Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 5, 2015

Merakam gambar kenangan: Bahagian 2...

Assalamu'alaikum...

Merakam gambar kenangan: Bahagian 2...


Seperti yang aku dah beritahu pada entri yang ini, maka kali ini aku kongsikan pula beberapa gambar bunga orkid yang aku ambil dengan menggunakan kamera enpon cap ayam aku tu.. Masih lagi berkisar tentang Floria Putrajaya..







Akan ada lagi bahagian seterusnya.. Biasa la, aku kan suka ambil gambar bunga-bunga macam ni sebab aku sangat mengagumi ciptaan Allah..


p/s: Masa ambil gambar-gambar ni, aku dah tak peduli dah dengan pandangan mata orang lain.. Pokok dek ekau la nak kato apopun.. Yang penting aku tetap teruskan meng-klik.. hehh.. hehh.. hehh...

Berpesan-pesanlah sesama kita...

Assalamu'alaikum...

Berpesan-pesanlah sesama kita...


Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri... 




'(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; (43) 
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (44) 
(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; (45) 
Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (46) 
(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. (47)
Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (48) 
(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu) (49)'

- Surah Ad-Dukhan: Ayat 43-49..

p/s: Jom kita sama-sama mengamalkan perkara yang baik... Biarlah kita dilabel sebagai KUNO asalkan kita tidak termasuk di dalam golongan yang HINA... 

Thursday, June 4, 2015

Merakam gambar kenangan: Bahagian 1...

Assalamu'alaikum...

Merakam gambar kenangan: Bahagian 1...


Dah lebih seminggu blog tak ber-update.. Seminggu lepas aku berada di rumah kakak kat Nilai.. Hari Selasa pergi dan baru semalam balik ke sini.. Ada beberapa kisah untuk dikongsikan ceritanya tapi untuk kali ni, aku cuma kongsikan gambar ni je dulu.. 




Gambar ni masa aku pergi ke Floria Putrajaya malam minggu lepas.. Pergi waktu malam sebab waktu siang tak sempat nak pergi.. Rugi sebenarnya pergi waktu malam  ni sebab pandangan tak luas.. 


 Aku dok perhati je gelagat dua orang remaja lelaki ni.. Tersengih-sengih dorang dok ber-selfie.. Aku yang melihatpun ikut tersengih sekali.. hehe..





p/s: Nantilah bila aku rajin, aku kongsikan gambar bunga orkid yang aku ambil.. Letih tak hilang lagi ni.. Badan masih lagi sakit-sakit dan sengal..

Tuesday, May 26, 2015

Sekali salah pasang daaaaaa....!!!

Assalamu'alaikum...

Sekali salah pasang daaaaaa....!!!


Lewat petang tadi, aku jadi minahgyver sekejap.. hehe.. Aku tukarkan pemegang pintu kat bilik aku ni.. Pemegang pintu ni dah dekat seminggu patah sebelah tapi aku buat tak tau je kat dia.. Bukannya apa, nak pergi kedai nak beli set kunci yang baru tu yang aku malas tu.. Kena la tunggu abang aku tolong belikan.. So, petang tadi dia dah belikan.. Maka, akupun mula la buat kerja minahgyver ni..


Berpeluh-peluh aku dok bukak skru.. Bahang punya la panas kat dalam bilik ni.. Angin kipas tak  sampai ke pintu.. Skru punya skru, maka, siaplah aku gantikan kunci pintu tu dengan set yang baru.. Fuhh, lega rasanya..


Lepas dah siap pasang tu, akupun cuba la nak tutup pintu tu.. Nak test kunci dia.. Sebenarnya aku cuma tukarkan pemegang pintu tu je.. Yang bahagian dalam untuk tempat cucuk kunci tu aku masih gunakan yang lama.. Kalau gunakan set yang baru tu, nanti kunci kena tukar sekali.. Aku ni malas la pulak nak keluarkan kunci lama kat dalam keychain tu..


Tup-tup... Ehh, semacam je aku rasa.. Apsal pintu ni tak boleh tutup pulak..! Dulu buat okay je.. Tak perasan lagi ni tang mana silap dan salahnya.. 


Rupa-rupanya, aku dah salah pasang daaaaa... ahahahaha... Ada ke pergi pasang terbalik...! Adehdehdeh.... Memang sah la tak boleh nak tutup pintu tu, kan... kikikiki....


 Dah macam tanduk dah terkeluar macam tu.. wahahaha...



Nak tak nak, kenalah bukak balik semua skru tadi.. Peluh yang tadi tak habis kering lagi, dah keluar peluh yang baru.. ahaha.. Akhirnya, berjaya jugak aku pasang pemegang pintu yang baru ni mengikut piawaian yang sebenarnya.. hehe... 





p/s: Buat sendiri dah jimat dah duit untuk upah.. Paling-paling upah dia dalam sepuluh ringgit.. Harga barang je dah RM20.. Berbaloi la aku berpeluh-peluh try and error.. muahahaha...

Sunday, May 24, 2015

Ambil iktibar...

Assalamu'alaikum...

Ambil iktibar...


Belajar dari pengalaman kerana pengalaman itu adalah guru yang terbaik..




p/s: Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. *pujuk hati sendiri.. 

Kelakar giler...!!!

Assalamu'alaikum...

Kelakar giler...!!!


Adehh....!! Sakit perut aku dok mengekek gelak.. Sekarang ni pun aku masih dok tengok lagi gelagat ulat-ulat larva ni.. Baru sampai minit ke 12.. Panjang lagi durasi video ni.. Adalah dalam sejam lebih.. Mau keras perut aku dok gelak manjang... Ni pun tak habis lagi dok gelak-gelak.. ahahahaha...



Kartun Larva...



Sejak tertengok kartun larva ni kat TV3 hari tu, terus aku suka kat dorang.. Malam ni tiba-tiba teringat pulak nak cari kat Youtube.. Terus jumpa video yang ini.. Layankan aje la.. Memang kelakar giler... hehe..


p/s: Layan kartun lagi baik dari layan _________! 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)