Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, February 9, 2013

Aduhai...!! Kejam sungguh anai-anai ni.. huhuhu...

Assalamualaikum...

Aduhai...!! Kejam sungguh anai-anai ni.. huhuhu...


Aku plan nak ubah-suai, tukar-tukar kedudukan barang kat bilik jahit aku ni.. Aku ingat nak letakkan satu almari untuk aku simpan novel aku kat dalam almari tu.. Actually, almari tu merupakan almari baju kepunyaan arwah abah aku masa dia dalam tentera dulu.. Mak aku cakap, almari tu arwah abah aku beli sebelum dia bersara... Agak-agaknya berapa umur almari ni ehh.... haha...




Sebelum tu, kenalah alihkan kotak yang berada kat sudut bilik ni.. Mula-mula angkat kotak yang atas sekali.. Lepas tu, mula la tarik kotak yang bawah tu.. Baru je tarik, terus mata aku buntang tengok sarang anai-anai berserta penghuninya sekali... Mongombik tekau...!!! Ya Allah, terkejut sungguh aku menengoknya.. Mujur tak pitam... Memang aku tak sangka sungguh ada anai-anak kat kawasan tu... huhuhu




Mujurlah aku masih simpan stok serbuk racun serangga yang biasa aku gunakan untuk hapuskan anai-anai ni.. Aku pernah letakkan serbun racun ni kat batang pokok mangga aku yang penuh dengan sarang anai-anai dan hasilnya, anai-anai tu mati.. Tapi sebelum tu, kena la kopak/umpil kulit kayu kat batang pokok tu dulu, lepas tu baru taburkan serbuk racun tadi.. Malangnnya, sampul racun ni aku dah buang.. Kalau tak, boleh gak aku kongsikan gambarnya kat sini..


Kotak berisi kain perca... Nasib baik bukan kotak berisi pad herba Avail... hahaha...


Sebelum ni, memang ada serangan anai-anai kat dinding yang sebelah pintu bilik ni.. Dah aku letak serbuk racun tu.. Papan yang kat bawah tu pun ada yang terpaksa dibuang sebab dah rosak.. Kalau ikutkan, memang aku tak berapa suka nak letak papan kat dinding tu tapi nak buat macam mana, benda dah siap.. Bising-bisingpun tak guna, kan...


Buat listing takut hilang ataupun terbeli dua kali.. Yang kat luar almari tu novel pending... 


Sekarang ni dah macam malas pulak nak gantikan papan tu dengan marmar.. Leceh, banyak barang nak kena alih... Mana nak cekau bajet lagi... hehh... So, sebagai langkah berjaga-jaga, taburkan aje la serbuk racun ni... huhuhu...


Yang sebelah kanan dah siap listing.. Yang sebelah kiri belum lagi.. Jari dah lenguh menulis... huhu... Yang bawah kanan, pending... Ada ruang lagi untuk menyumbat... Mudah-mudahan ada rezeki.. Ada rezeki untuk aku, maka ada la rezeki untuk penulis novel yang terpilih ni... Doa-doakan ya..  Moga ALLAH murahkan rezeki kepada kita semua... Amin... :)


p/s: Risau dengan anai-anai ni.. Nampak je kecil tapi bahayanya boleh meruntuhkan sebuah rumah... huhuhu...

Friday, February 8, 2013

One Day You'll Be Mine..!!!

Assalamualaikum...

One Day You'll Be Mine..!!!

Yeaaahhh....!!!
Just keep these words on your mind..!!


Ahahahahaa....
Tajuk macam gempak je, kan...? Rilek dulu.. Jangan tersedak... Aku bukannya admired kat siapa-siapapun... kehkehkeh... Dan aku bukannya terdesak, okay... ehehh...


One Day You'll Be Mine ini merupakan novel karya Inawza Yusof di bawah terbitan Karya Seni. Novel ni aku beli masa pesta buku 1Malaysia hari tu.. Dan novel ni aku dapat dari tangan boss Karya Seni itu sendiri.. ehehhh... Bukan apa, aku tengok novel ni takde kat rak buku walaupun dah pusing dua tiga kali..


Mula-mula anak sedara aku yang nak cari novel ni.. Lepas tu, bila je aku nampak boss KS tu kat hujung booth KS, akupun beranikan diri bertanya.. Dan secara kebetulan pulak, masa tu boss KS tu tengah nak bukak bungkusan kat troli yang baru sampai.. Kiranya rezeki aku la tu, kan... hehe... Aku mintak dua buah novel ni... Satu untuk anak buah aku dan satu lagi sudah semestinya untuk aku sendiri la..  




Novel ini berkisar tentang kehidupan seorang gadis yang terlalu setia kepada cinta pertamanya sehingga sukar untuk dia menerima cinta baru dari orang lain.. Selepas tunangnya meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya, gadis itu iaitu Fitri, seolah-olah menutup pintu hatinya kepada mana-mana lelaki sehinggalah ibubapanya memaksa dalam versi memujuk untuk dia menerima jodoh yang mereka pilih...


"Ibu kesal dengan nasib Fitri. Kenapalah anak ibu diduga begini? Dah hamppir tiga tahun kejadian tu. Fitri kena berani bergerak ke hadapan. Jangan siksa diri. Ibu tak sanggup tengok anak ibu macam ni.."


Bermula dari situlah, hidup Fitri menjadi huru-hara apabila terpaksa tinggal di rumah suaminya yang digelarnya sebagai makhluk aneh kerana sikap suaminya yang tidak punya perasaan, keras dan kaku..! Nak tengok tv pun tak boleh hingga si suami menyarankan agar dia membeli tv lain...!!! Waduhh...!!


"Pentingkan diri sendiri, berlagak, tak bertanggungjawab! Aku sendiri tak faham macam mana boleh wujud manusia seperti kau. Merugikan sahaja. Useless and hopeless!" - Fitri


Hidup Fitri yang sememangnya sudah sedia celaru bersama suaminya iaitu Dzul Ehsan menjadi semakin complicated dengan wujudnya Aya, Firasha, Nahda, Hezry, Elisa dan sudah semestinya Nik Afezal... Nik Afezal..?? Ya, Nik Afezal yang menjadi punca segala permasalahan..!!! Jeng...!! Jeng...!! Jeng...!!


"Aku tak tahu apa kena dengan orang zaman sekarang. Lebih suka merumitkan keadaan dengan menipu. Macamlah kita akan mati kalau mereka beritahu perkara sebenar.." - Dzul Ehsan


Novel ini berharga RM33 tapi kalau beli online dari Karya Seni, biasanya ada diskaun dan penghantaran adalah percuma.. Novel setebal 963 muka surat ini berjaya aku habiskan dalam masa satu malam..! Tak tidur sampai subuh aku melayan novel ni.. ehehh...


Novel ini lebih banyak penceritaan di dalamnya. Ianya seperti cerita dalam cerita... Mempunyai banyak perenggan. Selalunya aku memang kurang suka dengan novel yang terlalu banyak perenggan atau penceritaan ni. Namun untuk novel One Day You'll Be Mine atau ODYBM ni, aku boleh melayan baca sampai habis kerana susunan perenggannya teratur dan tidak terlalu panjang berjela.. Ini merupakan satu kelebihan untuk novel ni..


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, silalah dapatkan novel ni dengan kadar segera.. Novel ni tengah laris sekarang ni tau.. Jangan pulak bila dah takde stok, baru korang nak meraung.. hahaha... Nak tunggu stok baru mungkin akan ambil masa sebulan dua jugak.. ehehh...


p/s: Kesudahan novel ni memang tidak dapat aku jangka... Siyesli, aku berdebar-debar apabila memikirkan siapa yang menjadi pilihan Fitri di antara Dzul Ehsan, Nik Afezal ataupun Hazmi.. Aku lebih sukakan Dzul Ehsan walaupun dia agak kasar... heeee... Dan novel ni juga 'bersih' namun masih ada 'keterujaan' untuk meneruskan pembacaan tanpa henti.. Tak percaya..?? Beli dulu, lepas tu baca dengan mata hati dan teliti.. hehehe....

Wednesday, February 6, 2013

Balik kampung, jenguk kawasan...

Assalamualaikum...

Balik kampung, jenguk kawasan...


Sebenarnya aku ke Nilai sejak hari Khamis lagi.. Mula-mula nak pergi hari Jumaat tapi tak jadi sebab kalau pergi hari Jumaat, mesti pergi selepas abang aku balik dari solat Jumaat.. Keluar lambat dari rumah bermakna akan lambat sampai ke Nilai tu.. 


Sebolehnya, aku tak nak berada di atas jalanraya pada waktu malam sebab abang aku yang sorang ni tak berapa mahir lagi jalan-jalan nak ke sana.. Manakala aku pulak, mata aku tak berapa nak awas bila malam ni, tak boleh nak baca signboard ataupun tak dapat nak tengok 'tanda' untuk satu-satu tempat tu... Lagipun aku ni kira macam GPS untuk abang aku walaupun kereta dah memang pasang sistem GPS tu.. hehh...


Hari Khamis tu pulak, ada urusan kat bandar.. Setelkan urusan bank dulu.. Sempat jugak aku rembat beberapa buah novel sementara menunggu urusan bank mak selesai... Padahal hari Sabtu tu dah plan nak pergi pesta buku tapi masih jugak beli novel kat kedai biasa tu... hehh... Aso kedai tu siap cakap kat aku, katanya, 'awak ni buat novel macam makan sayur aaa... Awak ni kalau takde buku, memang tak boleh hidup aaaa....'. Aku cakap kat dia yang aku ni tak kerja, takde kawan, so, novel tu la yang jadi kawan aku... Dia senyum je... Masyuk la katakan... ehehh...


Lepas selesai semua urusan, barulah bergerak ke Nilai... Novel ni pulak duduk je dalam bonet sampai la balik ke sini semula... haha...




Hari Jumaat kat Nilai takde pergi mana-manapun.. Just stay at home je, santai-santai baca novel.., hehh... Pastu hari Sabtu lak, pergi pesta buku 1Malaysia kat PWTC tu.. Keesokannya pulak, hari Ahad, aku balik kampung kat Rembau.. Balik dengan abang, mak, kakak dan anak kakak aku.. Penuh la satu kereta...


Mak aku ada hal kat kampung.. Sambil-sambil tu, singgah jugak kat dua tiga buah rumah jiran masa duduk kampung dulu.. Borak-borak sekejap.. Kalau ikutkan mak aku, dia memang nak lama je borak-borak tu tapi nak buat macam mana, masa tak mengizinkan.. 


So, kat bawah ni aku sertakan sekali gambar sekitar kawasan rumah kat kampung tu.. Ingat nak buat rumah kat kampung tu, kecilpun kecil la.. Namun apakan daya, bajet tidak mencukupi.. Makin semak samun la kawasan tapak rumah lama tu... huhuhu... 


Pokok durian ni aku tak tau berapa umur dia.. Rasanya lebih tua dari umur mak aku...



Kalau la pokok ni pokok epal...!!! Perggghhh..., jauh punya berangan... hahaha...


Pokok senduduk tu dah lebih tinggi daripada aku dah.. Pokok kelapa tu opkos la tinggi... ehehh...


Pintu pagarpun dah senget-benget dah... Dah tak boleh nak ditutup... Sabar je laa... Mujur takde yang bela kambing atau lembu.. Kalau tak, penuh la kawasan ni dengan 'haruman' dorang... ahaha...





Makin banyak busut yang tumbuh.. Kat tempat pokok sawit tu dulu asalnya adalah sawah padi... Disebabkan takde siapa nak mengerjakan sawah tu, tu yang digantikan dengan tanaman sawit.. Felcra yang uruskan kebun sawit yang seco'et tu..


Sebelah kanan berpagar tu kawasan tapak rumah kampung aku... Ni nak pergi rumah jiran kat hujung tu.. Arwah makcik tu dulu best friend mak aku.. Masa aku kecik dulupun selalu lepak situ, kacau makcik tu buat lubang kat kuih denderam pastu tolong gulungkan rokok daun nipah dia.. Sempat gak belajar hisap rokok daun tapi yang takde tembakau la.. Nak mampus hisap rokok ada tembakau.. haha.. 


Plan nak balik sini hari Isnin tapi kereta pulak buat hal.. Tayar kembang ke apa entah.. Kena tukar sebiji tayar dan align stereng.. Tup-tup dah tengahari, pastu hujan lak lebat.. So, kensel je la nak balik.. Tu yang balik hari Selasa tu..


p/s: Okay la, ini je cerita yang aku dapat aku kongsikan sepanjang berada di luar daerah... hehe... Bulan tiga nanti kena balik kampung lagi sebab ada dua tiga orang sedara buat kenduri kawen anak masing-masing.. Jika diizinkan Allah, ada la rezeki untuk jumpa sedara-mara lagi.. *Dalam kepala otak dah plan nak beli novel lagi... syyyy..., dendiam tau... :)

Monday, February 4, 2013

Sekitar Pesta Buku 1Malaysia di PWTC...

Assalamualaikum...

Sekitar Pesta Buku 1Malaysia di PWTC...

Aku pergi hari Sabtu dengan tiga orang anak buah.. Bertolak keluar dari rumah kakak kat Nilai dalam pukul 9.05 pagi.. Then tunggu komuter kat stesen Nilai tu punya la lama.. Naik lenguh kaki berdiri.. Dalam komuterpun kena berdiri jugak sampai BTS... huhuhu...


Lepas tu, turun kat BTS untuk naik LRT pulak.. Kena tunggu lagi dalam beberapa minit.. Dalam pukul 11 pagi kamipun sampai kat PWTC tu.. Wahh.. Dah lain dah suasana kat situ.. Maklum la, dah berkurun tak jejak kaki kat area PWTC tu.. hehh...


Masuk je, terus cari novel yang ada dalam list.. Anak sedarapun tolong carikan sama... Mula-mula masuk booth Karangkraf.. Ralat jugak sebab banyak novel yang aku cari takde kat rak.. Pastu bila tanya kat staff kat situ, dorangpun tolong carikan jugak.. Tapi dah memang takde, nak buat macam mana, kan... huhuhu...



Okay la.. Layan je la gambar candid yang aku ambil ni.. Main ambil je buat syarat.. Gambar sendiripun takde.. Malas nak gedik-gedik... Penat... Dan lapar jugak sebab takut nak sarapan kat rumah gara-gara terlebih makan buah limau mandarin... hehe..




Gara-gara Adi Putra, rak buku kosong.. Boss Karya Seni kena turun padang... haha...





Dapat ambil gambar Adi Putra dari sipi je.. Jadi la... hehh...






Dan inilah hasil menjala kat PWTC... Tak tau la bila nak baca.. Tapi akan dibaca jugak.. Jangan risau.. heee.... *Sorry, tak boleh pinjam.. Aku memang kedekut giler nak mampus kalau pasal novel ni.. :)


Banyak beli novel terbitan Jemari Seni... :)


p/s: Balik ni nak kena buat kerja menjahit.. Alhamdulillah, masih ada rezeki kat situ.. Terima kasih para pelanggan yang aku hormati dan sayangi.. :)

Friday, February 1, 2013

Luka di jari nampak berdarah... aduhduhduh...

Assalamualaikum...

Luka di jari nampak berdarah... aduhduhduh...

Hanya kerana pengupas kentang, sekelip mata sahaja hujung jari aku dah berdarah...!!! 

Panik sekejap bila tiba-tiba je tengok darah yang laju keluar kat hujung jari tu.. Mujurlah aku tak pitam.. huhuhu.. Kenapa boleh jadi macam ni..? Okay, mehh aku nak cerita sikit naaa... hehh...




Aku ternampak ada sebiji buah betik yang dah masak kat pokok. Terus je aku petik walaupun buah betik tu dah berlubang sikit kesan daripada patukan burung.. Rasanya takde kuman yang melekat  kot...ehehh... Sayang pulak nak biarkan buah betik tu membusuk macam tu je kat atas pokok tu, tu yang aku petik tu.. Lagipun lubang kesan patukan burung tu bukan la besar mana.. Lain la kalau tupai atau tikus yang buat lubang tu.. 

Tambahan pula cuaca sekarang ni agak panas berbahang.. Kalau dapat makan buah-buahan tempatan macam ni, mesti sejuk sikit anak tekak yang kering ni, kan... Itu yang sempat aku bayangkan... heee...




Lepas tu, terus je aku buang bahagian yang berlubang tu dan kupas kulit betik tadi dengan menggunakan pengupas kentang. Mula-mula tu laju je kupas.. Lepas tu, macam sangkut sikit dan akupun terus tolak laju pengupas tadi ke bawah.. Dengan tak disangka-sangka, tolakan tadi terlajak dan terkupas pulak kulit jari telunjuk aku ni.. huwaaaa... Terus berhenti mengupas dan jerit-jerit panggil anak buah, tanya ada minyak gamat ke tak.. Plaster memang takde la.. Fisrt aid lagi la ke laut.. ahahaha...




Lukanya kecil sahaja, akan tetapi dia punya denyutan, fuuhhhh....!!! Terbantut terus hajat nak makan buah betik ni.. Mintak tolong anak buah teruskan proses pengupasan... Mujurlah darah tak terkena kat buah betik tu... Kalau tidak, mau ada yang tumbuh gigi taring panjang sejengkal... kehkehkeh...


p/s:  Sebab tu kita tidak digalakkan untuk melukakan hati orang sebab kita tak tau bagaimana tahap denyutan yang orang tu rasa... Tapi kalau dah terbuat, nak buat macam mana, kan... Minta maaf je la...,  ehehh... 

Thursday, January 31, 2013

Ilham...

Assalamualaikum...

Ilham...

Menunggu ilham adalah:
Termenung tanpa berbuat apa-apa...
Termenung kosong, menopang dagu, mengeluh sepanjang masa..
Mata sahaja yang terbuka - terkelip-kelip, terkebil-kebil...
Ilham pasti tidak kunjung tiba...


Abilities & Qualities - Inspirational Quotes , Motivational Thoughts and Pictures ,butterfly


Mencari ilham adalah:
Termenung sambil berfikir...
Mencari apa yang sedang difikirkan...
Gugel sana, gugel sini..
Tanya sana, tanya sini..
Resah selagi apa yang dicari tidak dijumpai...
Menarik nafas lega jika ilham datang mencurah-curah hingga tidak cukup jari untuk mengisi ruang yang terbuka..


Aku sekarang dalam mood menunggu ilham..
Itu yang sebenarnya.. hehhh...


p/s:  Kau ilhamku... :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)