Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, May 28, 2011

Masanya hampir tiba...

Assalamualaikum...

Masanya hampir tiba...
Untuk bergelar juara antara juara...
Mana satu yang hebat antara kedua-duanya...

Menang atau kalah adat pertandingan...
Yang menang akan menangis kegirangan...
Yang tewas pula sudah semestinya menangis kesedihan...

Penonton dan penyokong kedua-dua pasukan kat negara ni jangan pulak terlampau taksub...
Kalau MU menang, bukannya dapat cutipun...
Kalau Barca menang, bukannya dapat bonus pergi melancong...
Heeeeee.....

Kecualilah kalau pasukan Malaysia yang menang dalam percaturan ini...
Bila agaknya tu ehh...?
Mudah-mudahan... huhuhu...


Atau..


Apsal la dorang ni main pukul dua tiga pagi ehh... 
Mata aku tak larat nak menunggu...
Kalau pukul dua belas tengah malam tu masih kira okay lagi la...
Boleh lagi bertahan...

So, aku bagi peluang kat korang tengok dulu la...
Aku tengok result je pagi esok...
Kehkehkeh....

p/s: Glory.. Glory.. Manchester United... :P

Ketahui kandungan kalori yang kita ambil..

Assalamualaikum...


Sedikit sebanyak berkenaan dengan kandungan kalori berpunca daripada makanan dan minuman yang kita ambil sehari-hari. Aku CnP je komen ni yang diletakkan oleh seorang pembaca kat page fesbuk WHI TV3. Dah lama dah benda ni terperap kat dalam draft, baik aku lepaskan dia kat sini.. =)


MAKANAN SEGERA

BURGER

1. Burger Daging (1 biji) - 317 kalori
2. Burger Keju ( 1 biji) - 341 kalori
3. Burger Keju+ Daging (1 biji) - 438 kalori
4. Hot Dog (1 biji) - 225 kalori
5. Sundae Coklat(1 cawan) - 380 kalori
6. Pie Epal (1 keping) - 260 kalori

PIZZA

1. Pepperoni Daging (1 keping) - 155 kalori
2. Daging, Ayam, Bawang (1 keping) - 242 kalori
3. Ayam & Nanas (1 keping) - 268 kalori
4. Bawang, Tomato & lain-lain (1 keping) - 149 kalori

PASTA & SPAGHETTI

1. Sos Daging & Keju (1 pinggan kecil) - 444 kalori
2. Kosong (1 pinggan kecil) - 169 kalori

AYAM

1. Ayam Goreng (1 ketul) - 290 kalori
2. Chicken Wing (1 ketil) - 166 kalori
3. Thigh (1 ketul) - 320 kalori
4. Mashed potato ( 1 mangkuk sederhana) - 87 kalori
5. Coleslaw (1 mangkuk kecil) - 62 kalori
6. French Fries (1 mangkuk kecil) - 290 kalori

SANDWICH

1. Tuna (1 set) -174 kalori
2. Ikan, Salad (1 set) - 328 kalori
3. Ayam, Salad (1 set) - 481 kalori
4. Ayam (1set) - 270 kalori

SNEK

1. Pasembur (1 pinggan) - 752 kalori
2. Agar-Agar (1 keping) - 37 kalori
3. Cendol (1 mangkuk) - 199 kalori
4. Bubur Chacha (1 mangkuk) - 165 kalori
5. Bubur Kacang Hijau (1 mangkuk) - 244 kalori
6. Yoghurt Rendah Lemak (150g) - 100 kalori
7. Ais Krim (2 scoops) - 105 kalori 
8. Ais Kacang (1 mangkuk) - 258 kalori
9. Potato Chips (1 pek kecil) - 95 kalori
10. Keju diproses (1 keping) - 54 kalori
11. Almond/Cashew Nuts (6 biji) - 45 kalori

MINUMAN

1. Chinese Tea ( 1 gelas) - 0 kalori
2. Jus Segar, pemanis (1 gelas) - 120 kalori
3. Milo 'O' 2 sudu kecil (1 gelas) - 50 kalori
4. Air Kelapa (1 biji) - 110 kalori
5. Susu Soya (1 paket kecil) - 163 kalori
6. Tau Foo Far, 1 sudu kecil gula (1 mangkuk) - 144 kalori
7. Susu Rendah Lemak 3 sudu kecil (1 gelas) - 130 kalori
8. Susu Penuh Krim 3 sudu kecil (1 gelas) - 150 kalori
9. Ice Lemon Tea + 1 sudu gula ( 1 gelas) - 26 kalori
10. Air Bandung (1 gelas) - 150 kalori
11. Minuman Ringan (1 tin) - 120 kalori
12. Milo + pemanis (1 cawan) -133 kalori
13. Kopi 'O'/Teh 'O' (1 cawan) - 83 kalori
14. Teh Tarik (1 cawan) - 83 kalori


p/s: Sebahagian je ni. Sebahagian lagi dah terdelete.. huhuhu.. Apa yang aku tau, kita orang perempuan ni memerlukan sekurang-kurangnya 1600-2000 kalori sehari.  Boleh rujuk kat sini.

Wednesday, May 25, 2011

Cerita ceriti..

Assalamualaikum...

Cerita ceriti..
Pasal internet dan roti... :D

Semalam line internet buat hal. Aku buat report kat talian 100 pasal talian telefon yang tak okey dengan line streamyx yang putus-putus. So, tengahari tu, orang TM iaitu En. Rajan datang rumah tengok apa yang patut. Belek sana, belek sini, dia kata wayar ada problem. Tak lama lepas tu dia kata telefon pulak yang ada problem dan dia tukar dengan telefon yang baru. Lepas tu okay dah bab telefon ni. Sebelum dia balik, aku sempat tanya kat dia, berapa lama boleh tahan ni..? Maksud aku tu, talian telefon tu la. Lepas tu dia  jawab, saya mana tau. Saya bukan Tuhan.. Ayoyoyoo.. Waaakenaaa bebbb... Paappp...!!!

Ingatkan bila talian telefon dah settle, internetpun okay la. Rupa-rupanya terus takde line..! Huuwaaa...!!! Akupun call lagi talian 100 tu dan bagitau masalah ni. Lama jugak masa yang diambil untuk mendengar penerangan dari orang tu. Kejap-kejap dia cakap terima kasih kerana menunggu. Kadang-kadang dia cakap  yang dia nak mintak kerjasama aku. Maksud dia tu, kalau dia tanya apa-apa, aku bagi respons la. Nasib baik suara ko sedap dik, layankan aje laa.. hehe.. Ehh, dia ni lelaki ya... :P

So, pagi ni sekali lagi orang TM iaitu En.Zaki datang rumah tengok apa yang perlu. Lama jugak dia dok godek-godek check komputer kat rumah ni. Lastly, dia kata card pc dah rosak dan modem ikut terjejas. Card apa yang rosak tu, aku tak tau.. Yang aku tau, line kembali okay je.. kehkehkeh. Dan sekejap tadi, orang dari TM call dan tanya samada internet dah okay ke belum. Aku kata okay dan diapun tutuplah report aku tu. Terima kasih la pada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ni ya... :-)

Hari Isnin hari tu aku try buat roti ni.. Layan gambar je la ya. Resepi boleh jenguk kat sini.. =D

1- Sukatan untuk air. 2- Loyang yang digriskan. 3- Bahan A. 4- Bahan B.

5- Doh yang telah diuli. 6- Doh yang dah naik dan ditumbuk2 bagi keluarkan udara. 7- Canai doh. 8- Gulung.

9- Potong kecil doh tadi. 10- Canai. 11- Sapukan butter, taburkan sedikit gula. 12- Taburkan coklat chip.

Inilah hasilnya.. Sepatutnya kena biarkan doh naik dulu sebelum dibakar, baru la nampak gebu.. =D

Ini yang aku dapat.. Tidak termasuk dalam gambar 4 keping yang dah aku ngaapp.. Lapar punya pasal... haha...

p/s: Asyik mencuba resepi je sampai baju kastemer lupa nak jahit.. Baju raya kakak aku satupun tak berusik lagi ni.. huhuhu...

Monday, May 23, 2011

Secawan kopi panas dan sepinggan ubi kayu goreng...

Assalamualaikum...

Secawan kopi panas dan sepinggan ubi kayu goreng...
Mengimbau kenangan lalu... 
Hmmm... Aroma kedua-duanya sangat menusuk lubang hidung.. hehe.. 

Malam tadi seawal jam 7.45 malam, hujan mulai turun dengan bunyi guruh dan petir yang saling berbalas tembakan serta kilat yang sabung-menyabung mengingatkan aku kepada tragedi runtuhan tanah yang berlaku dua hari lepas..

Menjadi kelaziman kat rumah ni, jika cuaca berada dalam keadaan begitu, segala suis akan ditutup termasuklah suis tv walaupun gambarnya tak hilang. Dalam keadaan tak boleh nak tengok tv ataupun mengadap lappy, apakah kerja paling mudah untuk dilakukan..?

Ni la kerja aku malam tadi sebelum keadaan 'perang' itu berakhir... hehehe...

Buat secawan (se-mug..?) kopi panas...

Ubi kayu ni adalah pemberian jiran sebelah rumah. Berderet pokok ubi kayu yang dia tanam kat tepi pagar bersempadan dengan rumah aku ni. Mak aku dah siap kopek kulit ubi kayu tu dan tinggalkan kat dalam sinki. Bila hujan turun, perutpun mulalah berdondang sayang. Apa lagi, terus je aku potong ubi kayu tu dan goreng. 

Sepinggan ubi kayu goreng panas. Goreng dengan campuran kunyit-garam-serbuk lada sulah...

Pagi ni aku goreng lagi saki baki ubi yang tinggal. Ada jugak yang aku rebus sebab ubi kayu ni cepat buruk atau masuk angin kalau dibiarkan lama-lama.

Bila makan ubi kayu ni, mula la teringat zaman masa mula-mula pindah ke sini. Inilah yang selalu kami makan, ubi kayu goreng atau ubi kayu rebus dicicah dengan sambal belacan ataupun kelapa muda bercampur garam. Makan beramai-ramai kat beranda sambil melihat hujan yang menitis. Teringat kat arwah abah yang berebut-rebut mengambil ubi rebus tu seakan berlumba makan dengan kami..

Teringat jugak cerita emak di zaman Jepun memerintah dulu. Menurut mak, kalau nak masak nasi, mesti campurkan dengan ubi kayu. Pakcik aku iaitu adik mak sampai menangis-nangis cakap kat mak aku tu supaya jangan kaghih nasi tu sebab tak mahu ubi kayu tu hancur. Kalau ubi tu hancur, maknanya dia terpaksa makan nasi bercampur ubi kayu sedangkan dia dah jemu dek setiap hari makan ubi tu. Masa zaman Jepun, beras kena rampas kalau tak disorok. Waktu tu, nak makan nasi punyalah susah. Sekarang ni, nak makan ubi kayu pulak yang susah. Susah nak dapat..

Nota: kaghih = kacau

p/s: Ubi kayupun dah mahal sekarang ni. Apa lagi, jom kita tanam ubi kayu jom... =)

Sunday, May 22, 2011

Cara untuk sejukkan tekak serta elakkan mata jadi rabun..

Assalamualaikum...

Cara untuk sejukkan tekak serta dapat mengelakkan mata menjadi rabun...
Amalkan makan carrot ataupun minum jus carrot tu..

Beberapa minggu lepas, cuaca tersangatlah panasnya. Masa tu, akupun cakap la kat mak aku yang aku nak buat air carrot susu. Pastu, aku mintak tolong dia belikan carrot tu kat pekan sari. Maka, mak aku tu pun belikan la carrot tu. Entah berapa kilo dia beli, akupun tak pasti. Tapi nampak macam ada dua beg plastik yang dia bawak balik...

Bila keadaan cuaca dah kurang berbahang, akupun terlupa la pasal nak buat air carrot ni. Empat hari lepas, mak aku dah bising-bising, dok perli-perli aku pasal tu. Dia kata carrot tu dah nak busuk dah kat dalam peti sejuk tapi airnya tak buat-buat jugak. Maka akupun tersipu-sipu la dan cakap kat dia yang aku terlupa... =D

Hari Jumaat lepas, akupun mula la menyelongkar peti sejuk tu. Memang betul cakap mak aku pasal carrot yang dah mula nak membusuk tu.. huhuhu.. Apa lagi, malam tu jugak terus aku keluarkan blender untuk jus yang dah lama aku tak guna dan memulakan proses mengisar... hahaha...

Proses mengisar...  Potong-potong carrot tu dan masukkan kat dalam lubang tu dan tekan...

Ni dia hampas carrot tadi... Kalau buat mask okay tak ehh...? Ataupun buat kek carrot...?

Ni dia pati carrot tu. Masih perlu ditapis dengan penapis teh sebab masih ada hampas halus yang tertinggal.. Tekan-tekan hampas yang kat dalam penapis tu dengan sudu..

Air carrot susu suam yang telah siap. Tambahkan pati tadi dengan air suam atau air kosong dengan purata 1 gelas pati + 3 gelas air suam atau air kosong supaya ianya tidak terlalu pekat. Pastu tambah la susu pekat manis. Kalau suka, boleh jugak tambah ais. Pastu minum la dengan cermat.. hehe..

p/s: Mata akupun dah mula rabun jugak ni... Tu la, siapa suruh mengadap laptop je.. :P

Bercabang dua atau berkepala dua..?

Assalamualaikum....

Bercabang dua atau berkepala dua..?

Baru-baru ni ada lagi kes berkaitan dengan bayi berkepala dua yang dilahirkan di China. Lepas tu timbul lagi kisah ular berkepala dua. Pokoknya, banyak betul kes yang berkaitan dengan angka dua ni. Cuma sekarang ni yang tengah hangat diperkatakan ialah tentang angka empat ni pulak... =D 


Aku hanya nak kongsikan gambar pokok bunga keladi aku yang bercabang dua ni. Tak tau la nak kata bercabang dua ataupun berkepala dua. Ni first time aku jumpa dan tengok. Maklum la, aku ni jenis yang agak malas sikit nak tanya pakcik google ni. Perasaan melihat sendiri di depan mata adalah tidak sama dengan hanya melihat gambar sahaja. Namun, ada jugak benda yang berada di depan mata kita yang kita tak ingin ataupun tak mampu nak tengok... =.='

Eeeuuwww....!!! Gerun la jugak.. Mujur takde mata... haha...

Dah macam kepala anak ular dah rupa dia. Mujur aku tak pengsan masa menyapu kat celah-celah pasu ni..  huhuhu..

Menggerutunyaaaa...

Mungkin sedang berborak sesama sendiri... LOL...

p/s: Jagailah lidah kita yang tidak bertulang ini dari menjadi bercabang-cabang... **Peringatan untuk diri sendiri.. huhuhu...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)