Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Memberi dalam tiada...

Assalamu'alaikum...

Memberi dalam tiada...


Dalam bab memberi ini, aku tak boleh nak cakap banyak.. Bimbang nanti nawaitu terpesong dari landasan.. Lagi bimbang bila ada yang jadi tukang karut.. 


I learned to GIVE not because I have much.., but because I know exactly how it feels to have NOTHING..


Aku suka tengok mereka yang jenis suka memberi ini lebih-lebih lagi mereka yang tidak kedekut untuk memberi sebarang ilmu, pendapat, sokongan ataupun sumbangan.. Memberi tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit walaupun pada hakikatnya, ramai yang berkehendakkan sumbangan sebegini.. 


p/s: Berhutang pula bukan alasan untuk tidak sama-sama menyumbang atau menderma.. Nak tunggu sampai hutang habis, sampai matilah tak merasa nikmat menderma itu.. 

Jom makan...!

Assalamu'alaikum...

Jom makan...!


Aku memang suka letak gambar kucing-kucing aku kat blog aku.. Memandangkan blog ini adalah blog peribadi, maka apa yang ada di sini adalah mengikut kehendak hati aku.. Nak letak, aku letak.. Nak tarik balik, aku tarik dan masukkan semula dalam draft.. 


Momok yang warna bulu dia putih + hitam - jantan
Olen yang warna bulu dia oren + putih - jantan
Cullen/Kulearn yang warna bulu dia semua oren - jantan
Combi yang warna bulu dia putih + oren + hitam - betina


Orang kata kucing yang bulu dia ada tiga warna, tak payah dah teka dia punya jantina.. Dah tentunya betina.. Sama macam Combi dan ibu dia yang kedua-duanya mempunyai tiga warna bulu..








Makanan untuk kucing aku ni murah je.. Janji ada makanan untuk dorang.. Makanan ni diselang-seli dengan nasi.. Kucingpun muak jugak kalau makan benda alah ni setiap hari.. Kadang-kadang gaul sekali dengan nasi.. Senang kerja.. Sekali jalan... ahahh..


p/s: Daripada kau pegang anjing, baik la kau pegang kucing.. Yang halal ada, yang haram jugak yang kau nak raba.. ehhh...!!

Saturday, October 18, 2014

Ubat-ubatan untuk kucing...

Assalamu'alaikum...

Ubat-ubatan untuk kucing...


Hari tu aku ada letakkan satu gambar barangan kucing kat entry yang ini..  Jadinya, kali ni aku nak kongsikan serba sedikit info yang aku dapat masa aku beli barangan tu.. 


Shampoo kutu Machiko Flea untuk kucing dan cara nak guna:
~>Basahkan atau semburkan badan atau bulu kucing keseluruhannya. Kemudian titikkan shampoo atas tapak tangan dan ratakannya pada badan kucing tadi.. Biarkan begitu selama 5-8 minit. Jangan bagi kucing jilat shampoo kutu ni. So, kena pantau dan tengok la ya.. Kemudian barulah mandikan dengan shampoo kucing dan bilas macam biasa.. Ini cara yang diberitahu kat aku..


Cara aku pulak.. 
~>Aku masukkan dua titik shampoo kutu ni ke dalam besen yang berisi air. Air tu jangan la banyak sangat.. Kemudian aku masukkan kucing tadi ke dalam besen tu sambil ratakan shampoo kutu ni pada keseluruhan badan kucing.. Biarkan lebih dari 5 minit sambil perhatikan samada kutu dah pengsan atau masih lagi bergerak-gerak.. Lepas tu baru aku mandikan dengan shampoo kucing, bilas, lap dan keringkan badan kucing tadi..




Shampoo mandian biasa:
~>Ni guna macam biasa la.. Cukuplah sekadar dua tiga titik yang dimasukkan ke dalam besen atau baldi.. Cara mandikan kucing tu ikut cara masing-masing la ya... Ada kucing yang tak takut dengan air dan ada kucing mengalahkan kambing, punya la takut dengan air.. hehe..





Ubat cirit kucing:

~> Bagi ubat cirit ni dengan menggunakan picagari.. Sukatannya adalah 0.5 ml jika berat kucing tu 1 kilo dan 1 ml jika berat kucing tu 2 kilo.. Bagi selama tiga hari berturut-turut.. Sehari bagi sekali je.. Satu bekas ubat cirit ni harga dia RM5..





Vitamin kucing:

~> Vitamin untuk kucing ni berperisa coklat.. Bau dia sedap.. Sebiji macam bau coklat yang jadi filling dalam roti.. haha.. Just picitkan sikit kat hujung jari.. Kemudian sapukan pada bibir kucing dan biarkan kucing tu jilat vitamin coklat tadi.. Seronok tengok aksi kucing menjilat vitamin bercoklat ni.. Rasa macam nak tumpang sekaki.. hahaha...

Diingatkan, jauhkan vitamin ini dari pandangan mata anak-anak.. Kang tak pasal-pasal dorang pulak yang berebut menjilat coklat tu.. hehh...





Ubat kurap Fungotek Cream:

~> Ubat kurap untuk kucing ni nama dia Fungotek Cream.. Ianya sejenis krim. Harganya RM15.. Boleh tahan jugak harga dia.. Sebelum sapu krim kurap ni, kopek dulu segala kurap yang ada kat cuping telinga kucing.. Biar berdarahpun tak apa.. Janji kurap yang ada kena buang habis.. 

Lepas tu, cuci cuping telinga kucing tadi dengan tisu atau kapas yang dibasahkan dengan cairan dettol.. Jika takde dettol, guna air suampun takpe.. Bersihkan betul-betul.. Lepas tu barulah sapukan krim kurap ni perlahan-lahan pada cuping telinga kucing tadi.. Sapuan krim tak perlu tebal sangat.. Just sapu nipis sahaja... Krim ni tak bahaya.. Jangan risau bila tengok kucing tu jilat krim kat telinga dia..





Ubat cacing kucing:

~> Ubat cacing kucing jenis pil ni ada sukatan dia jika nak bagi kucing tu makan. Kena ikut berat kucing tu jugak.. Tak boleh bagi sebarangan sebab nanti lama-lama ubat ni tak memberi kesan jika terlalu kerap diberikan.. Kucing yang besar dan berat 3 kilo ke atas, bagi 1/2 daripada sebiji pil.. Manakala jika kucing tu masih kecil atau berat di bawah 3 kilo, kena bagi 1/4 daripada sebiji pil.. Maknanya, sebiji pil tu potong empat la.. 

Bagi pil cacing ni tiga hari berturut-turut. Lepas tu, berhenti selama dua minggu. Selepas dua minggu berlalu, ulang kembali proses yang sama iaitu bagi dalam masa tiga hari berturut-turut semula.






Ubat sakit mata Chloramphenicol:

~> Ubat sakit mata kucing ni macam gel.. Just picitkan pada mata kucing, kemudian tutupkan mata kucing tadi sambil mengurut pelipis mata kucing tu supaya ubat ni rata dan meliputi keseluruhan mata tersebut. InsyaAllah, sehari dua lepas tu sakit mata kucing dah okay dah.. Selalunya kucing yang sakit mata ni dikaitkan dengan cacing yang banyak yang ada dalam perut si kucing..



3 daripada 5 ekor kucing yang ada kat rumah ni...


p/s: Rasanya ini je kot info mengenai ubat-ubatan kucing yang dapat aku kongsikan.. Jika ada yang tersilap info tu, harap maaf la ya.. Ini info yang aku dapat masa pergi klinik veterinar hari tu.. Jika ada rasa sangsi, kenalah pergi sendiri klinik berkaitan kat kawasan masing-masing.. Itu lagi baik untuk dapatkan lebih kepastian..

Thursday, October 16, 2014

Kisah bewak dan ayam..

Assalamu'alaikum...

Kisah bewak dan ayam.. 


Ini adalah satu kisah benar.. Kisah yang berlaku sebentar tadi.. Aku yang tengah nak suap nasi masuk ke mulut, terus tak jadi nak suap nasi tu.. Tak senang duduk dibuatnya..


"Mak, apo kono ayam omak monjoghit-joghit tu..? Bogaduh koo apo..?"


"Bewak tu...!! Poie dogheh ba'eh..! Bewak tu nak ngojo an anak ayam tu.."


Dan dengan kadar segera, 'minahgyver' ni pun pergilah ke kandang ayam (dulunya kandang kucing) dan...


Sian dia ketakutan..


"Iyo ehh haaa...! Ado bewak tongah ngintai anak ayam omak haaa...!"


Tapi 'minahgyver' tersebut tak sempat nak buat apa-apapun sebab dia pergi dengan tangan kosong sahaja.. Maka, terlepas la bewak tu lari padahal bewak tu dah betul-betul kat depan kaki dia.. Tinggal nak pijak je lagi.. Soalannya, berani ke nak pijak bewak tu..? Ahahaha...


"Dapek tak cokau bewak ehhh..?"


"Tak dapek.. Nak cokau camno...? Cokup dek bewak tu kang..! Dapek cokau anak ayam yang kek luar tu yoo.."


"Ado anak ayam lopeh..?"


"Ado sekor.. Dah dapek cokau dah.. Osah gaghang ehh omak ayam tu.. Kito nak dipatuk ehh..."


Dan selepas itu, ibu ayam serta anak-anaknya pun senyap laaa.. hehh.. hehh.. hehh.. Tak tau la kot lepas ni bewak tu datang lagi.. Tapi buluh dah stenbai kat pintu kandang tu.. Jago-jago la kau bewak...!


p/s: Laaaa...! Ingatkan kisah apa je.. Kisah biawak nak kerjakan anak ayam rupanya.. hehh....

Isu: Jom bawa bekal...

Assalamu'alaikum...

Isu: Jom bawa bekal...


Perlu ke diperbesarkan isu jom bawa bekal ni..? Perlu ke nak bagi komen yang jauh terpesong dari tajuk.. Ke, memang tak faham dengan 'caption' yang dimaksudkan.. Caption aku lebih kepada Jom Bawa Bekal.. 



Tak kiralah siapapun orang yang buat kempen.. Jika ianya memberi manafaat, tak salah kita ikut.. Pelik betul dengan mentaliti sesetengah orang ni.. Tajuknya cuma ajak bawa bekal je tapi dia punya komen punyalah melalut-lalut.. 


p/s: Nak melalutpun tengok pada isu jugak la... 

Tuesday, October 14, 2014

Yang ditunggu dah tiba.. Tak sabar nak 'explore'.. :D

Assalamu'alaikum...

Yang ditunggu dah tiba.. Tak sabar nak 'explore'.. :D


Yess..!!! Barang yang aku tunggu sudahpun tiba.. Pagi tadi novel dan petangnya pulak benda alah ni.. Nama benda ni adalah rotary cutter.. Yang ni dari jenama Olfa.. Kegunaannya adalah untuk memotong kain.. Aku beli Olfa rotary cutter ni melalui fb page Kraf Ezee ni.. Harga boleh tengok kat gambar.. Siap ada tulis harga pos lagi.. 






Mata atau blade rotary cutter Olfa ni sangat tajam.. Aku dah test dah.. Jadinya, untuk langkah keselamatan, pastikan blade rotary cutter ni disimpan ke dalam jika tidak digunakan.. Perhatikan perbezaan pada kedua-dua gambar... Gambar atas, blade rotary cutter yang disimpan dan yang bawah pula blade rotary cutter ketika digunakan.. Main tolak je benda hitam yang kat ibu jari tu..




Oh ya, sebelum terlupa, aku nak bagitau bahawa mata atau blade rotary cutter Olfa ni sangat tajam.. Jadinya, jauhkan dari anak-anak atau simpan di tempat yang dorang tak boleh cari atau jumpa.. Kang dibuatnya dorang main toreh-toreh kat lengan, niaya je...




Sebelum Olfa ni, aku pernah beli rotary cutter dari jenama lain.. Taiwan punya.. Tapi bila aku cuba gunakan dan gelek atas kain, kain tu langsung takde kesan apa-apa.. Harga lebih kurang je.. Olfa ni lebih tiga ringgit je dari jenama dari Taiwan tu.. Aku tak boleh la nak bagitau apa nama jenama tu.. Kang tak pasal-pasal kena saman pulak.. kan... hehh...




Diingatkan ya, bahawa rotary cutter ni jika nak guna, perlu ada cutting mat iaitu yang kaler hijau tu.. Jangan sebarang gelek je.. Aku punya cutting mat ni aku beli kat kedai kat sini.. Tapi kat fb page Kraf Ezee tu ada je jual cutting mat ni.. 




Cara nak guna Olfa rotary cutter...


Sekali lagi, untuk siapa yang berminat nak beli, boleh la beli dari page fb ni. Benda yang aku rasa baik dan berbaloi dengan pembelian, memang aku akan tolong promot.. Takde niatpun nak bodek atau sebagainya.. 


p/s: Lepas ni nak beli meja jepun pulak.. Senang nak buat kerja kat bawah.. Duduk atas lantai.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)