Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 23, 2015

Masih dalam perancangan...

Assalamu'alaikum...

Masih dalam perancangan...






Buat masa ni, aku belum putuskan lagi nak tanam apa kat dalam semua pasu ni.. Mula-mula dulu ingat nak tanam jagung tapi rasanya sekarang dah mula berubah fikiran.. Apapun, kena tengok bajet jugak sebab nak kena beli tanah dulu.. Dah ada tanah, baru boleh fikir langkah seterusnya..


Pasu besar bulat tu dah lama aku beli.. Masa tu aku beli sepuluh buah pasu ni dengan kawan aku.. Satu pasu harga dia RM20.. Sekarang ni rasanya tak dapat dah harga macam tu untuk pasu sebesar ini..


p/s: Selesai sudah kerja-kerja penyelenggaraan kat taman mini aku.. Aku tengah merancang nak tukar cat buaian besi tu kepada warna yang lebih terang dan meriah.. Barulah seronok anak-anak buah nak main kat buaian tu..


Orang sebelah yang punya, tau...

Assalamu'alaikum...

Orang sebelah yang punya, tau...


Buah ni bukan Ahmad Albab yang punya tapi kepunyaan orang sebelah rumah.. hehe.. Selalu sangat jatuh kat kawasan rumah aku.. Tiap kali jatuh, mesti rupa dia dah macam ni dan ada kalanya dah busuk.. Buah yang cantik molek tak pernah pulak nak jatuh tu.. hehhh...




Sudah pasti ini semua kerja sang tupai.. Tupai memang banyak kat sini.. Geram je tengok dorang main kejar-kejar.. Comel sangat.. Rasa nak join sekali main kejar-kejar tu.. hehe...




Buah yang buruk atau busuk macam ni jika jatuh dalam kawasan rumah kita, dah tentu-tentu kita kutip dan buang, kan..? Macam mana jika buat yang jatuh tu masih elok kejadiannya tanpa cacat cela kena unggis dek tupai..? Boleh ke kita ambil dan makan tanpa beritahu tuan punya buah tu..? Atau, kita bagitau dulu kat tuan punya buah tu, then kita ambil..? Atau kita pulangkan sahaja buah tu kepada tuannya...? 


Wah, banyak persoalan yang keluar hanya kerana sebiji buah.. 


Benda macam ni kadang-kadang tengok pada tuan punya buah tu jugak.. Ada orang dia tak kisahpun jika kita ambil buah yang jatuh masuk dalam kawasan rumah kita.. Tak kisah la buah apapun.. Ada yang dah siap pesan atau bagitau sedari awal lagi; kalau buah tu jatuh kat kawasan ko, ko ambik je la.. Ada pulak orang jangan dibuat pasal.. Semua nak kena bagitau dia dulu.. Kang dek kerana sebiji buah yang gugur atau jatuh itu, habis merata dunia dicanangnya.. Dikatanya kita ambil buah dia.. Ini yang bahaya ni..


p/s: Kalau aku, jika buah tu masih elok lagi, aku akan bagitau kat tuan dia dan tunjukkan sekali buah tu kat dia.. Jika dia nak ambil, ambil la.. Dah memang hak dia, kan.. Dan jika dia bagi kat kita, alhamdulillah, kita ambil la.. Itu namanya rezeki... hehehe..

Tuesday, April 21, 2015

Rendahkan yang tinggi.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Rendahkan yang tinggi.. hehh...


Ni namanya takde kerja, cari kerja.. ahaha..


Sebenarnya, aku dah letih bila terpaksa berdiri masa menggosok.. Ya la, setiap kali jahit baju kastemer, setiap kali tu la kena gosok.. Baju sendiri jarang bergosok tapi baju kastemer memang wajib gosok lepas jahit.. Tambahan sekarang ni cuaca panas sangat, maka keletihan berdiri lama-lama tu semakin terasa.. Dah la rasa bahang panas dari sterika tu..


Entah macam mana, semasa sedang menggosok tadi, aku terfikirkan perkara ni iaitu macam mana nak rendahkan tempat menggosok aku yang tinggi ni.. Terus je aku berhenti menggosok dan bersedia untuk menjalankan misi minahgyver.. ahaha...




Mula-mula aku buka skru kat bahagian bawah papan penggosok tu... Buka yang belah kanan tu je.. Lepas buka, pasang balik supaya skru tu tak hilang.. Kaki besi tu jangan pulak terus dibuang.. Simpan je.. Nanti boleh pasang balik jika nak bagi tinggi semula papan penggosok tu..




Kemudian, aku ambil pulak meja kecil yang dah takde cermin ni.. Cermin meja ni dah bertahun pecah tapi tak pernah berganti.. hehe.. Memang aku dah terbayangkan meja ni masa terfikir pasal nak rendahkan papan penggosok tu.. Sebab tu aku teruskan apa yang terlintas di fikiran...




Lepas tu, aku letakkan papan penggosok tadi atas meja tersebut.. Bahagian cangkuk kat bawah papan penggosok tu aku sangkutkan pada bahagian tepi meja tu supaya papan penggosok tu tak bergerak-gerak masa menggosok..




Dan beginilah hasilnya.. Papan penggosok yang tinggi tadi dah jadi rendah dah.. Nak lebih selesa masa menggosok, letak la kerusi kecil kat situ... Dah boleh menggosok sambil menonton tv.. Cerita kat tv dah habis tapi menggosok tak jugak bergerak-gerak.. ahahahahaha.... adehhh... Oh ya.. Kain lapik kat papan penggosok tu pun aku pasang sendiri bagi menggantikan kain lama yang dah berlubang-lubang.. 




Dah jimat duit.. Tak payah beli dah papan penggosok baru yang rendah tu.. Buat sendiri je.. Yang penting, akal kena la menjalar... Kalau akal dok macam tu je, apapun tak jadi.. hehehe...


p/s: Jangan ego tidak bertempat kerana ego itu nanti pasti akan memakan diri sendiri.. 

Monday, April 20, 2015

Macam nak patah pinggang den...!!

Assalamu'alaikum...

Macam nak patah pinggang den...!!


Ni projek yang aku buat pagi tadi.. Pokok bunga keladi ni dah tinggi sangat dah dok dalam pasu tu.. Dah sendeng dah pasu tu dibuatnya.. Ingatkan memang nak biar je dia tinggi macam tu tapi dek kerana sakit mata, maka aku terpaksalah potong dan tanam balik semula..




Jenuh weiii aku nak tarik batang keladi tu keluar dari pasu.. Dah la tanah kat bahagian atas tu padat.. Bila tarik, tengok la dia punya akar yang berselirat tu.. Habis separuh tenaga kat sini je.. Somput den tekau...!




Dah alang-alang punggah pokok keladi ni, maka akupun punggah sekali mana-mana pasu bunga yang bunga dia hidup segan tapi mati tak mau.. Dah letak bajapun dok macam tu jugak, baiklah dibuang sahaja.. Buat bazir pasu je.. Buat bazir air je siram.. hehh...




Dan inilah hasilnya.. Banyak pasu dah aku kosongkan.. Pasu pulak tu bukannya jenis kecik molek.. Semuanya jenis besar ala-ala tempayan gitu..




Tak siap lagi kerja aku ni.. Aku biarkan je dulu semua tu kat situ.. Pinggang aku dah mula berdenyut-denyut dah.. Mana taknya, dok tarik pasu tu.. Lepas tu dok tarik pulak pokok bagi keluar.. Bila tak keluar, kena pulak terbalikkan pasu tu.. Jenuh sungguh..!


Dalam aku dok sibuk buat kerja, si Bebel ni pulak asyik la menempel je.. Aku sibuk tarik pasu besar tu, dia pulak sibuk dok halang jalan aku dengan buat aksi menggoda dia tu.. huhh.. Tak kuasa aku nak layan haiihhh... Ko golek la sekor-sekot kat situ.. ahahaha...




p/s: Dah malam ni, dah baring-baring ni, baru la terasa sakitnya pinggang dan belakang aku.. Tu la, siapa suruh buat semua tu, kan.. Kalau aku tak buat, siapa lagi nak buat..? Nak upah orang..? Tak mampu den dohh nak upah-upah orang ni.. Selagi terdaya, buat la perlahan-lahan..

Sunday, April 19, 2015

Bebel...

Assalamu'alaikum...

Bebel...

Dia datang ke rumah ni selepas raya cina hari tu iaitu tiga hari selepas si Waiti diambil oleh tuannya.. Sejak hari tu sampai sekarang, dia masih kekal di sini.. Tak tau la samada dia sesat ataupun dibuang..




Aku tak tau nama dia.. Tak tau nak panggil apa.. Sudah jadi satu kemestian kat rumah ni, setiap kucing kena ada nama supaya senang nak panggil.. Disebabkan mulut dia yang bising dan asyik mengiau je, maka aku letak nama Bebel.. amekawww... Jujurnya, aku tak boleh nak dengar suara bingit-bingit ni.. Sakit kepala dibuatnya..




Bebel ni betina.. Jika ikutkan aku, aku memang tak nak dah bela kucing.. Tapi abang aku tak nak buang.. Memang sebelum ni kitorang tak pernahpun buang kucing yang datang.. Maka, dialah yang rajin bagi si Bebel ni makan.. Yang aku geram, Bebel ni makannya memilih.. Dia tak nak makan nasi macam kucing-kucing aku yang sebelum ni.. Selagi tak dapat makanan dia tu, selagi tu la mulut dia bising.. Masalahnya, mana la aku larat nak beli makanan dia je.. Bukannya murah makanan dia tu.. Beli sebungkus yang 500 gram tu, boleh tahan berapa hari je.. Itupun selalu gak makanan dia kena tibai dek kucing orang sebelah.. 


p/s: Kan tak pasal-pasal akupun dah ikut membebel.. ahaha...  Saja je nak berkongsi cerita pasal si Bebel ni.. hehh... Takdenya aku nak biarkan dia mati kebuluran.. Rezeki yang Allah beri, haruslah dikongsi.. Mudah-mudahan rezeki semakin murah.. Amin... 

Saturday, April 18, 2015

About...

Assalamu'alaikum...

About...


Bila masuk grup orang, tak kiralah grup apapun, bacalah dulu kat bahagian About tu.. Ada grup yang takde bagitau apa-apa tapi banyak grup yang bagitau tentang peraturan yang perlu diikuti ketika berada dalam grup tersebut..




Jika peraturan sekecil inipun kita susah nak ikut, macam mana pula dengan peraturan yang lebih besar yang ada dalam dunia sebenar..? 


Jika ada yang menegur, janganlah cepat sentap dan melenting.. Orang tak tegur kalau kita takde buat salah.. Belajarlah untuk menghormati sesama ahli.. Jika rasa mudah sentap atau tak boleh nak ditegur, jangan join apa-apa grup ataupun apa-apa perbincangan.. 


p/s: Ditegur, salah.. Tak tegur, salah.. Jadi semua serba salah...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)