Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, August 7, 2013

Sempat lagi tuuuuuu... haha...

Assalamualaikum...

Sempat lagi tuuuuuu... haha...


Sempat lagi tu jahit renda kat alas meja lama ni.. Alas meja lama, rendapun peten lama jugak. Dua tiga tahun akan datang jika panjang umur, tukar renda lain pulak.. haha.. 




Orang yang banyak duit takpe, dorang boleh je beli kat Ikea.. Yang kurang berduit macam aku ni kena la banyak fikirkan Idea.. Kalau semua nak beli baru, memang la tak mampu..


Apa ada hal kain merah, renda oren.. Belasah aje la.. muahahaha...


Mak aku selalu kata, kalau duit ada sepuluh ringgit, belanjalah takat lima ringgit je.. Jangan pulak duit tu sepuluh ringgit tapi kita belanja sampai dua puluh ringgit.. Memang bengkok la tulang menanggung beban hutang..


p/s: Walaupun aku ni degil tahap gaban tapi aku ikut dan dengar apa yang mak aku kata.. :D

Salam lebaran 2013..

Assalamualaikum...

Salam lebaran 2013..


Lagi beberapa hari je dah nak raya dah.. Rasanya biarlah blog ni ikut bercuti jugak dari membuat entry sempena cuti raya ni.. ehehh... Sebelum tu, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri 2013 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi kepada semua umat Islam, juga kepada semua pembaca blog saya ini..


Bunga cempaka harum baunya..
Lebat merimbun di sudut laman..
Ampun dan maaf yang saya pinta..
Salah dan silap, harap maafkan..


Gambar kitar semula.. Teramat malas nak buat kerja mengedit ni..


p/s: Semoga Allah melindungi dan merahmati perjalanan kita dan seterusnya selamat sampai ke destinasi yang dituju... Amin..


**Entry ini asalnya bertarikh 5/8/2013 tapi di-up-kan semula.. hehh..

Tuesday, August 6, 2013

Biskut badam rangup: Second round..

Assalamualaikum...

Biskut badam rangup: Second round..


Hari tu aku dah buat dah biskut badam ni. Masa tu buat sorang-sorang je. Malam tadi, aku buat lagi untuk kali yang kedua. Kali ni anak buah aku tolong sapukan kuning telur dengan tabur badam atas biskut tu. Budak ni kalau tak disuruh, memang buat tak endah je. So, aku suruh dia tolong. Alhamdulillah, nampaknya dia seronok buat kerja ni..


Kita kena la tunjuk macam mana nak buat kat dia. Jangan main suruh je, nanti budak tu terpinga-pinga tak tau nak mula dari mana.. Macam anak buah aku ni, kalau tak disuruh sapu kuning telur tu, sampai sudah dia tak sapu sebab dia nak tunggu dulang tu penuh dulu.. Then aku cakap kat dia, sapu je mana yang dah siap tu, nanti takde la banyak masa terbuang menunggu aku terap biskut tu..


Dengan budak-budak yang meningkat remaja ni, kita kena la pandai bermain dengan psikologi.. huhuhu... Nak jadi leader, kena tunjukkan jalan dan cara, bukan sekadar bagi idea sahaja.. Tak gitu.. hehh..





Budak kecik kat bawah ni suka biskut badam ni. Dia dok sebut nak kukis nak kukis sebab dia nampak biskut ni yang aku simpan kat dalam oven. Ada balance sikit hari tu dia dah makan. Agaknya rasa biskut ni kena dengan selera dia. Tu yang aku buat lagi tu sebab yang hari tu dapat sikit je. 








p/s: Teringin nak buat scone tapi sampai sekarang ni tak buat-buat lagi.. Bahan semua dah ada dah.. hehh..

Sunday, August 4, 2013

Auta atau fakta..

Assalamualaikum...

Auta atau fakta..


A great leaders don't tell you what to do.. They show you how its done... 




Leader ayam kat dalam gambar atas ni, jika terkucil dari titi tu, dia tak akan biarkan dirinya terus jatuh ke dalam air tu. Dia akan berusaha untuk terbang sebelum bulunya mencecah air. Seboleh mungkin dia akan jaga air muka dia di depan anak-anak buahnya.. Kalau nak diikutkan, ayam tu boleh je terbang terus.. Tak payah nak meniti titian tu.. Namun disebabkan nak tunjuk kat anak buah cara berjalan atas titi, maka diapun berjalan la atas titian ni..


How's your leader...? Boleh buat kerja tak..? Ke, cuma tahu bercakap je.. Jangan dapat ketua yang rasa dia je yang betul dah la.. Siksa kalau dapat ketua macam ni sebab jenis begini memang susah nak terima buah fikiran orang lain..


p/s: Rindu pulak dengan line leader aku dulu.. Dia memang serba tahu buat kerja.. Daripada input, sampai la output sekaligus dengan packing sekali.. Baik pulak tu.. So humble.. Dia leader, aku repairer.. Kami memang satu team yang saling melengkapi..

Saturday, August 3, 2013

Video anak itik menyusu dengan ibu kucing..

Assalamualaikum..

Video anak itik menyusu dengan ibu kucing..


Haaa... Macam tak percaya je.. Tapi percayalah.. Tengok dulu video kat bawah ni.. Pastu perhatikan anak itik tu hisap susu dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan comel itu.. Takde pulak dorang berebut-rebutkan nenen tu.. Kalau anak-anak kucing aku, jangankan dengan itik, sesama dia pun dah mula bercakar-cakar, tolak menolak.. haha..



[sumber]


Ehh, macam rupa si Momok pulak ibu kucing ni.. Tapi Momok tu jantan.. hehe.. 


Comot giler si Momok ni.. huhuhu...


p/s: Dah habis dah ke buat biskut raya...? Aku tak habis lagi.. Rasa macam nak buat lagi tapi tengok keadaan jugak la.. 

Fizz Fairuz dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Fizz Fairuz dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Dah lama tak tengok rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 ni.. Lagi dekat nak raya, lagi terlupa nak tengok tv.. haha.. Apa-apapun, layankan aje la si Fizz Fairuz ni memasak..




Ohh ya, video ketuk-ketuk ramadhan 2013 ni tak boleh dah nak tengok kat blog aku.. Kalau korang perasan, kat atas video tu dia tulis suruh tengok video tu kat web yang dinyatakan. Benda tu bukan aku yang tulis atau buat tau.. Tu automatik keluar.. Mungkin pihak sana tu dah ubah code dia.. Suka hati dia la kan nak ubah apapun.. Dia yang punya siaran.. Kita ni 'tumpang' promot je.. hehh...


Cuma, sedikit ralat la sebab pada awalnya video tu dah disediakan code dan katanya boleh tempek kat mana-mana.. Namun akhirnya, kena tengok kat website dia la pulak.. Dah la website tu punya la lambat nak loading.. So, hmmmmmmmmmmmmm je laa..


Jadi, aku minta maaf la ya kalau ada yang tak dapat nak tengok video ketuk-ketuk ramadhan 2013 tu kat sini. Semua entry aku yang berkaitan, yang ada video berkaitan jugak, tak boleh nak tengok secara terus kat blog aku ni.. Kena klik link yang automatik keluar kat atas video tu.. Maaf di atas segala kesulitan.. 


Get Embedding Code for your website or blog tapi bila letak kat blog, tak boleh pulak nak tengok.. Padayappa sungguh.. hehh..


ps: Ini merupakan entry terakhir aku berkaitan dengan ketuk-ketuk ramadhan 2013 ni.. Apapun tak boleh.. :p

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)