Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Buang angin kus-kus... :D

Assalamu'alaikum...

Buang angin kus-kus... :D


Angin kus-kus ni kalau nak datang, bukannya nak bagi amaran dulu.. Alih-alih je badan rasa tak sedap.. Sengal semacam je.. Ada ketikanya rasa macam nak demam.. Rasa macam nak datang bulanpun ya jugak.. Tak boleh nak jangka puncanya melainkan jika sebelum tu ada makan benda yang tak sepatutnya dimakan.. 


Macam aku, memang pantang tak boleh makan benda yang orang kata berangin; kacang botol, rebung, umbut kelapa, petai, nangka. Kalau ikutkan aku tak boleh nak makan beria tapi yang ni la yang aku selalu langgar pantang.. Bak kata orang, pantang jumpa terus lupa semua.. hehehe..


Jadinya, bila dah melanggar pantang, badan sendiri yang jadi mangsa.. Bukan setakat sehari dua dia punya bisa tu.. Adakalanya sampai empat lima hari jugak la kalau tak buat apa-apa, dok sapu minyak panas je..


Ada masanya, bila angin kus-kus ni melanda, rajin la aku pergi rebus halia dan masukkan lagi beberapa bahan untuk buang angin dalam badan tu.. Yang ni cepat sikit angin tu keluar.. Tapi bila kemalasan melanda, aku minum teh halia segera ni je la.. Lambat sikit la dia punya proses nak bagi angin tu keluar.. Itu aku la.. Orang lain aku tak tau..







p/s: Teh halia gold choice ni pedas sikit... Minum suam-suam pulak tu.. Memang terus cerah la biji mata.. hehe..

Monday, September 29, 2014

Asyik muka dia je...

Assalamu'alaikum...

Asyik muka dia je... 


Balik-balik muka dia je yang keluar.. Macam la takde muka lain.. Macam la comel sangat asyik tayang muka dia je.. Perasan..!


Laaaa... Biarlah dia... Tak suka, jangan tengok.. Ni dalam tak suka, tengok jugak.. Dalam dok menceceh-ceceh, skodeng jugak.. Dah, pi main jauh-jauh sana.. hehh...







Lumrah kehidupan, begitulah gayanya.. Kadang-kadang benda yang tak perlu diperbesarkan, dibesar-besarkan.. Benda yang sepatutnya diperbesarkan, diperkecil-kecilkan.. haihhhh...


Manusia, sila jangan buat aksi macam saya.. Nanti kena sembur.. Saya takpe.. Saya ni kan kucing je - Combi


p/s: Cerita yang takde kaitan dengan gambar.. Cerita tentang manusia.. Gambar Combi hanyalah sekadar hiasan.. 

Sunday, September 28, 2014

Jejemput kacang botol...

Assalamu'alaikum...

Jejemput kacang botol...


Bosan melanda.. Dengan badan rasa tak selesa.. Sakit.. Sengal... Masuk angin lagi agaknya.. hmmm...


Sudahnya, masuk dapur.. Ambil tepung gandum.. Curah dalam bekas.. Cekut dua cubit garam halus, letak atas tepung. Godek-godek sekejap dengan sudu.. Ambil cili merah dua biji, gunting-gunting, masuk dalam bekas tepung tadi.. Ambil pulak segenggam ikan bilis, basuh, campak dalam bekas yang sama.. Bawang kecil dah berkupas ada lima biji, main gunting je, masuk lagi dalam bekas. Sekali tengok ada empat biji kacang botol, gunting dan masuk jugak dalam bekas.. Akhir sekali, masukkan air, kacau-kacau adunan. Dah siap..




Lepas tu gorenglah sendiri..! Tunggu apa lagi, kan.. Bukannya ada bibik nak suruh dia gorengkan... hehh..




Akhirnya, siaplah satu menu ringkas yang diberi nama jejemput kacang botol.. Nak tulis jemput-jemput macam panjang sangat.. hehh... Cara buatpun ringkas jugak.. ahaha...




p/s: Kurang selesa sungguh bila badan masuk angin ni.. Dia tangkap kat bahagian tulang belikat.. Tu yang sakit sangat tu.. Habis semua mood positif bertukar kepada negatif.. haiihhh.... Apapun, jangan dilayankan sangat mood tingtong tu.. Baik bedal je jejemput ni.. ahahh....

Pengikut setia.. :)

Assalamu'alaikum...

Pengikut setia.. :)


Ni la baru betul namanya pengikut setia.. Ikut je mana aku pergi.. Tolong mana yang patut walaupun sekadar tolong tengok... ahahh... 








Penyapu tu acah je buat macam tu.. Bukannya nak perhambat dorang tapi nak buat sapu kaki lima tu laa..


p/s: Ini tak masuk lagi bab ikut aku pergi jamban.. Ada kalanya masuk sekali dalam jamban tu.. Ater, kata pengikut setia, kan... ahahaha... *maaf la, dah biasa sebut jamban.. Jadinya, macam pelik bila nak sebut tandas.. hehh.. Tapi bila in reality, aku sebut toilet... ahakkk..

Saturday, September 27, 2014

Sambungan...

Assalamu'alaikum...

Sambungan...



Jumpa kakak dan family dia kat kedai makan ni.. Pertama kali aku makan kat sini.. Sedap makanan dia.. Tomyam dia sedap.. Mee kung dia sedap.. Mee goreng mamak dia sedap.. Semuanya sedap la.. hehe..


Fauzi Tom Yam - Chengkau


Aku pilih tomyam campur.. Satu set kongsi dengan mak.. Takut tak habis.. Kang membazir pulak.. Alih-alih tak cukup.. hahaha.. Malas nak order lagi.. Aku mintak sikit mee kung yang abang aku punya.. Alah, satu sudu je pun.. Nak rasa je sebab tak pernah makan mee kung ni.. Lepas tu, mintak sikit mee goreng mamak kakak aku.. Nak rasa juga... hahaha.. Sabar je la.. Bukan apa, mana la tau lain kali kalau aku balik ke kampung, boleh la singgah makan kat sini lagi sebab dah tau macam mana rasa makanan dia.., kan...


Dan 'suspek' kat bawah ni la penyebabnya yang aku pergi jumpa kakak kat kedai makan tu.. Buah duku dengan langsat ni abang ipar aku ambil kat kebun kakak yang kat Nilai tu.. Kebun tu kat Segamat.. Jadinya, kakak yang kat Labis tu la yang tolong bawak.. 




Gara-gara takut buah ni lebam, kitorang balik sini hari Isnin lepas abang aku servis kereta kat Nilai tu.. Mak aku nak balik hari Selasa tapi aku berkeras nak balik hari Isnin tu jugak.. Buah duku ni bukannya boleh simpan lama.. Dia cepat lebam.. Kang kalau lambat balik sini, tak dapat la nak sedekah sikit kat jiran-jiran..


p/s: Kedai makan tu letaknya kat pekan Chengkau.. Kalau dari arah Rembau, kedudukannya di sebelah kiri, betul-betul tepi jalan.. Senang je nak cari.. Alah, pekan Chengkau tu besar mana je pun.. 

Lily: Rain-Peace-Fireball

Assalamu'alaikum...

Lily: Rain-Peace-Fireball


Antara spesis Lily yang ada kat rumah.. Jika nak tengok rupa lily ni, boleh klik pada link yang ada kat bawah setiap gambar.. 










p/s: Jenuh dok angkat tiga buah pasu peace lily tu.. Pasu dah la besar gedabak.. Berat pulak tu.. adehh.. Letak kat tempat  redup sikit.. Sian tengok daun dia dah sedikit lecur kena panas..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)