Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, February 12, 2016

Masak lemak cili padi ikan keli berencahkan pisang muda.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan keli berencahkan pisang muda.


Ini kisah masa cuti raya cina hari tu. Empat ekor ikan keli jadi mangsa kerakusan kami. Siapa lagi kalau bukan aku dengan kakak aku. Haha. 




Kakak tebang pokok pisang kapas yang masih muda. Dia kata nak gulai pisang muda ni dengan apa entah, lupa dah aku, heh. Lepas tu, aku la yang cadangkan supaya gulai pisang muda tu dengan ikan keli yang ada dalam kolam simen kat tepi dapur rumah ni. Maka, keesokan harinya, aku keringkan air kolam dan sauklah ikan keli tu. Kakak sauk dua ekor dan aku pulak sauk dua ekor lagi.




Aku tukang siang ikan keli dan pisang muda tu manakala kakak tukang masak. Alhamdulillah, sedap. Lagipun memang dah agak lama tak makan gulai macam ni.




Ni dia ikan keli yang aku bela. 


p/s: Aku post gambar gulai ni kat fb. Kakak yang sorang lagi tu siap tanya; gulai ikan keli tu ada lagi tak sebab masa tu dia masih lagi ada kat Labu. Syukur sebab diapun dapat makan gulai ikan keli ni. Alhamdulillah.

Thursday, February 11, 2016

Wooden clip.

Assalamu'alaikum.

Wooden clip.

Gambar ni dah lama. Lama sangat. Tapi baru hari ni aku tergerak hati nak masukkan kat blog aku ni. 


Masa ambil gambar ni dulu, aku memang dah tanam niat nak letakkan dalam blog. Biasalah, untuk dijadikan rujukan apabila diperlukan nanti. Tengok pada watermark kat gambar ni pun dah tau dah yang gambar ni dah lama terperap dalam folder. Haha. Watermark untuk gambar kat blog aku sekarang ni kan ada kelainan sikit. Itupun jika ada yang perasan la. Heh.





Gambar ni semua aku ambil kat kedai masa aku ke bandar dulu. Aku siap minta izin tuan kedai nak ambil gambar ni. Takut jugak aku kalau main ambil gambar macam tu je. Masuk kedai orang, kenalah beradab dan berbudi bahasa, kan? Tak manis la kalau main redah je dok klik sana, klik sini.





Aku ni jika nak diikutkan, memang suka dengan benda kraf macam ni. Rasa nak buat tapi disebabkan jari tak berseni, maka semuanya jadi terbantut. Sila jangan ikut perangai macam aku ni ya. Haha.


Benda macam ni, jika kena dengan gayanya, boleh buat duit jugak. Maka, siapa yang rajin dan berminat tu, bolehlah cuba-cuba buat. 


p/s: Aku dah mula buat perubahan pada tulisan aku di blog ini. Nampak tak perubahan tersebut? Jika nampak, korang memang pembaca setia blog aku ni. Terima kasih banyak-banyak. Hehe.

Tuesday, February 9, 2016

Hitam itu menawan.

Assalamu'alaikum.

Hitam itu menawan.


Inilah satu-satunya jam tangan yang aku sayang. Aku beli jam ni dengan duit hasil dari kerja lebih masa atau overtima/OT. Jam tangan ni aku beli kat Puduraya sebelum balik ke JB. 


Dah bertahun-tahun berlalu tapi jam tangan aku ni masih lagi elok. Dia punya tali dan bateri dah berpuluh kali diganti. Rasanya boleh beli lagi sebuah jam tangan yang sama. Haha. Cermin dah calar sikit tapi tak boleh nak tukar baru sebab kena tempah khas. Jadinya, takde la nak tukar cermin tu.




Anak buah aku, masa dorang kecil dulu, dorang pernah bertanya; Jam indok ni dah la kecik, lepas tu takde nombor pulak. Macam mana nak tengok pukul berapa? Maka, akupun jawab la; Ni jam untuk orang pandai. Sebab tu takde nombor. Orang pandai je yang tau tengok jam takde nombor ni. Hahaha.


Buat masa ni, aku cuma ada satu jam tangan sahaja. Buat apa beli jam tangan banyak-banyak. Bukannya boleh pakai semua sekaligus, kan?


p/s: Panjang lagi cerita pasal jam tangan Citizen aku ni tapi aku pendekkan aje la ceritanya. Malas pulak nak menaip panjang-panjang.., heh.

Friday, February 5, 2016

Nak kata bodoh, boleh masuk "U"...

Assalamu'alaikum.

Nak kata bodoh, boleh masuk "U"...

Aku yakin, pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami keadaan sebegini tak kiralah samada tinggal ramai-ramai masa belajar ataupun sudah bekerja. Kepada mereka yang sedang menghadapinya, bertabahlah ya. Huhuhu. Pada mereka yang telah melepasi saat perit ni, pasti rasa lega selega-leganya. Kan?




Aku sudah lalui benda macam ni bertahun-tahun dahulu sewaktu aku bekerja di Johor Bahru. Memang sakit jiwa raga dibuatnya jika dapat kawan serumah yang jenis pemalas dan pengotor macam ni. Maaf cakap ya. Kebanyakan orang macam ni adalah jenis yang suka bergaya. Bergaya lebih, pengotor lebih, pemalaspun lebih. 


Ramai yang beranggapan bahawa orang yang buat kerja pengotor macam ni adalah orang yang takde pelajaran tapi pada hakikatnya, mereka yang terlebih bijak pandai inilah yang selalunya bersikap pengotor sebegini. Tak percaya? Tengok ajelah pada kawan-kawan atau orang di sekeliling kita. 


p/s: Inilah yang dinamakan belajar je tinggi sampai degree tapi otak letak kat lutut. Attitude totally out!

Wednesday, February 3, 2016

Pelita minyak goreng ikan? Hah! Biar betul!

Assalamu'alaikum.

Pelita minyak goreng ikan? Hah! Biar betul!


Hah! Tak percaya ke? Betul la ni! 


Ahaha. Silalah percaya ya. Pelita ni dinyalakan dengan menggunakan lebihan minyak goreng ikan. Kadang-kadang campur sekali dengan lebihan minyak goreng ayam.





Memandangkan susah sangat nak jumpa minyak tanah, maka aku gunakanlah minyak lebihan menggoreng ikan atau ayam ni untuk hidupkan pelita ni. Sekurang-kurangnya takde la minyak tu terbuang macam tu je. Dia punya baupun takde la sekuat bau minyak tanah yang menusuk ke lubang hidung tu. Boleh la letakkan pelita tu kat area taman mini aku ni ha. 




Ada lagi dua buah pelita yang belum digunakan. Mungkin aku akan letakkan juga di taman mini aku ni. Nanti masa raya, boleh la anak-anak buah main bunga api tapi kena pantau la sebab kawasan taman mini ni sangat terhad. Biasanya dorang main bunga api kat jalan raya depan rumah je. Luas sikit kawasan kat situ tapi banyak kereta yang parking kat bahu jalan.




Selain dari menyalakan sumbu pelita, lebihan minyak goreng ikan ni boleh juga dijadikan sebagai ubat kurap untuk kucing terutama sekali telinga kucing. Lumurkan sahaja minyak tu dan biarkan kucing tu handle bahagian selebihnya. Pandai-pandai dia la kalau nak cantik. Hehe. Tapi nak lumurpun, berpada-padalah ya. Jangan pulak kucing tu nanti jadi macam orang minyak pulak. Kesian kat dia nanti tak selesa. 


Lebihan minyak goreng ikan ini juga boleh digunakan untuk membakar sampah. Cubalah. Aku dah cuba dah. 


p/s: Jangan buang lebihan minyak masak dalam sinki. Nanti sinki tersumbat dengan lemak tepu. 

Sunday, January 31, 2016

Adakah kita serupa..?

Assalamu'alaikum...

Adakah kita serupa..?

Ada tak orang yang sama pe'el macam aku ni..? Rasanya ada kot.. hehe.. Ala, pe'el suka tepek resepi kat pintu peti sejuk.. Bukannya pe'el yang pelik-pelik tau.. hehh....


Ada beberapa keping fridge magnet yang aku dapat percuma masa beli novel tapi jika nak suruh aku beli fridge magnet tu, minta maaf la ya.. hehh..


Kebanyakan resepi yang aku tepekkan dengan fridge magnet kat pintu peti sejuk ni aku dah buat dah.. Maknanya, aku dah mencuba tapi ada jugak dua tiga resepi yang aku belum cuba lagi.. 


Resepi semua ni jika aku dah cuba dan ia berjaya, makanya resepi tu akan kekal la kat pintu peti sejuk tu tapi jika resepi tu tidak menjadi, maka resepi tersebut akan aku campakkan ke dalam tong sampah.. Kejam, kan..? Siapa suruh bagi resepi tak betul.. ahahaha..




p/s: Masih ada lagi beberapa keping fridge magnet yang kosong, yang takde resepi di bawahnya.. Ni nak kena cari dan cuba resepi lain la pulak.. ahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)