lesung..


Daripada kita jadi batu api, baiklah kita jadi batu lesung.. Sekurang-kurangnya batu lesung tu boleh tumbuk untuk buat sambal belacan.. Tak pun boleh baling kat mata orang yang suka skodeng di tengah malam.. Biar lebam mata dia.. ahahaa...




Batu api boleh buat apa..?? Sendiri mau ingat maaa... hehh..


p/s: Maaf, aku tak berapa suka makan sambal belacan atau yang ada belacan di dalamnya.. Bukan sebab resdung ke, apa ke, aku takde resdung ni, alhamdulillah.. Cuma aku tak suka bau belacan tu.. Pengit hidung nak bau.. huhu...

Air besar buat mandi bunga..

Assalamualaikum...

Air besar buat mandi bunga..


Ingat lagi entri yang ini..? Kalau tak ingat, takpe la.. Tak penting manapun nak ingat.. Cuma nak bagitau la yang projek kat depan rumah aku tu dah siap dan dorang teruskan projek kat kawasan lain pulak. Cepat betul dorang buat kerja.. Macam tu la bagus..


So, pagi semalam sampai petang, air takde. Kena faham la kenapa air tu tak keluar. Dalam pukul enam petang tu, barulah air datang.. Maka akupun ambil kesempatan untuk mandikan pokok-pokok bunga aku yang kehausan. Nak testing air besarpun ya jugak.. hehe..



Memang terasa ada penambahan pada kelajuan air tu. Selalunya kepala paip kat meter tu kena buka besar sikit, baru air tu laju. Kali ni buka sikit je air dah laju dah. Apa lagi, seronok la main air.. Takde dah nak ingat pasal bil akan datang.. hehh...




Kesan dari pengorekan tanah tu je yang rasa tak selesa sikit. Kalau ada kereta lalu dengan laju, maka debu merah ikut terbang laju jugak la.. Dah lama tak hujan.. Harap-harap sehari dua ni turun la hujan tu. Boleh cuci jalan yang dah mula merah tu..




p/s: Masa kecil dulu, sambil siram pokok, sambil pancut air kat badan. Pokok basah, badanpun basah sama.. Seronok main siram-siram. Sekarang ni berani ke nak buat macam tu..? Jangan cari pasal... hehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)