Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 4, 2020

Tanam semula (replant).

 Assalamu'alaikum.

Tanam semula (replant).

Sejak masuk grup lanskap, aku mula jaga balik pokok bunga aku ni. Sebelum ni, aku biarkan dorang tanpa penjagaan yang sempurna. Aku sekadar siram je. Yang penting, jangan sampai ada pokok yang mati. Kalau dah mati, memang takde la aku nak beli lain sebagai ganti. Haha.



Ni pokok keladi rare. Mak aku bawa dia ikut pindah ke sini. Rasanya pokok keladi ni dari masa aku tinggal di Kem Terendak lagi. Punya la lama. Dah berpuluh-puluh tahun tu. Sebab tu la aku sayang. Konon sayang tapi tak dijaga dengan elok. Huhu.





Sambil buat kerja penanaman semula pokok bunga, sambil memerun bakar daun yang berlonggok tu.


Besarnya cacing. Ni cacing yang bagus sebagai penggembur tanah. Taik dia jadi baja.


Tanah 10 kampit ni sekejap je habis. Huhu.



Habis dah memerun sampah.




Penat oii dok buat kerja. Mujurlah ada buah rambutan gading ni. Boleh la aku ngap untuk melepas dahaga.


Dah siap dah replant. Barulah nampak cantik dan tidak lagi serabut.


Pokok yang ini, sampai sekarang masih lagi terbengkalai untuk ditanam semua. Kesian kat dia. 


Siap dah tanam semula. Cantiknya la haihh.. Siapa la yang rajin sangat tanam semua pokok ni agaknya ya. Sudah gaharu, cendana pula. Kihkihkih.



Cantik, kan? Siapa kata tak cantik, mata dia memang rabun. Hahaha.



Satu bekas pokok kucai ni dah selamat sampai ke Johor Jaya. Aku bagi satu bekas pada kakak ipar.

p/s: Okay, ini je perkongsian untuk kali ini. Kalau aku rajin, aku update lagi blog aku ni tapi kalau aku malas, maka makin banyaklah sawang yang bersarang. Haha.

.

Sunday, August 23, 2020

Masak lemak cili padi udang bersama kacang buncis.

 Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi udang bersama kacang buncis.

Gambar lama tapi baru nak masukkan dalam entri. Layankan aje la ya. 😁😁😁



Guna kunyit hidup. Tu yang warna dia menyerlah tu.


p/s: Aku dalam misi nak clear-kan gambar dalam folder laptop. Sumbat aje la masuk dalam blog. 😂😂😂

.

Masak lemak cili padi ikan keli salai.

 Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan keli salai. 


Masa raya haji hari tu, kakak aku salai ikan keli ni. Lepas tu, dia buat masak lemak cili padi dengan berencahkan pucuk ubi. Pergh..! Bertahun tak makan lauk macam ni, sekali dapat makan memang menambah-nambah nasi la jawabnya. Sedap hingga menjilat pinggan baq ang..! Haha.


Ikan keli ni aku tangkap dari kolam simen kat rumah aku. Aku yang bela ikan keli ni. Dah besar-besar dah ikannya. Ada la dalam sembilan ekor je. Sebelum tu aku dah bagi dah kat ipar-ipar aku. Tu yang tinggal sembilan ekor je. Kali ni, rezeki untuk kakak aku la pulak. Aku sauk empat ekor. Sebelum tu, kenalah keluarkan dulu air dari kolam tu.


Ni gambar lama ikan keli dalam kolam. Masa ni aku baru lepas ganti air kolam tu. 


Gambar kat bawah ni la ikan keli yang aku sauk dari kolam simen tu. Besar lengan aku dah ikan keli tu. Kalau dibiarkan, mahu besar lagi tu. Karang kalau dah besar sangat, tak lalu pulak aku nak makan. 




Hasil kerja kakak aku. 


Dua ekor ikan keli salai ni anak-anak kakak aku makan dan ratah. Sedap betul aku tengok dorang ratah ikan ni. Berselera sungguh! 


Gambar masak lemak cili padi ikan keli salai ni takde sebab aku tak ambil gambar.  Gambar yang atas ni pun anak buah aku yang ambil guna handphone dia. Tapi aku tepek aje la gambar yang lain. Ni gambar masak lemak ikan keli dengan pisang kapas yang aku masak.




UPDATE:

Rupanya, ada satu gambar ikan keli salai ni tapi gambarnya kurang terang. Takpe la. Aku tepek jugak la kat sini sebagai bukti. Kah..!



p/s: Ada lagi lima ekor ikan keli dalam kolam simen aku tu. Nanti aku nak beli lagi anak keli dan bela balik semula. Satu terapi jugak sebenarnya bela ikan keli ni.

.

Saturday, August 22, 2020

Sumbangan covid19.

 Assalamu'alaikum.

Sumbangan covid19.


Alhamdulillah. Ini adalah antara barang sumbangan daripada kerajaan Negeri Pahang, sumbangan daripada YB Menteri Besar Pahang, sumbangan daripada FELDA, sumbangan daripada Ahli Parlimen Cameron Highlands dan sumbangan daripada pihak kedai koperasi yang aku dapat masa di awal PKP hari tu. Baru sekarang aku masukkan dalam entri dalam blog. 😁😁😁


Aku mula dapat sumbangan pada 5/4/2020. Lepas tu, datang lagi sumbangan lain. Alhamdulillah. Rezeki yang aku tak sangka. Sebabnya, aku takde la memohon bantuan. Takut nanti dikata macam-macam. Tapi apabila ada pihak yang ikhlas memberi, aku terima dengan penuh kesyukuran dan berdoa semoga Allah sentiasa murahkan rezeki pada mereka yang memberi itu. Aamiin.




Sumbangan daripada pejabat Menteri Besar dan kerajaan Negeri Pahang.


Sumbangan daripada YB Ramli Mohd Nor.


Sumbangan daripada kedai koperasi peserta. Siap ada ikan sekali tu. Alhamdulillah.


Sumbangan daripada Felda. Ni sumbangan yang terakhir aku dapat pada 16/4/2020. Alhamdulillah, dapat beras Faiza Emas. Lepas tu, terus aku melekat dengan beras ni. 


Sumbangan ini banyak membantu meringankan bebanan keluarga aku. Tambahan pulak masa PKP tu, ahli keluarga bertambah sebab dorang tak boleh balik ke rumah masing-masing. 


Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang memberi sumbangan. Alhamdulillah.


p/s: Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Gittew..!

.

Tuesday, August 11, 2020

Cara buat ayam goreng crispy.

 Assalamu'alaikum.

Cara buat ayam goreng crispy.

Ini cara kakak aku buat ayam goreng crispy ni. Hari tu, masa dia balik sini sempena raya haji, dia ada buat ayam crispy ni. Aku ada je stok tepung serbaguna bestari untuk goreng ayam tu tapi kakak tak nak guna tepung tu. Dia buat resepi dia sendiri. Saja la aku kongsi kat sini untuk rujukan aku di masa akan datang.




Bahan yang diperlukan untuk buat ayam goreng crispy: Sukatan bahan bergantung pada kuantiti ayam yang kita gunakan. 

1 @ 1/2 ekor ayam - potong
4 sudu makan penuh tepung jagung
2 sudu makan penuh tepung beras
1 sudu makan penuh serbuk kari ayam/daging
Sedikit garam halus - sukatan macam kita nak goreng ayam biasa tu
Sedikit daun kari - optional
1 sudu makan penuh cili kering kisar - optional (aku tak letakpun)
Halia - optional. Halia ditumbuk kasar.
Minyak untuk menggoreng

1- Bersihkan ayam. Toskan dan ketepikan sekejap.
2- Campurkan semua bahan lain dan bancuh dengan sedikit air. Bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3- Masukkan ayam tadi dan gaul sebati.
4- Goreng ayam tadi dengan minyak yang agak banyak. Tutup kuali semasa menggoreng untuk bagi ayam tu masak sekata. Api dapur jangan besar sangat.

Nota: Boleh juga masukkan terus ayam ke dalam bancuhan bahan tadi dan lepas tu, baru masukkan sedikit air dan gaul rata.



Aku malas nak tumbuk halia dan ambil daun kari. Jadinya, aku guna bahan asas tu je. Sedap makan panas-panas. Aku makan dengan nasi. Alhamdulillah, kenyang. 😋😋😋


p/s: Selamat mencuba..!

.

Friday, August 7, 2020

Pokok inai pemberian blogger Kak Erna.

 Assalamu'alaikum.

Pokok inai pemberian dari blogger Kak Erna.

Alhamdulillah. Pokok inai pemberian dari blogger Kak Erna sudah semakin besar dan daunnya juga semakin lebar. Aku terima pokok inai ni pada 20/6/2020 yang lalu. Petang tu jugak aku tanam dalam pasu.

Terima kasih Kak Erna atas pemberian pokok inai ni. Lepas ni, boleh la aku tepek inai kat kuku aku yang mudah patah tu. Harapnya, lepas tu kuku aku akan jadi lebih kuat dan sihat.


p/s: Terkial-kial nak gunakan format baru blogger ni. Nak letak tulisan antara gambarpun tak reti aku nak buat. Haiihh... 

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)