Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 14, 2016

Niat tidak menghalalkan cara.

Assalamu'alaikum.

Niat tidak menghalalkan cara.


Betul apa yang dikatakan oleh novelis Emy Raziela ini. Sebab tu kalau aku jahit baju orang, aku tak suka nak buat baju tu fit. Mesti aku loose-kan sikit baju tu. Sebabnya, macam yang novelis ni kata la. Kalau aku jahit ikut bentuk badan dan fit, tak pasal-pasal aku dapat dosa hasil dari jahitan aku sendiri. Dosa sendiripun dah banyak sangat dah. Buat apa la nak tanggung dosa orang lain.  Tapi ada je orang yang tak faham kenapa aku jahit bagi loose sikit baju tu. 





Kadang-kadang kita ni terlupa. Niat kita nak mencari rezeki yang HALAL tapi sebaliknya, rezeki tu jadi tak berkat hanya kerana satu perkara yang kita tidak ambil berat.


Dulu, ada orang suruh aku jahitkan baju gaun bertali halus tapi aku tolak. Aku kata aku tak pandai jahit baju macam tu. Malas nak panjangkan cerita, cakap je tak tau. Habis cerita! Anggap saja bukan rezeki untuk aku.


p/s: Terima kasih untuk penulis kerana berkongsi post ini kepada Public. Biarlah post itu tak dapat banyak komen atau like. Yang penting, isi post itu sendiri sampai kepada umum. Mana yang baik, kita sebarkan.

Wednesday, April 13, 2016

Akhirnya, naik jugak nombor!

Assalamu'alaikum.

Akhirnya, naik jugak nombor!

Pagi tadi aku menghadirkan diri dalam mesyuarat tahunan koperasi kat tempat aku ni. Seperti tahun lepas, cabutan untuk nombor bertuah diadakan sebagai satu selingan. Ye la, asyik bercakap je, boring pulak nanti ahli peserta koperasi semua tu. 




Aku pegang tiga nombor. Lagi dua tu nombor emak dan abang aku. Dorang dah balik awal. Maklum la, mak aku tak berapa sihat.


Masa pusingan pertama tu, aku dah mula rasa memang takde harapan kot nak menang cabutan nombor bertuah ni. Tapi aku buat rilek je la. Bukan tak biasa dengan nombor yang tak naik ni, kan? Hahaha.


Alih-alih, aku dengar nombor aku disebut. 0264! Eh, biar betul! Aku tunjukkan nombor aku kat orang sebelah untuk kepastian. Kot la aku tersilap dengar atau silap pandang. Kang buat malu je pergi kat depan tu. Lepas dah pasti memang nombor aku yang disebut, maka akupun pergilah ambil hamper tu kat depan. Muka ada manyak siyum. Kehkehkeh.


Walaupun isi hamper tu cuma setakat junk food, rasanya ada la dalam RM25-RM30 kot harga dia. Kalau nak harapkan aku beli sendiri junk food ni, memang aku tak beli la sebab aku nak kurangkan makan benda macam ni. Tapi disebabkan dapat free, aku bedal je la makan. Ahahaha.


p/s: Alhamdulillah. Rezeki ni mana kita nak tau bila masa dia nak datang, kan? 

Tuesday, April 12, 2016

Tak salah berkongsi idea.

Assalamu'alaikum.

Tak salah berkongsi idea.


Ingat lagi tak pada entri aku yang ini? Kalau dulu aku gunakan bekas mister potato ni sebagai tabung, kali ini aku gunakannya sebagai tempat untuk menyimpan segala zip yang ada dalam simpanan aku.




Siapa yang bekerja sebagai tukang jahit, pasti mempunyai zip yang banyak dari pelbagai jenis dan warna. Zip ni kalau tak disimpan dengan sempurna, memang jenuh la nak mencari. Habis semua barang kena kirai dan kisai. Akhirnya, kita sendiri yang pening nak kemaskan semula. Ahaha.




Makanya, apa kata kita simpan semua zip kita tu dalam bekas mister potato ni. Selain daripada nampak kemas, ia juga mampu menjimatkan ruang. Kalau ada banyak bekas mister potato ni, bolehlah letak satu warna zip dalam satu bekas. Lagi senang kita nak cari dan ambil sebab zip tidak bercampur dengan warna lain.


Untuk mereka yang selalu travel, boleh juga isikan peralatan menjahit kat dalam bekas ni. Mungkin boleh isikan dengan jarum jahit, benang, gunting kecil, pita pengukur, jarum peniti, kapur kain, penetas benang dan sebagainya. Pastikan penutup tu kita selotep ketat-ketat. Mana la tau masa dalam travel tu ada baju yang terkoyak kat bahagian ketiak ke, boleh la kita jelujur untuk sementara waktu. Takde la nanti nak kena beli baju baru, kan?


Lepas ni jangan buang bekas mister potato ni. Basuh bersih, keringkan dan bolehlah diisikan dengan pelbagai barangan yang bersesuaian. Kita yang buat dia, kan? Ikut suka kita la nak sumbat apa kat dalam tu. Ahaha.


p/s: Selamat mencuba!

Thursday, April 7, 2016

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.

Assalamu'alaikum.

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.



Ini merupakan kali pertama aku cuba buat sambal hitam Pahang ni. Biarpun sudah berpuluh tahun menetap dalam negeri Pahang, baru sekarang ada rasa ingin cuba membuat sambal hitam tersebut. Dan aku baru sekali merasa sambal hitam ni. Itupun sekadar cuit di hujung jari sahaja. Entah, masa tu aku rasa macam kurang berminat nak merasainya. 


Akan tetapi, selepas ternampak buah belimbing buluh yang merimbun kat pokok jiran sebelah rumah, terus je aku ambil besen dan dengan muka tak malunya, minta buah ni kat jiran tu. Selama bertahun jadi jiran, ini juga merupakan pertama kali aku minta buah belimbing buluh dia. Heh


Permulaan proses, cuci bersih belimbing buluh. Toskan dan masukkan ke dalam kuali. Aku masukkan dalam kuali besi yang tebal tu. Lepas tu, rebus belimbing buluh tu tanpa air. Nanti lama-lama air belimbing tu akan keluar sendiri. Aku tak letak garam masa merebus. Kali pertama buat, takde la pergi google ke, apa ke. Just ingat cakap-cakap beberapa orang makcik masa bersembang pasal sambal hitam ni dulu.









Sejam yang pertama.


Dua jam kemudian.



Tiga jam berikutnya.


Tiga jam setengah masa yang diperlukan untuk merebus belimbing buluh tadi sampai jadi macam ni.



Okay, sekarang ni beralih kepada bahan untuk tumis pulak.






 Ikan bilis ni aku ramas-ramas je.




 Aku tumbuk sikit belimbing buluh rebus tadi. 



Tumiskan bahan tumbuk, cili padi dan ikan bilis sampai naik bau. Lepas tu, masukkan belimbing buluh rebus tadi dan masaklah sampai kering. 



Beginilah rupanya sambal hitam Pahang yang aku buat. Dia tak kering tapi lembab gitu. Rasanya masam sikit sebab kuantiti belimbing buluh rebus tu melebihi sukatan bahan yang lain.



p/s: Belajar dari pengalaman. Silap sekali, takkan tak nak cuba buat lagi, kan? Mungkin lain kali aku akan buat lagi sambal hitam Pahang ni dengan menggunakan resepi dan cara yang ada kat sini.

Wednesday, April 6, 2016

Jangan risau tak bertempat.

Assalamualaikum.

Jangan risau tak bertempat.


Kita ni, kadang-kadang selalu sangat risau tak bertempat. Perkara yang tidak sepatutnya kita risaukan, kita beria-ia ambil berat. Kesudahannya, kepala kita sendiri yang sakit. Hati kita sendiri yang tak tenang.
Jangan risau pada perkara yang bukan-bukan sehingga kita lupakan kepada perkara yang sepatutnya kita ambil tahu, yang lebih memerlukan perhatian kita.




p/s: Jaga otak kita. Jika otak tak sihat, seluruh badan ikut merasa sakitnya. Jadi, jangan fikir yang bukan-bukan dan jangan risau tak bertempat.

Thursday, March 24, 2016

Cantik ayat ni ...!

Assalamu'alaikum.

Cantik ayat ni ...!


Kadang-kadang adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit.


Kadang-kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.


Kadang-kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.


Kadang-kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang adik beradik.


Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WHATSAPP anda, bukan kerana mereka takde benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.


Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.


Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.


Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"


Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."


TERIMA KASIH ADIK BERADIK.

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali;
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan


Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorg;
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam


Ada 3 hal yang tidak boleh hilang;
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran


Ada 3 hal yang paling berharga;
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan


Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti;
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi


Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang;
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras


Ada 3 hal yang membuat kita sukses;
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus


Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu;
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh


TAPI, ada 3 hal dalam hidup yg PASTI;
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian


Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih dan penyayang. Maka sayangilah dia serta kasihilah dia. Bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan dan lancarkan segala pekerjaannya.

p/s: Ini merupakan entri copy and paste dari wall orang. Aku tak tau sumber asal sebab tidak dinyatakan. Maaf jika ada yang marah sebab tak bagi kredit. Apa yang penting, kita ambil mana-mana perkara yang membawa kebaikan. Itu je.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)