Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, July 12, 2020

Cara aku tanam keledek ungu isi oren.

Assalamu'alaikum.

Cara aku tanam keledek ungu isi oren.

Kalau dulu, aku main cucuk je batang keledak tu ke dalam tanah tapi sekarang, aku rendam dulu batang keledek tu. Apabila dah keluar akar yang agak banyak, barulah aku tanam dalam pasu.







Kalau dulu, batang keledek tu aku tanam je panjang-panjang dengan harapan setiap ruas akar tu akan keluarkan ubi. Tapi selalunya, aku punya keledek, ubi tu keluar hanya pada batang yang dicucuk sahaja. Tapi sekarang, aku tanam batang keledek tu pendek-pendek je.





Alhamdulillah, pokok keledek ungu isi oren aku ni dah mula subur dah. Ada dua pasu besar yang aku tanam dengan keledek ni. Setiap pasu tu aku cucukkan dengan empat keratan batang keledek. Harapnya, banyaklah nanti ubi dia. 





Aku tak pasti keledek ungu isi oren ni ambil masa berapa lama untuk keluarkan isi dia. Ada yang kata tiga hingga empat bulan dan ada pulak yang kata empat hingga lima enam bulan. Katanya, bergantung pada jenis keledek jugak. 


p/s: Takpe. Tunggu dan lihat aje la nanti. Semoga Allah panjangkan umur aku dan juga umur pokok keledek aku ni untuk aku lihat dan nikmati hasilnya. Aamiin.
.

Saturday, July 11, 2020

#HoboBag: Saja cuba-cuba.

Assalamu'alaikum.

#Hobobag: Saja cuba-cuba.

Aku saja je cuba-cuba buat hobo bag ni. Sebetulnya, masa ni mood nak mencuba buat sesuatu yang baharu tu sedang datang. Maka, lepas satu, satu aku buat. Malahan, apabila salah buatpun, gigih aku baiki balik semula sebab nak jugak tengok hasilnya macam mana.


Gambar kat bawah ni, sebenarnya aku salah letak pola. Pola tu aku salah tanda pada bahagian lipatan. Apabila dah salah tanda, maka salah jugalah apabila letakkan pola tu atas kain. Masa ni aku tak tahu lagi pola tu salah. Tu yang aku terus je sambung buat kerja tanpa ada rasa bersalah. Haha.






Dah siap potong semua kain, masa nak cantum kain tu baru aku perasan yang aku dah tersalah potong kain tu. Allahu..! Apa lagi, terduduk la sekejap sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Haha. Tapi, macam yang aku bagitahu tadi yang aku nak jugak tengok hasilnya, maka aku kuatkan semangat aku. 


Jadi, aku ambil keputusan untuk potong di tengah-tengah kain tu. Kalau nak potong kain yang baharu, rasa sayang pulak dengan kain yang dah tersalah potong tu. Takpe, kita buat dia, kan? 




Dan, beginilah hasilnya hobo bag aku yang tersalah potong tu. Akhirnya, jadi jugak dia beg. Cuma dia punya ukuran tu aku tak sangka pulak besar jadinya. Haha.









Lepas tu, aku buat pulak hobo bag guna peten yang lain pulak. Aku follow video kat bawah ni. Tapi apabila beg tu siap, pun besar gedoboh beg-nya. Haha. Hentam aje la labu...













Sebenarnya, nama beg ni hobo bag atau boho bag? 
Akupun confuse dah haa.. Haha.


Lepas tu, sebab kain ada baki lagi, maka akupun buat pulak tote beg ikut video yang ini pulak.







Dapat la aku tiga buah beg hasil dari tangan sendiri. Walaupun rupanya tidaklah secantik mana namun kepuasan itu tetap ada. Alhamdulillah.


p/s: Kain ada stok lagi ni. Banyak corak yang ada. Tunggu kerajinan tu datang baru aku godek video kat youtube tu. Haha.
.

Thursday, July 9, 2020

Oh my buah strawberry..! 🍓🍓🍓

Assalamu'alaikum.

Oh my buah strawberry..! 🍓🍓🍓



Oh my buah strawberry..! Dah la buahnya kecil cinonet, lepas tu ada kesan kena gigit pulak. Mujurlah tak kena ngap habis. Haha.


9/7/2020


Besar lagi kuku aku dari buah strawberry ni. Hehe. Apapun, syukur alhamdulillah. Dapat juga merasa buah strawberry yang ditanam sendiri. 🍓🍓🍓



Sebelum kena kokak habis, baiklah aku petik dulu walaupun belum merah. Karang tak merasa pulak. Haha


Aku beli tiga pasu pokok strawberry dari jiran. Kat rumah dia, memang banyak pokok strawberry ni. Tu yang aku geram. Satu pasu tu harga dia RM10. Jadi, tiga pasu harga dia RM30 la. Memang subur pokoknya. Tapi apabila aku yang jaga, pokoknya mula-mula elok je dan keluarkan sulur baharu tapi lama kelamaan, pokoknya mati. Yang ada buah ni adalah anak dari pokok asal iaitu sulur dia yang aku tanam dalam pasu lain. 


22/6/2020


p/s: Aku tak jaga sangatpun pokok strawberry ni. Sebabnya, apabila aku jaga beria, habis semuanya mati. Jadi, aku biarkan aje la dia survive sendiri. Kau nak hidup, hidup la. Kau nak mati, mati la. Malas sebenarnya nak jaga pokok yang manja terlebih ni. Dah tu, kenapa beli? Beli sebab nak juga ada pengalaman menjaga pokok strawberry ni.
.

Monday, July 6, 2020

Selamat jalan Debot. 😭😭😭

Assalamu'alaikum.


Selamat jalan Debot. 😭😭😭


Awal pagi ini (Isnin) lebih kurang pukul 7.40 pagi, #Debot kesayangan aku akhirnya pergi untuk selama-lamanya. 😢😢😢 Menangis aku dibuatnya. 


Selamat jalan Debot. 😥😥😥


Debot ni aku perasan mula monyok masa hari Sabtu. Selalunya, mana aje aku pergi, dia akan sibuk mengacau tapi hari Sabtu tu, masa aku sedang menyapu daun gugur di laman, dia takde pulak datang. Tertanya-tanya jugak dalam hati tapi aku fikir mungkin dia malas. Lepas je siap menyapu, aku tengok dia ada lagi kat tepi longkang sebelah laman tu. Dia diam je kat situ. 


Aku rasa tak sedap hati. Akupun panggil la Debot tapi dia masih lagi diam tak menyahut langsung panggilan aku sedangkan jika dia sihat, aku panggil sekali je dia terus datang berlari-lari. Maka, akupun ambil la dia kat tepi longkang tu. Allah..! Allah..! Allah...! Aku tengok mulut dia ada buih sikit dan dah ada bau busuk. Terus aku angkat dia masuk dalam rumah. Terkial-kial aku bagi dia minum air. Aku takut dia jadi macam kes #Olen hari tu.




Akupun terus masukkan Debot dalam sangkar dan selang dua jam, aku bagi dia minum air guna syringe. Mula-mula dia macam susah nak telan air tu dan mula terjeluek dan muntahkan air tu balik tapi aku tetap bagi dia air. Esoknya, aku bagi pulak dia minum air kelapa. Lepas bagi air kelapa tu, bau busuk mulut dia dah kurang dan dia takde la susah sangat nak telan air. Cuma sesekali tu dia terjeluek jugak. Akupun rasa lega la sikit sebab aku rasa mungkin dia dah okay sikit. Rupanya, telahan aku tersasar.




Pagi ni, aku cakap kat abang aku, minta tolong dia bawa Debot pergi klinik sebab aku tengok dia makin lemah. Lepas tu, aku bagi dia ubat sebab dia dah boleh menelan. Lepas je bagi ubat tu, terus dia meronta-ronta. Tak lama lepas tu, terus dia diam dan badan dia terus lembik terkulai. 😿😿😿 Akupun apa lagi, terus aje la meleleh air mata. Aku dah cuba tahan air mata tu supaya jangan keluar tapi dia tetap jugak nak keluar. Sekarang ni masa aku taip kisah ni pun air mata aku bergenang kembali. 😭😭😭


Takpe la Debot. Pergilah. Masa untuk dia dah sampai. Allah pinjamkan sekejap je dia untuk hiburkan hati aku, untuk jadi teman aku di rumah ni. Kalau siapa yang ada dalam senarai kawan-kawan aku di facebook, mesti dorang dah biasa tengok aku selalu post cerita fasal si Debot ni.


Aku letak gambar Debot kat dalam entri ini untuk dijadikan kenangan abadi. Memang banyak gambar dan video dia yang aku ambil.






Image may contain: laptop and screen

No photo description available.

Image may contain: cat and indoor

Image may contain: dog, shoes and indoor

Image may contain: shoes, cat and indoor
Debot 4 beradik. Sekarang dah tinggal 3 je. 


Image may contain: indoor

No photo description available.















No photo description available.




Ini video terakhir #Debot. Lepas ni, dah takde dah video terbaharu dari Debot. Aku pasti akan merindui dan teringat-ingat ragam dan aksi dia sebagaimana aku ingat pada si #Momok, #Cogheng dan #Cobey





p/s: Tiada lagi Debot yang suka makan durian. Tiada lagi Debot yang berebut nak ambil kurma di jari aku. Tiada lagi Debot yang kuat mencengkam kuku. Tiada lagi Debot yang aku selalu potong kuku dia yang tajam dan panjang. Yang tinggal kini hanyalah kenangan. 
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)