Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, July 21, 2013

Cara potong langsir paling mudah... haha..

Assalamualaikum...

Cara potong langsir paling mudah... haha..


Secara jujurnya, aku dah bertahun tak potong langsir ni. Kali terakhir aku potong dan buat langsir untuk rumah aku ni adalah 7 atau 8 tahun yang lalu.. Lama, kan.. haha... Raya ke, tak raya ke, langsir itu la yang aku belasah pakai hari-hari.. Sampai sekarang langsir tu masih elok lagi dan takde koyakpun.. Warnapun takde la pudar sangat..


Cuma untuk tahun ni teringin pulak nak ganti langsir baru yang beli kat Nilai 3 hari tu.. Jenis kain ni dah lama dah.. Peduli la haihh, janji berganti.. Itupun kalau sempat siap la.. hehehe.. Mudah-mudahan sempat la siap, kan..


Tandakan kiri dan kanan je.. Lepas tu kena la lurutkan kain langsir tu biar rata.. Jangan terus terjah je potong.. Nanti kat bahagian tengah tu tak sekata pulak..


Aku cuma buat langsir untuk bahagian yang ada kat ruang tamu depan je.. Kat bahagian tu ada tiga bilik bermakna ada tiga pintu, ada dua tingkap tiga panel dan satu sliding door tiga penel. Maknanya aku kena potong sepuluh keping langsir. Kain langsir aku ni bidang dia enampuluh inci.. 


Untuk tingkap tu, walaupun ada tiga panel tapi aku cuma gunakan dua keping kain je.. Tak nak la buat sampai tiga keping sebab nanti ruang tamu jadi gelap akibat kedutan yang terlampau banyak.. Dulu dah pernah buat macam tu.. Jadi rimas pulak sebab gelap semacam je..


Labuh langsir pintu aku ni 83 inci tapi aku potong menjadi 88 inci sebab aku lebihkan untuk basi lipatan atas dan bawah langsir tu nanti. Cara nak potong langsir ikut gaya aku senang je. Aku lipat dua je kain langsir tu, lepas tu ukuran tu aku bahagikan dua.. Maknanya 88 inci tu dibahagi dua dan jadilah dia 44 inci. So, aku just tandakan pada 44 inci tu je la.. Takde la nak kena rentangkan kain langsir tu sepanjang rumah.. Manakala labuh untuk langsir tingkap pulak ialah 73 inci dan aku jadikan 78 inci beserta basi lipatan.. Cara potong sama je.. 


Lagi satu, pembaris dia punya limit panjang cuma satu meter ataupun 39 inci je. Kalau nak tanda guna tali tape, memang la payah.. Nak kena merangkak la jawabnya sebab potong langsir atas lantai. So, aku gunakan batang putih tu dan aku tandakan bahagian mana yang aku perlukan dengan marker pen. Tak payah la nak potong lebihan batang putih tu.. Manatau nanti nak kena potong langsir yang lebih panjang labuhnya, dah tak payah nak cari pembaris yang lain pulak..


Batang putih tu adalah benda yang digunakan untuk sumbat wire letrik kat rumah kita tu la.. Nama dia aku tak tau tapi bila tanya atok gugel, dia kata nama benda alah tu ialah PVC Cable Wiring.. Jadi, kalau ada lebih benda alah ni, jangan pulak dibuang sesuka hati.. Ada kegunaannya selain daripada kegunaan asal..




p/s: Itulah ceritanya.. hehehe...

UPDATE..

Alhamdulillah.. Siap dah potong langsir.. Ngam-ngam je dapat untuk ruang tamu depan..



Dah susut sikit...

Assalamualaikum...

Dah susut sikit... 


Alhamdulillah.. Jahitan aku dah susut sikit dah.. Rasa lega sikit.. Ringan sikit bebanan kat bahu ni.. Namun masih ada lagi beberapa pasang baju yang belum dipotong. Harap-harap dipermudahkan segala kerja menjahit aku ni.. Amin...


Lepas ni nak rehat dari merempit jap.. Rasa sakit sangat dah belakang badan aku ni.. Kena masuk frasa menyembat la pulak.. Aku dah bayangkan hujung jari aku nanti pastinya berlubang-lubang bila menyembat ni.. Sampai ke satu tahap, memang tak boleh nak menyembat, kena break dan buat kerja lain dulu.. 


Nak pakai besi yang letak kat hujung jari tu, rasa tak selesa la pulak.. Dah pernah buat dah, tak mau bergerak jarum kat tangan aku.. Keras kejung semacam je.. hahaha.. Sudahnya, redha je la menahan sakit dan pedih hujung jari ditusuk jarum.. 




Tak banyak manapun sebenarnya jahitan aku ni.. Macam yang selalu aku bagitau, aku ambil tempahan ikut kemampuan samada kemampuan dari segi tenaga, masa dan kepakaran memotong. Aku tak nak la kata aku boleh potong semua jenis pakaian/kain sedangkan hakikatnya aku sendiri kurang yakin.. Takmo la nanti bila kurang yakin tu bertukar menjadi kelam-kabut dan hasilnya nanti pasti tidak memuaskan..


Span bahu.. Mujur bukan semua nak bahu ber-span ni.. Kalau tak, jenuh la aku nak menampal span ni.. Span ni belum jahit tepi lagi..


Kadang-kadang ada kastemer yang tak boleh terima hakikat yang aku ni lebih kepada menjahit baju kurung je.. Pada mereka, kalau dah namanya tukang jahit, pasti boleh jahit semua jenis baju.. Boleh tu memang la boleh.. Cuma takut nanti tak selesa dipakai dibadan je.. Kang kecoh pulak sekampung.. hehh.. Selalunya kalau baju berfesyen ni aku jahit untuk ahli keluarga aku je..


p/s: Dah nak masuk dua minggu puasa dah ni, badan tak jugak susut-susut padahal makan dah kurang dah.. Rasanya la.. hehehe.. Korang macam mana, dah susut ke berat badan tu.. Mehh la share.. Tak kan malu kot.. kehkehkeh...

Saturday, July 20, 2013

Doa masuk pasar..

Assalamualaikum...

Doa masuk pasar..


Sekadar satu perkongsian, bukannya untuk menjatuhkan peniaga yang berjualan di bazar ramadhan.. 




،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوْتُ 

بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ertinya:
Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dia-lah Yang Hidup, tidak akan mati. Di tangan-Nya kebaikan. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu - [sumber]


p/s: Harap peniaga peka pada kebersihan makanan yang dijual..

Friday, July 19, 2013

Cara nak bersihkan/licinkan permukaan sterika yang melekat/melekit..

Assalamualaikum..

Cara nak bersihkan/licinkan permukaan sterika yang melekat/melekit..


Pernah tak terjadi bilamana korang nak gosok baju, tiba-tiba je sterika tu melekat kat baju korang tu. Silap haribulan, berlubang terus baju tu.. Pernah..? Banyak kali terjadi? Tau tak macam mana nak men-nyah-kan cebisan kain yang melekat kat permukaan sterika korang tu..? Bagi yang dah tahu, alhamdulillah.. Mana yang tak tau, jangan risau.. Mehh sini akak nak bagitau sikit petua yang akak gunakan..


Hari tu ada la perbincangan pasal ni bilamana seorang ahli grup bertanyakan tentang sterika dia yang dah hitam dan melekat. Pelbagai petua yang geng kat situ kongsikan termasuk la aku.. Nak jugak menempel tu.. haha.. Ilmu jangan kedekut, okay.. hehh..


Apa yang perlu dilakukan ialah sediakan lilin.. Kalau takde lilin yang besar tu, guna lilin kecil yang letak kat kek besdei tu pun takpe.. Janji namanya lilin.. Lepas tu, tengok la video kat bawah ni.. hehehe.. Susah payah aku buat video ni semata-mata nak kongsi ilmu.. Sodih den kalau takde yang nak tengok.. huhuhu... *berlakon jap.. haha...



Sterika aku ni tak hitam tapi melekat sebab mungkin tergosok kain yang ada kesan gam yang datangnya daripada batu hiasan yang dibuang kat baju tu.. Gosok sterika yang berlilin tu kat kain lain.. Jangan pulak terus gosok kat kain alas ironboard tu..


Dulu tak tau jugak pasal ni. Dok bebel-bebel je la.. Kadang-kadang rasa nak menangispun ada sebab baju tak dapat nak gosok.. Sejak menjadi tukang jahit ni baru la tau.. 


Banyak petua yang diberi untuk membersihkan permukaan sterika yang hitam atau melekat ni. Antaranya gunakan garam kasar dan gosok kat permukaan sterika yang hitam atau melekat, gunakan daun pisang dengan cara gosok sterika tu kat permukaan daun pisang tu sampai la tanda hitam tadi hilang, ramai yang cadangkan guna lilin sepertimana aku cadangkan dan tak lupa jugak ada yang kata suruh beli sterika baru.. huhuhu....


Haiihhh, agak-agak la kalau nak berguraupun, kan.. Lain la kalau sterika tu memang dah tak boleh digunakan langsung, opkos la kena beli baru.. Ni sekadar melekat je, masih boleh diusahakan untuk membersihkannya..


p/s: Belajar dari pengalaman.. Jangan takut untuk mencuba benda baru as long as benda tu tak membahayakan seisi alam..

Aksi puasa yang yang yok.. :D

Assalamualaikum...

Aksi puasa yang yang yok.. :D



Dia ni kan, masa orang dok sibuk nak berbuka, diapun ikut sibuk sama. Masa orang dok sibuk sahur, diapun sama jugak sibuk nak sahur.. Mujur la dia tidur kat luar rumah.. Takde la bising sangat suara dia tu..


Alaaaahaiii.... Sampai macam ni sekali ko buat aksi  ya Momok...


Letih sangat la tu sampai nak angkat kakipun tak larat.. Cehh... hehe..


Sejak baik dari sakit teruk hari tu, selera dia makin menjadi-jadi.. Asyik makan je kerja dia. Sebelum sakit dulupun dia memang kuat makan. Bila dia tak nak makan, risau pulak tengok.. Cuma takut dia makan banyak tapi cacing kat dalam perut dia tu yang kenyang.. huhuhu..


Dah macam rupa apa dah.. adehh...


Walaupun dia asyik makan je, tapi gaya dia mengalahkan tak makan sehari.. Dah la lama tak mandi.. Nak mandikan diapun aku takut.. Bukan takut kena cakar ke, apa ke.. Takut dia mati je. Aku ada kes, lepas mandikan kucing, lusanya kucing tu mati sebab aku tak tau yang kucing tu tak sihat masa dimandikan. Aku nampak dia macam aktif je, tu yang aku mandikan tu.


Tidur je kerja dia.. Jeles tau... wakakaka...


Sepatutnya lepas seminggu kena suntik hari tu kena bawa dia pergi klinik lagi sekali.. Tapi tu la, aku ni memang malas nak pergi klinik tu.. Ingat lepas raya nanti nak pergi klinik tu. Harap-harap buat masa sekarang ni dia takde la sakit macam hari tu lagi..


p/s: Kucing yang tak berakalpun pandai buat aksi puasa yang yang yok.. Apatah lagi manusia yang punya akal yang sentiasa menjalar tu.. Ada je alasan tak nak berpuasa ataupun tak nak tolong buat kerja masa puasa ni.. hehh...

Heliza Helmi dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Heliza Helmi dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni Ketuk-Ketuk Ramadhan 2013 menampilkan tetamu jemputan yang mempunyai mata yang besar.. Siapa lagi kalau bukan si Heliza Helmi tu.. Besarkan mata dia.. Macam guli je.. Bersinar gitu.. hehe..




Resepi Heliza ialah Kari Ketam Rina.. Tak tau la kenapa pulak ada nama Rina tu.. Apa-apapun, cuba tengok bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:

4 ekor ketam - dipotong dua
3 sudu besar n
atural yogurt 
1 labu b
awang besar 
3 ulas b
awang putih 
3 ulas b
awang merah - dihiris
1 inci h
alia 
4 sudu besar r
empah kari 
6 helai d
aun limau purut 
6 biji c
ili padi 
1 sudu teh s
erbuk lada hitam 
3 kuntum b
unga lawang** 
5 kuntum b
unga cengkih**
3 biji b
uah pelaga** 
2 batang kulit k
ayu manis**

*Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar sekali.


Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan**. Kemudian masukkan bahan yang dikisar.
2) Kacau dan tunggu hingga pecah minyak dan kering sedikit.
3) Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sebati.
4) Masukkan bawang merah, yogurt dan daun limau purut.
5) Perasakan dengan garam secukup rasa.
6) Masukkan ketam. Gaul sehingga masak rata.


Dan ini pula resepi Rendang Nangka Daging yang dimasak oleh Sheila Rusly..

Bahan-bahannya:

1 kilo n
angka muda - direbus empuk
300gm daging batang pinang 
300ml s
antan 
2 sudu besar k
erisik 
3 keping a
sam keping 
3 helai d
aun kunyit - dihiris
3 helai daun limau purut 
5 batang s
erai 
2 inci h
alia 
2 inci l
engkuas 
1 inci k
unyit hidup 
3 labu b
awang besar 
5 ulas b
awang putih 
40 biji c
ili padi
2 batang s
erai - dititik

*Serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih dan cili padi dikisar sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar.
2) Masukkan serai yang dititik dan gaul sehingga pecah minyak dan kering sedikit.
3) Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak empuk.
4) Masukkan daun limau purut, daun kunyit, santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
5) Masukkan nangka yang telah direbus empuk.
6) Masukkan kerisik dan daun kunyit.
7) Gaul sehingga kesemua bahan masak rata.

[sumber resepi]


p/s: Siapa yang suka makan nangka dengan daging, boleh la cuba resepi ni..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)