Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255
Hari tu, aku ada beli sekam bakar, cocopeat dan tanah top soil. Lama dah belinya tapi baru ada masa nak gaul semua tu. Ni pun buat sikit-sikit je dulu. Jenuh oii kalau nak gaul semua. Kena pakai jengkaut. Haha.
Makanya, pagi ini, akupun cuba la buat. Kebetulan, semua bahan dah sedia ada termasuk anak pokok kacang panjang renek yang dah cambah dah. Botol dan tanahpun ada. So, apa lagi. Proceed je la tanpa halangan. Hehe.
Sebaiknya, cat dulu botol ni untuk elakkan akar pokok terkena sinaran matahari tapi aku malas pulak nak cat padahal cat dan berus dah ada dah. Yang takde cuma thinner je. Tu yang jadi malas nak mengecat. Heh. Lagi satu, rasanya tak perlu buat banyak sangat lubang pada botol sebab nanti masa siram, air tu akan bawa tanah keluar ikut lubang tu. Tapi disebabkan botol ni memang dah ada, maka aku gunakan sahaja la.
Aku gunakan garfu besi untuk umpil anak pokok kacang panjang renek tu. Sambil umpil, sambil pegang tanah tu. Lepas tu, terus je kepal tanah tu untuk elakkan tanah terbarai.
Lepas tu, sambil kepal tanah tadi, sambil masukkan anak pokok ke dalam botol yang sudah dipotong dua. Tolak dan tarik perlahan-lahan daun dia keluar dari muncung botol tu.
Kemudian, boleh la penuhkan tanah atau medium yang kita nak gunakan. Aku gunakan tanah organik yang beli dari nurseri tu je.
Dan, akhir sekali, boleh la gantungkan botol tadi mengikut kreativiti masing-masing. Aku gunakan jaring kipas yang dah rosak ni. Aku tutup atas botol dengan jaring untuk elakkan tanah berterabur masa disiram. Kebetulan, jaring tu memang dah ada. Aku gunakan aje la. Kalau jaring tu takde, aku biarkan aje botol tu terdedah. Tak rajin pulak aku nak pergi beli jaring. Haha.
Tak salah untuk mencuba dan aku ni memang jenis yang suka mencuba. Tak cuba, tak tahu, kan? Siapa yang takde ruang untuk menanam, boleh la cuba guna kaedah ini. Aku gunakan kacang panjang renek sebab pokok ni tak besar dan tak tinggi. Sesuai la pulak dengan nama dia yang renek tu, kan? Haha. Kita tengok dulu macam mana kejadiannya nanti. Harapnya, elok la pokok ni hidup dan berbuah. Dah terbayang dah buah kacang panjang tu berjurai-jurai ke bawah. Dah berangan dah nak petik. Hahaha.
p/s: Lebih baik mencuba dari tidak mencuba langsung tetapi tahu mengata sahaja. Ehh...! 🤭🤭🤭
Sekarang ni, aku dah mula gila kaktus balik semula. Haha. Apa tidaknya. Dok usha instagram fasal kaktus, maka gila kaktus la jawabnya. Mujurlah kat rumah aku memang dah ada beberapa jenis kaktus. Cuma tak dijaga dengan rapi je. Tapi sekarang, aku dah mula jaga balik dan beri perhatian pada pokok kaktus aku ni. Sayang pulak kalau pokok tu mati. Dah la beli mahal-mahal.
Ada kaktus yang aku tukar pasu dan ada yang aku tukar tanah. Gantikan tanah lama dengan tanah yang elok sikit yang aku beli kat kedai peladang tu. Barulah kaktus tu boleh membesar dengan sihat. Lepas tu, sanggup tu pergi sental pasu yang dah berlumut, biar nampak baru. Haha.
Ada juga kaktus yang masih dikekalkan dalam pasu plastik. Pasu seramik dah habis, terpaksalah guna je mana-mana pasu yang ada.
Patah dah. Tak tau siapa punya angkara. Tengok-tengok dah masuk dalam pasu ikan gapi kat bawah ni haa. Mujurlah tanah tu tak berderai.
p/s: Gila kaktus takpe lagi. Boleh jugak jadikan satu terapi. Jangan gila benda lain yang mengundang huru hara alam sejagat dah la. Heh.
Ini merupakan anak pokok asparagus terakhir yang aku alihkan ke tanah dari tempat semaian. Sebelum ini, aku dah alihkan beberapa anak pokok ke dalam pasu besar.
Kali ini, aku nak cuba tanam asparagus ni kat tanah pulak. Sebetulnya, lagi bagus tanam kat tanam sebab lagi mudah dia berkembang dan beranak-pinak.
Aku gunakan botol air mineral terpakai ni sebagai pagar untuk sementara waktu. Botol ini juga untuk mengelakkan batang anak pokok asparagus ni terkulai atau patah. Aku gunting runcing pada bahagian bawah botol supaya senang cucuk ke tanah dan aku kukuhkan botol tu dengan memacakkan beberapa batang lidi satay.
Sepatutnya cuma ada dua tempat je untuk tanam anak pokok asparagus ni. Tapi entah macam mana, satu anak pokok tu (gambar yang mula-mula tu), terlucut masa aku keluarkan dari bekas semaian. Makanya, jadilah tiga tempat.
p/s: Harap pokok asparagus aku ni membesar dengan sihat dan subur serta berjaya mengeluarkan rebung yang banyak. Aamiin.
Sikit masa lagi, boleh la ubah keladi ni ke tanah. Ni aku sedang dok intai kawasan la ni. Kat mana aku nak tanam keladi ni. Nak terus tanam atas tanah ataupun dalam pasu/polybag? Tanahpun dah topap dah semalam. Beli lagi sepuluh kampit di kedai Peladang..
Update:
Aku dah tanam dah dua anak pokok keladi tu atas tanah. Yang satu pokok lagi tu ingat nak tanam dalam pasu besar atau polybag besar tapi tengok la dulu macam mana. Kalau yang kat tanah ni elok je pertumbuhan dia, mungkin yang satu tu aku tanam kat tanah jugak.
p/s: Usaha tu kena ada. Selepas itu, tawakkal aje la pada DIA.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)