Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 17, 2014

The version of my tomyam.... ahahh...

Assalamu'alaikum...

The version of my tomyam.... ahahh...

Semalam the version of my ayam masak merah.. Hari ni the version of my tomyam la pula.. ahahh...


My tomyam ni sangatlah sempoi.. *macam tuannya jugak.. ahakk.. Sebabnya, just gunakan aje apa yang ada dalam peti sejuk.. Sebelum ianya mengecut atau membusuk, apa kata kita lempar ke dalam periuk dan jadikan satu menu yang cukup ringkas.. Tak perlu nak berperang meletup-letup untuk menumis.. Tak payah susah-susah sinsing lengan baju dok perah kelapa.. Guna air pun boleh.. hehehe..




Resepi tomyam aku ni ringkas je.. Ni resepi sendirian berhad ni.. Takde nak jumpa kat mana-mana melainkan kat sini je.. keh keh keh.. 




Bahannya adalah: Satu mangkuk ayam, 6 biji tomato, 2 batang carrot, 4 ulas bawang putih, 8 ulas bawang merah (kes takde bawang besar.. haha..), 3 helai daun limau purut, sebiji cili merah, sebiji limau nipis, secubit rosemary whole, satu kiub pati ikan bilis, sedikit garam, perencah tomyam dan air secukupnya.. 




Masakkan air + perencah tomyam + bawang putih + bawang merah + daun limau purut hingga sedikit mendidih.. Lepas tu masukkan ayam + rosemary whole.. Kacau-kacau.. Bila ayam dah mula nampak macam dah lembut, masukkan carrot.. Bila carrot dah sedikit empuk, masukkan tomato.. Kacau-kacau sekejap dan tutup api.. Akhir sekali masukkan garam.. Kacau sedikit supaya garam larut dan rasa.. 




Kalau dulu, asal nak memasak je, mesti nak semua bahan dan peralatan serba lengkap dan ikut resepi betul-betul.. Kalau takde, memang takde harapan jugak la nak cuba resepi tu.. Teruk sungguh perangai.. ahahh... 


Tapi sekarang ni takde dah macam tu.. Asal ada watak utama, tambah satu dua watak sampingan, itu dah cukup memadai dah.. Pandai-pandai pengarah la nak variasikan watak yang ada.. ehhh... haha...


p/s: Batang kayu tu pun kalau dipotong sebaik mungkin, dihias cantik-cantik sapu krim coklat ke, apa ke, lepas tu diletak dalam pinggan, orang telan airliur jugak menengoknya.. errrrrrr... ahahh... 

Sempadan...

Assalamu'alaikum...

Sempadan...

Usik mengusik bawa bahagia..
Silap usik mengundang bahana..


Dalam bergurau senda, ada batas atau sempadan yang perlu kita titik beratkan.. Kalau bergurau dan habis kat situ je, takpe.. Takut nanti gurauan tu dianggap serius dan seterusnya menimbulkan rasa ingin membalas dendam.. Dah banyak kali dah benda macam ni keluar kat media.. Puncanya hanyalah bermula dengan usik mengusik serta bergurau senda tapi pengakhirannya ada yang hilang nyawa..








Aku bukan seorang yang baik sebab aku ni jenis kasar orangnya.. Tapi jika kau baik dengan aku, akupun boleh baik dengan kau.. InsyaAllah.. Dan jika kau kasar dengan aku, aku boleh lebih kasar lagi dengan kau.. Cumanya, aku tak nak je berkasar dengan kau sebab aku tak nak  ikut telunjuk setan.. :p


p/s: Bak kata orang 'bijak pandai'; be good to me and I'll be good to you.. 

Sunday, November 16, 2014

The version of my ayam masak merah.. :D

Assalamu'alaikum...

The version of my ayam masak merah.. :D


Secara jujurnya, aku tak pandai nak buat ayam masak merah macam yang biasa kita makan kat kenduri kawen tu.. Ada kalanya menjadi.. Tapi banyak kali tak jadi.. hahaha.. 


Biasanya kalau masak ayam macam ni, aku suka letak kentang sebab abang aku kat rumah ni memang giler kentang.. haha.. Cuma kali ni terpaksa letak sayur campur sebab kentang kehabisan stok.. 





Lepas tu saja la cuba letak daun rosemary whole sikit.. Beli je tapi tak pernah guna, tu yang letak sikit tu.. Rasa dia, macam biasa je.. Mungkin sebab aku letak sikit je, tu yang tak berasa sangat tu..




p/s: Tak kisah la masak macam manapun kan..? Yang penting masak sendiri, lepas tu makan sendiri.. hehehe... 

Letgo novel lagi..

Assalamu'alaikum...

Letgo novel lagi.. 


Novel preloved dari NB Kara to let go.. Kondisi baru sekali baca.. Harga dalam kurungan adalah harga asal.. Beli semua RM50.. Harga incude postage for Semenanjung.. PM jika serius dan berminat.. Thanks.. 

1- Sayang Seorang Qaiser = RM16 (RM22)
2- Cinta Kalut = RM19 (RM25)
3- Saat Hati Merindu = RM17 (RM22.90)





Novel preloved dan baru dari Kaki Novel to let go.. Harga dalam kurungan adalah harga asal.. Beli semua RM45.. Harga include postage for Semenanjung.. PM jika serius dan berminat.. Thanks.. 

1- Asmara Seribu Cinta = RM15 (RM19)
2- Terima Kasih Cinta = RM19 (Buku baru)
3- Antara Benci Dan Rindu = RM14 -ada tulis nama + bersampul (RM19)













p/s: Berminat..? PM saya samada kat sini atau sini.. Thanks..

Dah makin membesar...

Assalamu'alaikum...

Dah makin membesar...


Ni pokok limau purut yang aku tanam.. Anak pokok tu macam biasa la, beli sahaja.. hehh... Mak aku yang beli kat pekan sehari.. Dah semakin membesar dah pokok dia.. Hatipun manyak suka maaa... ahahh... Alhamdulillah.. 




Ni buah limau purut.. Bukan buah sulung sebab buah sulung dah mengecut sebelum sempat membesar.. Kena makan dek ulat agaknya.. Jangan marah ulat tu.. Redha je.. InsyaAllah, nanti ada juga rezeki kita.. 




Aku punya daun limau purut ni bentuk dia macam nombor lapan... Ada orang kata daun macam ni tak pahit bila digunakan dalam masakan.. Setakat ni okay je takde rasa pahit bila aku masukkan daun ni dalam tomyam.. Alhamdulillah.. 





Ada sekali hari tu, aku minta tolong anak buah petikkan daun limau purut ni sebab aku nak masak tomyam.. Habis semua daun pokok bunga yang berdekatan tu dia tanya aku; ni ke daun dia..? Menjerit-jerit aku kata; tu pokok bunga laaaaa.... hahahaha... Sudahnya, aku sendiri yang pergi kat pokok limau purut ni dan tunjuk kat dia; ni la dia pokok limau purut.. Cuba bau daun dia, ada bau limau tak..? Apa lagi, sengih-sengih je la budak tu.. hehe..


p/s: Moga putik yang ada tu berjaya membesar menjadi buah yang sihat dan gemuk serta besar-besar.. haha... Nanti boleh la aku petik untuk dibuat mandian.. *dah mula berangan dah.. ahahh...

Fitnah itu umpama debu...

Assalamu'alaikum...

Fitnah itu umpama debu...


Fitnah itu umpama debu yang berterbangan.. Pastinya kita tidak akan mampu untuk mengumpul kembali semua debu tersebut.. Jadi, apa gunanya kita terus-menerus menabur fitnah..? 


Selagi debu itu berterbangan ke merata tempat, selagi itulah kita menanggung dosa fitnah tersebut.. Nau'zubillah.. Moga dijauhkan Allah dari menjadi pemfitnah atau bahan fitnah..


Persoalannya, mampukah kita memaafkan orang yang telah memfitnah kita walaupun dia sudah mengakui dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukannya..? 


p/s: Sekadar mengingatkan diri sendiri.. 
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)