Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 21, 2018

RM45 satu set.

Assalamu'alaikum.

RM45 satu set.

Aku nak lepaskan novel yang aku baru beli ni. Setiap set, harga dia cuma RM45 sahaja. Harga dah termasuk caj poslaju untuk Semenanjung.


Kondisi novel seperti baru sebab aku baca sekali sahaja. Lagipun, aku memang jenis yang sayang nak rosakkan buku. Mahal weii aku beli. Ni kira dah murah dah aku jual balik. Siap harga kombo lagi demi untuk menjimatkan kos postage.







p/s: Aku dah tak mampu dah nak simpan semua novel yang aku beli. Almari buku cuma ada satu je. Itupun dah penuh dah. Belum masuk lagi yang aku simpan dalam storage box.
.

Wednesday, May 16, 2018

Resepi roti jala.

Assalamu'alaikum.

Resepi roti jala.

Aku memang fail kalau buat roti jala ni. Masa nampak post fasal roti jala ni, terus la aku menyampuk di ruangan komen. Malu bertanya, tak dapat apa la, kan? 




Alhamdulillah, tuan punya post sudi berkongsi resepi dan tips. InsyaAllah, jika berkelapangan, aku akan cuba buat. Bahanpun benda asas je. Takde la kena cari bahan yang pelik-pelik. Cuma kalau aku buat, sukatan tu aku kena kurangkan. Maklum la, baru belajar, kan?




p/s: Saja letak kat dalam blog supaya senang nak refer apabila diperlukan nanti.
.

Monday, May 14, 2018

Jangan mudah percaya..!

Assalamu'alaikum.

Jangan mudah percaya..!

Aku selalu terapkan dalam diri aku supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin atau desas-desus. Bukan apa, aku takut apa yang aku dengar itu adalah sesuatu yang tidak benar atau fitnah semata-mata. Nanti tak fasal-fasal, aku dapat dosa sama. Dosa sendiripun dah tak tertanggung, inikan pula nak tambah dengan dosa menyebarkan cerita yang tidak diketahui sama ada betul atau tidak. Nau'zubillah.




p/s: Takut tengok fitnah yang berleluasa sekarang ni. Moga aku dan seisi keluargaku dijauhkan dari fitnah dunia. Dan moga Allah sentiasa melindungi kami. Aamiin.
.

Alhamdulillah. Rezeki lagi.

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Rezeki lagi.

Terima kasih Mr. Pilot! Setiap tahun tak pernah lupa untuk kirimkan aku kain untuk buat baju raya. Terima kasih juga buat isteri beliau yang tolong uruskan proses pengeposan. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian sekeluarga. Aamiin.


Inilah satu-satunya sepupu aku yang bermurah hati bagi aku baju raya. Pernah juga kirimkan aku sepuluh buah novel! Terima kasih sekali lagi. 





p/s: Aku tak fikir lagi nak buat baju apa. Takpe. Aku tukang jahit. Bila-bila masa jika aku tergerak hati nak buat baju apa, aku potong je kain ni. Tak perlu susah payah nak hantar kat orang.
.

Maruku Babas.

Assalamu'alaikum.

Maruku Babas.

Gambar ni dah lama aku simpan dalam folder. Sejak 19 April lagi ada dalam folder tu. Tak sempat lagi nak masukkan dalam blog. Cuma sempat upload kat facebook je. Macam la sibuk sangat. Heh.


Ini kisah tepung maruku Babas. Jiran aku yang perkenalkan tepung maruku ni kat aku. Aku mana la tau sangat fasal tepung segera macam ni. Paling tidakpun, aku cuma kenal tepung goreng ayam Bestari dengan tepung goreng pisang Adabi tu je.




Jiran aku tu siap ajar aku macam mana nak bancuh tepung maruku Babas ni. Walaupun cara nak buat dah disediakan di belakang plastik bungkusan, tapi aku nak jugak tau dari pengalaman orang yang dah buat. Baru la ada rasa yakin sikit. Dia kata, untuk sebungkus tepung yang beratnya 500 gram ni, dia gunakan setengah buku butter. Dalam resipi kat belakang plastik tu, takdepun tulis guna butter. Cuma guna satu sudu besar minyak sapi je dan air. Tapi kalau letak butter tu, maruku ni jadi lagi lembut. Takde la keras sangat. 




Maka, akupun buat la ikut arahan yang diberi di belakang bungkusan tu. Sampai guna dua acuan lagi untuk dapatkan keselesaan pada jari. Namun, lingkaran maruku aku jauh sangat beza dia dengan lingkaran maruku pada plastik bungkusan tu. Haha.




Aku dah tak ingat berapa harga sebungkus tepung maruku Babas ni. Rasanya dalam RM5.60 kot. Mungkin dalam sekitar situ je. Tak tau la kot sekarang ni harga dia lagi murah sebab dah takde GST. Ehh..! Haha.




p/s: Boleh beli stok tepung ni lebih sikit. Nanti boleh buat kuih raya. Tapi kalau nak buat, buat dah dekat nak raya. Kalau buat awal, alamatnya raya nanti tinggal habuk dia je la. Hehe.
.

Friday, May 11, 2018

Masak lemak cili padi ikan baung bersama rebung madu.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan baung bersama rebung madu.

Ikan baung ni, aku beli dua minggu lepas. Masa beli tu, ikan ni masih hidup lagi. Bergerak-gerak lagi rahang dia. Rahang? Hentam aje la labu.. Haha.


Kata si penjual, ini ikan baung dari sungai Jelai. Aku beli sebab dah lama sangat tak makan. Lagipun, adik aku suka sangat dengan ikan baung ni. Masa Omak aku sihat dulu, Omak memang selalu beli ikan baung tapi sejak Omak uzur, takde dah la membelinya. Kiranya dah lebih 3 tahun dah tak membeli ikan baung. Lama, kan?




Rebung madu ni pula kakak aku bawa dari Labu. Yang stok hari tu pun masih ada lagi, sudah dibawa stok baru. Alhamdulillah. Tapi, stok hari tu, sudahpun selamat dimasak bersama udang. Kakak ipar aku yang masak masa dia balik untuk mengundi hari tu. Dapat la makan ramai-ramai sebab ramai yang balik mengundi di sini.






Disebabkan adik aku yang sorang ni masih lagi cuti, maka akupun masak la ikan baung ni. Dah kegemaran dia, kan? Tadi, tanya la dia; dah makan ke? Dia cakap; dah banyak kali makan dah. Lepas tu, akupun cakap la; patut la lauk dah habis. Tinggal kuah je. Diapun jawab balik; tau takpe! Haha. Makan la. Memang aku masak untuk diapun. 




p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah beri. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kepada aku dan keluarga serta kita semua. Aamiin.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)