Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, October 22, 2022

Percubaan kali pertama.

Assalamu'alaikum.

Percubaan kali  pertama.

Ni kali pertama aku buat benda alah ni. Aku tak tau apa nama dia. Haha. Aku nampak video orang buat benda ni kat tiktok. Tu yang aku cuba tu. Akukan jenis yang suka mencuba. 🤭🤭🤭








Sepatutnya, kena letak sos cili dan mayonis tapi aku malas nak prepare semua tu. Tu yang togel je tu tapi cepat je licinnya. Haha. Alhamdulillah. Lain kali boleh buat lagi dan buat elok sikit dari yang ini. 😊😊😊





p/s: Tak cuba, tak tahu. Kan....

.

Friday, October 21, 2022

Kemas kawasan rumah.

Assalamu'alaikum.

Kemas kawasan rumah.

Pagi ni, aku tebang dua batang pokok bunga yang dah besar dan merimbun. Aku tebang sebab semut hitam banyak sangat bersarang kat pokok tu. Tebang guna parang je. Habis semut tu jatuh atas badan aku. Dah jadi satu kerja pulak berperang dengan semut. 🤭🤭🤭







Pokok kaktus ni aku pindahkan dari depan ke belakang. Nanti aku nak tukar tanah dia. Aku nak jaga balik semula kaktus ni. Kesian dorang terabai sampai ada yang mati. 




Mujurlah abang aku nak tolong buangkan sampah semua tu. Ikutkan aku, memang tak larat dah.





Penat buat kerja mengemas ni tapi takpe sebab ia penat yang menyihatkan. Buat kerja macam ni lagi bagus dari asyik mencari salah orang. Penat nak layan orang yang manjang negatif ni.



p/s: Jom kemas rumah!

.

Thursday, October 20, 2022

Pokok letup-letup pemberian jiran depan rumah.

Assalamu'alaikum.

Pokok letup-letup pemberian jiran depan rumah.

Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat jugak pokok letup-letup yang jenis begini. Aku tak tau nama sebenar pokok ni tapi aku panggil pokok letup-letup je.




Khabarnya, buah letup-letup yang ini banyak khasiatnya dan harganya boleh tahan mahal jugak.




p/s: Buah letup-letup ni isi dalam dia macam buah ceri tapi rasa dia aku tak tau nak describe macam mana. Korang kena la cuba rasa sendiri. 😁😁😁

.

Wednesday, October 19, 2022

Buat tanah campuran.

Assalamu'alaikum.

Buat tanah campuran.

Hari tu, aku ada beli sekam bakar, cocopeat dan tanah top soil. Lama dah belinya tapi baru ada masa nak gaul semua tu. Ni pun buat sikit-sikit je dulu. Jenuh oii kalau nak gaul semua. Kena pakai jengkaut. Haha.














p/s: Jimat sikit jika buat campuran tanah ni.

.

 

Aktiviti GPW.

Assalamu'alaikum.

Aktiviti GPW.

Semalam dan hari ini, kami sekali lagi mengadakan gotong-royong di sekitar bangunan #GPW. Kami mengecat dan bersihkan kawasan sempena #AKRF yang khabarnya akan berlangsung di bulan November nanti. Tarikh sebenar pihak juri buat lawatan tu tak pasti lagi. Rasanya mungkin selepas pilihanraya umum la kot.




























Ni yang semalam punya gambar. Semalam tak ramai yang datang.











p/s: Enjoy je gotong-royong ni. Yang penting tiada boss dan tiada kuli. Kami sama-sama buat kerja.

.

Sunday, October 16, 2022

Update pokok jambu batu madu.

Assalamu'alaikum.

Update pokok jambu batu madu.

Alhamdulillah. Buah jambu batu madu aku dah sebesar bola pingpong. Maka, aku bungkus la cepat untuk elakkan buah tu kena injek dengan lalat buah.







p/s: Tak sabar nak tunggu buah jambu ni besar. Mudah-mudahan ada la rezeki aku untuk merasa buah ni. Aamiin.

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)