Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 25, 2015

Baru nak keluar..?

Assalamu'alaikum...

Baru nak keluar..?


Pokok bunga orkid ni dah bertahun-tahun tak keluarkan bunga.. Seingat aku, bunga tu ada masa mak aku beli dulu tu je.. Lepas tu, sampai ke sudah tak keluar bunga.. 




Baru-baru ni, masa aku melawat kawasan rumah, tiba-tiba mata terpandangkan sulur bunga atau spike yang baru muncul.. Alhamdulillah.. Seronoknya la haiihhh... ahahaha...




Masa kakak aku balik sini hari tu, akupun tunjuk la kat dia spike orkid ni.. Dia kata bunga orkid yang ni takde la cantik sangat sebab warna dia pucat.. Memangpun.. Tapi aku suka je sebab maklum la, dah lama tak berbunga, hati ada banyak teruja maaa.. hehehe..


Harap-harap spike ni takde la kena ngap dek ulat ke, ataupun patah kena langgar dek tupai.. Dah selalu sangat jadi macam ni kat pokok orkid yang lain.. Tak sempat nak tengok bunga tu keluar, dah kena ngap atau patah dulu..


p/s: Macam-macam jenis baja dah aku gunakan sampai tak tau baja mana satu yang betul-betul elok dan berkesan.. hehh..

Monday, March 23, 2015

Wraps lagi.. Lagi-lagi Wraps.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Wraps lagi.. Lagi-lagi Wraps.. hehh...


Dah lebih seminggu blog tak ber-update.. Macam-macam hal yang berlaku.. Tapi buat masa ni, biarlah hal itu aku diamkan seketika.. hehh..


Kali ni aku nak tepek gambar je.. Sekadar nak hapdet blog je ni.. Watermark pun aku malas nak tepek.. ahahaha... 








Selalunya main letak je bahan isi, gulung dan potong.. Kali ni terlebih rajin sikit.. Rajin buat telur dadar tu je.. Rajin la jugak tu, kan... ahahaha... Oh ya, kulit wraps ni aku beli dari brand Mission.. 


p/s: Ni boleh kenyang sampai petang kot... Agaknya la.. hehehe... Apapun, syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri.. 

Friday, March 13, 2015

TOLONGLAH hulurkan sumbangan...

Assalamu'alaikum...

TOLONGLAH hulurkan sumbangan...


Jom sama-sama bantu jom.. Bantulah ikut kemampuan.. InsyaAllah, ada ganjarannya nanti.. Tetapkan hati supaya jangan berbelah bagi.. Sebabnya, untuk perkara sebegini, syaitan akan sentiasa berbisik agar kita tidak meneruskan niat murni tadi.. 



Safinatul Hayah binti Abdullah Sani
CIMB - 02110021125523 (lama) / 7047723497 (baru)
Maybank (akaun baru) - 552068508314
Maybank (akaun lama) - 102064087349








p/s: Moga jumlah yang diperlukan segera mencukupi agar dapat disegerakan pembedahan ke atas adik ini.. Kasihanilah dia... *sedih... 

Wednesday, March 11, 2015

Marker for laundry...

Assalamu'alaikum...

Marker for laundry...


Kadang-kadang masa nak potong kain, kita jadi buntu bila kapur jahitan tidak melekat pada kain.. Masa ni memang tension dibuatnya.. Ditambah lagi bila kain tu ikut bergerak masa kita gariskan kapur tersebut... Huwaaarrggghhhhhh!!! 


Jadinya, kali ini aku terpaksa cari cara lain untuk gantikan kapur jahitan tadi.. Kain yang aku nak potong ni jenis bergetah.. Mungkin kain jenis lycra kot.. Entah, aku memang tak tau sangat jenis kain ni.. Puas aku dok gariskan kapur tu kat kain tapi tak juga mahu bertanda.. Sudahnya, aku selongkar laci dan cari balik marker untuk laundry ni.. Mujurlah dakwatnya masih ada lagi.. ahahaha... Kalau tak, mau meroyan aku dibuatnya.. Hari yang panas bertambah panas gamaknya... hehh...




Jika nak diikutkan, pen untuk kain ni ada je dijual.. Masalahnya, susah nak cari sebab bukan semua kedai ada jual pen tersebut.. Kalau marker untuk laundry ni, ada jual kat kedai buku.. Boleh je cari kat situ.. 


Aku gunakan marker ni untuk buat garisan yang akan dipotong nanti.. Jadinya, tanda ni lepas kain tu dipotong, takde la nampak.. Tapi kalau nampak sekalipun, rasanya tanda ni akan hilang bila kain ni dicuci...


p/s: Mula-mula tadi dah stress dah.. Mujurlah teringat yang aku pernah beli marker ni dulu.. Alhamdulillah, selesai satu masalah.. hehh....

Tuesday, March 10, 2015

Misi mencari pengantin lelaki...

Assalamu'alaikum...

Misi mencari pengantin lelaki...

Hamboihh.. Tajuk entri macam gempak je... ahahaha.. Sebenarnya aku nak tunjukkan print screen tentang review novel Misi Mencari Pengantin Lelaki atau MMPL yang aku buat kat Goodreads.. Novel ni adalah hasil karya Illa Shanahila..


Review ni aku buat secara spontan.. Takde rasa nak membodek ke, apa ke.. Semuanya keluar macam tu je.. Just like that..! *baca sambil petik jari.. hehe..




p/s: Siapa yang berminat nak beli novel ni, boleh la jenguk kat page fb IKP ni.. Ada diskaun RM2 dan postage adalah percuma.. Jika nak beli novel selain dari Misi Mencari Pengantin Lelaki ni pun boleh.. Hantar je mesej kat dorang ataupun tulis je kat wall page tu.. Ataupun PM ejen IKP yang ini.. 

Cara pasang kepala zip...

Assalamu'alaikum...

Cara pasang kepala zip...


Hari tu masa kat Nilai, aku ada pergi kedai Kraf Ezee kat Bangi.. Banyak jugak barang jahitan yang aku beli kat situ termasuklah zip ni.. Zip ni aku beli ikut meter.. Maknanya, jika nak guna nanti, aku kena potong sendiri ikut sukatan yang aku nak dan aku juga kena masukkan sendiri kepala zip tu.. ahaha...


Jadinya, akupun gigih la mencari tutotial kat Youtube.. Macam-macam cara ada kat situ.. Aku cuba buat tapi tak boleh.. Sampai sakit tengkuk dan sakit kepala aku dibuatnya.. Stress sungguh la...!


Akhirnya, aku jumpa video yang ini.. Cuba punya cuba, boleh la buat.. Cumanya agak lambat sikit la sebab baru lagi, kan..? Masih lagi terkial-kial belajar... Nama kepala zip ni slide.. Aku bantai la tulis zip header kat youtube tu.. hahahaha..




Dan, inilah hasilnya yang aku dapat buat.. Sengaja aku masukkan banyak kepala kat dalam zip tu.. Nanti bila nak guna, aku hanya tinggal main potong je berapa inci aku nak..




Zip ni aku nak jahit kat kain bawah ni... Aku plan nak jahit beg.. Gigih aku letak labuci sampai sakit-sakit bahu dibuatnya.. ahah... Harap-harap jadilah beg aku ni sebab beg ni nanti aku nak  jual.. 




p/s: Bukan senang nak senang..  huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)