Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, November 9, 2016

Gigih bawa balik!

Assalamu'alaikum.

Gigih bawa balik!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya impian aku nak beli tikar rotan campur kulit kayu dari Sarawak ni tercapai juga. Syukur. Aku beli tikar ni kat Nilai 3. Pergi sana dengan dua orang anak buah. Bukan beli tikar ni je. Kitorang pakat beli cadar patchwork lagi. Hehe.


Gigih tu aku bawa balik tikar Sarawak ni. Disebabkan bonet tak muat sebab ada lagi barang yang belum diisi, terpaksalah letakkan tikar ni kat tempat duduk belakang tu. Kalau nak letak kat bonet, takut nanti barang lain tak boleh nak sumbat.





Alhamdulillah. Dah selamat sampai rumah dah tengahari tadi. Esok la aku gantikan karpet tu dengan tikar ni.





Dulu, pernah beli tikar Sarawak ni tapi saiz dia lagi besar. Puas hati la dengan saiz dan harga macam tu. Masa tu kirim kat orang yang bertugas ke sana. Orang tu pilot helikopter. Kiranya tikar tu memang terus dibawa dari sana la. Tikar yang aku beli sekarang ni saiz dia agak kecil tapi harga dia agak tinggi. Tapi nak buat macam mana. Aku nak beli juga sebab nak gantikan karpet tu. Karpet tu dah banyak bulu kucing yang melekat. 


UPDATE.



Atas: Tikar Sarawak yang dah lama beli. Saiz besar. Harga kecil.
Bawah: Tikar Sarawak yang baru dibeli. Saiz kecil. Harga besar.
Kesimpulannya: Menyesal pula sebab tak beli dua helai tikar yang besar tu. Haha.



p/s: Rasanya harga tikar Sarawak ni jika di beli secara online lagi murah kot tapi aku ni kalau nak beli barang yang agak mahal, aku kurang yakin nak beli secara online. Takut kena tipu je. Lainlah jika aku beli novel. Beli je dari publisher.

Thursday, November 3, 2016

Mampu ke nak habiskan?

Assalamu'alaikum.

Mampu ke nak habiskan?


Ini adalah jumlah air kosong yang kita perlu minum untuk sehari mengikut berat badan kita.




Jika ikutkan, aku kena habiskan kesemua air dalam bekas ni. Masalahnya, mampu ke aku nak habiskan semua air tu? Ditambah lagi dengan cuaca yang sejuk dan hujan sekarang ni, rasanya aku tak mampu nak minum air kosong banyak macam ni. Jika cuaca panas, mungkin boleh je habis. Aku takde masalah nak minum air masak sebab aku memang suka minum air masak. Cuma keadaan cuaca sekarang ni yang tidak mengizinkan untuk minum air masak secara berlebihan.




p/s: Kena banyak minum air masak waktu siang. Kena paksa jugak untuk minum. Kalau banyak minum waktu malam, tak larat weii asyik nak bangun pergi bilik air. Nanti mengganggu proses lena diulit mimpi. Haha.

Friday, October 28, 2016

Jalan terus!

Assalamu'alaikum.

Jalan terus!


Never beg someone to be in your life. If you text, call, visit and still get ignored, walk away. It's call self respect - Steve Wentworth.




Betul. Janganlah kita terhegeh-hegeh hingga merendahkan harga diri kita. Seburuk dan semiskin manapun kita, kita tetap punya harga diri. Dan, jagalah ia dengan sebaiknya. 


Jalan terus! Keep moving! Allahkan ada! Yakinlah dengan Allah! 


p/s: Pinggan dalam kotak, nasi di bawah saji. Orang tak hendak, untuk apa dikenang lagi. Pantun baru dari aku. Haha.

Thursday, October 27, 2016

Rezeki jika rajin mengemas rumah. 😜

Assalamu'alaikum.

Rezeki jika rajin mengemas rumah. 😜


Hari ini, seharian aku dok mengemas bahagian ruang tamu dan bilik abang aku. Sebenarnya aku nak pindahkan rak buku lima belas petak ni masuk ke dalam bilik abang aku tu. Maka, terpaksa la kena punggah semua yang ada kaitan termasuk buku dan baju.


Lebih kurang satu jam operasi memindahkan rak tu bermula, matapun tertancap la pada sekeping duit lima ringgit ni. Apa lagi, seronok ya amat macam la jumpa duit satu guni. Hahaha. Ehh, lima ringgitpun bernilai jugak tau. Jangan nak menyombong sangat sampai tak pandang kat duit lima ringgit ni.




Lepas tu, akupun belek la duit tadi untuk pastikan yang duit tu masih elok dan boleh digunakan. Alhamdulillah, duit tu masih lagi sempurna sifatnya. Lega. Hehe.




Bukan apa. Dulu aku pernah jumpa duit lima ringgit kat depan rumah. Punya la eksaited aku apabila nampak duit tu. Tapi setelah aku belek, rupanya nombor siri duit tu dah terkoyak. Patut la duit tu kena buang. Ralatnya la hati. Kenapalah gelojoh sangat buka sampul duit raya tu sampai terkoyak duit tu dibuatnya. 


Dan inilah dia rak lima belas petak yang telah berjaya aku pindah masuk ke dalam bilik abang aku walaupun pada awalnya rak tu tersekat pada pintu sebab ketinggiannya melebihi aras pintu bilik. Terpaksalah aku baringkan rak tu sambil mulut dok kumat kamit menyebut nama Allah dengan harapan agar Allah permudahkan segala urusan dalam berkemas ni. Bukan apa, takut terhempap je dengan rak tu. Lagi pulak masak mengemas ni, kucing akupun ikut sibuk mengacau. Kena sabar banyak dengan pe'el dorang ni. 




p/s: Alhamdulillah. Selesai sudah urusan mengemas untuk hari ini tanpa sebarang musibah. Baru la rasa lega di hati. Kepalapun rasa ringan je tapi badan ada letih sikit la. Maklum la, dah tua. Heh.

Aku nak tidur kat mana ni?

Assalamu'alaikum.

Aku nak tidur kat mana ni?


Katil dah kena conquer. Kat mana aku nak tidur ni? Dah la katil bujang je. Adeh. 


Ini adalah si Cogheng dan si Cumi. Cogheng yang banyak warna yang tidur kat tepi dinding tu dan Cumi pula sudah tentulah yang putih ada tompok tu. Keduanya adalah kucing betina yang manja terlebih. Over tau dorang ni. Haha.




Seronok betul korang tidur ya. Mimpi apa agaknya dalam tidur tu. Haha.




Takpe. Nanti kita mencelah je la kat tengah-tengah tu. Pandai la nanti dorang nak ejas badan dorang. Hehe.


p/s: Entri fasal kucing lagi? Ahahahaha. Biarlah. Akukan suka kongsi gambar kucing aku. Heh.

Wednesday, October 26, 2016

Kadang-kadang serba salah dibuatnya.

Assalamu'alaikum.

Kadang-kadang serba salah dibuatnya.


Kadang-kadang tergerak jugak di hati nak buat entri semasa yang hot dan terkini atas tujuan nak naikkan rating blog. Namun, apabila difikirkan kembali natijah dan saham yang bakal dihadapkan di kemudian hari, ehh, tak jadi la aihh. Haha.




Kena kaji balik semula pada niat asal jadi blogger. Nak asah bakat dalam bidang penulisan atau nak jadi ahli neraka? Pahala dah la tak seberapa. Lagi nak tambah dosa dengan berita atau entri yang panas macam tu? Biarlah orang lain yang buat kerja sebegitu. Biarlah blog suam takde pengunjung. Heh.




Aku lebih rela letak gambar kucing-kucing aku kat blog aku ni. Tujuan aku buat blog dulupun sebab nak simpan segala kenangan selain daripada minat menulis dan berkongsi sedikit ilmu jahitan yang aku ada. 




p/s: Do good and good will come to you. Tak perlu nak memburuk-burukkan orang lain semata-mata mahukan perhatian.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)