Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, November 11, 2010

GAMBAR KUCING BERJALAN DALAM AKUARIUM IKAN...???

Assalamualaikum....


Waahhh...
Hebat betul anak kucing aku yang sekor ni...
Kecik-kecik lagi dah pandai berjalan...
Bukan jalan yang biasa tu laa...
Yang tu bebi kucing baru beranakpun boleh buat.... ;p
Tapi yang ni berjalan dalam akuarium ikan...!!!
Tanpa bantuan alat pernafasan lak tu...
Hebat...!! Sangat sangat hebat...!!
Bangga aku jap... ^___^

Kucing korang boleh ke buat camtu..??
Konpem tak boleh punya laa...
Sebab kucing korang kan takut dengan air...
kihkihkih...


Ini ikan laa... Bukan kucing.... hehehe...


Haaaa....
Yang kat bawah ni baru la gambar kucing tengah berjalan kat dalam akuarium ikan tadi...
Rilek je dia ambil angin dan bau kat situ.... hahaha...
Mujur tak kena "sengat"... =D

Korang tengok aje dulu gambar-gambar ni ehh...
Aku nak keluar kejap...
@___@

:
:
:
:
:
:
V

Cantik jugak pemandangan kat dalam "laut" ni...
Ehhh... ada "kapal selam" laaa.... Bestnya.... **kehkehkeh....


Macam ada bau ikan sadin je ni.... **sambil kembang-kempiskan hidung.... ;p


Mana ikannya ni...???
Huwaaa.... dah kena tipu....
Air takde, patut la ikanpun takde jugak....
huhuhu....


Aku kata: Lu kena bebbb....!!! Kakakakakakaka.... laaarrriiiiiiiiii.........!!!
Lu = Korang laa... hahahaha....

Wednesday, November 10, 2010

LAGU TUDUNG PERIUK... :P

Assalamualaikum...


Pernah dengar lagu tudung periuk...??
Alaa.... Lagu tudung periuk yang pandai menari tu...
Issshhh... Tak kan la tak pernah dengar langsung haiihh...

Nak aku nyanyikan ke..??
Boleh je... kehkehkeh...

**Fokus tauu... :p

Kainlah yang buruk...
Kain yang buruk berikan kami..
Buat menyapu...
Buat menyapu si air mata....
huhuhu....

Saya kunci lirik iniiiiiiiiii........!!!




Sebenarnya aku nak cakap pasal kain batik ni je. Gambar kat atas ni adalah merupakan kain sarung batik yang telah ditransformasikan menjadi baju kurung kedah. Baju ni kepunyaan mak kawan aku. Okay jugak buat baju... kan... Pakai baju dari 100% bahan kapas ni memang selesa, lebih-lebih lagi musim hujan macam sekarang ni... Sejuk je kannnn... =D

Ye la, daripada kain batik tu bertimbun-timbun dalam almari, baik buat baju je. Beli kain batik mahal-mahal, ada yang batik Jawa la, batik Ganu la, batik Langkawi la, pastu tak pakai sebab sayang... tup-tup bila tengok balik, dah habis berlubang-lubang kena tebuk dek lipas... Tentu timbul seribu penyesalan lepas tu.... ye tak..??

Lagipun kain batik ni orang pakai masa dalam pantang je. Aku kat rumah ni pun dah jarang pakai kain batik. Aku lebih selesa pakai tracksuit dengan suar cerut yang aku jahit sendiri je... Tapi aku suka pakai baju kurung kedah ni. Soooo selesa... Takde la nak nampak bayangan benjol yang bersepah kat sana sini... ahakkss... =))

Aku kata: Aku dah mula intai-intai kain batik mak aku yang bersusun dalam almari ni. Nampak gayanya ada la kain batik yang bakal 'missing in action' nanti... hehehe...

POK... POK... POK... Bujang Lapok... =)

Assalamualaikum....


Kisah seorang ibu dan anaknya yang sedang merajukkkkkk...
Baca seperti menyanyi lagu iklan ubat batok cap ibu dan anak tau...
Hahaha...

Takde la... Saje je aku nak tempek gambar si Popok ni. Dia ni memang manjanya agak berlebih-lebihan sikit. Kadang-kadang rasa macam nak sekeh je kepala dia tu. Bukan nak sekeh laa, dah sekeh dahpun.... hehehe..

Dia ni macam takut sangat nak tidur kat luar. Padahal kat luar/beranda rumah ni ada kerusi rotan yang masih ada kusyen lagi. Kiranya cukup selesa la kalau spesis macam dia nak terbongkang. Tapi, dia tetap nak masuk dalam rumah jugak. Selagi tak dapat masuk, selagi tu la dia akan memanjat tingkap kat bilik jahit aku ni. Dah la cermin tingkap tu habuknya setebal bibir anjelina juli, kena pulak kesan-kesan cakar kaki dia tu lalu terhasil la corak abstrak yang takde kat mana-mana galeri lukisan... muahahaha....

Nampak tak kaki depan dia tu.?? Memang sengaja dia cengkamkan kuku dia kat cermin tu, pastu mulut dia dok bising la konon-kononnya kaki dia stuck kat situ. Pastu nanti kepala dia asek tolak-tolak je cermin yang sememangnya dah longgar tu. Nak tak nak, terpaksa jugak aku bukak tingkap tu bagi dia masuk. Risau jugak kalau cermin tu pecah dan tertimpa kat atas kepala dia tu... Bijak betul dia plan strategi... =D


Hamboiii...!!! Bukan main lagi dia ehh... Bila dah bukak tingkap ni, boleh pulak dia dok rileks kat atas cermin tu. Pastu buat muka selamba je. Aku kalau boleh nak tutup cepat-cepat tingkap tu sebab kalau lambat tutup, maka berduyun-duyun la sedara mara dia masuk sekali. Dah banyak dah bulu dorang yang melekat kat cermin tu... huhuhu....


Sengaja je dia julurkan kaki dia tu. Aku tak kira, selalunya aku tarik je kaki tu biar dia cepat turun. Tak kuasa aku nak tunggu dia ambil angin kat situ haaiihh... Malam-malam buta lak tu.... Kang nak tarik kaki dia, tertarik lak benda lain.... Takutttttttt.... =D


Risau betul aku masa budak ni datang rumah aku hari tu. Si Popok ni macam nak terkam je tangan dia yang terkuit-kuit tu. Tengok tu, dia asyik pandang je budak ni... Jenuh aku halau dia suruh duduk jauh-jauh...


Aku kata: Enpon aku dah rosak....Lepas ni tak dapat la aku nak letak gambar kat sini. Terpaksa la recycle je gambar yang sedia ada.. Ada yang nak tolong sponsor enpon untuk aku tak..?? Huhuhu... sreeeetttttt...!!!

Monday, November 8, 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI: Sila la datang lagi... :-)

Assalamualaikum...

Tolong laa jangan gelak... huhuhu..

Blog aku tak popular. Blog aku tak best. Blog aku banyak merapu je. Blog aku dengan owner blog tak glemer. Okay takpe, sebab memang akupun jenis yang low profile... =D

Blog popular boleh cecah lebih dari 500 hingga 700 visitor setiap jam..!!! Takpe la, sebab blog tu best dan menarik. Owner blog tu pulak ada rupa dan kerjaya yang bagus. Aku apa ada..?? Okay takpe, aku terima hakikat kekurangan yang ada pada aku dan blog aku ni. Perlu ke aku bersusah payah mencari meja semata-mata nak nangeh kat celah meja tu..? Rasanya tak perlu kot... Masih boleh diperbaiki mana yang kurang tu... kannn... *sedapkan hati sendiri... =)))

Blog lain tayangkan graf visitor untuk sehari tapi aku tayangkan graf untuk sebulan. Sebab blog aku takde yang nak masukpun. Sehari nak dapatkan sorang visitorpun payah. Maka terpaksa la owner blog menjenguk selalu blog dia.... ^__^

Ni graf untuk sebulan. Tak sampai 300 visitors pon. Kalau aku kata ni graf untuk seharipun takde siapa yang tau kecuali DIA. Tapi aku bukannya penipu, apa lagi untuk menipu benda macam ni.... huhuhu.... *Lupa pulak nak crop bahagian tertentu, kalau tak boleh jugak menipu sunat... :-)


Terima kasih la pada semua visitor terutama sekali yang datangnya dari blog pertama tu. Kalau la dorang boikot blog aku, mau aku terjun gaya nyamuk tiruk kat air kolam ikan keli aku ni... :p


Nasib baik takde keywords yang merapu... Semuanya sopan-sopan je macam aku jugak... *sila jangan pengsan kat sini ya.... hahaha...


Walaupun jumlah kehadiran visitor dari negara luar ni sikit je, namun aku dengan rasa rendah diri dan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran korang. Tak kisah la kalau korang masuk tak sampai 2 minitpun.... hehehehe... Namun begitu, ada kalanya visitor dari luar ni lagi lama melepak kat sini daripada visitor dalam negara sendiri... (^__~)


Aku kata: Terima kasih daun keladi... Jika datang tu, tolong la klik nuffnang tu sekali... hahaha....

***************
Update:

Yiiihhaaaaa....... The Blues sudah bambambammmm... LEBAMmmmm... *sukasukasukasukasangatsangat...

Saturday, November 6, 2010

PHOTOSCAPE: Murah dan mudah.. =)

Assalamualaikum....

PHOTOSCAPE: Murah dan mudah.. =)

Hari tu aku dah cuba gunakan picnik untuk mengedit gambar. Okay la jugak gambar yang telah di'modify'kan. Cuma ada masalah sikit bila gunakan picnik ni. Aku rasa macam berat sikit proses untuk loading tu sebab laptop aku selalu je 'hang'. Bila dah 'hang' camtu, semua page tak boleh nak bukak. Malahan 'cursor' pun tak nak bergerak. Mungkin juga ada kaitan dengan kelembapan line internet kat tempat aku ni. Lepas tu, picnik ni ada yang tertentu je boleh gunakan khidmat percuma. Mana yang advanced sikit, kalau nak guna kena caj. Tak kuasa aku nak bazir duit haiihhh... Banyak lagi kaedah yang free, tapi kena la rajin google dan jangan malu bertanya macam aku ni... =)

Oleh sebab itu, akupun mulalah menggunakan kaedah photoscape. Dulu Nami dah pernah ajar dah cara nak gunakan photoscape ni tapi disebabkan aku ni penakutnya agak tebal, maka aku diamkan aje dulu. Baru dua tiga hari ni aku selongkar balik tutorial tu. Nasib baik la aku masih lagi simpan 'perbincangan' tu kat dalam draft. Kiranya aku ni jenis yang beringat jugak la... kehkehkeh.... Dan yang bestnya, photoscape ni tidak meng'hang'kan laptop aku...

Mula-mula kena la download software dulu. Nak download tu, kena la pegi kat web photoscape.. Kalau pegi kat web masakan, memang tak jumpa la cara nak download tu. Jumpa potatochip mungkin la kot... hahaha... Aku download yang first tu. Tak meletop pon laptop aku... :P

Lepas dah setel download, kena la 'open' dan 'run' kan file photoscape tu. Kalau biar cmtu je memang sampai bilapun tak menjadi. Ikut je apa yang disuruh buat nanti... Don't worry... ;p


Download Photoscape 3.5
Photoscape is a fun and easy photo editing software that enables you to fix and enhance photos.
To install Photoscape 3.5 on your computer, click one of the Free Download buttons below.

Get it from CNET Download.com!<=Aku download yang ni.


:: Free Download from download.cnet.com (16.5MB)


Get it from brothersoft.com!
:: Free Download from brothersoft.com (16.5MB)


Get it from softonic.com!
:: Free Download from softonic.com (16.5MB)




















Kat sini aku sertakan beberapa gambar yang telah aku edit. Mungkin tak secantik dan sehebat kerja orang yang dah biasa dalam bidang editing ni. Namun sebagai orang yang baru nak belajar, kira okay la kot.... Kalau tak okaypun, masih boleh belajar lagi. Apa susah..? Kannn... Tak payah la nak nangeh guling-guling sampai jatuh katil haiihhh... =)











p/s: Semua gambar adalah hak cipta terpelihara ya... ahakk... =D

Friday, November 5, 2010

MENGEBUN..???

Assalamualaikum...

Hmmm...
Hari ni badan aku lesu dan sengal je. Mungkin sebab semalam aku buat kerja 'mengebun'... hahaha... ayat baru ya adik-adik...

Sebenarnya tanah dan pokok bunga kertas ni dah 4 hari beli tapi dok tersadai je kat situ... Biasa la, mood asek ting tong je... hikk... Jadi, tengahari semalam akupun mula la jalankan misi. Cehh... macam la besar sangat misi tu, padahal 4 biji pasu tu emak aku dah tolong curahkan dengan tanah merah. Aku tinggal nak masukkan tanah hitam dengan anak pokok bunga kertas tu je... hahaha...

/\
See... Ada satu pasu lagi belum berisi pokok bunga. Nak kena beli lagi la bunga kertas ni. Sepokok bunga kertas sekarang harganya adalah 5 hengget.. Tak dapat dah macam dulu, 10 hengget untuk 3 anak pokok bunga kertas...Kat tempat korang cmner lak..? Sama harga ke dengan kat sini...?


/\
Ni tanah yang aku gunakan. Dua jenis tanah ni untuk setiap pasu tadi. Tanah merah tu 5 bungkus harga dia 10 hengget manakala tanah baja tu pulak 10 hengget untuk 3 bungkus.

Baru nak mula 'mengebun' ternampak pulak sekor makhluk perosak ni. Sebelum dia rosakkan pokok bunga aku yang sememangnya dah banyak yang rosak, baik aku hapuskan dia dulu. Amacam...!!! Kejam tak..?? Peduli laa... hahahaha.... ;p

/\
:
Ehehhh....!!! Seronok nampak bertenggek kat tepi pasu aku tu... Siap la ko...!!

~~~~~

Kan dah kena lenyek... Semua jenis bab* perlu dihapuskan dengan segera... =)
:
\/


Aku kata: Tanya-tanya la khabar keluarga kat kampung yang dilanda banjir tu. Jangan la asyik sangat mengadap pc. Kang tak pasal-pasal dengan ko sekali 'hanyut'... :)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)