Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 5, 2015

Sediakan tapak dulu...

Assalamu'alaikum...

Sediakan tapak dulu...


Aku sediakan tapaknya dulu.. Mula-mula tu tapaknya pendek je, separuh daripada yang sekarang.. Tapi entah macam mana, tergerak pulak nak panjangkan tapak tu.. Maka ianyapun jadi panjang la.. ahahh..




Aku punya plan nak buat tapak untuk semai sayur yang senang nak hidup macam sawi ataupun salad.. Tapi buat masa sekarang ni aku bagi peluang dulu kat pokok peria dengan pokok kacang botor tu membesar sebab benih tu aku main campak je kat situ.. Bila tengok benih tu dah menjulur keluar, sayang pulak nak buang.. Tu yang aku buat tapak tu..




Tanah pulak memang dah lama ada... Tanah tu tanah beli.. Katanya tanah tu diambil kat kilang sawit.. Jenuh jugak la dok mengheret karung isi tanah tu.. 





Aku dah siap tabur racun siput kat tanah ni.. Takut jugak nanti siput babi ke, lintah bulan ke berkampung kat situ.. 


p/s: Aku bukannya pandai pasal cucuk tanam sayur ni.. Main belasah je tabur benih.. Asal hidup sudah.. hehh... Harap-harap tanah ni tak kono kokeh dek ayam.. 

Diam bukan bermakna kalah...

Assalamu'alaikum...

Diam bukan bermakna kalah...


Kesinambungan daripada entri terdahulu... Mungkin boleh dikaitkan antara keduanya.. 




p/s: Biarlah diam kita diam berisi.. Berisi dengan ketenangan dan segala kebaikan agar lebih mensyukuri apa yang diberi... 

Sunday, January 4, 2015

Satukan Hati Kami..

Assalamu'alaikum...

Satukan Hati Kami..


Membeli sambil menderma.. Kompilasi cerpen dari beberapa orang penulis Idea Kreatif/IKP dan penulis lain.. Siapa nak beli novel ni, boleh mula order dan bank in sebelum 20 Januari ini.. Buku akan dicetak mengikut jumlah order.. Selepas tu, dah takde cetakan lagi dah.. Boleh order melalui ejen-ejen IKP.. Harga buku RM24 + RM6(postage) untuk Semenanjung dan RM27 + RM10 untuk Sabah/Sarawak.. Ringkasnya RM30/Semenanjung dan RM37/Sabah+Sarawak..




Penulis yang telibat adalah Ana Sofiya, Shamien A. Basit, Luna Bulan, Ridhya Iman, Cik D, Rehan Makhtar, Hana Efriena, Hani Fazuha, Syeena Hamdan, Suzana Sulaima, Pena Kayu, Syah Shah, Shirod Shukri, Anggerik, Wawa Taufik, Farisya Natasha, Dahlia, Farah Husain, Cempaka Rembulan..



p/s: Untuk peminat novel, jangan lepaskan peluang ini.. Ambil peluang untuk menderma dengan membeli naskah ini.. Moga sedikit sumbangan kita dapat meringankan bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh mangsa banjir..

Friday, January 2, 2015

Off aje la...!

Assalamu'alaikum...

Off aje la...!


Aku tak berani nak cakap lebih-lebih pasal ni sebab akupun takde ilmu... Aku sekadar kongsi pendapat aku je... Tapi beberapa minggu sudah aku pernah tengok dan dengar pasal ni kat satu slot tv.. Cumanya aku tak ingat slot apa dan cenel apa.. 


Pendapat aku...
Apa la yang susah sangat.. Off aje la enpon tu.. Bukannya lama sangatpun nak duduk memerun dalam tandas tu.. 




Lagi satu, apa yang aku tau, tandas ni tempat yang syaitan suka lepak.. Jadinya, jika masuk tandas, rasanya tak perlu kot nak baca apa-apa selain dari baca doa masuk dan doa keluar tandas.. Malahan bercakap-cakap dalam tandaspun tidak digalakkan.. Selebihnya, fokus je pada niat masuk tandas iaitu untuk membuang.. 


p/s: Kena jugak tau serba sedikit adab masuk tandas.. Bukannya sibuk bergambar dan berselfie dalam tandas.. Oppss...!

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015...

Assalamu'alaikum...

Selamat Tahun Baru 2015...

Hari ni dah masuk tahun baru 2015 dah.. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah.. Dijauhkan dari segala musibah dan fitnah.. Dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.. Diberi kesihatan mental dan fizikal yang kuat.. Dikuatkan iman dan taqwa.. Diberi kesabaran tahap tertinggi serta mendoakan yang baik-baik sahaja.. Aminn...




Kurangkan menyebar cerita palsu.. Apa-apa perkara yang tak berapa nak elok tu, eloklah dibuang.. Tak mampu nak buang semua sekali gus, buanglah secara perlahan-lahan.. Sama-sama kita memperbaiki serta muhasabah diri kita sendiri..


p/s: Harap maafkan aku jika ada salah silap sepanjang tahun lalu ataupun tahun-tahun sebelumnya.. Aku, maafkan kamu.. 

Wednesday, December 31, 2014

Galau di hati...

Assalamu'alaikum...

Galau di hati...


Di samping rasa sedih dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri, aku juga ikut bersedih apabila kehilangan cincin di jari..


Cincin belah rotan aku tu terjatuh dari atas tebing kolam dalam bilik mandi.. Elok je jatuh kat bahagian atas lubang air tu.. Tapi belum sempat aku nak ambil, tercurah pula segayung air.. Terus je cincin tu masuk ke dalam salur pvc bilik mandi tu.. 


Jarak antara salur pvc dari bilik mandi tu hingga ke hujungnya adalah lebih kurang empat meter.. Aku dah curah air beberapa baldi dari dalam bilik mandi tu dengan harapan agar cincin tu keluar kat hujung salur pvc tu.. Tapi sampai sekarang cincin tu masih lagi tak keluar.. Aku siap sekat lagi longkang kat hujung salur pvc tu..





Dah seminggu berlalu dan aku masih lagi berharap agar cincin belah rotan aku tu keluar juga akhirnya.. Bila..? Akupun tak tau.. Hanya berharap dan berdoa sahaja.. Walaupun sekadar cincin belah rotan, aku tetap sayang kat dia.. Itulah satu-satunya cincin yang aku beli menggunakan duit zaman aku kerja dulu.. Menitik air mata dibuatnya...


Semerbak wangi di taman hati..

Setulus cintaku pejamkan matamu..
Sisakan waktu barang sejenak..
Pastikan dirimu ada di detak jantungku..

Rebahlah di pusara hati..
Agar terlelap tidurmu..
Tegarlah menyelami hidup..
Dan buang semua kebimbangan..

Kala dahagaku..
Sejukkan jiwa ini..
Cinta tulus darimu..

Saat galauku..
Kau yang sanggup menenangkan..
Sampai badai berlalu..

Semerbak wangi di taman hati..
Setulus cintaku pejamkan matamu..
Sisakan waktu barang sejenak..
Pastikan dirimu ada di detak jantungku..

Rebahlah di pusara hati..
Agar terlelap tidurmu..
Tegarlah menyelami hidup..
Dan buang semua kebimbangan..

Kala dahagaku..
Sejukkan jiwa ini..
Cinta tulus darimu..
Saat galauku..

Kau yang sanggup menenangkan..
Sampai badai berlalu..
Kala dahagaku..
Sejukkan jiwa ini..

Cinta tulus darimu..
Saat galauku..
Kau yang sanggup menenangkan..
Sampai badai berlalu..
Semerbak wangi di taman hati..
Setulus cintaku pejamkan matamu..


Harap-harap adalah sang katak yang bawa cincin tu keluar dari salur pvc tu.. Katak kan suka duduk dalam salur macam tu.. Tapi janganlah pula sang ular yang keluar.. *pengsan.. 



p/s: Galau di hati tak siapa yang tahu.. Ada lagi galau yang lain yang tak mampu untuk diluahkan.. Biarlah kekal rahsia selagi terdaya untuk dikekalkan rahsia itu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)