Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 4, 2023

AKRF 2022

Assalamu'alaikum.

AKRF 2022.

Hari ini, 4. 1. 2023 bersamaan dengan hari Rabu, bermulalah penilaian awal AKRF bagi rancangan Felda kami. Seawal pagi lagi kami dah berkampung di dewan GPW untuk menyambut ketibaan para juri dan aktiviti yang lainnya.

Aku tepek gambar dan video je la. Tak tau dah nak celoteh panjang lebar. 😁😁😁
















































































p/s: Lega bila dah selesai. Boleh la aku berehat.

.

Tuesday, January 3, 2023

Persiapan terakhir #akrf 2022.

Assalamu'alaikum.

Persiapan terakhir #akrf 2022.


Pagi ini, team GPW bertungkus lumus membuat persediaan terakhir untuk #akrf 2022 yang akan berlangsung pada esok hari iaitu pada 4. 1. 2023.

Sebelum ni pun kami dah buat persediaan dah tapi tarikh akrf ni asyik ditunda je. Rasanya dah empat kali kena tunda kot hingga satu tahap, kami dah rasa down sangat dah. Kalau boleh, biarlah semuanya selesai cepat sebab kamipun nak beri tumpuan pada projek cili fertigasi kami tu. Kami tak nak la nanti jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Rugi la kami nanti.








 p/s: Sibuk sangat sampai tak sempat nak ambil gambar. Ni pun pinjam gambar dan video dari grup whatsapp. 

.

 

Monday, January 2, 2023

Final touch untuk taman blok.

Assalamu'alaikum.

Final touch untuk taman blok.

Pagi tadi, aku cat lagi untuk taman blok. Ini yang last sekali sebelum #akrf bermula pada 4. 1. 2023 ni. Otak aku dah blank dah. Aku dah tak boleh nak fikir apa lagi yang aku buat untuk hidupkan lagi taman blok aku ni. Sudahnya, aku main conteng-conteng je la cat warna putih tu 












p/s: Aku buat mana yang termampu je.

.

Monday, December 26, 2022

Tuaian pertama cili bara.

Assalamu'alaikum.

Tuaian pertama cili bara.

Alhamdulillah. Pagi tadi team kami memulakan tugas untuk memetik buah cili bara ni.


















Semua sekali tuaian kali pertama ni dapat la dalam dua belas kilogram. Alhamdulillah.

p/s: Moga pokok semakin sihat dan subur serta mengeluarkan buah yang besar dan banyak. Aamiin.

.

Thursday, December 22, 2022

Selamat jalan Debot. 🥺🥺🥺

Assalamu'alaikum.

Selamat jalan Debot  🥺🥺🥺

Pada 17. 12. 2022 yang lepas, aku kehilangan seekor lagi kucing angkara virus. Kali ini si Debot yang jadi mangsa virus jahanam tu. Sebulan lepas, abang Debot iaitu Panjang, juga mati akibat virus. Panjang mati pada 16. 11. 2022.



Ni masa Debot sakit.






p/s: Tiada lagi Debot yang suka berebut makanan.

.

Peah.

Assalamu'alaikum.

Peah.

Ini si Peah. Nama je gegurl tapi sebenarnya boboy. 🤭🤭🤭 Sekarang Peah dah makin kurus dan selalu sakit. Mungkin sebab umur dah semakin meningkat. Masa dia datang ke rumah ni, rasanya umur dia mungkin dalam sebulan lebih. Kecil lagi dah kena buang.


















p/s: Moga Peah terus sihat. Tinggal dia je sekor kucing jantan setelah yang lainnya mati dek serangan virus termasuklah di Debot dan si Panjang. Sedih betul. 😭😭😭

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)