Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, November 15, 2018

Buat kek marble secara manual. 😌

Assalamu'alaikum.

Buat kek marble secara manual. 😌

Aku bosan..! Sudahnya, akupun main la masak-masak kat dapur aku tu. Dah lama tak buat kek marble ni, kan? Maka, akupun merajinkan jari untuk membuatnya. Last buat kek marble ni awal bulan Oktober hari tu. 


Biasanya, aku gunakan samada hand mixer ataupun full mixer untuk putar adunan kek marble ni tapi kali ini, aku sengaja nak cabar diri sendiri dan aku pukul dengan menggunakan whisk.




Kali ni, gigih aku keluarkan bekas adunan kek jenama KRUPS ni sebab semenjak beli, tak pernah gunapun. Aku beli masa zaman aku kerja lagi. Bayangkan dah berapa puluh tahun umur dia. Aku beli dengan bermain kutu dengan kawan-kawan satu kerja.





Lenguh oii tangan dok pukul butter dengan gula tu guna whisk ni. Berat semacam je. Baru kau tau! Haha. Selama ni dok putar guna mixer je. Tapi lama kelamaan, adunanpun jadi ringan. Makin laju la aku dok pukul dorang. Heh.






 ^
Pukul satu buku butter dan 3/4 cawan gula sampai kembang. Lepas tu, masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
v

 Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil teruskan memukul. Telur tu satu cawan. Ikut la berapa bijipun asalkan satu cawan. Cawan yang sama digunakan untuk sukat tepung gandum dan gula.


Terlebih dahulu, ayak 1 3/4 cawan tepung gandum bersama dengan 1 sudu makan baking powder, 2 sudu makan susu tepung dan 1/2 sudu teh garam halus ke dalam bekas dan sebatikan. Kemudian, masukkan campuran ini sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan. 


 Sampai part masuk tepung gandum tu, tak payah guna whisk dah. Guna je spatula sebab ia sekadar gunakan teknik kaup balik. 



 ^
Lenserkan dahulu loyang dengan butter dan lapikkan dengan baking paper. Aku takde kertas baking tu. Maka, aku gunakan aje kertas A4. 
v
 ^
Hentak-hentakkan loyang supaya adunan sekata. Loreklah ikut suka kita. Kita yang buat dia, kan? 
v


Disebabkan soket untuk oven letrik aku masih belum dibaiki, maka akupun bakar la kek marble ni atas dapur gas sahaja. Bawah sekali tu aku letakkan kuali untuk buat kulit popia. Ala, kuali yang tebal tu. Lepas tu, baru aku letakkan loyang berisi adunan kek tadi dan aku tutup dengan penutup oven bulat tu. Oven tu masih lagi elok tapi aku malas nak guna letrik sebab oven bulat ni pun dia punya power tinggi jugak. Aku takut soket lain pulak yang rosak nanti.




 ^
Biasanya, jika guna oven letrik, masa membakar adalah dalam 45 minit. Namun disebabkan aku bakar atas dapur gas sahaja, maka aku tambah lagi masa untuk membakar tu menjadi satu jam. Lagipun, aku gunakan api yang paling kecil. 
v
 Tengok meter tu naik. Kalau guna letrik, suhu dia boleh cecah sampai 400.


 ^
Bahagian bawah dan tepi kek marble aku ni agak garing sedikit tapi tidaklah sampai hangus. Aku bakar lama sikit sebab bahagian tengah kek tu lambat sikit nak masak sedangkan bahagian bawah dan tepi dah lama garing.
v




p/s: Alhamdulillah, jadi jugak kek marble aku walaupun bahagian bawah dan tepi dia sedikit garing.
.

Wednesday, November 14, 2018

Terapi.

Assalamu'alaikum.

Terapi.

Setiap orang, punya cara tersendiri untuk menenangkan jiwa dan minda mereka. Ada yang gemar melancong. Ada yang suka shopping. Ada yang rileks membaca. Ada yang jadi pengunjung panggung dan banyak lagi mengikut kesukaan dan kegilaan masing-masing.


Macam aku, selain daripada membaca (novel), aku juga suka menonton tv dan juga menanam pokok seperti gambar kat bawah ni. Maklum la, nak shopping, aku kurang suka bersesak. Nak melancong, duit tak berkepuk lagi. Makanya, tanam aje la pokok sayur, pokok bunga dan pokok buah. Haha.















































p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki.
.

Monday, November 12, 2018

Rezeki jangan ditolak. 😍

Assalamu'alaikum.

Rezeki jangan ditolak. 😍


Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa. Alhamdulillah.


Aku bagi buah mangga telur pada jiran. Dia bagi pula pulut kuning dan rendang daging sebagai balasan.




p/s: Setiap apa yang diberi, tidaklah mengharapkan balasan tapi apabila ada yang sudi membalasnya, terima aje dengan senyuman. Rezeki jangan ditolak. 🤭🤭🤭
.

Baru tiga kali pakai.

Assalamu'alaikum.

Baru tiga kali pakai.


Ini merupakan kasut raya aku untuk raya lepas. Baru tiga kali pakai. Malahan, masa raya hari tu, aku tak pakaipun kasut ni sebab aku tak pergi ke mana-manapun.


Ini pakaipun sebab pergi kenduri dan naik pula kereta. Jika aku bawa motor, memang tak pakai dah kasut macam ni sebab kasut ni jenis sarung macam selipar. Risau kasut tu tercicir di tengah jalan je. Hahaha. 




Kasut raya tahun lepaspun (2017), aku jarang pakai. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku pakai. Tak sampaipun sepuluh kali. Jadi, untuk apa aku beli kasut lagi jika yang adapun tidak terpakai? 


p/s: Saja nak simpan gambar dalam blog. Tu yang buat entri fasal kasut. Hahaha.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)