Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, September 19, 2019

Preloved novel untuk dilepaskan.

Assalamu'alaikum.


















^
SOLD.
v

 ^
Satu dah SOLD (buku baharu). Satu lagi tu aku simpan untuk koleksi peribadi.
v

 ^
Aku nak jual satu (buku baharu). 
v

 ^
Nak jual jugak buku baharu tu. Berbelah bagi sebenarnya nak jual buku ni.
v


Boleh jugak tengok kat sini untuk tengok novel lain yang aku nak lepaskan.


p/s: Dah tak larat dah nak simpan novel. Dah banyak sangat dah. Almaripun dah tak muat sampai penuh bawah katil dengan storage box. Semuanya isi novel je. 
.

Sunday, September 15, 2019

#HPU914: Himpunan Penyatuan Ummah.

Assalamu'alaikum.


Semalam, iaitu 14 haribulan September 2019, telahpun berlangsung satu perhimpunan penyatuan ummah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Akupun ikut serta pergi rombongan ke sana. Ada tiga buah bas dari sini yang pergi ke sana. 


 Bas yang aku naik. Meriah sungguh dengan geng si kecil yang bergantungan di situ. Cuma aku tak puas hati la sebab pandangan ke depan tu terganggu dengan dorang. Heh.


 Takde siapa yang nak ambil gambar aku. Maka, ambil aje la gambar jari-jemari sendiri. Runcing tak jari aku? Kahkahkah.


Gambar-gambar di bawah ini aku ambil secara rambang. Prinsip aku, sekadar ada gambar dan bukti sampai ke sana, dah memadai dah. Aku segan nak bergambar secara berlebih-lebihan. 😅😅😅









 Berdiri hormat dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Bergema dan bersemangat sungguh.



 ^
Bacaan doa sebagai penutup perhimpunan. Masing-masing dah mula bergerak.
v


 Letihnya berjalan ke sana ke sini sampai naik lenguh kaki. Hujung jaripun dah mula berdenyut-denyut dah. Rasa macam tak larat dah nak jalan. Lepak la sekejap kat bawah khemah ni. Lagipun masa ni hujan dah turun dah.


 Kesesakan lalu lintas yang amat teruk sekali. Pening aku menengoknya. Mujurlah aku bukannya warga bandar. Haha


 ^
Bosan menunggu bas yang tak kunjung tiba, aku klik la sana sini.
v


Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat kembali walaupun balik lewat dari jangkaan masa yang sepatutnya. Ikut jadual, kami akan sampai dalam pukul tujuh malam tapi disebabkan kesesakan jalan raya dan ada masalah semasa menunggu bas, lewat la kami sampai ke rumah. Dalam pukul 10.30 malam baru sampai.


Oh ya. Aku ada beli lima helai t-shirt yang ada logo penyatuan ummah ni. Aku belikan untuk mak aku pakai buat basahan. Ada yang tiga helai RM50. Lagi dua helai tu, setiap sehelai harga dia RM20. Kiranya, habis la RM90 untuk lima helai t-shirt kain cotton. Bila lagi nak sokong bisnes bangsa sendiri, kan? 


p/s: Moga Allah memberkati, merahmati dan memelihara penyatuan ummah ini dengan sebaiknya. Aamiin.
.

Tuesday, September 10, 2019

Jubah polos.

Assalamu'alaikum.

Jubah polos.

Takde apa nak cerita, maka aku letak aje la gambar jubah dari kain kosong ni kat sini. Pertama kali jahit jubah kain kosong dan pertama kali juga letakkan renda yang ada gam. Mudah guna renda macam ni. Gosok je sampai gam tu melekat kuat. Tapi untuk keselamatan, aku jahit jugak sembat halus supaya renda tu tidak tertanggal apabila kerap dibasuh nanti.

















p/s: Aku doakan sesiapa sahaja yang masuk dan baca entri dalam blog ni, Allah murahkan rezeki dia, diberikan kesihatan mental dan fizikal yang cukup baik serta ceria selalu. Aamiin. Doakan aku perkara yang sama juga ya. Terima kasih. 
.

Tuesday, September 3, 2019

Belajar dari kesilapan.

Assalamu'alaikum.

Belajar dari kesilapan.


Benarlah kata-kata ini: Jika kita tidak melakukan kesilapan, maka kita tidak akan tahu di mana silap yang kita telah lakukan. 





Ceritanya begini:


Tadi, aku pergi pejabat pos sebab nak poskan beberapa buah bungkusan #PrelovedNovelAzyma dan 
#BookCoverAzyma yang kastemer beli. Ada yang dah siap bersampul dari rumah, ada yang belum bersampul dan ada yang aku dah siap tulis pada borang poslaju.


Yang Flexi takde masalah. Yang nak jadi cerita ni, satu parcel tu guna poslaju. Aku dah siap tulis borang dari rumah lagi. Kiranya tinggal nak beli sampul je la. Sampai pos opis, akupun beli la sampul poslaju tu. Lepas tu, akupun bagi la sampul yang dah siap diisi tu pada staff kat kaunter tu.


Alih-alih dia cakap; Eh kak, ni salah borang ni. Mana dia borang warna purple yang saya bagi tadi? Akupun mula la buat muka blur dan terkejut. Aku jawab: Haaa...! Kenapa pulak salah borang? Bukan sama je ke borang tu. Tu borang yang akak mintak hari tu. Akak dah siap tulis dari rumah.


Lepas tu, staff tu cerita la sebab aku dah tanya macam-macam. Rupanya, borang yang warna coklat tu untuk sampul poslaju yang takde bubble kat dalam dia. Maknanya, kita boleh ambil borang tu dulu, kemudian kita kena beli sampul yang dipanggil Flyers tu kemudian. Yang ni takde bubble dan harga dia murah sikit. Kalau sampul saiz kecil tu, harga dia RM2 untuk sepuluh keping. Kalau saiz besar sikit, harga dia RM4 untuk sepuluh keping jugak. Kata staff tu la. Dan akupun melopong la dok oooo... ooo... ooo... Serius, aku memang tak tahu fasal ni. Tak taupun ada perbezaan fasal warna borang purple dan coklat tu sebab aku ingatkan semuanya sama je. Haha. Lagipun, aku memang dah lama tak beli sampul poslaju ni.


Lepas tu, dia terangkan lagi. Kalau sampul poslaju yang ada bubble tu, yang kita panggil sampul Prabayar tu, borang dia datang sekali dengan sampul. Maksudnya, jika sampul tu datang 1000 keping, maka borang tu pun 1000 keping jugak. Sebab tu la tak boleh bagi/ambil borang tu sesuka hati. Kena beli sampul dan dapatlah borang sekali.


Ooo... Faham la aku. Sebab kalau dulu-dulu, boleh je ambil borang tu dulu, lepas tu baru beli sampul prabayar tu. Tapi sekarang dah tak boleh dah. Mungkin sebab dulu takde sampul jenis Flyers tu kot.


Lepas ni boleh la beli Flyers je. Murah sikit kos dia untuk aku tapi untuk kastemer, harga poslaju tetap sama. Ehh, nak kena cari bubble dan bungkus sendiri, pun kena kita kos jugak maaa... There's nothing free in the world, okay. Everything must be paid by money.


Moga aku ingat benda ni dan harap tidak berulang lagi. Satu pengalaman baharu untuk aku. Alhamdulillah. Tak kena, tak tahu. Kan?



p/s: Sesungguhnya, pengalaman itu adalah guru yang paling berharga. Maka, hargai dan ingatilah setiap pengalaman yang pernah kita lalui kerana ia mendewasakan kita.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)