Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 13, 2018

Masa kecil la nak ajar.

Assalamu'alaikum.

Masa kecil la nak ajar.

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Itulah antara pepatah lama yang masih lagi digunakan.


Jadinya, akupun kenalah mulakan dari sekarang untuk melentur rebung tu. Nanti kalau rebus tu dah keras, dia dah jadi buluh dah. Memang susah la nak lentur. Silap haribulan, boleh patah terus buluh tu. Lagi haru, dah la buluh tu patah, lepas tu kena pulak kat muka kita serpihan yang patah tadi. Tak ke naya namanya. 



Ishh...! Mengacau pulak si Messi ni. Haha.






Ni anak buah aku. Sesekali balik ke sini, rajin jugak dia tolong sapu laman tu tanpa disuruh. Tapi aku kenalah mulakan menyapu dulu. Nanti diapun follow la. Kena psiko sikit dengan budak-budak ni. Heh.


Yang kelakarnya, lepas habis sapu, ada la daun yang gugur balik. Diapun mula la dok ishh.., kononnya marah la daun tu gugur tapi dia kutip jugak daun tu. Gelak aku tengok gelagat dia. Hehe.



 ^
Dah bersih dah lamannya. Alhamdulillah. 
v


Orang lain yang menyapu sakan tapi dia yang sakan membuta. Sabar je la dengan si Chobey ni. Haha.




p/s: Anak orang, tak boleh la nak letak gambar yang nampak muka. Sipi-sipi dah la. Lain la kalau anak selebriti. :D
.

Monday, February 12, 2018

Orang dah bagi, kita ambil je la. :D

Assalamu'alaikum.

Orang dah bagi, kita ambil je la. :D


Mak cik depan rumah suruh ambil pokok adenium kat rumah dia. Dia dah malas nak bela pokok tu sebab dia dah tak berapa sihat. Lagipun, pokok tu pun bermasalah jugak. Aku ni bukannya pandai sangat nak jaga pokok adenium ni. Pokok akupun ada yang kiok.  Tapi dah orang bagi, aku ambil je la. Sayang pulak kalau jiran tu buang pokok tu.


Kelmarin aku dah ambil sepokok. Dah masukkan dalam pasu. Tadi aku ambil lagi dua pokok. Lepas tu, jiran tu offer dengan pasu bulat leper tu sekali. Bayar separuh harga. Akupun ambil jugak pasu tu. Haha.




Letih sebenarnya dok mengisahkan pokok ni tapi disebabkan nak buat terapi, kenalah kuatkan semangat. Harap pokok ni pun kembali sihat dan bersemangat untuk hidup. 





Semalam dok baca komen-komen fasal pokok adenium ni kat grup kebun. Ada yang kata, jika pokok ada bena, kena basuh dulu pasu dan keseluruhan pokok. Pangkas ranting pokok tu dan bakar. Akupun ikut je la tips yang orang kongsikan. 






Kita ni kalau tak tahu apa-apa, jangan nak banyak cekadak. Jangan nak perlekehkan apa yang orang kongsi. Cuba dulu. Ini tak, belum cuba, dah mengata macam-macam. Tak tahu? Boleh je tanya, kan?




Tadi, aku ambil lagi sepokok. Sudah selamat aku tanam dalam pasu. Jiran aku tu tinggalkan sepasu je pokok ni kat rumah dia. Yang lain, habis dia suruh aku ambil. Alhamdulillah. Rezeki aku la tu, kan? Tak payah tunggu lama untuk lihat pokok ni membesar. Heh. Tambah lagi, pokok ni tengah berbuah. Apapun, terima kasih jiran. Moga Allah limpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuk jiran aku tu. Aamiin.




p/s: Sebenarnya, ada dua orang jiran yang offer aku untuk ambil pokok adenium dorang. Nanti aku nak ambil pokok adenium jiran yang sorang lagi tu. Orang dah tak nak, apa salahnya kita ambil dan bela. Mana la tau kot-kot pokok tu serasi dengan kita, kan?
.

Sunday, February 11, 2018

Hitam-hitam si bontot kuali. Haha.

Assalamu'alaikum.

Hitam-hitam si bontot kuali. Haha.


Jenuh dok kikis bontot kuali yang hitam berkerak. Tebal betul kerak kat bontot kuali tu. Rajin sangat memasak agaknya sampai tak sempat nak menyental bontot kuali. Kahkahkah!



Bontot kuali hitam takpe. Tak cepat hangus. Tapi rugi gas la sebab kerak tebal. Jadi lambat la masak apa yang digoreng. 😂😂😂


p/s: Apa guna ada kuali cantik dan mahal tapi jarang digunakan? Haha.
.



Saturday, February 10, 2018

Apa punya plan daaa... Haha.

Assalamu'alaikum.

Apa punya plan daaa... Haha.


Mula-mula, aku ingat nak buat donat. Lepas tu, teringat pulak kat inti kelapa kat dalam freezer. Tukar rancangan, buat kuih bom je la. Kemudian, tukar fikiran lagi. Buat roti je la. Entah apa yang jadi nanti, tak tau lagi. 








Sukatan aku main hentam je. Malas nak sukat bagai. Ikut je la naluri hati sendiri. Jadi atau tidak, belakang kira. Yang penting, boleh dimakan. Haha. 
Walaupun rotinya tak gebu tapi ia tetap sedap sebab inti kelapanya dah memang sedap. 










Aku adun doh roti tu ala kadar sahaja, mana la dia nak gebu dan lembut macam roti beli kat kedai tu, kan? Yang penting, inti kelapa roti aku tu banyak. Takde la macam roti inti kelapa yang beli tu. Inti kelapanya rasa hampas je. 









p/s: Sebenarnya kan, ini cerita dua hari lepas. Hehe. Sekejap je pun roti ni bertahan. Haha. Rasa macam nak buat lagi la.. 
.

Wednesday, February 7, 2018

Jalan terus!

Assalamu'alaikum.

Jalan terus!

Perlukah kita saratkan pemikiran kita dengan perkara yang remeh temeh, yang sepatutnya kita abaikan sahaja?


Jawapannya, perlu. Tak perlu kot kita nak fikirkan sangat perkara yang remeh temeh ni. Apatah lagi jika ia tidak mendatangkan manfa'at kepada diri kita.




p/s: Hidup kita ni amat singkat untuk kita habiskan dengan berfikir tentang perkara yang tidak perlu. Move on!
.

Tuesday, February 6, 2018

Bersama meraikan majlis pelancaran aspirasi Felda 2.0.

Assalamu'alaikum.

Bersama meraikan majlis pelancaran aspirasi Felda 2.0.


Hari Ahad lepas, bersamaan dengan 4/2/2018, aku ikut sama menyertai rombongan makcik Kiah ke Felda Lurah Bilut untuk sama-sama memeriahkan dan meraikan majlis pelancaran aspirasi FELDA 2.0.


Kami bergerak dari sini pada pukul 8 pagi dan sampai dalam pukul 9.40 pagi. Akupun sebenarnya tak pasti sampai pukul berapa. Alih-alih tengok dah sampai je. Leka sangat berborak dengan kawan sebelah tempat duduk. Haha.


Sampai je kat simpang masuk ke Felda Lurah Bilut tu, kami terpaksa menapak untuk ke tempat pelancaran. Huwaaa...! Jauh ya amat weii! Terpaksa jalan kaki pulak tu. Adoyaii...! Syukurlah Allah permudahkan segala urusan. Yang kalutnya, jenuh dok mencari tandas. Sudahnya, pergi je ke tandas Petronas kat situ. Itupun tandasnya campur lelaki dan perempuan. Hentam aje la haiihh..! Dah tak tahan sangat terkucil. Dah la ramai yang menunggu giliran. 


Dan seperti biasa, aku ni main ambil je gambar dari tempat duduk. Malas nak bergerak. Letih jalan kaki punya fasal. Lebih dari satu kilometer dok jalan kaki oiii.. Itu baru jalan sehala. Letih duduk lama-lama atas kerusipun ya jugak. Habis sakit-sakit badan. Rasa macam nak bersila je atas karpet merah tu tapi takut kena halau pulak. Heh.







Dah takde kerja sangat dah ni sampai inipun nak ambil gambar jugak. Haha.





Pertama kali tengok Perdana Menteri dari dekat. Laju benor PM berjalan. Terkial-kial aku nak ambil gambar. Sudahnya, ini aje la yang aku sempat ambil. Jadi la. Haha.



Pinjam gambar dari page Felda sebab ada terselit muka aku kat situ. Nampak sipi-sipipun jadi la. Haha.


Makanan semuanya sedap belaka. Alhamdulillah. Ini bukan bodek ke, apa ke. Dah memang sedap, takkan la nak kata tak sedap pulak, kan? Itu dah kira fitnah dah tu. Banyak makanan disediakan. Maklumlah, ramai yang datang dari serata Felda. Kuih karipap dia sedap ya amat! Inti penuh lagi. Takde la inti angin je. 


p/s: Terima kasih pada semua yang terlibat dalam melancarkan perjalanan majlis.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)