Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 8, 2014

Akhirnya dapat jugak.. hehh...

Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak.. hehh...


Akhirnya dapat jugak beli orkid pinang kaler kuning ni.. Hari tu mak tolong belikan.. Mak beli dua pasu... Yang sepasu lagi tu kaler purple seakan merah.. Satu pasu kecik harga dia RM15... Dua pasu jadi RM30.. Sikitpun tak boleh kurang... huuuu...


Nama saintifik untuk orkid pinang ni adalah spathoglottis plicata. Nama lainnya pula adalah orkid tanah, orkid filipina, Phillippine Ground Orchid, Boat Orchid, Pleated Leaf Spathoglottis yang berada dalam keluarga Orchidaceae.. [sumber]



Sekarang ni pokok-pokok tu aku dah ubah masuk pasu besar.. Biar cepat sikit dorang beranak-pinak.. hehh... So, lepas ni jika ada orang nak beli orkid pinang aku, akupun akan jual dengan harga yang sama jugak.. Satu pasu kecil = RM15.. Boleh gitu..? Ahahh..




Sekarang aku dah ada lima jenis orkid pinang dengan tiga jenis berlainan warna.. Lepas ni nak cari lagi warna yang lain pulak.. Mudah-mudahan dapat la cari.. 




p/s: Sayang nak jual 'kawan-kawan' aku ni.. ;)

Monday, April 7, 2014

Nostalgia..

Assalamualaikum...

Nostalgia..


Ni antara kerja kraf yang aku buat masa kerja kat Johor dulu.. Akukan jenis home person.. *cehhh... haha... Jadinya, bila ada masa terluang yang banyak tu, aku dengan dua orang lagi kawan sebilik buat la aktiviti macam ni tapi kawan aku tu mengait je.. Aku buat dua-dua, mengait dan cross stitch.. Bila masuk bab mengait tu, kitorang berlumba-lumba sesama sendiri.. 


Sarung telur.. Sekarang ni susah nak jumpa...


Jahitan cross stitch kat bawah ni masih belum di-frame-kan lagi.. Mujurlah aku simpan elok-elok.. Sayang kalau kena makan dek tikus ataupun kena gigit dek lipas.. Lagipun kat rumah ni memang dah ada yang di-frame-kan.. Tu yang malas nak frame lagi tu.. Tambahan pulak kat dinding tu dah takde tempat nak gantung.. Tak kan nak gantung kat leher kot.. kehkehkeh..






Memang dah terlalu lama aku tinggalkan kedua-dua aktiviti ni... Sejak berhenti kerja dan balik sini, memang aku tak buat dah.. Jarum kait akupun entah ke mana lesapnya.. Mujurlah buku dan peten cross stitch masih elok lagi dalam simpanan.. 





p/s: Rindunya zaman itu.. Rindu nak mengait balik.. Rindu nak buat cross stitch dan mengira petak walaupun ianya sedikit memeningkan.. hehh..

Sunday, April 6, 2014

Ber-eksperimentasi de amor.. ahahh...

Assalamualaikum...

Ber-eksperimentasi de amor.. ahahh...


Tengah malam tadi aku ber-eksperimentasi de amor buat agar-agar ni kat dapur.. Aku malas nak google atau dalam kata lain, malas nak guna atau cilok resepi orang.. So, aku cuba buat resepi aku sendiri.. Jadi atau tidak, aku tolak tepi dulu.. Yang penting, cuba buat dulu.. 


Aku punya eksperimen tidaklah begitu kemas dan menarik macam eksperimen orang lain.. Aku takde seni dalam bab mendeko ni.. So, aku belasah je la buat ikut cara aku yang brutal ni.. ahahh...


Okay, mari tengok gambar dulu.. Tengok la.. Tengok la.. Tengok laaaaaaaaa....!!!! Hahahahaha... *over tau...... :p





Agar-agar tu berat dia dalam 30 gram tapi aku cuma guna 15 gram je.. Kata nak buat eksperimen.. So, guna sikit je la dulu... Lepas tu aku gunakan puding jenama Ho Go Mas dalam beberapa ketul.. 


Mula-mula, masak agar-agar hingga larut bersama dengan 4 1/2 cawan air.. Bila dah larut, masukkan 1 cawan gula dan tunggu hingga gula mencair.. Memandangkan agar-agar ni jernih je tanpa warna, aku masukkan 1 sudu kecil perisa pandan..





Kemudian, tuangkan 2 cawan agar-agar cair tadi ke dalam bekas.. Aku guna tupperware je sebab aku malas nak keluarkan bekas kaca dari dalam almari.. Sejukkan dahulu agar-agar tadi hingga separa keras.. 


Sementara tu, letakkan periuk yang berisi lebihan agar-agar tadi ke dalam kuali berisi air dan lakukan proses double boiler dengan menggunakan api dapur yang paling kecil.. Tujuannya adalah untuk mengelakkan lebihan agar-agar tersebut keras di dalam periuk semasa menunggu agar-agar dalam tupperware tadi mengeras...




Bila lapisan bawah tu dah sedikit mengeras (jangan keras betul-betul), boleh la mula susunkan puding di atasnya mengikut kreativiti masing-masing.. Kemudian, boleh la tuangkan lebihan agar-agar dalam periuk tadi secara perlahan-lahan.. Jangan main curah terus dari periuk tu.. Gunakan senduk.. Tunggu hingga agar-agar sejuk dan boleh la disimpan di dalam peti sejuk..


Dan inilah hasil ekperimentasi de amor aku tengah malam tadi.. Alhamdulillah, menjadi dan membeku dengan elok.. Cuma kena rajin buat lagi untuk dapatkan hasil yang lebih menarik..





Walaupun aku dah letak resepi kat sini, aku masukkan jugak resepi ni kat blog dapur aku tu.. Senang aku nak rujuk nanti..


p/s: Kepala aku tingtong.. Badan aku sakit-sakit dan sengal-sengal.. Tu yang main masak-masak tu.. hehh.. 

Thursday, April 3, 2014

Senarai setakat ini...

Assalamualaikum...

Senarai setakat ini...


Ini adalah senarai novel yang aku nak beli.. Jika bajet mencukupi, boleh la beli sekali harung.. Tapi jika bajet ciput, beli sebuah dua dulu la... Lagipun kalau beli banyak sekaligus bukannya boleh baca semuanya dalam masa yang sama.. Bimbang pulak jadi pending yang makan tahun.. ahahh..


Lagi satu, buku ni baru lagi.. Stok masih banyak.. Tak perlu nak terkejar-kejar membeli.. Lain la jika Limited Edition..


Mungkinkah - Hanni Ramsul
Akadku Yang Terakhir - Acik Lana
Pandora Buat Insyirah - Anis Ayuni
Guy Next Door - Rose Harissa
Menantu vs Mentua - Dyadila
Cooper-K - RodieR
Detak Jantung Dia - Aidah Bakri
Dan belum termasuk buku-buku dari IKP


Tengah baca buku-buku ni.. Satu dah habis baca dah.. Tinggal lagi dua.. :)


Apa-apapun, kena tunggu diskaun kawkaw dulu baru boleh membeli.. Tak mampu oiiii nak beli dengan harga yang takde diskaun.. *Untung la siapa yang dapat baucer buku dengan BR1M... hehh...


p/s: Pengsan...!!! Kena ikat perut lagi la jawabnya.. huhuhu...

Monday, March 31, 2014

Entry tak berinformasi.. hehh...

Assalamualaikum..

Entry tak berinformasi.. hehh...


Sejak Jumaat lepas, aku berada kat rumah kakak kat Nilai.. Hari Ahad aku ke Cheras menghadiri majlis resepsi anak sepupu aku.. Semua adik-beradik aku ada kecuali sorang kakak yang datang ke Nilai tapi tak pergi kenduri kawen tu sebab hari Sabtu dia ada mesyuarat dan hari Ahad pulak dia kerja sebab tinggal kat Johor...


Hari Sabtu, si Momok menghilangkan diri.. Puas mencari tapi tak balik-balik jugak.. Hinggalah pagi tadi dalam pukul dua lebih, aku macam terdengar-dengar suara dia.. Tersedar dan terus tengok sangkar dia.. Tengok-tengok dia dah ada kat dalam sangkar tu.. Anak buah yang jumpa dia kat dalam bilik dan terus masukkan dia ke dalam sangkar tu..


Hari ni, aku tak lepaskan dah si Momok tu.. Keluarkan dia sekejap-sekejap je untuk dia golek-golek atas lantai.. Lepas tu masukkan balik semula dalam sangkar.. Tak berani dah nak lepaskan dia tanpa pengawasan.. Takut dia hilang lagi macam hari tu.. Maklum la, sekarang ni musim kucing mengawan.. Kang tak pasal-pasal dia buntingkan kucing betina orang kat sini.. hehh...


Rumah kakak kat Nilai ni belum siap renovate lagi.. So, tak boleh nak tolong dia kemas-kemas mana yang patut.. Mungkin bulan depan baru siap.. Dan mungkin aku turun lagi ke Nilai ni.. Dalam pada tu dah plan nak turun masa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC.. 


p/s: Harap-harap plan menjadi.. Tak nak la gagal lagi macam plan tahun lepas.. hehh....

Wednesday, March 26, 2014

Sama-samalah kita merenung diri sendiri...

Assalamualaikum...

Sama-samalah kita merenung diri sendiri...


Sekadar satu perkongsian agar kita sama-sama dapat merenung ke dalam diri sendiri.. Terlalu banyak musibah yang terjadi sehingga menimbulkan beribu spekulasi yang akhirnya menjadi satu kontroversi yang tidak terkawal dan ianya sedikit sebanyak menggugat dan mendatangkan pelbagai emosi..


Berbaliklah kita kepada paksi yang satu ini iaitu apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an...


Surah Al-Imran: Ayat 117:

مَثَلُ مَا يُنفِقُونَ فِى هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا ڪَمَثَلِ رِيحٍ۬ فِيہَا صِرٌّ أَصَابَتۡ حَرۡثَ قَوۡمٍ۬ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ فَأَهۡلَڪَتۡهُ‌ۚ وَمَا ظَلَمَهُمُ ٱللَّهُ وَلَـٰكِنۡ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ 

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (117) 



Surah Al-Imran: Ayat 118:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً۬ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالاً۬ وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِى صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُ‌ۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)



Surah Al-Imran: Ayat 119:

هَـٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَہُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَـٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِ‌ۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119)



Surah Al-Imran: Ayat 120:


إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٌ۬ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٌ۬ يَفۡرَحُواْ بِهَا‌ۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّڪُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡـًٔا‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٌ۬


Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (120)


[sumber]


p/s: Al-Fatihah untuk kita semua, baik yang masih hidup, mahupun yang telah pergi.. Walau apapun yang terjadi, kehidupan harus diteruskan.. Bersabarlah.. Bersabarlah.. Bersabarlah.. *Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya.. Maaf jika ada kekurangan di dalam entry ini.. Harap dapat diperbetulkan jika ianya salah.. Terima kasih..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)