Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 8, 2020

Roti cincai-cincai..

Assalamu'alaikum.

Roti cincai-cincai.


Dah lama sungguh aku tak buat roti. Kalau dulu, memang selalu aku buat untuk anak-anak buah tapi sekarang ni, dah malas dah nak buat. Lagipun, budak-budak tu dah besar belaka. Masing-masing dah kenyang dok ngadap gadget je. Kah...!


Baru-baru ni, aku buat la balik roti tu tapi takde la buat beria. Kiranya, aku main cincai je buat. Takde la aku nak uli beria-ia. Cukuplah sekadar dok tepuk-tepuk gitu je. Haha. Bahanpun aku guna mana yang ada je. Asal ada, sudah. 😁😁😁


Aku bakar roti ni atas dapur gas je. Malas aiihh aku nak bakar guna oven letrik aku tu. Sejak kes plug melecur (?), terus aku serik dah nak guna oven besar tu. 





Ni sukatan bahan yang aku gunakan untuk buat roti cincai ni. Bahanpun main sukat gitu-gitu je. Takde la beria-ia ikut sukatan. Guna bahan yang ada stok je. Cara adun tu ikutlah cara masing-masing nak uli macam mana. Pandai-pandai la adjust sendiri..


Bahan A:


1 sudu makan yis mauripan.
2 sudu makan gula.
1 1/4 cawan air suam.


==> Campurkan semua dalam bekas. Kacau sebati. Tutup bekas tu dan perap sampai bancuhan yis kembang/naik.


Bahan B:


2 cawan tepung gandum + sedikit lagi tambahan jika adunan melekat di jari.
2 sudu makan susu tepung.
1 sudu teh baking powder.


==> Campurkan semua bahan dalam bekas. Then, curahkan bancuhan yis tadi. Gaul dan uli. Lepas tu, masukkan pula bahan C.


Bahan C:


2 sudu makan marjerin.
1 sudu makan dough softener.

==> Dan teruskan menguli hingga doh jadi elok. Tutup bekas dan perap hingga doh naik.

Aku bakar roti ni atas dapur gas je. Tenggek je kuali popia yang tebal tu atas dapur, lepas tu, letakkan redai/tungku, then baru letak loyang atas dia. Aku tutup dengan penutup oven letrik yang bulat tu. Api sederhana je. Kang guna api besar, rentung pulak roti korang. Haha.






Alhamdulillah, roti tu lembut walaupun sampai pagi esok. Takde la keras kedengkung walaupun tidak diuli dengan secukupnya dan tidaklah terlalu gebu macam roti yang kita beli di kedai tu. 


Gambar selepas roti dibakar aku tak sempat nak ambil. Lagipun, masa tu bateri handphone aku kong. Malas aku nak pergi charge.


p/s: Nak habiskan stok bahan tu sebelum tamat tempoh. Tu yang buat roti tu. Heh.
.

Sunday, January 5, 2020

Kali pertama VS pertama kali.

Assalamu'alaikum.

Kali pertama VS pertama kali.


Ini merupakan kali pertama aku jahit baju yang ada ropol macam langsir ni. Haha. Sepanjang menjadi tukang jahit, sekalipun aku tak pernah jahit baju yang sebegini. Inilah pertama kali. Itupun baju sendiri. Saja la nak cuba.


Ini juga merupakan kali pertama aku jahit zip pada bahagian leher baju. Selalunya aku buat leher macam baju kurung tu je. Pun, saja nak cuba belajar jahit zip kat leher.


Dan, ini juga merupakan kali pertama aku jahit leher baju tu dengan menggunakan kain yang sama dengan baju. Biasanya aku gunakan piping yang ready made tu je sebab pada aku, sangat leceh nak potong ira menyerong untuk jadikan piping leher ni. Pun, saja nak mencabar keupayaan sendiri.


Alhamdulillah, akhirnya, siap jugak baju yang tak seberapa kemas ni. Maklum la, segalanya baru pertama kali buat. Tambahan pulak baju sendiri. Kalau baju orang, memang aku buat cantik-cantik punya la. 😉😉😉








p/s: Tak cuba, tak tahu. Kan?
.

Saturday, January 4, 2020

Buat sendiri pes tomyam.

Assalamu'alaikum.


Buat sendiri pes tomyam.


Tahun lepas, pada 26/11/2019, aku ada la cuba buat sendiri pes tomyam ni. Aku ikut resepi dari satu website tu. Kalau tak silap aku, dari web Rasa. Aku dah lupa dia punya link. Aku cuma tulis resepinya je.





Maaf la ya sebab aku terlupa nak ambil gambar keseluruhan bahan yang aku gunakan. Tak teringat pulak nak jadikan entri. Dah separuh jalan baru aku teringat nak letakkan dalam blog. Tapi aku kongsikan jugak la bahan yang digunakan. Cuma, ada la bahan yang aku lebihkan dan ada yang aku kurangkan. Kenalah adjust ikut citarasa sendiri.





Okay, ini dia bahan-bahan yang aku gunakan untuk buat pes tomyam ni. Aku olah sikit bahannya. 

Bahan A:
3 labu bawang besar.
5 batang serai.
5 biji cili merah.
5 hiris lengkuas.
10 helai daun limau purut.
4 sudu makan udang kering - aku guna dalam satu sudu makan je.
Segenggam ikan bilis.
4 inci belacan bakar - aku guna sikit je sebab aku tak suka belacan.
1 senduk cili kering kisar - jika nak pedas, boleh tambah lagi.

**Kisar semua bahan ni dengan sedikit air.

Bahan B:
Sedikit air asam jawa.
Sedikit gula perang - aku guna gula merah sebab gula perang takde.
Garam secukupnya.
Minyak untuk menumis.

**Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masak macam kita buat sambal. Itu je. Mudah sesangat aihh... Haha.



 ^
Masak sampai pekat.
v


Disebabkan aku ni jenis yang suka menyimpan botol-botol comel macam botol pes tomyam ni, maka aku isikan la pes yang aku buat tu dalam botol tersebut. Simpan dalam peti sejuk. Kalau nak tahan lama, simpan je dalam bahagian beku tu. 






Serius cakap, sedap pes tomyam yang buat sendiri ni. Dia takde la terlalu masam atau terlalu masin sebab kita boleh kawal sukatan bahan yang kita gunakan. Aku tak pernahpun gunakan pes ni untuk masak tomyam. Aku gunakan untuk buat sambal ayam atau ikan atau aku buat cencaru sumbat. Sedap hingga menjilat pinggan oii...! Haha.


p/s: Okay, dah boleh delete gambar dalam laptop. Kah..!
.

Wednesday, January 1, 2020

Entri pertama tahun 2020: Kemas kini pokok kaktus.

Assalamu'alaikum.

Entri pertama tahun 2020: Kemas kini pokok kaktus.


Apabila kita masuk ke dalam satu-satu grup di facebook, sudah tentu kita mengharapkan sesuatu yang baik dan yang memberi manfaat buat diri kita. Ini pendapat aku apabila aku join beberapa grup.


Di facebook, aku tak join banyak grup. Aku hanya join grup yang terpilih sahaja. Macam yang aku tulis di atas, grup yang ada manfaatnya untuk diri aku. Grup yang takde faedah, yang lebih kepada gosip murahan dan membawang, aku cuba elakkan. 


Baru-baru ini, aku join pula grup Cactist Malaysia. Memandangkan aku ada juga menanam sedikit pokok kaktus, maka aku rasa perlu untuk aku join grup ini untuk menaikkan semangat aku untuk terus menjaga dan membela pokok kaktus aku tu dengan sebaiknya. Kiranya ia macam jadi pemangkin semangat la. Gittew..! Haha.


Okay, kat sini aku kongsikan beberapa gambar pokok kaktus aku sebelum dan selepas dikemas kini. Kau ingat maklumat bank je nak kena kemas kini? Kalau boleh, segala benda nak kena kemas kini dan kena bagitau kat semua orang. Kah...!


Tengok gambar jom.. 😍😍😍

















































Selamat tahun baru untuk semua. Moga tahun 2020 ini membawa seribu rahmat dan nikmat yang Allah limpahkan untuk kita. Aamiin.



Image may contain: text


p/s: Bila la nak pergi Cameron Highlands. Lama dah tak pergi. Dekat je pun kalau ikutkan dari rumah aku ni tapi takde siapa nak bawa aku ke sana. Kah..! Kalau pergi, nak juga tengok pokok kaktus kat situ. Boleh percaya ke setakat tengok je? Hahaha.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)