Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 22, 2020

Sumbangan covid19.

 Assalamu'alaikum.

Sumbangan covid19.


Alhamdulillah. Ini adalah antara barang sumbangan daripada kerajaan Negeri Pahang, sumbangan daripada YB Menteri Besar Pahang, sumbangan daripada FELDA, sumbangan daripada Ahli Parlimen Cameron Highlands dan sumbangan daripada pihak kedai koperasi yang aku dapat masa di awal PKP hari tu. Baru sekarang aku masukkan dalam entri dalam blog. 😁😁😁


Aku mula dapat sumbangan pada 5/4/2020. Lepas tu, datang lagi sumbangan lain. Alhamdulillah. Rezeki yang aku tak sangka. Sebabnya, aku takde la memohon bantuan. Takut nanti dikata macam-macam. Tapi apabila ada pihak yang ikhlas memberi, aku terima dengan penuh kesyukuran dan berdoa semoga Allah sentiasa murahkan rezeki pada mereka yang memberi itu. Aamiin.




Sumbangan daripada pejabat Menteri Besar dan kerajaan Negeri Pahang.


Sumbangan daripada YB Ramli Mohd Nor.


Sumbangan daripada kedai koperasi peserta. Siap ada ikan sekali tu. Alhamdulillah.


Sumbangan daripada Felda. Ni sumbangan yang terakhir aku dapat pada 16/4/2020. Alhamdulillah, dapat beras Faiza Emas. Lepas tu, terus aku melekat dengan beras ni. 


Sumbangan ini banyak membantu meringankan bebanan keluarga aku. Tambahan pulak masa PKP tu, ahli keluarga bertambah sebab dorang tak boleh balik ke rumah masing-masing. 


Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang memberi sumbangan. Alhamdulillah.


p/s: Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Gittew..!

.

Tuesday, August 11, 2020

Cara buat ayam goreng crispy.

 Assalamu'alaikum.

Cara buat ayam goreng crispy.

Ini cara kakak aku buat ayam goreng crispy ni. Hari tu, masa dia balik sini sempena raya haji, dia ada buat ayam crispy ni. Aku ada je stok tepung serbaguna bestari untuk goreng ayam tu tapi kakak tak nak guna tepung tu. Dia buat resepi dia sendiri. Saja la aku kongsi kat sini untuk rujukan aku di masa akan datang.




Bahan yang diperlukan untuk buat ayam goreng crispy: Sukatan bahan bergantung pada kuantiti ayam yang kita gunakan. 

1 @ 1/2 ekor ayam - potong
4 sudu makan penuh tepung jagung
2 sudu makan penuh tepung beras
1 sudu makan penuh serbuk kari ayam/daging
Sedikit garam halus - sukatan macam kita nak goreng ayam biasa tu
Sedikit daun kari - optional
1 sudu makan penuh cili kering kisar - optional (aku tak letakpun)
Halia - optional. Halia ditumbuk kasar.
Minyak untuk menggoreng

1- Bersihkan ayam. Toskan dan ketepikan sekejap.
2- Campurkan semua bahan lain dan bancuh dengan sedikit air. Bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3- Masukkan ayam tadi dan gaul sebati.
4- Goreng ayam tadi dengan minyak yang agak banyak. Tutup kuali semasa menggoreng untuk bagi ayam tu masak sekata. Api dapur jangan besar sangat.

Nota: Boleh juga masukkan terus ayam ke dalam bancuhan bahan tadi dan lepas tu, baru masukkan sedikit air dan gaul rata.



Aku malas nak tumbuk halia dan ambil daun kari. Jadinya, aku guna bahan asas tu je. Sedap makan panas-panas. Aku makan dengan nasi. Alhamdulillah, kenyang. 😋😋😋


p/s: Selamat mencuba..!

.

Friday, August 7, 2020

Pokok inai pemberian blogger Kak Erna.

 Assalamu'alaikum.

Pokok inai pemberian dari blogger Kak Erna.

Alhamdulillah. Pokok inai pemberian dari blogger Kak Erna sudah semakin besar dan daunnya juga semakin lebar. Aku terima pokok inai ni pada 20/6/2020 yang lalu. Petang tu jugak aku tanam dalam pasu.

Terima kasih Kak Erna atas pemberian pokok inai ni. Lepas ni, boleh la aku tepek inai kat kuku aku yang mudah patah tu. Harapnya, lepas tu kuku aku akan jadi lebih kuat dan sihat.


p/s: Terkial-kial nak gunakan format baru blogger ni. Nak letak tulisan antara gambarpun tak reti aku nak buat. Haiihh... 

.

Friday, July 24, 2020

Penting sangat ke gadget tu?

Assalamu'alaikum.

Penting sangat ke gadget tu?

Kadang, kalau kita tegur, dimarahnya kita balik. Ada aje alasan yang diberi untuk memenangkan diri sendiri. Katanya, gajet ni keperluan masa terkini. Jadi, kenalah ikut supaya tidak ketinggalan. 




Anak masing-masing, ikut suka mak ayah dorang la nak ajar macam mana. Kalau ditegur, nanti kena kecam balik semula. Lagipun mak ayah dorangpun sama jadi hamba gadget. 


p/s: Sebab tu aku takde handphone yang canggih-canggih ni. Whatsapp pun aku takde sebab handphone aku jenis cokia. Gadget aku cuma laptop aku ni je. 
.

Friday, July 17, 2020

Oh my pokok mulberry..!

Assalamu'alaikum.


Oh my pokok mulberry..!

Ini pokok mulberry aku. Pokoknya kecil sahaja. Jarang sangat berbuah apatah lagi berbuah lebat. Tapi kali ini, aku tengok buah dia banyak la jugak. Mungkin kesan dari letak baja.








p/s: Kadang, tak sempat nak makan buah mulberry ni sebab tupai dah makan dulu. Kalau bukan tupai, mungkin burung. Takpe la. Rezeki dorang. Makan aje la.
.

Thursday, July 16, 2020

Kuih tiram / kuih lidah buaya.

Assalamu'alaikum.


Kuih tiram / kuih lidah buaya.

Projek buat kuih tiram atau kuih lidah buaya ni dah lama. Aku buat masa awal #PKP hari tu. Tapi disebabkan malas ya amat, maka gambarnya tersimpanlah dalam folder di laptop. Hari ni baru aku rajin nak masukkan dalam blog sebab dah banyak sangat gambar dalam laptop aku tu. 😁😁😁 Semua gambar ni aku ambil pada 15/4/2020 hari tu. Sekarang dah 16/7/2020 dah. Dah tiga bulan dah gambar ni aku peram. Haha.






Ini merupakan kali pertama aku cuba buat kuih tiram ni. Dah banyak tahun tertangguh nak buat tapi tak buat-buat jugak sebab rasa tak yakin tu kuat sangat. Lagipun, kuih ni agak leceh nak buat sebab banyak langkah yang perlu diikuti. Akhirnya, tahun 2020 barulah jadi buat. Itupun sebab ada pembantu cilik dua orang tu. Kalau dorang takde, memang tak buat jugak jawabnya. Tapi dia punya excited nak tengok hasilnya tu sangatlah tinggi. Haha.









^
Gulung biar padat dan ketat. Lepas tu, baru potong anggaran seinci.
v


Kena tegakkan macam ni. Lepas tu, baru gelek.


^
Mula-mula, anak buah aku sorang je yang dok gelek tapi lepas tu, sepupu dia nak jugak buat. Terpaksalah aku cari penggelek extra. 
v


^
Bersungguh-sungguh betul dorang tekan penggelek tu. Aku cakap, tekan sikit je. Nanti kalau tekan beria, tangan jadi cepat lenguh.
v


^
Ini yang aku gelek. Gemuk pendek macam tuan dia jugak. Kah..
v

^
Ini yang budak dua orang tu punya kerja. Dah macam bukit apa dah jadinya. Dah la panjang lepas tu nipis pulak. Jenuh nak tarik. Haha.
v

Muka excited dengan hasil tangan masing.masing. 
Terima kasih girls. Nanti tolong lagi ya.











Aku malas nak cari resepi yang aku guna hari tu. Aku letak link ni aje la. Sama aje kot resepinya. Nanti kalau aku rajin dan jumpa resepi tu, aku masukkan balik dalam entri ini. Rasanya aku gunakan resepi yang ini (sila klik).


p/s: Sedap kuih tiram ni tapi tu la, nak membuatnya memang kena ada pembantu.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)