Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 31, 2016

Adakah kita serupa..?

Assalamu'alaikum...

Adakah kita serupa..?

Ada tak orang yang sama pe'el macam aku ni..? Rasanya ada kot.. hehe.. Ala, pe'el suka tepek resepi kat pintu peti sejuk.. Bukannya pe'el yang pelik-pelik tau.. hehh....


Ada beberapa keping fridge magnet yang aku dapat percuma masa beli novel tapi jika nak suruh aku beli fridge magnet tu, minta maaf la ya.. hehh..


Kebanyakan resepi yang aku tepekkan dengan fridge magnet kat pintu peti sejuk ni aku dah buat dah.. Maknanya, aku dah mencuba tapi ada jugak dua tiga resepi yang aku belum cuba lagi.. 


Resepi semua ni jika aku dah cuba dan ia berjaya, makanya resepi tu akan kekal la kat pintu peti sejuk tu tapi jika resepi tu tidak menjadi, maka resepi tersebut akan aku campakkan ke dalam tong sampah.. Kejam, kan..? Siapa suruh bagi resepi tak betul.. ahahaha..




p/s: Masih ada lagi beberapa keping fridge magnet yang kosong, yang takde resepi di bawahnya.. Ni nak kena cari dan cuba resepi lain la pulak.. ahaha...

Friday, January 29, 2016

Siapa macam ni, kita geng..!

Assalamu'alaikum...

Siapa macam ni, kita geng..!

Aku ni jenis yang jarang keluar rumah.. Bukan sahaja jarang keluar, nak keluar selalupun malas.. ahaha.. Entah la.. Kadang-kadang aku terfikir, untuk apa aku keluar selalu sekadar nak beli bawang besar lima enam ketul.. Buang masa..! Baiklah aku beli banyak sekali harung.. hehh..


Jadinya, apabila aku keluar rumah, aku akan penuhkan stok barang dapur samada bahan kering ataupun bahan basah.. Apabila stok sudah penuh, aku tak perlu lagi nak fikir macam-macam.. Tak perlu lagi nak terhegeh-hegeh pergi kedai.. Tak perlu lagi nak buang masa ke sana, ke sini dan tak perlu nak bazirkan duit minyak motor... hehh..


Pasu kecil kat atas sekali tu aku isikan garam halus, serbuk kunyit dan serbuk perasa (kadang-kadang je guna).. Pasu besar sebelah dapur tu aku isi dengan garam kasar..


Aku memang selalu re-stock bahan kering macam ni.. Kalau tengok dah susut je, memang menggelabah la dibuatnya.. Aku kalau masak, memang guna banyak bawang samada bawang merah atau bawang besar.. Kentang tu pulak memang beli banyak sebab abang aku kat rumah ni hantu kentang.. Akupun suka jugak makan kentang ni.. Barulah nampak macam omputih sikit, kan.. kehkehkeh.. 


Lagi satu, kat rumah aku takde bahan makanan yang bukan-bukan.. Maksudnya, takde jajan atau yang seumpama dengannya.. Biskutpun cuma biskut lemak cap ping pong tu je.. Tapi stok mee segera tu ada la sikit sebab kadang-kadang apabila takde selera nak makan nasi, aku makan jugak mee segera ni tapi bukan selalu la.. Paling tidakpun sebulan atau dua bulan sekali baru aku makan..


Alhamdulillah.. Segala pembelian ini adalah atas rezeki dari Allah.. Moga Allah murahkan rezeki kepada kita semua termasuk korang yang membaca entri ini.. hehe..


p/s: Siapa jarang masak, jangan buat stok macam ni ya.. Takut nanti membazir pulak.. Ni untuk orang yang rajin masak je.. Rajin la sangat, kan... ahaha..

Tiga bahan sahaja...

Assalamu'alaikum...

Tiga bahan sahaja...


There ara three ingredients in the good life.. Learning. Earning. Yearning - Christopher Morley




Kesimpulannya, sentiasalah bersyukur.. Sentiasalah berzikir.. Sentiasalah beristighfar..  Sentiasa ikhlaskan hati.. InsyaAllah, tenanglah hidup kita.. (Peringatan untuk diri aku jugak ni..)


p/s: Tak banyakpun.. Cuma tiga bahan sahaja tapi yang tiga itulah susah untuk kita laksanakan.. Betul tak..?

Tuesday, January 26, 2016

Resepi: Kuih kaswi gandum...

Assalamu'alaikum...

Resepi: Kuih kaswi gandum...


Malam tadi ternampak la sorang kawan share-kan post pasal resepi kuih kaswi gandum ni.. Lepas tu, apa lagi, menggelupur la aku masuk dapur dan siapkan bancuhan tepung dan masak air gula tu.. Ingatkan malam tu jugak nak kukus tapi memandangkan masa tu jam dah dekat pukul sebelas malam, maka aku tangguh la untuk kukus pagi ni je.. Lagipun masa tu air gula masih lagi panas.. So, kena tunggu air tu sejuk la dulu, kan..?


Dan pagi ni, dalam pukul sebelas tadi, siaplah kuih kaswi gandum aku ni.. Alhamdulillah, elok kejadiannya.. Tidak keras dan tidak juga lembik.. Sedang-sedang je.. Terima kasih banyak-banyak pada kawan aku tu yang share-kan resepi dan juga terima kasih kepada si empunya resepi iaitu Jamayah Bujang..



Kelapa parut ni lambat dimesin... Makanya, aku kukus sekejap macam ni je untuk elakkan kelapa tu cepat basi..


Ni dia resepi kaswi gandum tapi aku tambah satu bahan iaitu garam.. 

Bahan A:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan.


Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung - aku guna tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus - ni aku tambah sendiri
1 sudu kecil air kapur sirih
Kelapa parut dari sebiji kelapa - kelapa muda
Sedikit garam







Ni cara yang aku buat..

1- Masak air gula tadi dan sejukkan..

2- Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan garam..

3- Apabila air gula sudah sejuk, tuangkan air gula tadi ke dalam bekas berisi tepung.. Kacau rata..

4- Masukkan adunan tadi ke dalam blender dan kisar sekejap.. Ni untuk mengelakkan tepung berketul-ketul.. Lepas tu masukkan air kapur dan kacau rata..

5- Tapis adunan tadi ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.. Aku tak lapik plastik kat dalam loyang tu sebab dah sapu minyak masak.. (Aku sapu minyak masak, lepas tu aku lap sikit loyang tu dengan tisu supaya minyak masak tu tak berladung/bertakung..)

6- Panaskan air kukusan.. Bungkus penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air menitik masuk ke dalam loyang..

7- Kukus hingga masak.. Aku kukus dalam 45 - 55 minit..

8- Apabila sudah masak, buka penutup kukus dan sejukkan kuih.. Dah sejuk, baru boleh potong.. Gunakan pisau plastik untuk memotong..





p/s: Alhamdulillah, menjadi kuih ni walaupun pertama kali buat.. Terima kasih sekali lagi kepada tuan punya resepi.. Moga Allah memberkati segala apa yang dikongsikan..

Monday, January 25, 2016

Jangan ubah ikut suka hati sendiri je...

Assalamu'alaikum...

Jangan ubah ikut suka hati sendiri je...


Aku ni selalu sangat nampak orang gantikan huruf p dengan huruf b..
Kejap ditulis sebagai kejab..
Kaup ditulis sebagai kaub..

Sedap ditulis sebagai sedab..
Dan banyak lagi...
















Kadang-kadang ada juga perkataan yang kita cari tapi tak boleh nak jumpa.. Dia keluar macam kat bawah ni haa.. Kenapa ya..? Aku ni kalau dah keluar benda macam ni, memang tak tau dah la nak buat apa.. Mati kutu terus jadinya.. ahaha... Siapa tau kenapa keluar macam ni dan tau cara nak solve-kan, boleh la bagi info kat aku ya.. Terima kasih.. 




Perbuatan mengubah huruf ni mungkin nampak macam kecil je tapi percayalah, jika ia tidak dibendung, pasti akan menjadi semakin besar dan bertambah rumit, lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih lagi bergelar pelajar.. Jika boleh, tolonglah jangan teruskan buat kesilapan ejaan macam ni..


p/s: Sayangi Bahasa Malaysia kita..

Boleh ke..?

Assalamu'alaikum...

Boleh ke..? 

Boleh ke kita nak buat baik dengan orang yang beri layanan buruk kat kita..? 


Mungkin boleh dan mungkin juga tidak boleh bergantung pada tahap kesabaran kita.. Jika nak ikutkan, memang payah la, kan? Pasti ada satu rasa kurang puas hati dan rasa itu mengundang satu suara yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga.. Betul tak..?




Contohnya; Kita mendapat layanan buruk di kaunter jabatan kerajaan.. Pastinya kita melahirkan rasa yang sangat marah dan kita lahirkan rasa marah itu pada laman sosial seperti facebook yang akhirnya menjadi viral..


Kesimpulannya, benda macam ni memang sukar untuk kita praktikkan namun tidak mustahil untuk kita beri layanan yang baik walaupun kita dilayan dengan teruk.. Itupun jika kita mencuba dan terus mencuba untuk bersikap lebih penyabar..


p/s: Nak jadi baik, kena banyak bersabar.. Nak jadi seorang yang sabar itulah yang kadang-kadang agak susah sikit tu.. hehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)