Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 24, 2013

Dah mula dah ke..?

Assalamualaikum...

Dah mula dah ke..?


Korang dah mula buat kuih raya dah ke..?
Aku satu apapun tak buat lagi..
Bukan tak buat lagi tapi bahanpun takde..
Paling tidakpun cuma ada sekotak besar cornflakes yang aku beli bulan lepas..
Cadangnya nak cuba buat scones..
Dari tiga empat bulan lepas lagi teringin nak belajar buat scones ni..
Tapi tak tau la jadi buat ke tidak..


Ehh, japp....
Scones tu boleh dikira biskut raya ke..??
Hontam je la labuuu.... 
Muahahahaha.....


Kat fb ramai yang dah mula tayang gambar biskut raya dorang..
Huwaaa.... Sangat la jeles... 


p/s: Plan nak buat biskut macam tahun lepas je.. Malas pulak nak cuba resepi lain.. Ini baru plan je ni.. Harap-harap apa yang di-plan-kan tu jadi kenyataan la.. kehkehkeh...

Tuesday, July 23, 2013

Juara carta 2013..

Assalamualaikum...

Juara carta 2013..


Nampak gayanya entry berkaitan dengan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 masih lagi menjadi juara carta.. Sementara bulan puasa ni je jadi juara.. Lepas ni takde dah kot... Tunggu puasa tahun depan la pulak, kan.. hehehe..



Apapun, terima kasih pada yang sudi menyinggah kat blog ni.. Tak komenpun takpe, janji datang sini.. hikk.. Cantik kan nombor pageviews kat bawah ni.. Tapi ni entah berapa hari yang lepas.. hehh..



p/s: Terima kasih daun keladi.. Lain kali datanglah lagi... Terima kasih daun palas.. Budi yang baik tak mampu ku balas.. :)

Monday, July 22, 2013

Menu ringkas berbuka puasa hari ke-13...

Assalamualaikum...

Menu ringkas berbuka puasa hari ke-13...


Semua dah berbuka puasa dah, kan..? Kiranya dah boleh la tayang gambar makanan.. ya tak..? Lagipun dah malam dah ni.. Masing-masing dah kekenyangan dah tu... hehehe..


Menu aku ringkas seringkas-ringkasnya.. Aku cuma buat kerabu kobis dan goreng telur dadar je.. Lepas tu, mak aku goreng sotong campur bendi tapi gambar tu aku tak upload la ya.. Dah tak sempat nak ambil gambar sebab kitorang masak selalunya lambat.. Masak yang mudah-mudah je, sejam setengah dah siap dah... Lain la masak yang renyah, berjam-jam duduk dapur sampai naik berlengas ketiak.. haha..


Bawang besar tu sebenarnya aku guna dua biji tapi sebiji lagi tak sempat nak melompat masuk dalam dulang tu.. muahahaha... Bawang besar tu dihiris membulat..


Sebiji kobis sederhana besar, lada hitam dikisar kasar dan mayonis.. Ikut suka la nak guna banyak mana semua ni.. Tapi tang kobis tu, pastikan koyak sehelai demi sehelai sebab takut ada cacing terselit di celah pelepah.. Jangan dok main hiris camtu je.. Kang terhiris pulak cacing... huhuhu...


Goreng bawang merah, bawang putih dan cili api.. Tujuan menggoreng semua ni untuk mengelakkan terkena sakit perut...


Lepas goreng, ditumbuk dan dicampurkan sekali dengan ikan bilis.. 


Lepas tu, masukkan garam dan gaulkan semua bahan.. Perahkan limau nipis dalam lesung tadi sebab masih ada lebihan sisa bahan tumbuk dalam lesung tu, kan.. Kacau-kacau air limau nipis tu dan tuang atau ceduk masukkan ke dalam bekas berisi semua bahan tadi..


Dan ini adalah telur dadar sempoiiiiii........ hehhh...


p/s: Berbukalah mengikut keperluan, bukan mengikut kemahuan.. Kalau ikut kemahuan, semua nak dibeli atau dimakan.. Sudahnya, tong sampah jugak yang kenyang... 

Lebih sudu dari kuah...

Assalamualaikum...

Lebih sudu dari kuah...


Anak tupai makan buah..
Lebih sudu dari kuah..


Contoh:

PA lebih over dari boss..
Bibik lebih eksen dari tuan rumah..
Peminat lebih over dari yang diminat..


Apa pendapat anda tentang sikap lebih sudu dari kuah ni..? Perlu ada ataupun tak perlu..? Ataupun diadakan mengikut keadaan..? Ataupun mereka memang sudah diberi arahan untuk bersikap sebegitu atas tujuan tertentu yang hanya mereka sahaja yang tahu.. Contohnya untuk cover line ataupun melindungi ataupun meninggi diri bagi pihak yang satu itu.. 


p/s: Kita jugak mungkin pernah bersikap lebih sudu dari kuah ni tanpa kita sedari.. Betul tak..?

Sunday, July 21, 2013

Cara potong langsir paling mudah... haha..

Assalamualaikum...

Cara potong langsir paling mudah... haha..


Secara jujurnya, aku dah bertahun tak potong langsir ni. Kali terakhir aku potong dan buat langsir untuk rumah aku ni adalah 7 atau 8 tahun yang lalu.. Lama, kan.. haha... Raya ke, tak raya ke, langsir itu la yang aku belasah pakai hari-hari.. Sampai sekarang langsir tu masih elok lagi dan takde koyakpun.. Warnapun takde la pudar sangat..


Cuma untuk tahun ni teringin pulak nak ganti langsir baru yang beli kat Nilai 3 hari tu.. Jenis kain ni dah lama dah.. Peduli la haihh, janji berganti.. Itupun kalau sempat siap la.. hehehe.. Mudah-mudahan sempat la siap, kan..


Tandakan kiri dan kanan je.. Lepas tu kena la lurutkan kain langsir tu biar rata.. Jangan terus terjah je potong.. Nanti kat bahagian tengah tu tak sekata pulak..


Aku cuma buat langsir untuk bahagian yang ada kat ruang tamu depan je.. Kat bahagian tu ada tiga bilik bermakna ada tiga pintu, ada dua tingkap tiga panel dan satu sliding door tiga penel. Maknanya aku kena potong sepuluh keping langsir. Kain langsir aku ni bidang dia enampuluh inci.. 


Untuk tingkap tu, walaupun ada tiga panel tapi aku cuma gunakan dua keping kain je.. Tak nak la buat sampai tiga keping sebab nanti ruang tamu jadi gelap akibat kedutan yang terlampau banyak.. Dulu dah pernah buat macam tu.. Jadi rimas pulak sebab gelap semacam je..


Labuh langsir pintu aku ni 83 inci tapi aku potong menjadi 88 inci sebab aku lebihkan untuk basi lipatan atas dan bawah langsir tu nanti. Cara nak potong langsir ikut gaya aku senang je. Aku lipat dua je kain langsir tu, lepas tu ukuran tu aku bahagikan dua.. Maknanya 88 inci tu dibahagi dua dan jadilah dia 44 inci. So, aku just tandakan pada 44 inci tu je la.. Takde la nak kena rentangkan kain langsir tu sepanjang rumah.. Manakala labuh untuk langsir tingkap pulak ialah 73 inci dan aku jadikan 78 inci beserta basi lipatan.. Cara potong sama je.. 


Lagi satu, pembaris dia punya limit panjang cuma satu meter ataupun 39 inci je. Kalau nak tanda guna tali tape, memang la payah.. Nak kena merangkak la jawabnya sebab potong langsir atas lantai. So, aku gunakan batang putih tu dan aku tandakan bahagian mana yang aku perlukan dengan marker pen. Tak payah la nak potong lebihan batang putih tu.. Manatau nanti nak kena potong langsir yang lebih panjang labuhnya, dah tak payah nak cari pembaris yang lain pulak..


Batang putih tu adalah benda yang digunakan untuk sumbat wire letrik kat rumah kita tu la.. Nama dia aku tak tau tapi bila tanya atok gugel, dia kata nama benda alah tu ialah PVC Cable Wiring.. Jadi, kalau ada lebih benda alah ni, jangan pulak dibuang sesuka hati.. Ada kegunaannya selain daripada kegunaan asal..




p/s: Itulah ceritanya.. hehehe...

UPDATE..

Alhamdulillah.. Siap dah potong langsir.. Ngam-ngam je dapat untuk ruang tamu depan..



Dah susut sikit...

Assalamualaikum...

Dah susut sikit... 


Alhamdulillah.. Jahitan aku dah susut sikit dah.. Rasa lega sikit.. Ringan sikit bebanan kat bahu ni.. Namun masih ada lagi beberapa pasang baju yang belum dipotong. Harap-harap dipermudahkan segala kerja menjahit aku ni.. Amin...


Lepas ni nak rehat dari merempit jap.. Rasa sakit sangat dah belakang badan aku ni.. Kena masuk frasa menyembat la pulak.. Aku dah bayangkan hujung jari aku nanti pastinya berlubang-lubang bila menyembat ni.. Sampai ke satu tahap, memang tak boleh nak menyembat, kena break dan buat kerja lain dulu.. 


Nak pakai besi yang letak kat hujung jari tu, rasa tak selesa la pulak.. Dah pernah buat dah, tak mau bergerak jarum kat tangan aku.. Keras kejung semacam je.. hahaha.. Sudahnya, redha je la menahan sakit dan pedih hujung jari ditusuk jarum.. 




Tak banyak manapun sebenarnya jahitan aku ni.. Macam yang selalu aku bagitau, aku ambil tempahan ikut kemampuan samada kemampuan dari segi tenaga, masa dan kepakaran memotong. Aku tak nak la kata aku boleh potong semua jenis pakaian/kain sedangkan hakikatnya aku sendiri kurang yakin.. Takmo la nanti bila kurang yakin tu bertukar menjadi kelam-kabut dan hasilnya nanti pasti tidak memuaskan..


Span bahu.. Mujur bukan semua nak bahu ber-span ni.. Kalau tak, jenuh la aku nak menampal span ni.. Span ni belum jahit tepi lagi..


Kadang-kadang ada kastemer yang tak boleh terima hakikat yang aku ni lebih kepada menjahit baju kurung je.. Pada mereka, kalau dah namanya tukang jahit, pasti boleh jahit semua jenis baju.. Boleh tu memang la boleh.. Cuma takut nanti tak selesa dipakai dibadan je.. Kang kecoh pulak sekampung.. hehh.. Selalunya kalau baju berfesyen ni aku jahit untuk ahli keluarga aku je..


p/s: Dah nak masuk dua minggu puasa dah ni, badan tak jugak susut-susut padahal makan dah kurang dah.. Rasanya la.. hehehe.. Korang macam mana, dah susut ke berat badan tu.. Mehh la share.. Tak kan malu kot.. kehkehkeh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)