Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 17, 2012

Apa lagi, jual je laaa.. :)

Assalamualaikum...

Apa lagi, jual je laaa.. :)

Minggu lepas abang aku pergi rumah kakak kat Nilai tu... Lepas tu bila dia nak balik sini, kakak aku kirim kat dia satu beg plastik penuh dengan limau kasturi.. Limau kasturi yang kitorang bawak balik dulupun masih ada sikit lagi.. Kebetulan adik aku ada balik sini jugak.. Esoknya bila dia nak balik semula kat rumah dia, aku bagi limau kasturi tadi kat  isteri dia.. Aku suruh dia jual je limau tu.. Lagipun dia memang dah biasa jual hasil kampung ni kat lori ikan yang lalu pagi-pagi kat rumah dia tu..




Semalam, anak buah aku pulak balik sini.. Kakak aku sekali lagi kirim satu tong penuh limau kasturi tu kat dia.. Aku cakap kat mak aku, kita jual je la limau ni kat pasar.. Lagipun kawan mak aku ada berniaga hasil kampung kat pasar tu.. Dulu kitorang pernah jugak letakkan kacang botol(r) kat makcik tu.. Jadi takde masalah kalau nak letak limau kasturi ni kat dia.. Nanti bila dah habis, dia bagi la berapa ringgit yang dapat.. Tak kisah la berapapun, janji limau ni tak membusuk macam tu aje..




Kakak aku ada kebun kat Nilai tu.. Kat kebun tu ada durian, kelapa dan manggis.. Pastu selang-seli dengan limau kasturi ni.. Cuma kebun tu agak semak la sebab tak berjaga sangat.. Abang ipar aku tu memang jenis rajin menanam dan berkebun ni.. Tapi tu la, dia tak berapa sihat namun semangat dia tu masih lagi kuat untuk berkebun.. Dia boleh ngam dengan mak aku kalau bab berkebun ni.. hehe..

Orang yang sihat wal'afiat pulak lebih senang mengadap skrin komputer dari menolong membersihkan kebun tu.. Ehh.. Ehh.. Ehhh... Apa...? Apa..? Apa...? Hahaha....

p/s: Berbudi pada tanah, dapat la hasilnya.. kan... 

Sunday, July 15, 2012

Kipas untuk sejukkan kipas.. :D

Assalamualaikum...

Kipas untuk sejukkan kipas.. :D

Hamboiihhh....
Betul-betul tala (hala) kat dia je...
Mentang-mentang la jadi kesayangan, kannnn... ehehh...


Betul-betul tuju kat lubang kipas laptop tu.. haha...
(Abaikan nota tu.. Tu nak mengingatkan jangan asyik ngadap laptop je sebab jahitan banyak lagi.. ihikkk...)

Buat masa ni, memang kena hadapkan kipas meja ni khusus untuk sejukkan kipas laptop aku.. Takut aku kalau bunyi macam hari tu keluar lagi.. Kalau dengar radio online tu, kena gunakan kelajuan nombor dua.. Bukan apa, takut kipas laptop tu cepat panas je.. Tapi kalau setakat bukak fesbuk je, guna kelajuan nombor satupun tak apa... Dah tak berapa berani nak bukak banyak tab.. Serik den... ehehh...

Ni je la nak cerita.. Tak berani nak cerita lebih-lebih pasal laptop ni.. Kang dia merajuk lagi, jenuh aku nak pujuk.. Meroyan aku sorang-sorang kat sini minta bantuan.. Tapi bantuannya nan hadoo... Kena la cari jalan penyelesaian sendiri... Nasib badan, apo nak dikato... ;p

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil Dell yang sudi melayan pertanyaan aku.. Kitorang main balas-balas mesej kat fesbuk.. hahaha... Aku tanya dalam Bahasa Malaysia, dia jawab dalam Bahasa Inggeris.. Tak kisah la nok, janji dua-dua faham.. kehkehkeh... Sedikit sebanyak perbualan itu dapat membantu aku yang dalam kekusutan.. Korang yang nak beli laptop baru tu, silalah beli Dell.. Layanan online dorang memang tip top.. Patut la anak-anak kakak aku semuanya pakai Dell ni.. Tapi kan, sampai sudah aku tak tau wakil Dell tu lelaki ke perempuan.. hihihi... 

Sebahagian daripada perbincangan... ecehhh.... haha...


p/s: Bil letrik dah mula mencanak naik dah ni.. Turunnya tak pernah.. Naik semedang.. aalaaahaiii...

Saturday, July 14, 2012

Kalau dah namanya mengidam...

Assalamualaikum....

Kalau dah namanya mengidam...

Ada budak tomboy datang rumah nak beli buah mangga.. Dia kata kakak dia mengidam.. Pastu akupun cakap la kat dia, tak payah beli la dik.. Ambil la setangkai tu... Akak bagi je.. Orang mengidam bukannya makan banyak manapun, kann...

Dia kata jiran dia ada buah mangga ni, tapi jiran tu tak nak bagi.. Mungkin jiran dia tu takut buah mangga tu busuk kalau dibuat cicah agaknya.. Alaaahaaaiii..., itupun nak berkira..


Gambar lama.. Malas nak cari gambar lain.. :)


p/s: Dengan jiranpun nak kedekut.. Esok lusa kalau sakit, jiran tu jugak la yang membantu.. Entah-entah anak yang mengidam, yang kat dalam perut tu yang datang dulu menghulurkan bantuan (bila dia dah besar laa..)..


Tepuk tangan... :D

Assalamualaikum...

Tepuk tangan... :D

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...

Kalau kita gembira, begitulah caranya...

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...


Large Clapping Hands


Yang pergi tepuk tangan tu buat apa.. Patutnya tadah la tangan tu.. Berdoa dan bersyukur atas kegembiraan yang ada.. :)

p/s: Ada jugak orang yang tepuk tangan atas kesedihan, kesengsaraan dan kejatuhan orang lain.. Na'uzubillah... Janganlah sampai keras hati macam tu sekali...

Friday, July 13, 2012

Karipap bawang putih... :D

Assalamualaikum...

Karipap bawang putih... :D

Resepi ni aku print screen dari blog Dapur Malaysia.. Lepas tu aku sent via bluetooth kat enpon aku.. Tujuannya supaya senang untuk aku rujuk resepi tu... Tak perlu dah nak salin atas kertas dan tampal kat pintu peti sejuk.. Bawak je enpon masuk dapur.. Lagipun, semua resepi aku yang ada kat pintu peti sejuk tu mak aku dah sumbat kat mana entah.. Dia rimas tengok kertas-kertas bertempelan di situ.. huhuhu...


Amacam, sama tak...? Kehkehkeh...

Baru-baru ni akupun mencuba la buat pastri karipap berpandukan resepi ini.. Mula-mula tu aku cuma sukat untuk satu adunan je.. Aku tunjukkan kat mak aku tepung gandum yang dah aku sukat dan masukkan ke dalam loyang.. Aku tanya mak aku, cukup ke tepung banyak ni sebab adik aku ada balik.. Pastu mak aku cakap, boghapo koping yoo dapek ehh banyak tu.. Okay, faham.. So, aku tambah lagi satu sukatan.. Kiranya sukatan kat atas ni aku dabelkan laa.. Cuma sukatan air tu takde la aku ikut sangat.. Ianya bergantung kepada kemelekitan adunan di jari... 




Kenapa aku namakan karipap ni karipap bawang putih..? Sebabnya ialah aku tak mahir nak mengelim tepi karipap tu.. Aku cuma kelim empat ketul tu je.. haha.. So, jalan pintas yang aku buat ialah dengan membulatkan doh tu dan bentukkannya seperti bawang putih.. Senang dan mudah.. Cuma masa menggoreng tu kena garingkan sikit bahagian yang berpintal tu.. Kalau tak, nanti pastri kat dalam tu tak masak sebab kat tempat pintal tu agak tebal doh dia.. 

Keesokannya, kakak aku pulak balik.. Tak sangka lak dia nak balik.. Inti karipap masih ada dalam freezer tapi tinggal sikit je la... Maka akupun adun lagi doh dan buatkan inti sardin pulak.. Kali ni aku tak buat dah karipap bawang putih tu.. Aku buat karipap garpu lak.. Sebabnya, tepi tu aku main tekan dengan garpu je.. hahaha... Kakak aku tanya, kenapa tak kelim..? Aku jawab, lambek laa.. Dah la buek sorang-sorang... :D


Don't judge karipap by it's skin...
Rupa bukan ukuran.. Rasa yang jadi jaminan kesedapan... :)

Abang aku suka makan karipap ni.. Pastri ni pada aku okay dah.. Lembut je dan takde la liat berbanding dengan pastri masa aku mula-mula buat karipap dulu... Terima kasih la pada blog tadi yang sudi berkongsi resepi.. Patut la boleh menang award.. ;)

p/s: Ingat nak buat karipap frozen untuk makan sendiri.. Tang inti dia, aku suka inti kentang + daging... Inti keledek aku tak suka.. Kembang tekak sebab manis.. Selera kita memang tak sama, kan...  ehehh...

Thursday, July 12, 2012

Semai...

Assalamualaikum...

Semai...


Aku semai beberapa pokok bunga sebagai backup kepada pokok yang sedia ada.. Nak beli anak pokok yang baru, mahal jugak.. Jadi, sementara pokok yang ada ni dah beranak, maka aku alihkan la anak tadi ke dalam pasu kecil.. Antara pokok tersebut adalah:

Pokok keladi: Ibu pokok ni dah besar.. Tak larat aku nak angkat pasu dia.. Tengok ada dua anak, tu yang ubah tu.. Satu pasu nak bagi kat akak sebelah rumah sebab diapun tengah semaikan pokok bunga melur untuk aku..



Pokok bunga ros: Aku semai kat atas tanah je.. Pokok ros ni agak sensitif.. Kalau semai dalam pasu, nanti susah nak ubah atas tanah.. Tu yang aku main cucuk je tu.. Ada orang kata pokok ros ni tak boleh tersentuh selepas ditanam.. Kalau tersentuh dan bergoyang, alamatnya dia tak akan hidup walaupun dah keluar sulur macam dalam gambar kat bawah ni.. Aku harap pokok yang aku semai ni terus hidup la sebab pokok  indok yang sedia ada tu aku tengok semacam je.. huhuhu...



Ini aku tak tau pokok apa.. Mujur ada anak sebab ibu pokok ni semakin hari semakin kurus gara-gara mak aku cucukkan pokok ekor kuda dalam pasu yang sama.. Sudahnya, pokok ekor kuda yang menumpang tu yang gemok.. huhuhu..



Lagi satu pokok keladi.. Jenis yang ni sebenarnya banyak kat rumah aku.. Ada dua warna bunga iaitu merah darah dan merah jambu.. Tapi disebabkan proses membuat laman yang terbiar agak lama, pokok ni banyak yang sudah mati sebab terdedah kepada matahari.. Ralat jugak sebab bunga kaler merah darah tu cuma sepasu tu je.. 



Pokok limau purut: Anak pokok ni mak aku beli kat pekan sehari.. Dulu aku selalu mintak buah limau purut ni kat jiran sebelah rumah.. Tapi pokok jiran tu dah lama mati.. Maka terpaksalah aku tanam pokok ni sebab buah limau purut ni aku gunakan untuk buat mandi.. Kalau kepala tengah pening ting tong, elok mandi dengan buah limau purut ni biar segar sikit...



Pokok jagung: Aku semai dalam sepuluh lubang.. Setiap lubang tu aku letakkan tiga biji benih.. Setakat hari ni cuma lima lubang je yang nampaknya keluar sulur.. Itupun daun dia dah mula kena makan dah.. Tak tau la siapa punya kerja samada ayam ataupun kucing.. Geram betul laaa... 




p/s: Nak tunggu pokok membesar punya la lambat.. Kadang-kadang tak sabar rasanya.. Tapi nak menjahanamkan pokok yang sedia ada, mudah je.. Sabar je laa..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)