Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 5, 2017

Siakap kukus resepi main campak-campak je.

Assalamu'alaikum.

Siakap kukus resepi main campak-campak je.


Aku baru siap masak ikan siakap kukus ni. Resepi aku ni, aku main campak-campak je. Ikut je citarasa sendiri. Tak payah nak peningkan kepala dok google itu ini. Jangan rumitkan fikiran dengan masalah sekecil ini. Heh.


Bahan yang aku gunakan untuk masak siakap kukus ni sempoi je. Macam yang aku beritahu kat atas tadi, aku malas nak peningkan kepala. Masak je la ikut kepala aku ni. Haha.




Ni dia bahan yang aku gunakan untuk masak siakap kukus ni.

1 ekor ikan siakap - buang sisik, potong, bersihkan. (aku tinggalkan dua keping isi siakap tu untuk masak lain kali)
1 kiub ayam Knorr - ramas dan hancurkan
1 biji tomato - potong enam
1 biji lada besar - dihiris
1 labu bawang besar -dihiris membulat
2 ulas bawang putih - dititik
3 tangkai kacang panjang merah - petik dari mini kebun aku.
3 pokok daun bawang - juga petik dari mini kebun.
Sedikit serbuk lada hitam




Gaulkan ikan siakap tadi dengan pati kiub ayam Knorr yang telah diramas. Kemudian, masukkan bahan yang lain dan gaulkan semuanya supaya sebati. Masukkan sedikit air dan tutup kuali dengan tudung periuk. Masak dalam anggaran 10 minit atau ikut kita la nak masak lama mana. Haha. Tak payah letak garam ya sebab pati kiub Knorr tu dah cukup dah rencahnya. 




p/s: Okay. Dah siap masak dah. Mudah je, kan? Lagi mudah masak siakap kukus ni daripada mencipta alasan. Heh.

Saturday, April 1, 2017

Salam takziah untuk kakak.

Assalamu'alaikum.

Salam takziah untuk kakak.

Hari ini, 1/4/2017 bersamaan 4 Rejab 1438 Hijrah, dalam pukul sembilan malam tadi, aku dapat satu berita sedih. Suami kakak aku yang kat Labis tu baru je menghembuskan nafasnya yang terakhir.




Kakak aku sekeluarga baru je minggu lepas balik ke sini sebab dah agak lama dia tak balik sejak anak bongsu dia kemalangan pada bulan Oktober tahun lepas. Aku tak dapat nak ziarah kerana mak aku kat rumah ni pun tak berapa sihat dan tak boleh nak berjalan jauh. Makanya, aku doakan dari kejauhan semoga kakak aku dan anak-anak buah aku tu sabar dan tabah menerima kehilangan ini. 


p/s: Moga Allah ampunkan segala dosa arwah abang ipar aku, terima segala kebaikan yang arwah pernah lakukan dan tempatkan arwah bersama golongan mereka yang beriman. Aamiin.

Friday, March 31, 2017

Ah, seronoknya!

Assalamu'alaikum.

Ah, seronoknya!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Seronoknya apabila apa yang ditanam membuahkan hasil biarpun hasil yang dituai tidak seberapa. Apa yang penting, aku gembira. Haha. Kacang panjang merah tu nanti aku nak goreng je la. Dah jimat dua ringgit duit pasar dah ni. Hehe.




Pokok manggis belakang rumah aku ni dah lama mogok tak berbuah. Jika berbuah sekalipun, buahnya tak banyak mana. Itupun aku tak dapat merasa sebab dah dikerjakan dek tupai. Aku ni bukanlah peminat tegar buah manggis tapi jika dapat rasa tu, memang seronok la. 




Jadinya, apabila dapat merasa kemanisan buah manggis kali ini, memang rasa bersyukur sangat. Harapnya lepas ni pokok manggis tu takde la merajuk lagi. Hehe.


p/s: Manis isi manggis tu. Alhamdulillah.

Tuesday, March 28, 2017

Ole-ole dari jiran.

Assalamu'alaikum.

Ole-ole dari jiran.

Alhamdulillah. Petang tadi dapat ole-ole dari jiran yang baru balik dari mengerjakan umrah. Tak taupun yang jiran tu sudahpun balik dari tanah suci sebab rumah dia agak jauh sikit dari rumah aku. Ole-ole ni pun jiran dekat rumah yang tolong sampaikan. Alhamdulillah, jiran tu dah selamat sampai ke rumah.




Sebelum berangkat menunaikan umrah, jiran tadi ada la datang ke rumah untuk ziarah mak aku. Syukurlah jiran tu sihat sepanjang mengerjakan umrah sebab sebelum ni jiran tu pun tak berapa sihat.


p/s: Seronok tengok orang yang mengerjakan umrah ni. Moga ada rezeki untuk aku menjejakkan kaki ke tanah suci. Aamiin.

Monday, March 27, 2017

Dia dah keluar dah!

Assalamu'alaikum.

Dia dah keluar dah!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Benih durian belanda yang aku semai hari tu dah mula munculkan diri. Setakat ini ada sembilan anak pokok durian belanda yang sudah bercambah termasuk satu pokok dalam polybag besar dan dua pokok lagi baru nak keluar pucuk. 




Aku main tanam je benih durian belanda ni kat mana-mana pasu. Kiranya menumpang la. Apabila dah cambah dan dah mula keluarkan daun, baru aku ubah masuk dalam polybag kecil.


Tadipun aku semai lagi beberapa biji benih durian belanda dari buah yang aku petik semalam. Alhamdulillah, kali ni buah dia manis sikit. Takde la masam sangat macam hari tu. Buah ni pun masak di pokok jugak. Petuanya, lepas petik buah durian belanda yang dah masak ni, jangan terus makan. Simpan dulu semalaman pada suhu bilik. Esoknya baru potong dan makan. Baru la rasanya manis.




p/s: Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Syukurlah dapat merasa dan tidak berebut dengan sang tupai. Hehe.

Eeeiiii...! Geramnya..!

Assalamu'alaikum.

Eeeiiii...! Geramnya..!

Habis daun pokok adenium aku dikerjakan dek menatang ni. Punya la lama aku tunggu daun tu subur, tapi apabila dah subur, jadi makanan dia la pulak! 




Selamat la engkau aku singkirkan! Walaupun aku geli geleman tengok ulat ni, terpaksa la jugak aku ambil dan nyahkan dia. 




Perosak, kenalah hapuskan. Kena cegah sebelum merebak. Takde la nanti apabila dah teruk, baru terhegeh-hegeh nak mencegah. 


p/s: Kadang-kadang kita terpaksa menjadi kejam apabila sudah terlalu geram. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)