Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Pisang. Show all posts
Showing posts with label Pisang. Show all posts

Monday, September 30, 2019

Pisang...

Assalamu'alaikum.

Pisang...


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas setiap rezeki yang Kau berikan pada aku. Walaupun pokok pisang ini tidak dibaja namun ia tetap mengeluarkan hasil. Alhamdulillah.


 Pisang 40 hari.


 Pisang kapas.


Pisang serendah.


p/s: Ada lagi beberapa tandan di pokok yang menunggu masa untuk matang. Moga buah pisang tu terus membesar dengan sihat. 
.

Tuesday, November 6, 2018

Tepung goreng pisang rangup homemade.

Assalamu'alaikum.

Tepung goreng pisang rangup homemade.


Pagi tadi, semasa di pekan sehari, aku beli la tiga sisir pisang kematu. Geram punya fasal. Kenapa geram pulak? Geram la sebab kelmarin aku beli pisang goreng. Seringgit tiga keping. Nipisnya la haiih pisang tu. Gamaknya sebiji pisang tu dibelah tiga. 


Aku baru je goreng pisang kematu tu. Disebabkan tepung goreng pisang dah kehabisan stok, maka akupun mulakan pencarian di facebook. Wah, ramai sungguh orang yang bermurah hati berkongsi resepi homemade tepung goreng pisang ni. Dalam banyak-banyak resepi tu, aku tergerak hati nak pilih yang satu ni. Yang ni mudah je nak buat dan bahannyapun memang ada kat dapur kita. Tak perlu nak pening-pening kepala mencari.




Bahan-bahan dan caranya adalah seperti di bawah. Ni sukatan yang aku adjust sendiri mengikut kuantiti pisang yang aku goreng tu iaitu sepuluh biji. Dalam resepi asal, dinyatakan ada gula pasir tapi aku tak letakpun. Akukan sedang menjauhi gula pasir. 😀😀😀


1 1/2 senduk tepung gandum. (anggaran 1 cawan)
1/2 sudu teh garam halus.
2 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan planta.
Air suam secukupnya.


Bancuhkan semua bahan dengan air suam. Bancuhan tu jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Agak-agak sendiri la ya. 


Lepas ni dah tak payah gelabah kalau takde tepung goreng pisang untuk menggoreng. Dah boleh buat sendiri dah. Dah boleh berjimat dah. Maklum la, zaman sekarang ni zaman meleset. Semua bajet nak kena catu. ✌✌✌


p/s: Sila klik di sini untuk tengok video cara bancuhan tepung tu ya. Terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi. Alhamdulillah. Moga Allah murahkan rezeki anda.
.

Friday, October 5, 2018

Pokok pisang rancak berbuah.

Assalamu'alaikum.

Pokok pisang rancak berbuah.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Pokok pisang di belakang rumah sedang rancak berbuah. Sudah agak lama dorang ni berdiam diri. Sekali keluar, lebih kurang serentak la pulak.


Ada sepokok tu, aku tak ingat pokok pisang apa, tandan buahnya keluar di tengah batang. Subhanallah. Selama ini tengok pokok pisang orang lain jadi macam ni. Kali ini, pokok pisang sendiri pulak yang jadi macam tu. Dapat la tengok depan mata sendiri. 


Image may contain: plant, sky, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant and food

Image may contain: 1 person, plant, tree and outdoor

Image may contain: plant, outdoor and nature

Image may contain: plant

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, sky, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, plant and outdoor

Image may contain: fruit and food


Gara-gara menebang pokok pisang, lengan aku terkena libasan parang panjang. Syukurlah cuma kena kulit lengan je. Tersiat la sikit kulit tu. Walaupun kecil je tapi pedihnya tetap terasa. 


Dah la lengan luka terkena parang, tandan pisang tu pulak jatuh tergolek-golek menuruni tangga batu. Habis luruh la buah pisang tu. Haha.


p/s: Banyak buah pisang yang dah kena makan dek burung. Takpelah. Kita berkongsi rezeki.
.

Friday, November 24, 2017

Alamak! Dia tumbang la pulak!

Assalamu'alaikum.

Alamak! Dia tumbang la pulak!

Lewat petang semalam hujan lebat. Aku tak perasan pulak pokok pisang ni tumbang. Ye la, dah hujan, malas la nak keluar. Lagipun dah lewat petang dah. Lepas tu, hujan bersambung sampai ke malam. 


Pagi ini baru aku perasan yang satu pokok pisang 40 hari ni dah senget dah. Dia punya tunggul dah terkeluar dah. Mujur ada bumbung bilik mandi yang jadi tempat untuk dia berpaut. Dah la batang pisang ni besar ya amat. Aku nak sokong dengan kayu sorang-sorangpun tak larat nak tolak batang pisang tu.





p/s: Agak-agak boleh selamatkan lagi tak pokok pisang ni? Sayang la. Dah la buah dia banyak. 


= UPDATE =


Aku da tambat dah batang pokok pisang ni kat batang pokok duku sebelah tu. Lepas tu, letak jugak kayu penyokong walaupun kayu penyokong tu macam tak kuat je. Haha. Dah itu je kayu yang ada. Jadi la buat syarat je. Harap takde la angin yang kuat yang akan menyebabkan pokok pisang ni rebah lagi sekali. Moga ada rezeki untuk aku. Aamiin.



Monday, November 20, 2017

Pisang 40 hari.

Assalamu'alaikum.

Pisang 40 hari.


Pagi tadi tengok ada sepokok lagi dah keluar jantung dan buah. Alhamdulillah. Ada tiga pokok pisang ni yang sedang berbuah. Lepas ni lama lagi kot nak tunggu buah dia keluar sebab pokok yang tinggal masih lagi kecil.







p/s: Hari tu dah tebang dah dua pokok. Alhamdulillah. Tak payah beli pisang. Dapat la berjimat sikit. 

Tuesday, August 15, 2017

Terima kasih, jiran!

Assalamu'alaikum.

Terima kasih, jiran!


Alhamdulillah, dapat rezeki lagi. Kali ni jiran depan rumah bagi buah betik dan pisang ni. Betik tu dah selamat dah masuk dalam perut. Pisang tu dah aku goreng, pun dah selamat masuk dalam perut. Hehe.







Percaya tak kalau aku kata yang aku goreng pisang ni menggunakan tepung goreng ayam ala-ala KFC tu? Tak percaya? Percaya je la. Hahaha.


p/s: Syukur dapat jiran yang baik. Semoga kitapun jadi jiran yang baik kepada jiran kita. 

Friday, May 5, 2017

Kutip hasil.

Assalamu'alaikum.

Kutip hasil.

Alhamdulillah. Alhamdulilllah. Alhamdulillah. Kutip hasil lagi dari pokok yang ada di sekeliling rumah.


 Kacang panjang merah, kacang panjang renek, bendi dan terung telur itik.


Pisang 40 hari dan durian belanda.


p/s: Berbuat baiklah sesama alam. Berbudilah pada tanah. InsyaAllah, ada hasilnya.

Friday, February 12, 2016

Masak lemak cili padi ikan keli berencahkan pisang muda.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan keli berencahkan pisang muda.


Ini kisah masa cuti raya cina hari tu. Empat ekor ikan keli jadi mangsa kerakusan kami. Siapa lagi kalau bukan aku dengan kakak aku. Haha. 




Kakak tebang pokok pisang kapas yang masih muda. Dia kata nak gulai pisang muda ni dengan apa entah, lupa dah aku, heh. Lepas tu, aku la yang cadangkan supaya gulai pisang muda tu dengan ikan keli yang ada dalam kolam simen kat tepi dapur rumah ni. Maka, keesokan harinya, aku keringkan air kolam dan sauklah ikan keli tu. Kakak sauk dua ekor dan aku pulak sauk dua ekor lagi.




Aku tukang siang ikan keli dan pisang muda tu manakala kakak tukang masak. Alhamdulillah, sedap. Lagipun memang dah agak lama tak makan gulai macam ni.




Ni dia ikan keli yang aku bela. 


p/s: Aku post gambar gulai ni kat fb. Kakak yang sorang lagi tu siap tanya; gulai ikan keli tu ada lagi tak sebab masa tu dia masih lagi ada kat Labu. Syukur sebab diapun dapat makan gulai ikan keli ni. Alhamdulillah.

Thursday, January 21, 2016

Kisah kek pisang berangan tak sudah.. ahaha...

Assalamu'alaikum...

Kisah kek pisang berangan tak sudah.. ahaha...


Awal petang tadi, aku buat lagi kek pisang ni.. Kali ni aku gunakan pisang berangan.. Selagi tak puas hati, selagi itulah aku cuba buat lagi dan memperbaiki mana silapnya.. Maka, resepi asal terpaksalah aku olah sedikit mengikut kesesuaian dengan selera aku.. Tuan empunya resepi asal jangan marah naaa... hehh..


Memandangkan aku dah pernah buat entri pasal kek pisang ni, maka aku tepek gambar je la ya.. Cara buat tu sama je dengan cara terdahulu.. Cuma ada la penambahan dan pengurangan bahan serta kali ni aku gunakan mixer The Baker aku tu.. Selalunya aku guna handmixer je.. 





Ini resepi kek pisang berangan yang telah aku olah.. Sikit je yang aku ubah dari resepi asal tu..

*  2 cawan tepung gandum (diayak)
* 4 biji telur Gred A
* 5 biji pisang berangan
* 1/2 cawan gula - resepi asal guna 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh ovellette

* 1/2 sudu teh garam halus - yang ini aku tambah sendiri
* 3 sudu makan badam cincang - resepi asal guna 3 sudu makan dark chocolate chips



Okay, ini dia gambar-gambar berkaitan dengan penyediaan sebelum terjadinya kek pisang berangan aku tu.. Pisang berangan tu aku gunakan enam biji tapi cuma lima biji sahaja yang dilenyek manakala yang sebiji lagi tu aku hiris serong untuk jadikan hiasan dan susun kat atas kek..





Cara nak buat kek pisang berangan ini adalah seperti berikut... 


1- Lenyek pisang dengan menggunakan garfu.. Kemudian, tuangkan minyak masak ke dalamnya.. Kacau sebati dan ketepikan sekejap..




2- Satukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam bekas.. Kacau sebati.. Ketepikan dahulu..





3- Putar gula bersama telur sehingga kembang.. Apabila bancuhan tadi dah kembang, masukkan ovalette dan putar sekejap untuk melarutkan ovalette tadi..
(Mula-mula aku gunakan pemutar yang ini tapi lepas tu, aku tukar gunakan pemutar yang bulat tu.. Lepas tukar, barulah cepat sikit kembang.. Ini kes tak tau nak guna pemutar yang mana satu.. Maklum la, baru belajar nak guna mixer ni.. hehe..)





4- Kemudian, matikan mixer.. Keluarkan bowl dari mixer dan masukkan pisang lenyek bersama minyak tadi ke dalam bowl yang berisi bancuhan telur tadi.. Kaup rata dengan menggunakan spatula..





5- Lepas tu, masukkan bahan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil teruskan kaup balik dengan spatula.. Kacau rata biar sebati..





6- Akhir sekali, masukkan badam cincang dan kacau adunan supaya sekata..





7- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar.. Susunkan hirisan pisang berangan ke atasnya.. Loyang tu kena sapukan sekelilingnya dengan sedikit minyak masak.. Jangan ada bahagian yang tertinggal.. Takut nanti kek tu melekat dan susah nak tanggal..





8- Akhir sekali, bolehlah dibakar.. Aku lebih suka bakar atas dapur gas macam ni.. Anggaran masa bakar adalah lebih kurang 45 minit hingga sejam.. Gunakan api yang paling kecil..




Dan inilah hasilnya kek pisang berangan yang aku buat hari ni.. Kejadiannya lebih baik berbanding masa yang aku buat dahulu.. Alhamdulillah..







Lepas je kek ni masak, aku biarkan je kek tu dalam acuan.. Aku biar je loyang tu atas dapur sebab aku ada hal dan tak sempat nak keluarkan kek tu letak atas redai.. Balik-balik je, buka penutup loyang tu, tengok bahagian atas kek tu dah bertukar warna menjadi coklat macam tu.. Masa aku tinggalkan tu warnanya pucat je..


Kat bawah ni adalah video masa putar gula dan telur.. Aku gunakan nombor 4..





Okay.. Ini sahaja perkongsian untuk hari ini.. Bagi yang nak cuba buat kek pisang berangan ni, selamat mencuba dan moga berjaya.. Aku ni pun dah berapa kali dah cuba buat kek pisang ni.. Macam-macam resepi dah aku gunakan.. Ada yang menjadi tapi banyak yang bantat.. kihkihkih..


p/s: Kat atas tu aku bagitau nak tempek gambar je tapi alih-alih complete yang aku bagi.. ahaha.. Tak sedap pulak rasanya buat cerita separuh jalan.. hikhikhik..

Sunday, December 20, 2015

Pisang lenyek beku...

Assalamu'alaikum...

Pisang lenyek beku...


Hari tu, masa aku pergi ke rumah jiran untuk bagi pisang kapas kat dia, jiran tupun bercerita la pasal pisang beku ni..


Kata jiran aku tu, kalau ada banyak pisang dan pisang tu dah masak tapi kita tak sempat nak buat apa-apa, eloklah dibekukan pisang tersebut daripada dibiarkan membusuk macam tu je.. Lagipun harga pisang dah semakin mahal.. Buat apa nak dibazirkan..?


Betul jugak kata jiran aku tu.. Lagipun, dia kata dia memang selalu bekukan pisang lenyek ni.. Berbulan-bulan tahan.. Simpan dalam bekas atau plastik dan masukkan aje dalam peti beku.. Apabila nak digunakan, keluarkan satu bekas atau satu plastik ikut banyak mana yang kita nak guna la..


Maka, akupun ikut la saranan jiran aku tadi.. Aku ramas dulu pisang tu dan lepas tu aku masukkan ke dalam pengisar dan kisar macam biasa.. Tak payah letak gula dulu.. Biarkan isi pisang tu sahaja.. Lepas tu, masukkan dalam plastik dan ikat ketat-ketat..



^
Masa kisar pisang ni, jangan letak air.. Kena kisar perlahan-lahan.. Kalau boleh, letakkan pengisar ni punya sudip kat lubang penutup tu dan gerak-gerakkan sudip tu supaya mudah untuk pisang tu dikisar..
v




Nanti kalau ada lagi pisang yang masak, aku nak bekukan dorang.. hehh.. Bila teringin nak buat lempeng atau cekodok, just defrost-kan sahaja.. Tak payah dah nak sibuk-sibuk pergi pasar mencari pisang..


p/s: Aku suka berkawan dengan jiran atau orang yang lebih tua ni sebab dorang tak kedekut ilmu.. Terima kasih mak cik.. :D

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)