Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, June 24, 2015

Menu berbuka puasa untuk hari ke-tujuh Ramadhan 2015...

Assalamu'alaikum...

Menu berbuka puasa untuk hari ke-tujuh Ramadhan 2015...


As usual, menu yang sangat ringkas.. Aku tak berapa nak rajin untuk masak menu yang canggih manggih ni.. haha..


Cuba teka, apa benda la agaknya yang sembunyi bawah dulang tu.. ahaha...




Tadaaaa...!! Ni la dia yang main nyorok-nyorok tadi.. hehe.. Nama resepinya ialah ikan kembung bakar tanpa arang.. ahah... Sebelum bakar ikan kembung ni, aku dah siap perap dengan garam, kunyit, sos tiram dan sos lada hitam.. Ada la dalam sejam setengah aku perap.. Lepas tu aku letakkan satu sudu makan planta kat dalam kuali tu.. Api dapur tu aku guna api yang perlahan je..




Dah siap dah.. Sekejap je pun masa yang diambil untuk bakar ikan kembung ni..




By using the same pan, (tak payah basuh kuali tu), akupun goreng la sayur caca marba ni.. Kaedahnya sama je macam goreng sayur semalam tu.. Bezanya cuma kali ni takde carrot dan bunga kobis tapi aku gantikan dengan sawi dan daun kucai.. 




p/s: Okay, dah selesai masak dah.. Tak sampaipun 45 minit duduk kat dapur bila masak yang ringkas-ringkas macam ni.. Apa yang penting, selera tu janganlah terlalu besar sangat.. Makan sahaja seadanya.. Alhamdulillah..

Tuesday, June 23, 2015

Menu berbuka puasa untuk hari ke-enam Ramadhan 2015...

Assalamu'alaikum...

Menu berbuka puasa untuk hari ke-enam Ramadhan 2015...


Aku baru je siap masak untuk berbuka puasa sekejap lagi.. Aku masak yang ringkas-ringkas je.. Lagipun adik-beradik dah balik ke rumah masing-masing, tak perlu la nak masak macam kenduri.. hehh..


Mula-mula aku masak sup serpih ayam.. Serpih ayam..?? Ahaha, jangan la terkejut... Malu aii tau.. hehh.. Serpih ayam tu maknanya tulang temulang ayam la.. Isinya dah dibuat gulai dan digoreng, maka bahagian rangka, kepak, leher dan kaki tu kita buatlah sup.. Nyumnyumnyum... ahahhh..




Sambil tu, aku masak jugak sayur campur ni.. Orang lain masak sayur campur letak udang hidup yang besar-besar tu tapi aku cuma letak ikan bilis je.. hehh.. Ehh, ada sekor udang galah kat dalam peti ais.. Udang ni adik aku yang ngail hari tu.. Jadinya, aku masukkan sekali udang galah tu tapi kena kerat-kerat bagi kecik la.. ahahaha...





Sempoi je cara aku goreng sayur campur ni.. Tumiskan dulu semua bahan tumis tu.. Tunggu biar naik bau wangi atau ikan bilis tu dah garing sikit.. Oh ya, sila abaikan kuali aku yang takde telinga tu.. ahaha.. Aku suka pakai kuali ni sebab senang nak curah dalam bekas.. Ikut je tempat yang takde telinga tu.. kihkihkih...



Lepas tu masukkan sayur yang agak keras dulu macam kobis bunga tu.. Kacau-kacau dalam tiga empat minit, masukkan pula carrot.. Kacau-kacau jugak dalam tiga empat minit lagi, masukkan pula kacang buncis dan putik jagung.. Kacau-kacau lagi.. Masukkan pula sos tiram dalam tiga sudu makan.. Tambah air sikit.. Dah siap..!!


Untuk sayur campur aku ni, aku tak letak garam.. Sos tiram tu dah memadai dah.. Tapi aku letak sikit serbuk lada hitam..




Okay, dah siap dah sayur campur aku.. 





Gambar kat bawah ni pulak adalah menu berbuka aku untuk petang semalam... Lagi la sempoi.. hehe.. Sebelah telur asin dengan lebihan kuah masak lemak ikan kembung dengan kacang panjang.. Makan sikit dulu murtabak tu.. Lepas tu barulah makan nasi.. Alhamdulillah, kenyang..



Murtabak daging ni abang aku beli kat bazar ramadan.. Isinya tebal dan dagingnya banyak.. Terasa asam garamnya.. Kali kedua beli.. Kali pertama hari tu anak buah beli.. Harga RM4 untuk daging dan RM5 untuk ayam.. Aku tak pernah makan murtabak dengan dia punya bawang tu.. Tak tau apa rasanya sebab takde rasa ingin mencuba.. Tak tau kenapa.. Air bawang tu memang wajib ada ehh..?




p/s: Selamat berbuka semua.. Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.. Moga Allah murahkan rezeki kepada kita semua.. Aminn...

Wednesday, June 17, 2015

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...

Assalamu'alaikum...

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...



Salam Ramadhan semua.. Macam biasa, apabila munculnya bulan Ramadhan, maka akan muncul juga peringatan untuk membaca niat puasa.. Alhamdulillah la kan sebab masih ramai lagi orang yang sudi mengingatkan kita.. Itu tandanya orang tu sayang kat kita walaupun saling tidak mengenali antara satu sama lain.. Itulah maksudnya sayang sesama agama yang mengajak kita untuk saling ingat-mengingati akan kebaikan..






Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini, marilah kita sama-sama memperbaiki kekurangan diri sendiri.. Berhentilah dari menuding jari dan mencari salah orang.. 





p/s: Moga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan memberkati diri kita dan keluarga kita serta seluruh umat Islam walau di mana kita/mereka berada.. Aminn...

Merakam gambar kenangan: Bahagian 5 (Akhir)...

Assalamu'alaikum...

Merakam gambar kenangan: Bahagian 5 (Akhir)...


Akhirnya..! Ahahaha... 
Dah, jom la tengok gambar yang ada...
Tengok gambar yang pertama tu dulu...
Terkedu tengok harga dia..
Tak tertelan air liur dibuatnya.. hehh....



Mujurlah ada gambar yang kedua ni...
Jadinya, boleh la telan balik air liur tadi...
Wahahahaha...
Tapi aku tak belipun...
Satu pokokpun aku tak beli sebab aku dah set in mind yang aku cuma nak jalan-jalan cuci mata sahaja..






















 


Maka, berakhirlah sudah perkongsian gambar semasa kunjungan aku ke Floria Putrajaya 2015... InsyaAllah, panjang umur, ada rezeki, jumpa lagi di tahun hadapan.. 


p/s: Entri sampai bahagian lima tapi gambar tuan punya blog satupun takde..? Tak payah la.. Tuan punya blog sedar diri dan selalu ukur baju kat badan sendiri.. hehh... 

Tuesday, June 16, 2015

Merakam gambar kenangan: Bahagian 4...

Assalamu'alaikum...

Merakam gambar kenangan: Bahagian 4...


Aku sambung balik kisah Floria Putrajaya hari tu.. Bukan sambung kisah sebenarnya, tapi sambung kongsi gambar je.. Selagi gambar yang aku ambil hari tu tidak dimasukkan ke dalam blog, selagi tu la kisah ini bersiaran.. hehh..




















Macam mana..? Geram tak tengok bunga orkid yang berkembang megah tu..? Aku yang tengok secara live ni pun sampai terkedu tak terkata apa.. Menakjubkan sungguh ciptaan Allah ini.. Subhanallah...!


p/s: Rasanya akan ada satu lagi entri berkaitan gambar sekitar Floria Putrajaya ni.. Sebelum puasa ni aku nak habiskan kisah ni.. Lepas tu boleh la kita ngobrol pasal resepi pulak, kan.. ahaha...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)