Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 27, 2013

Cara nak check nombor handphone sendiri...

Assalamualaikum...

Cara nak check nombor handphone sendiri...


Pernah tak secara tiba² je kita macam tak ingat kat nombor enpon kita sendiri..? Kadang² masa nak isi borang tertentu yang perlukan nombor enpon disertakan sekali, dan masa tu la kita jadi 'lost'.. Terkebil² dok fikir.. haha.. Ye la kan, kita ni mana ada nak dail nombor sendiri.. Selalu dail nombor orang je.. Tu yang selalu terlupa tu.. 


Jangan gabra okay.. Ada cara nak bagi kita ingat nombor enpon kita tu.. Caranya mudah je.. Kita cuma perlu tekan butang star (*) pastu tekan nombor 139, diikuti dengan butang hash (#) dan terus tekan butang Send..  Nanti nombor tu akan keluar kat skrin enpon kita..


Tekan butang *139# dan terus Send.. Your Phone number is: 601________.


p/s: Senang je, kan.. Dah, jangan nak nangis² lagi dah.. hehehe..

*Aku pakai Maxis.. 

Thursday, September 26, 2013

Banyak ni je dah seratus lima puluh..

Assalamualaikum...

Banyak ni je dah seratus lima puluh..


Pagi tadi aku ke bandar atas urusan biasa.. Lepas tu beli la serba sedikit barang berkaitan dengan jahitan.. Takde la banyak manapun barang yang aku beli.. Satu beg plastik je... 


Mula-mula aku suruh tokey tu kira barang yang betul-betul aku perlukan macam benang, zip dan getah seluar.. Lepas tu barulah aku suruh dia kira harga semua manik dan ram tu.. Bukan apa, aku takut duit aku tak cukup je.. huhuhu.. 


Bila dah campurkan semua harga, jumlah semua sekali adalah seratus lima puluh ringgit.. Mujurlah duit mencukupi.. Ngam-ngam ho maaa.... Nak beli air mineralpun tak lepas... adehh... Mujur la jugak ada bawak air masak dari rumah.. ehehh..


Mak aku cakap, ram tu bosa kuman.. hehe...


Inipun dah banyak dia kasi diskaun dah ni sebab aku regular kastemer dia.. Lagipun selalunya aku beli barang asas je tapi kali ni aku beli banyak manik..




Aku cakap kat tokey tu yang aku tak nak benang dua ketul ni sebab tak cukup nak masukkan dalam satu kotak.. Dalam satu kotak, ada sepuluh ketul benang. Kalau satu kotak, senang nak kira harga pukal.. 


Pastu lepas tokey tu kira semua, diapun cakap la kat aku, "amek la yang ni sekali..".. Terkejut la jugak aku.. Lepas tu akupun cakap la kat dia, "ehhh, terima kasih laaa banyak-banyak.. Ni kalau orang Melayu, dia cakap alhamdulillah, murah rezeki awak...".. Pastu diapun cakap, "tau tau tau...".. hehe..


p/s: Alhamdulillah.. Ni kira rezeki jugak ni walaupun cuma dapat dua ketul benang percuma.. Bukannya aku ada mintakpun.. :)

Masa untuk mengumpul saham...

Assalamualaikum...

Masa untuk mengumpul saham...


Kata orang: Perkara yang baik, eloklah dipanjang-panjangkan kerana berbuat baik itu sangatlah dituntut.. Molek la kiranya diberitahu kepada orang lain.. Dan anda pasti menjadi orang yang hebat jika anda mampu berbuat baik sesama makhluk Allah.. 


Oleh itu, marilah kita sama-sama menderma walaupun sedikit kerana yang sedikit itu jika dikumpul, pasti akan menjadi bukit.. Jangan pulak kumpul sikit tapi gali banyak.. Memang tak menjadi la bukit tu nanti.. Dia akan jadi lubang terus.. huhuhu...


Boleh menderma kat akaun Maybank ni. Nombor akaun ialah 5621 0663 1155 atas nama Persatuan Hospital Tanpa Sempadan Kuala Lumpur..

Sila kilk pada gambar untuk paparan lebih jelas..


Kata nabi: Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Setiap orang wajib melakukan sedekah saban hari selagi matahari terbit. Antara lain, mendamaikan antara dua orang yang bersengketa, itupun sedekah. Dan bila orang membantu menaikkan seseorang ke atas kenderaannya, itupun sedekah. Atau dia angkut barangnya ke atas belakang kenderaan, itupun sedekah. Dan menyingkirkan duri dari jalan, itupun sedekah. Dan berkata baik-baik, itupun sedekah. Bahkan setiap langkah ketika ia berjalan untuk melakukan solat, itupun sedekah." (Riwayat dari Ahmad)




p/s: Apa tunggu lagi, cepat-cepat la menyumbang.. Gajipun dah masuk dah, kan... Jangan fikir panjang-panjang.. Lagi panjang masa berfikir, lagi mudah setan 'cucuk jarum'.. Setan memang tak suka kita buat baik.. Sudahnya, terus tak jadi nak menyumbang... ehehh...

Wednesday, September 25, 2013

Musibah...

Assalamualaikum...

Musibah...


Musibah datang tanpa diduga..


Kereta anak buah yang lelaki tu kena pecah cermin depan masa dia pergi Kuantan hari tu.. Lepas tu kereta anak buah yang perempuan tu kena curi dua buah tayar depan masa dia tinggalkan kat parking komuter di Nilai.. Lepas tu pulak, rumah kakak dimasuki pencuri masa dia pergi Langkawi.. Habis barang kemas dengan tabung kena angkut..


Moga semua penjahat ni mendapat pembalasan.. Sekali kau menyusahkan hidup orang, botingkek-tingkek kesusahan yang akan datang kat kau.. 


p/s: Hidup kalau tak boleh nak menyenangkan, jangan la pulak menyusahkan..

Amuk: Aku Mahu Pulang..

Assalamualaikum...

Amuk: Aku Mahu Pulang..

Tiba-tiba sebak pulak dengar... 

Gelap malam, pasti terang..
Sang mentari, pasti datang..
Kesesatan, perjalanan..
Rahmat Tuhan, menentukan..

Berikanku masa..
Mencuci dosa..
Akukan pulang, menebus usia..
Di musim berlalu..
Sepi memburu..
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu..

Dengan khayalan sebuah kehidupan..
Jarum suntikan menjadi pegangan..
Menjadi buruan..

O ho yeahh.. Oo...

Terimalah kembali wajah ini..
Jangan terus membenci sampai mati..
Sedang hari berganti, kau mengerti..
Sedang masa berganda, kau merasa..

Aku manusia, pelaku cerita..
Di pementasan alam ciptaannya..
Bukan sengaja melanggar arahan..
Kadang terlupa watak dan peranan..
Aku... manusia....

Gelap malam, pasti terang..
Sang mentari, pasti datang..
Kesesatan, perjalanan..
Rahmat Tuhan, menentukan...

Terimalah kembali wajah ini..
Jangan terus membenci sampai mati..
Sedang hari berganti, kau mengerti..
Sedang masa berganda, kau merasa..

Aku manusia, pelaku cerita..
Di pementasan alam ciptaannya..
Bukan sengaja melanggar arahan..
Kadang terlupa watak dan peranan..
Aku... manusia....

Gelap malam, pasti terang..
Sang mentari, pasti datang..
Kesesatan, perjalanan..
Rahmat Tuhan, menentukan...




Suka dengar lagu Amuk ni.. Yang tak sukanya bila dengar kes amuk-mengamuk sana sini.. huhu...


p/s: Moga 'mereka' insaf dan sempat kembali ke pangkal jalan.. Teringat kat sorang jiran yang baru je 'pergi' pada pagi Sabtu baru² ni.. Baik orangnya.. Tapi bak kata lirik lagu ni, bukan sengaja melanggar arahan, kadang terlupa watak dan peranan.. Al-Fatihah untuk arwah...

Tuesday, September 24, 2013

Cara menjahit manik jejurai atau dangling

Assalamualaikum...

Cara menjahit manik jejurai atau dangling..

Kali ni aku nak kongsikan cara menjahit manik jejurai atau dangling ni.. Kebiasaannya manik jejurai ni dijahit pada hujung selendang.. Tapi ada jugak orang yang rajin menjahit manik jejurai ni kat alas meja kopi ataupun pelapik yang diletakkan di atas piano dan seumpamanya.. Nak jahit kat awning tudungpun boleh jugak.. hehehe.. Ikut pada selera masing² la, kan...


Mudah je nak buat jahitan manik jejurai ni.. Panjang jejurai tu ikut kehendak sendiri la ya tapi jangan terlalu pendek dan jangan pulak terlalu panjang.. Agak² la.. Yang penting benang jangan terbelit dah la.. Kalau benang terbelit, memang la hangin jadinya nanti.. hehehe...


Pemilihan manik juga terpulang pada kehendak masing².. Aku cuma buat contoh je..


Masukkan jarum ke dalam 20 biji manik silinder dan 3 biji manik bulat..


Kemudian, tinggalkan sebiji manik bulat iaitu manik yang akhir sekali dan masukkan jarum ke dalam manik bulat yang kedua hingga sampai ke manik silinder yang pertama.. Rujuk pada gambar..


Cara nak tarik jejurai agar tidak sangkut² ialah dengan memegang manik bulat yang akhir tu (tengok gambar jari tu) dan pegang kejap benang dekat jarum tu dan tarik perlahan².. Jejurai jangan terlalu ketat sebab nanti jejurai tu nampak keras kejung.. Biarkan jejurai tu longgar sedikit..


Dah siap dah... Senang je, kan.. hehh..


As usual, sila klik gambar untuk gambaran yang lebih meluas.. ecehhhh... haha...


p/s: Selamat mencuba ya.. Lepas ni pakat² la pakai selendang berjurai bagai.. hikhikhik..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)